25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaNasionalIbu kongsi pengalaman ngeri 7 jam terkurung dalam tandas sampai biru kaki...

Ibu kongsi pengalaman ngeri 7 jam terkurung dalam tandas sampai biru kaki dan tangan

Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku. Namun, bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda. Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimbit juga tertinggal di luar tandas.

Baru-baru ini, seorang ibu telah melalui peristiwa pahit terkurung di dalam tandas bersama anak-anaknya selama tujuh jam! Tempoh yang sangat lama ditambah pula ruang yang kecil pasti membuatkan anak-beranak ini terseksa dan buntu.

mstar

Menurut perkongsian Safra Hussain di Facebook, situasi tersebut boleh diibaratkan seperti mimpi ngeri dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Safra, kejadian mengerikan ini berlaku pada tanggal 16 Mac lalu di dalam bilik air di bilik tidur utama kediamannya yang terletak di Damansara Damai, Selangor.

Dilaporkan ibu kepada dua orang anak itu dan suaminya telah berpindah ke rumah berkenaan selama tiga bulan. Pada hari kejadian, dia sedang memandikan kedua-dua anak perempuannya dan ingin menyiapkan anak sulung untuk dihantar ke tadika.

“Selepas selesai semuanya, pintu bilik air tiba-tiba tak boleh dibuka. Baru sedar terkunci dari dalam, macam-macam usaha dilakukan untuk buka pintu sampai penyangkut tuala pun saya cabut untuk ketuk tombol tapi sia-sia”.

Facebook

Setelah semua usaha untuk menyelamatkan diri dan anak-anak gagal, Safra melihat anak sulungnya itu sudah semakin lemah akibat kelaparan dan kesejukan.

Lebih menyayat hati lagi apabila Safra menyatakan bahawa anaknya itu bukanlah seorang yang tidak tahan sejuk. Malah, setiap malam anaknya itu akan tidur tanpa menggunakan selimut meskipun penghawa dingin dipasang.

“Anak sulung saya memang suka sejuk sampai tidur tak pakai selimut walaupun dipasang penghawa dingin. Katanya tak sejuk. Tapi bila dia cakap sejuk, luluh hati saya sebab itu tandanya dia betul-betul sejuk”.

Tangan dia pun dah nampak putih, jari-jari pun dah kecut. Bila dia lapar, saya suruh dia minum air heater dulu. Anak bongsu saya berusia dua tahun menyusu dengan saya dalam bilik air”.

Safra turut menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada orang yang mendengar jeritannya sehinggakan dia menjadi tidak terdaya lalu tertidur di dalam bilik air tersebut.

Suami Safra yang tiada di rumah dan berada di tempat kerja turut merasa bimbang setelah mendapati isterinya tidak menjawab panggilan telefon.

Facebook

“Rutin saya adalah menghantar mesej kepada suami setiap kali menghantar anak ke tadika. Sudahlah saya senyap dari pagi, mesej tak hantar, suami telefon banyak kali tak jawab. Pukul 4.30 petang suami pergi ambil anak di tadika tapi anak tiada di sekolah. Dia sangka saya tertidur tapi cikgu kata anak tak datang sekolah. Suami saya jadi risau, cepat-cepat nak balik rumah”.

Jelas Safra lagi, dia hanya tersedar dari tidurnya setelah mendengar bunyi ketukan pintu tandas dan suara suami memanggil namanya. Suami Safra dikatakan terpaksa memecahkan pintu berkenaan kerana ianya tidak boleh dibuka dari luar. Sebaik sahaja melihat bapa mereka berada di depan pintu, anak-anak terus menangis.

Facebook

Selepas kejadian pahit ini, mereka sekeluarga menjadi fobia dan takut untuk masuk ke bilik air. Oleh itu, dia dan suaminya membiarkan pintu tandas itu tidak bertombol. Lebih menyayat hati apabila melihat anak sulungnya yang akan memakai baju sejuk setiap kali masuk ke bilik air.

Semoga insiden yang berlaku kepada Safra dan anak-anaknya ini dapat kita jadikan iktibar supaya selalu membawa telefon walau ke mana sahaja.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI