27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBisnes & EkonomiSambut ulang tahun ke-9, Lazada berikan kek paling besar kepada pesaing mereka,...

Sambut ulang tahun ke-9, Lazada berikan kek paling besar kepada pesaing mereka, Shopee

Antara acara tahunan yang sering ditunggu ramai terutama mereka yang ‘kaki membeli-belah’ ialah sambutan hari jadi platform membeli-belah, Lazada. Pastinya banyak acara menarik dilangsungkan dan apa yang paling tidak sabar pastinya diskaun yang diberikan!

Acara sambutan ulang tahun Lazada telah bermula semalam, 26 Mac bermula jam 9 malam di mana berlangsungnya konsert secara maya oleh artis terkenal Hollywood, Katy Perry serta kumpulan NCT Dream dari Korea.

Apa yang menariknya pada tahun ini ialah apabila Lazada menghantar kek ulang tahun mereka kepada semua syarikat jenama terkenal di Malaysia.

 @lazada_my (Instagram)

Menurut Instagram rasmi mereka, Lazada telah memuat naik beberapa keping gambar kek ulang tahun yang telah diberikan kepada beberapa jenama terkenal seperti Touch&Go, Realme, Boost dan Shopee.

Dalam banyak-banyak kek, netizen lebih tertarik pada kek yang diberikan kepada Shopee yang merupakan pesaing mereka sebagai platform membeli-belah. Kek tersebut kelihatan jauh lebih besar dan cantik berbanding kek lain yang diberikan kepada syarikat lain.

Instagram

“Selamat ulangtahun … tetapi mengapa kek untuk Shopee jauh lebih besar dan lebih hebat daripada Touch & Go dan yang lain-lain?” tanya netizen dengan emoji ketawa.

Instagram

“Kenapa Shopee dapat kek bertingkat tetapi orang lain seketul kecil sahaja? ayang betul kat Shopee ya?” komen netizen lain dengan nada gurauan.

Lihat sahaja lah kek yang diterima oleh Shopee… Tiga tingkat!

Shopee (Facebook)

Selepas menerima hadia istimewa tersebut Shopee kemudian membalas dengan menyiarkan ucapan terima kasih dengan ucapan selamat ulang tahun kepada pesaing mereka, Lazada di Facebook.

Shopee (Facebook)

Apa yang paling ‘best’ bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-9 Lazada, pihak Shopee turut memberikan baucar RM9 eksklusif untuk semua pengguna dengan menggunakan kod HAPPY9BDAY273 pada Hari Membeli-belah 4.4 Mega nanti!

 googleapis.com

Tidak ketinggalan pada hari istimewa mereka, Lazada turut menambahkan kod promo yang sama ke platform mereka!

Jadi, apa tunggu lagi? Gunakan kod yang ada untuk dapatkan diskaun lebih banyak di Lazada dan Shopee!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI