31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
Utama Blog Laman 365

“Oyen tiada stres,” Kucing ini bukan main seronok jadi bahan lastik guna cadar, mendarat di sana tiada masalah kembali minta dilontar lagi dan lagi

0

Sebelum ini kita pernah menonton video lucu kucing oyen minta dipusing berkali-kali sehingga tuannya pening dan letih hampir tidak mampu melayan. 

Kali ini kita lihat bagaimana seekor kucing oyen yang suka sangat menjadi bahan lontar lastik guna cadar dalam bilik tuannya.

Facebook

Mula-mula tuannya bertanya, “Jom kita main lastik-lastik lontar kamu ke hujung sana, mahu tak?”

“Boleh sahaja, tiada masalah!”

Facebook

Si oyen memang pantang dipelawa, lalu dia terus duduk atas cadar yang telah ditarik itu dan dia tahu, seronoknya melambung kena lontar.

Jadi melambunglah dia dan mendarat ke penjuru katil sana, seronok gila!

Facebook

Si oyen pantas berlari minta dilontar sekali lagi dan lagi, sampai dia sendiri yang mengalah sambil mengiau kata sudah letih dan bosan.

Facebook

Tuannya sahajalah yang kena melayan. Bilik tuannya ini si oyen fikir macam taman tema yang menyeronokkan agaknya.

Facebook

Tonton video di sini.

5 aktres Korea masuki usia 40 tahun yang kekal cantik semula jadi, rahsia awet muda yang semua orang musykil mahu ambil tahu

0

Ketika drama Korea klasik popular terbitan MBC pada tahun 2006 ‘Goong’ atau ‘Princess Hours’ dilaporkan akan menjalani pembikinan semula, nama Song Ji-hyo yang memegang watak Min Hyo-rin dalam drama itu secara tidak sengaja telah ditimbulkan. Ketika itu, aktres Song Ji-hyo sudah berusia 25 tahun tetapi memegang watak remaja.

15 tahun kemudian, kecantikan semula jadinya masih mempesonakan dengan penampilan seperti tidak dimamah usia, wajah awet muda menimbulkan pelbagai topik. Malahan netizen turut membangkitkan nama aktres Son Ye-jin, Kim Tae-hee, Song Hye-kyo, dan Jun Ji-hyun yang juga memasuki usia 40 tahun pada tahun ini, tetapi masing-masing masih kekal cantik sama seperti ketika mereka masih muda, malahan semakin cantik.

Lihat gambar 5 aktres Korea Selatan ini yang bakal menjejak usia 40 tahun tetapi tetap kekal cantik semula jadi tanpa menjalani apa-apa pembedahan plastik di bawah:

#1. Song Ji-hyo

Instagram

Song Ji-hyo, yang aktif dalam bidang lakonan dan rancangan hiburan ‘Running Man’, akan berusia 40 tahun tahun ini. Ciri-ciri wajahnya benar-benar cantik bahkan disahkan tulen oleh pakar bedah plastik. Dengan melihat wajahnya dahulu, anda tidak akan pernah percaya bahawa Song Ji-hyo bakal berusia 40 tahun pada 15 Ogos tahun ini.

Beauty321

Baru-baru ini, dilaporkan K-drama klasik ‘Goong’ atau ‘Princess Hours’ tahun 2006 akan menjalani pembikinan semula. Drama yang dibintangi oleh Yoon Eun-hye dan Ju Ji-hoon, sementara Song Ji-hyo memegang watak cinta pertama Ju Ji-hoon, Min Hyo-rin. Ji-Hyo boleh dikatakan sangat cantik dalam drama itu, walaupun memegang watak antagonis.

Beauty321

Pada waktu itu, Song Ji-Hyo telah berusia 25 tahun. Tetapi kecantikan semula jadinya kini masih luar biasa, sungguh cantik!

Dengan berita pembikinan semula drama Korea ‘The Palace’, wajah Song Ji-hyo juga sepatutnya telah berubah, tetapi tidak nampak begitu ketara Ji-hyo dulu dan sekarang.

Beauty321

Pada masa itu, watak Min Hyo-rin mempunyai rambut panjang separa bahu, dan matanya yang berair mengangkat kepalanya lalu menoleh ke belakang dan tersenyum. Penampilan cantik itu juga mencetuskan perbincangan di kalangan netizen kerana walaupun 15 tahun telah berlalu, Song Ji-hyo macam mana boleh awet muda dan kekal cantik.

#2. Son Ye-jin

Instagram

Aktres Son Ye-jin juga bakal berusia 40 tahun pada awal tahun hadapan. Son Ye-jin yang dilahirkan pada 11 Januari 1982 nampak terlalu manis dan sepadan dengan aktor Hyun Bin dalam drama Korea ‘Crash Landing on You’ yang menjadi hit pada awal tahun lalu, dan mereka benar-benar menjadi pasangan di luar drama. Tidak perlu iri hati kerana kita tidak layak memperkatakan kehidupan peribadi pasangan selebriti ini.

Instagram

Lihat saja penampilan Son Ye-jin yang dahulu, walaupun dia bertegas mahu dipanggil kakak. Tetapi kecantikan semula jadinya yang kekal awet muda terus menjadi perbualan hangat netizen. 

Beauty321

Apa yang lebih digembar-gembur adalah wajah ayu kekal cantik tidak kira apa sahaja watak yang dipegang tidak jauh berbeza dengan gambar-gambar lama ketika dia debut sebagai aktres meningkat naik di Korea. Seiring perjalanan waktu, Son Ye-jin secara beransur-ansur terus kekal cantik dengan rupa paras yang hampir sama ketika remaja sehingga mendapat gelaran wanita Korea yang cantik semula jadi.

Beauty321

Pertama kali debut dalam drama sebagai watak utama, netizen mula memuji kecantikan Son Ye-jin dalam drama Hallyu ‘Summer Scent’, dengan wajah suci, tidak berbahaya dan segar, memegang watak Shim Hye-won. Dalam drama itu, senyumannya akan membuat dunia penonton seolah berterusan mencair. Merupakan wakil cinta pertama Korea Selatan selepas ‘Summer Scent’ yang menjadi sebahagian ‘Korean Wave’ di seluruh dunia.

Beauty321

Adegan tangisan dalam filem ‘The Classic’ juga sangat suci dan menyentuh hati. Air mata tahap pari-pari yang akan menyentap perasaan bahawa semua orang akan patah hati dan tanpa sedar berjujuran air mata ketika menontonnya.

#3. Song Hye-kyo

Instagram

Aktres Song Hye Kyo juga akan terus tampil dalam karya terbaru pada pertengahan tahun 2021 menerusi drama ‘Now, We are Breaking Up’. Kali terakhir Song Hye Kyo berlakon dalam drama ‘Encounter’ bersama aktor Park Bo-gum pada awal tahun 2019 sebelum mengumumkan penceraiannya dengan aktor Song Joong-ki pada bulan Julai tahun yang sama.

Aktres yang akan berusia 40 tahun pada 22 November tahun ini, dan tidak dinafikan Song Hye-kyo tetap kelihatan cantik dan penampilannya lebih baik selepas perceraian! Bukan sekadar wajah tanpa solekan yang semula jadi cantik, tetapi juga badannya lebih langsing sama seperti ketika masih muda remaja, malahan lebih cantik dan sihat.

Instagram

Setiap kali muncul dengan gambar terbaru, Song Hye-kyo semakin cantik dan membangkitkan topik hangat kalangan netizen.

Ketika pertama kali debut watak utama dalam drama memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin dalam drama ‘Autumn in My Heart’, Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995. Aktres yang mempunyai pengalaman luas dalam kerjayanya.

Beauty321

Watak Song Hye-kyo dalam filem ‘Autumn in My Heart’, yang sering menangis dengan cantik benar-benar menyedihkan dan sering membuat kalangan penonton berasa tertekan!

Beauty321

Paling klasik adalah penampilan gadis ceria dengan watak Han Ji-eun dalam drama ‘Full House’, kolaborasi dengan penyanyi idola dan aktor Rain pada tahun 2004, terus berubah watak daripada gadis menyedihkan kepada gadis cantik yang meriah dan menghiburkan.

Beauty321

Pada masa itu, banyak ekspresi wajah Hye-kyo dan gaya rambut keanak-anakan yang benar-benar sepadan, kelihatan sangat comel dan melucukan! Aktres yang versatil.

Beauty321

Song Hye-kyo yang baru berusia 23 tahun ketika itu, berjaya menghidupkan watak Ji-eun yang ceria, dengan banyak dialog dan aksi-aksi comelnya dalam drama itu masih terus diingati sehingga kini. Dan paling mengagumkan, wajahnya yang cantik, elegan dan mempesona masih tidak berubah walaupun usianya akan memasuki 40 tahun pada tahun ini.

#4. Kim Tae-hee

Instagram

Aktres Kim Tae-hee, terus digelar wajah tercantik semula jadi dari Korea Selatan sehingga kini, masih berlakon dari semasa ke semasa walaupun selepas berkahwin dengan Rain. Kisah cinta dongeng jadi kenyataan idaman ramai, yang benar-benar dicemburui ramai.

Wajah cantik dengan senyuman manis yang merupakan model sempurna diperakui oleh pakar bedah plastik dan menjadi model terkuat sebagai sumber inspirasi dalam pembedahan plastik. Dengan Kim Tae-hee tidak pernah menjalani sebarang pembedahan plastik.

Beauty321

Kim Tae-hee yang dilahirkan pada 29 Mac 1980 mula dikenali menerusi watak antagonis dalam drama ‘Stairway to Heaven’ dan kemudian memegang watak utama sebagai pelajar perubatan di Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam drama ‘Love Story in Harvard’. Watak yang sebenarnya sangat mirip dengan dirinya ketika itu sebagai pelajar cemerlang yang bekelulusan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen dari Universiti Kebangsaan Seoul.

Beauty321

Melihat kepada penampilannya walaupun setelah 17 tahun berlalu, dan Kim Tae-hee yang kini ibu kepada dua orang anak perempuan masih kekal cantik semula jadi dengan senyuman manis yang sama.

Beauty321

Dalam drama ‘Love Story in Harvard’ Kim Tae-hee memegang watak Lee Soo-in, pelajar perubatan yang menjalin hubungan cinta kampus dengan pelajar undang-undang Kim Hyun-woo lakonan Kim Rae-won. Amat kagum dengan kecantikannya pada setiap kali aktres cantik ini mengukir senyuman, bagai tidak percaya usianya sudah memasuki 41 tahun.

#5. Jun Ji-hyun

Instagram

Jun Ji-hyun atau Gianna Jun bakal berusia 40 tahun pada 30 Oktober tahun ini, menerima populariti paling tinggi di seluruh Asia menerusi drama hit seluruh dunia, ‘My Love from the Star’ dan ‘Legend of the Blue Sea’. Tahun ini, Jun Ji-hyun tampil dalam karya terbaru ‘Cliffhanger’ dan ‘Kingdom: Ashin of the North’. Kembali dengan penampilannya yang sentiasa segar dan bergaya, serta kekal dengan wajah tercantik walaupun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak lelaki berusia 5 dan 3 tahun.

Beauty321

Watak paling klasik Jun Ji-hyun adalah dalam filem ‘My Sassy Girl’, ketika usianya baru 20 tahun. Aktres ini benar-benar berjaya menghidupkan watak gadis yang ganas, selamba dan cantik. Gyeon-woo lakonan aktor Cha Tae-hyun bukan sahaja terpaksa mengikut segala perkara gila-gila yang ingin dilakukan oleh ‘Girl’ watak Ji-hyun, malah telah jatuh cinta dengannya tanpa sedar. Dan 20 tahun telah berlalu selepas tayangan filem blokbuster itu, namun wajah Jun Ji-hyun masih tetap sama, malahan semakin cantik.

Beauty321

Melihat drama atau filem kesemua lakonan aktres ini dulu dan kini yang macam tiada perubahan ketara pada wajah, malah mereka semakin cantik sama seperti ketika remaja dalam album sekolah. “Bagaimana seseorang boleh begitu cantik?” tanya kalangan netizen yang musykil.

Beauty321

Mungkin selebriti Korea ini memiliki rahsia kecantikan semula jadi sama ada mengambil produk kecantikan tidak diiklan yang kita tidak boleh tahu atau secara semula jadinya mereka sentiasa merawat wajah dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan sangat baik pada setiap waktu.

Netizen tertarik dengan aktiviti anak Casey Stoner, meski cuma meluncur air takungan hujan

0

Alangkah gembiranya kanak-kanak jika dapat menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti di luar rumah. Pasti mereka sangat menikmatinya.

Selain dapat mendedahkan mereka dengan persekitaran, mereka bahkan dapat meregang dan menguatkan pergerakan tubuh.

Seperti apa yang ditunjukkan oleh bekas pelumba motosikal popular, Casey Stoner menerusi video di bawah ini :

Casey Stoner/Facebook

Kelihatan anak perempuannya sedang menikmati masa meluncur di atas permukaan rumput yang dipenuhi dengan air hujan.

Casey Stoner/Facebook

Casey pula dilihat menarik-narik tali yang bersambung dengan papan luncur itu agar ianya bergerak laju.

Casey Stoner/Facebook

Hebat juga anak kecil tersebut berpaut kemas dan menyeimbangkan tubuhnya di atas papan berkenaan!

Walaupun limpahan air hujan yang memenuhi rumput di halaman mungkin tidak disenangi oleh sesetengah individu namun tidak bagi mereka.

Casey Stoner/Facebook

Tanpa perlu ke mana-mana, mereka sama-sama dapat menghabiskan masa berkualiti dengan aktiviti yang ringkas sebegini.

Melihat video ini, mungkin ada di antara kita yang teringin juga mahu mencuba aktiviti sebegini bukan?

Apa pun, jangan lupa akan aspek keselamatan dahulu ya..

Beli rumah dapat ‘hadiah’ comel, pasangan ini syukur kucing tuan rumah lama dapat terima mereka

0

Pembelian rumah yang pernah diduduki semestinya banyak memberikan ‘masalah’ buat para pembeli namun tidak buat pasangan di Amerika Syarikat ini.

Semasa Jane Pearson dan suaminya membuat tawaran untuk membeli rumah itu, mereka diberitahu bahawa terdapat seekor kucing yang tinggal di rumah berkenaan.

Pemilik rumah sebelum ini yang berusia 89 tahun juga sempat bergurau bahawa kucing mereka yang bernama Hidey itu mungkin akan disertakan sekali dalam pakej pembelian.

Love Meow

“Saya pandang suami saya dan berkata, kucing ini tidak boleh dihantar ke pusat pelindungan. Kita mesti menjaganya dan suami saya terus bersetuju”.

Hidey sangat disayangi oleh pemilik lamanya itu namun isteri kepada pemilik lama itu akhirnya didiagnos dengan penyakit Alzheimer.

“Dia meninggal 8 minggu sebelum kami membeli rumah itu dan sebelum ini, dia dirawat di rumah jagaan. Hidey sering dibawa oleh si suami untuk melawat insan kesayangannya.

Love Meow

Melihat kepada kehilangan insan tersayang yang dialami Hidey, Jane tidak mahu menjadi penyebab Hidey kehilangan satu-satunya rumah tempat kucing itu berlindung.

Ini kerana, selama 8 tahun hidup, Hidey hanya menetap di situ sahaja. Semasa Jane berpindah masuk ke rumah tersebut, Hidey membawa diri ke atas loteng.

Hidey mengambil masa beberapa hari berada di atas loteng sehinggalah kucing itu cukup kuat untuk melihat pemilik baru rumahnya itu.

Love Meow

“Saya hinggakan memanjat dan membawanya turun kerana saya bimbang dia tidak makan. Dia ada menghasilkan bunyi agresif namun tidak menggigit”.

Jane turut mengajar anaknya untuk perlahan-lahan berinteraksi dengan Hidey. Biar Hidey menghidu bau mereka dahulu sebelum berani menyentuh dan mengusapnya.

Tidak lama kemudian, Hidey dan anak Jane menjadi semakin rapat. Hidey akan tidur bersama dengan anak perempuan Jane di atas katilnya setiap malam.

Love Meow

Syukurlah Hidey nampaknya boleh menerima kehadiran insan baru yang sangat menyayanginya sama seperti tuannya yang lama.

“Saya sangat lega bahawa Hidey boleh hidup dengan kami. Kini, Hidey akan datang dan mahu bermanja jika saya sedang membuat kerja di meja”.

“Malah Hidey juga gemar duduk di atas peha saya”, akhiri Jane girang.

Pernyataan lama H&M mengenai buruh paksa di Xinjiang, China hangat diperkatakan warganet

0

Sekurang-kurangnya seorang peruncit dalam talian di China bertindak ‘menolak’ produk H&M tatkala serangan media sosial ke atas syarikat Sweden itu berikutan kenyataan syarikat itu yang ‘sangat prihatin’ tentang laporan buruh paksa di wilayah barat laut Xinjiang.

Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada pada hari Isnin mengenakan sekatan terhadap pegawai China yang menuduh mereka melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang. China membalas dengan sekatan ke atas penggubal undang-undang dan institusi Eropah.

Terdahulu dalam satu kenyataan, H&M mengatakan mereka sangat prihatin dengan laporan daripada organisasi masyarakat sivil dan media yang termasuk tuduhan buruh paksa dan mereka mengatakan bekalan produk mereka tidak dibekalkan dari Xinjiang.

Aktivis dan beberapa ahli politik Barat menuduh China menggunakan penyiksaan, kerja paksa dan pensterilan umat Islam Uyghur di Xinjiang.

Seorang lelaki berjalan di hadapan butik fesyen Sweden H & M di pusat membeli-belah di Beijing, China, pada 24 Mac, 2021. (Florence Lo/Reuters)

Laporan media mengenai pernyataan H&M difahamkan sudah lama dikeluarkan iaitu pada tahun lepas dan tidak jelas mengapa ianya kembali hangat diperkatakan masyarakat.

Pada 24 Mac 2021, kedai rasmi H&M di Alibaba’s Tmall, iaitu platform e-dagang tidak dapat diakses. People’s Daily rasmi melaporkan bahawa carian untuk produk H&M di platform JD.com dan Pinduoduo tidak lagi menunjukkan hasil.

Malah pihak Reuters pula tidak dapat menentukan sama ada produk seperti itu ada sebelumnya. Alibaba, JD.com dan Pinduoduo dalam pada itu tidak memberikan sebarang respon mengenainya.

China merupakan pasaran keempat terbesar H&M dengan penjualan 2.9 bilion Krona Sweden  ($339 juta) dalam 12 bulan hingga November 2020.

Pandangan ladang kapas dilihat semasa musim menuai di Hami, Xinjiang, China pada 14 Oktober 2018. (Str/AFP | Getty Images)

Dalam kenyataannya, H&M turut mengatakan bahawa pihaknya akan menghentikan hubungannya dengan pembekal China yang terlibat dengan dakwaan melakukan buruh paksa.

Sementara itu, H&M China berkata bahawa ia menghormati pengguna China dan komited untuk pelaburan dan pembangunan jangka panjang di China. Mereka juga tidak mendapatkan bekalan kapas secara langsung daripada mana-mana pembekal.

“H&M Group sentiasa menguruskan rantaian bekalan global kami secara terbuka dan telus, memastikan pembekal kami di seluruh dunia mematuhi komitmen kelestarian kami seperti Garis Panduan OECD untuk Tingkah Laku Perniagaan yang Bertanggungjawab dan tidak mewakili sebarang kedudukan politik”.  

Hilang kawalan, Myvi di Johor Bahru ‘terbang’ sejauh 50 meter melintasi longkang

0

Seorang lelaki mengalami kecederaan baru-baru ini selepas terlibat dalam satu insiden di mana kereta Myvi yang dipandunya ‘terbang’ menyeberangi longkang besar.

Menurut laporan, insiden berkenaan berlaku di Iskandar Puteri, Johor Bahru sekitar jam 3 pagi pada 22 Mac lalu.

Dalam insiden itu, Myvi tersebut bergerak lurus ketika tiba di bulatan dan merempuh pokok bunga sebelum ‘terbang’ sejauh 50 meter.

Ia kemudian melintasi longkang besar sehingga akhirnya terhenti akibat merempuh sebatang pokok yang terdapat di seberang saliran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun terbabit cedera di muka dan tangan serta kaki kiri.

“Siasatan mendapati, punca kemalangan disebabkan oleh pemandu hilang kawalan ketika memasuki bulatan”.

Tambahnya, kaki mangsa tersepit sebelum bomba mengeluarkannya daripada kenderaan. Mangsa walau bagaimanapun tidak dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

Mangsa kemudian dikejarkan dengan menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59. Siasatan lanjut masih diteruskan”, akhirnya.

Dapat kejutan bar emas yang diidam-idamkan daripada abangnya, gadis bertuah ini kongsi detik manis tersebut

0

Terkadang hadiah yang paling berharga ialah datangnya daripada orang yang kita sayangi. Tidak kisah lah berapa pun harganya kerana apa yang lebih penting ialah nilainya.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Jennifer Ling berkongsi cerita tentang hadiah yang diberikan kepadanya. Apa yang lebih penting hadiah tersebut bukan sahaja mahal malah sangat istimewa kerana ia dihadiahkan oleh abangnya sendiri.

Facebook

Menurut Jennifer dia sangat teringin untuk memiliki bar emas dan suatu hari dia mendapat tahu abangnya mahu ke kedai emas ekoran harga emas yang turun ketika itu. Jadi, dia meminta abangnya untuk melihat kalau-kalau ada bar emas di kedai itu.

Abangnya kemudian bertanya tentang harga emas yang dimaksudkan. Jennifer ketika itu tidak berfikir bahawa abangnya mahu menghadiahkan emas itu kepadanya kerana menurutnya abangnya mahu membeli emas tersebut untuk dirinya sendiri.

Jennifer kemudian terus mencari harga emas tersebut melalui sebuah aplikasi dan terus menghantar maklumat yang diperolehi di WhatsApp keluarga mereka.

Facebook

Selepas dua hari dia akhirnya menerima kejutan itu daripada abangnya. Ketika itu dia baru sahaja selesai mandi selepas pulang dari melakukan kerja sambilan. Menurut Jennifer, abangnya telah meninggalkan hadiah tersebut di atas katilnya sebagai sebuah kejutan.

“Ini adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kerana ini adalah kali ketiga saya menerima hadiah daripada abang saya sejak saya dilahirkan.” tulis Jennifer di akaun Facebooknya. Dia juga memberitahu bahawa abangnya telah menghabiskan kira-kira RM300 untuk membeli bar emas tersebut.

‘Bunga sakura’ Malaysia mekar kini sedang mekar di Sungai Petani, Kedah. Indahnya!

0

Di musim pandemik ini, kita umumnya mengetahui bahawa pergerakan agak terbatas dan kita tidak boleh sesuka hati bergerak apatah lagi ke luar negara.

Buat orang ramai yang teringin merasai pengalaman melihat bunga sakura seperti di Jepun, mungkin boleh cuba lihat sendiri bunga sakura di Malaysia pula.

Untuk makluman anda, sebaik sahaja peralihan musim hujan ke musim panas maka bunga pada pokok jenis Tecoma ini akan berbunga.

Kelopok bunganya pula berwarna merah jambu dan banyak. Jadi tidak hairanlah ia sering kali disamakan seperti bunga sakura yang popular di Jepun itu.

Dan di Kedah nampaknya pokok ini sudah berbunga dan ia sudah pasti mencipta satu pemandangan yang sangat indah.

Jangan tidak percaya pula ya, foto-foto tersebut diambil di sekitar Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Cantik bukan?

Oleh itu, mana yang berada berdekatan itu janganlah lepaskan peluang keemasan untuk bergambar dengan pokok ini ya.

Bukan bunga warna merah jambu saja yang ada, warna putih pun ada tau..

Keindahannya itu juga turut menarik minat beberapa individu untuk bergambar bersama.

Cantik sangat!

Trump dedahkan kandungan surat yang ditulisnya kepada Biden

0

Bekas Presiden Donald Trump baru-baru ini mendedahkan apa yang ditulisnya kepada Presiden Joe Biden ketika meninggalkan jawatan Presiden pada Januari lalu.

“Umumnya saya mengucapkan selamat maju jaya padanya dan surat itu terdiri daripada beberapa helai. Saya tulisnya daripada hati kerana saya mahu semuanya berjalan dengan baik”, ujar Trump.

“Saya mahu Biden lakukan tugas dengan baik tetapi ia tidak termasuk menutup Keystone Pipeline, di mana ianya jauh lebih baik dari segi persekitaran berbanding menggunakan minyak mentah pada kereta api”.

Namun menurut Trump, rakan dan penyokong kepada Biden, Warren Buffet memiliki kereta api. “Tiada yang bercakap mengenai perkara tersebut”.

Biden juga tidak pernah merujuk kandungan surat itu semasa temubual pada Januari lalu, tetapi beliau berkata pemberian surat itu adalah sesuatu yang  positif.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, presiden yang meninggalkan jawatan mereka akan meninggalkan sepucuk surat kepada pengganti masing-masing.

Kebiasaannya, mereka meninggalkan nota di Resolute Desk, yang diberikan kepada Amerika Syarikat oleh Ratu Victoria pada abad ke-19.

Bekas Presiden Ronald Reagan memulakan tradisi ini ketika beliau meninggalkan catatan untuk Naib Presiden George H.W. Bush, yang menggantikannya sebagai presiden.

Bekas Presiden Barack Obama meninggalkan nota kepada Trump : “Ini adalah pejabat yang unik, tanpa ‘blueprint’ untuk kejayaan”.

 “Jadi saya tidak tahu bahawa nasihat daripada saya akan membantu. Kepemimpinan Amerika di dunia ini sangat-sangat diperlukan. Terserahlah kepada kita, melalui tindakan dan contoh, dalam mengekalkan perintah antarabangsa yang terus berkembang sejak akhir Perang Dingin, serta pergantungan kekayaan dan keselamatan kita semua”.

Dan sebelum itu, bekas Presiden George W. Bush menyerahkan sepucuk surat kepada penggantinya, Obama, yang bertulis : “Tidak ramai yang mendapat penghormatan dengan mengetahui tanggungjawab yang kamu kini pikul. Tidak ramai yang mengetahui kegembiraan saat ini dan cabaran yang akan kamu hadapi”.

“Akan ada saat-saat untuk mencuba, pengkritik akan ‘mengamuk’ dan ‘rakan’ akan mengecewakan kamu. Tetapi kamu mempunyai Tuhan dan keluarga yang mengasihani kamu, serta negara yang akan selalu ada untuk kamu, termasuklah saya”.

“Tidak kira apa yang mendatang, kamu akan terinspirasi dengan karakter dan belas kasihan orang-orang yang kamu pimpin sekararang”.

Semasa ditemubual pada 22 Mac, Trump berkata bahawa beliau tidak merindui Twitter, medium digunakannya yang menjana banyak penglibatan semasa berkempen.

“Saya mengeluarkan pernyataan, itu lebih elegan daripada tweet dan saya fikir ia lebih baik. Ia lebih baik daripada Twitter”, katanya.

“Teknologi bukan kehidupan,” Warga emas bersusah payah bersiap ke bank dengan alasan mendapatkan ‘sentuhan manusia’ sebenar

0

Bukan semua orang boleh bergerak maju ke hadapan seiring teknologi yang semakin canggih, lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik begini. Kehidupan boleh menjadi lebih mudah dan tiada masalah walaupun terdapat banyak masalah, demikian menurut pandangan generasi muda.

Tetapi mungkin agak sukar buat generasi tua, bergelar golongan warga emas. Mereka mungkin mempersoalkan, generasi muda memandang telefon pintar masing-masing kerana sibuk bersosial. Apa yang mereka sosialkan, bermasyarakat? Sibuk menggunakan telefon pintar dalam segala urusan, semua tugas selesai. Apa nilai yang mereka telah dapat pada hari ini setelah selesai melakukan semua tugas mudah dengan sentuhan jari?

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

Seorang pengguna Facebook Julia Anne memuat naik satu kisah mengenai seorang bapa yang memberi alasan mengapa dia bersusah payah meminta anaknya menemaninya ke bank untuk menyelesaikan urusan harian. Alasan yang benar-benar membuat anak ini berfikir:

Saya menghabiskan masa berharga satu jam di bank dengan ayah, kerana dia perlu memindahkan sejumlah wang. Saya tidak dapat menahan diri dan terus bertanya …

“Ayah, mengapa kita tidak mengaktifkan perbankan internet sahaja?”

Dia bertanya, “Mengapa pula ayah kena berbuat begitu?”

“Yalah, supaya ayah tidak perlu lagi menghabiskan masa satu jam di sini untuk perkara kecil seperti memindahkan wang,” jelas saya.

“Sambil itu, ayah juga boleh cuba membeli-belah dalam talian. Semuanya akan menjadi sangat mudah!” Saya menjadi begitu teruja menjelaskan kepadanya mengenai dunia perbankan internet.

Dia bertanya, “Sekiranya ayah lakukan itu, maka tidak perlu lagilah ayah keluar dari rumah?”

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

“Ya! Ya! macam itu mudah!” kata saya. Saya memberitahunya bagaimana barang runcit dapat dihantar terus ke hadapan pintu sekarang dan bagaimana Amazon akan menghantar kesemuanya!

Kemudian jawapannya membuatkan saya terus terdiam.

Kata ayah, “Baiklah, sejak memasuki bank di sini hari ini, ayah telah bertemu dengan empat orang rakan, ayah telah berbual dengan kakitangan yang mengenali ayah sekarang.”

“Kamu tahu bukan ayah ini sering bersendirian dan sunyi … Mereka rakan-rakan yang ayah perlukan. Ayah menjadi seronok dapat bersiap dan datang ke bank. Ayah ada masa yang cukup, sentuhan fizikal itulah yang ayah perlukan.”

Facebook

“Dua tahun yang lalu semasa ayah jatuh sakit, Pemilik kedai dari mana saya membeli buah-buahan, datang menziarah dan duduk di tepi katil ayah sambil menangis,” tambahnya.

“Ketika ibu kamu jatuh beberapa hari yang lalu semasa sedang berjalan waktu pagi, pemilik kedai runcit yang biasa kami beli telah melihatnya dan segera mendapatkan keretanya lalu bergegas menghantar ibu kamu pulang kerana dia tahu di mana ayah tinggal,” kata ayah.

Kemudian ayah bertanya, “Adakah ayah menerima ‘sentuhan manusia’ sekiranya semuanya mudah berada dalam talian?”

“Mengapa ayah mahu semua ini disampaikan kepada ayah dan kamu cadang pula untuk ayah berinteraksi hanya dengan komputer?” tanyanya lagi.

“Ayah berasa seronok dapat mengenali orang yang ayah berurusan dan bukan hanya sekadar ‘penjual’. Mereka yang hidup, mewujudkan jaringan dan ikatan perhubungan.”

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

“Adakah Amazon dapat menyampaikan semua ini juga kepada ayah?” tanyanya.

Kemudian saya menyedari, ayah ingin menyampaikan pesanan. “Teknologi itu bukan kehidupan.”

Luangkan masa berkomunikasi dengan orang lain dan orang tersayang, orang yang hidup. Bukan dengan gajet atau mana-mana peranti pada sepanjang masa.