26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaVideo tular campak kanak-kanak, seorang guru wanita dipanggil polis beri keterangan

Video tular campak kanak-kanak, seorang guru wanita dipanggil polis beri keterangan

SHAH ALAM – Polis memanggil seorang guru untuk direkod keterangan pada 26 Mac, berhubung isu video tular yang memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga anak muridnya ketika sesi pembelajaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita itu dipanggil selepas menerima laporan daripada ibu kepada murid itu.

“Saya sahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak berkenaan dan kes dalam siasatan,” katanya.

Facebook

Menurut Baharudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Facebook My Kuala Langat itu menjadi tular apabila ia memaparkan seorang guru wanita mengangkat seorang kanak-kanak lelaki sebelum mencampak mangsa ke lantai.

Facebook

Aksi mencampak kanak-kanak itu turut disaksikan oleh semua murid lain dalam kelas berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, Klang, Selangor.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI