Servis penghantaran makanan merupakan satu perkara normal dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.
Di Malaysia, perkhidmatan ini bukan sahaja boleh didapati di bandar-bandar utama tetapi juga dilihat di kawasan bandar kecil.
Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat para penghantar makanan di jalan raya dan juga berdekatan dengan restoran ataupun medan selera yang sedang menunggu pesanan siap dimasak untuk dihantar kepada pelanggan.
Mereka juga sangat komited dalam menjalankan tugas agar dapat memberikan perkhidmatan yang cepat mengikut tempoh yang ditetapkan.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda di litar motocross telah mencuri perhatian warganet.

Video pendek berdurasi 7 saat itu telah dikongsikan di laman Twitter pada 22 Mac lalu dan sehingga kini berjaya meraih 10.5K tanda suka dan 9,600 retweet.


Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @anthraxxxx memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda yang sedang memecut laju di laluan yang terletak bersebelahan dengan trek motocross tersebut.
Abang Foodpanda ada dimana-mana pic.twitter.com/uD0BZhaRZu
— penanam anggur (@anthraxxxx) March 22, 2021
Meskipun abang Foodpanda ini tidak berlumba secara serius, namun aksinya di litar berkenaan membuatkannya kelihatan seperti ingin berlumba dengan peserta motocross di situ.
Penularan video ini membuatkan warganet memberikan pelbagai reaksi kagum dan memuji abang Foodpanda berkenaan. Antara komen yang diberikan adalah:
“Hahaha masa ini lah orang nak pesan makanan”.
“Aku mati-mati ingat dia pun nak berlumba sekali”.
“Orang yang pesan makanan tengah berlumba pun Foodpanda boleh saing-saing ikut untuk hantar pesanan, berkebolehan”.