25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 353

Pengemis 70 tahun diculik, rompak oleh suspek yang mendakwa sebagai anaknya di Sungai Petani

0

Seorang pengemis berusia 70 tahun dirompak dan dicederakan oleh seorang lelaki dan perempuan yang menyamar sebagai anaknya dan memberitahunya bahawa mereka mahu membawanya pulang.

Menurut sumber, insiden tersebut berlaku di hadapan pusat perniagaan yang terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah yang menjadi lokasi pengemis itu mengemis.

Oriental Daily

Difahamkan pada pagi 23 Mac, kedua-dua suspek menghampirinya lalu mendakwa mereka adalah anaknya.

Mereka turut mengatakan hasrat untuk membawanya pulang bagi mengelak malu ekoran tindakan warga emas berkenaan yang mengemis di situ.

Warga emas tersebut kemudian diculik dan dirompak melibatkan wang berjumlah RM5,000 hasil simpanan mangsa.

Oriental Daily

Mangsa kemudian dijumpai dalam keadaan terduduk di sekitar semak Kampung Raja kira-kira jam 6 petang, dengan kecederaan terdapat pada kepala, mata dan kakinya.

Insiden berkenaan dilaporkan ke pihak polis. Menurut mangsa, dia telah diculik oleh 5 orang suspek, dua daripadanya menaiki motosikal yang sama.

China Press

Sementara selebihnya membawa mangsa pergi menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.

Setakat ini, masih tidak terdapat info sama ada kesemua suspek sudah ditangkap atau belum. Diharapkan agar mangsa dijaga sewajarnya dan keadilan dapat ditegakkan untuknya.

Peluk anak hingga terduduk, ibu terharu anak hadiahkan banglo buatnya

0

Tiada galang ganti buat pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa semasa membesarkan anak. Bahkan mereka tetap juga mahu melindungi walaupun anak-anak sudah pun dewasa.

Maka tidak hairanlah anak-anak juga sanggup berbelanja demi untuk membahagiakan dan menyenangkan orang tua pula.

Baru-baru ini, tular di Twitter akan kisah seorang wanita yang menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibu kesayangannya.

Lihat video penuh di bawah:

@IsskndarAriffin/Twitter

Wanita itu memberitahu ibunya bahawa dia mahu membawa ibunya itu melawat rumah rakannya.

Dia kemudian menunggu ibunya bersiap di dalam sebuah bilik, di rumah lama mereka. Sesudah siap, mereka pun bergerak menuju ke rumah banglo yang dimaksudkan.

@IsskndarAriffin/Twitter

“Sebenarnya ini rumah kita”, kata wanita itu sebak sambil menyerahkan kunci kepada ibu kesayangannya.

Melangkah sahaja masuk ke dalam rumah itu, wanita berkenaan memberitahu ibunya bahawa rumah itu kini masih lagi dalam proses renovasi.

Seolah tidak percaya, ibunya kemudian bertindak memeluk anaknya sehingga kedua-duanya terduduk di atas sofa.

@IsskndarAriffin/Twitter

Video yang mendapat lebih 16,000 kali retweet tersebut turut menerima reaksi positif daripada warga Twitter.

@IsskndarAriffin/Twitter
@IsskndarAriffin/Twitter
@IsskndarAriffin/Twitter
@IsskndarAriffin/Twitter

Benarlah nasihat orang dahulu kala, jangan pernah melupakan asal usul kita sebaik sahaja kita berjaya. Jangan pernah lupa untuk membalas jasa kedua orang tua kita.

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk membalas jasa ibu bapa kita juga ya!

Pemuda Jepun dan 14 sukarelawan berjaya kutip 32kg sampah dalam tempoh sejam

0

Sejak kecil lagi, kita diterapkan dengan nilai sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran dengan melakukan aktiviti gotong-royong. Namun begitu, bukan semua individu gemar melakukan kerja amal sebegini kerana ianya kotor dan meletihkan.

Namun baru-baru ini, sekumpulan sukarelawan telah berkongsi kejayaan mereka mengumpul 32 kilogram sampah sarap di sekitar kawasan Cyberjaya hanya dalam tempoh satu jam!

Aktiviti ini telah dikongsikan di Twitter oleh seorang pemuda warga Jepun yang dikenali sebagai @NanaCyber2. Nana merupakan seorang pelajar Jepun yang menetap di situ dan dikenali ramai kerana sering berkongsi rutinnya dengan mengutip sampah di sekitar Cyberjaya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pada 10 April itu, Nana bersama 14 sukarelawan yang lain telah melakukan aktiviti gotong-royong itu di Taman Mini Cyberjaya. Siapa sangka dalam tempoh 60 minit sahaja, mereka berjaya menemui pelbagai jenis sampah seberat 32.3 kilogram! Antara sampah yang ditemukan adalah:

  • Botol plastik – 59
  • Tin aluminium – 10
  • Puntung rokok – 168
  • Penyedut minuman – 14
  • Cawan plastik – 21
  • Botol kaca – 17
  • Tali pemotong rumput – 97

Projek gotong-royong yang dinamakan sebagai GPS Cleanup#1 ini membuatkan ramai yang terkejut terutamanya apabila mengetahui sebanyak 168 puntung rokok berjaya ditemui di dalam taman mini tersebut. Satu penemuan yang benar-benar mengejutkan!

Terima kasih diucapkan kepada Nana dan rakan-rakan sukarelawan lain kerana sudi berhempas pulas dalam membersihkan alam sekitar. Semoga kita juga mampu untuk mencontohi mereka di masa hadapan.

Anjing pamer rasa sayang terhadap tuan menerusi renungan ‘cinta’ buat warganet cair

0

Dari mata turun ke hati. Itulah istilah yang lazim digunakan terhadap seseorang yang jatuh cinta pandang pertama ataupun sedang dalam fasa bahagia. Mata memainkan peranan penting dalam memancarkan segala isi hati dan perasaan yang terpendam dalam sesebuah hubungan.

Kita boleh tahu perasaan seseorang hanya dengan melihat matanya sahaja. Begitulah yang anda akan lihat dalam video pendek berdurasi 32 saat ini. Namun, video ini tidak mempamerkan perasaan kasih sayang sesama manusia tetapi kasih seekor anjing terhadap tuannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Woof Woof di Facebook pada 7 April lalu, anda dapat saksikan panahan cinta yang diberikan oleh anjing ini kepada tuannya. Lihatk[lah cara anjing ini menatap wajah tuannya, kelihatan penuh dengan perasaan kasih sayang.

Reaksi umpama emoji mata love, gelagat anjing ini membuatkan kita percaya bahawa anjing ini sememangnya sangat menyayangi lelaki yang berada di hadapannya itu. Sampai tak berkerdip mata anjing ini merenung.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah menarik sehingga 365K tanda suka dengan hampir 20K komen daripada warganet. Antaranya :

“Pandangan cinta sejati dan suci. Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anjing ini”.

“Anak anjing ini benar-benar sayangkan tuannya. Comel sungguh anak anjing ini. Matanya menggambarkan segala perasaan”.

“Comelnya mata. Cair saya dibuatnya!”.

DBKL larang agih sumbangan makanan kepada gelandangan sepanjang Ramadan, elak kes virus Covid-19 meningkat

0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu diarahkan untuk tidak melakukan aktiviti pengagihan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), larangan tersebut ditetapkan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran dan pencemaran di samping ingin menangani peningkatan kes virus COVID-19.

Badan NGO atau individu dilarang untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan sepanjang Ramadan. Sumber : Sinar Harian

Bagaimanapun, sumbangan makanan ini boleh dilakukan menerusi tiga lokasi iaitu Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku dan juga Pusat Pembelajaran Komuniti di Chow Kit.

Tiga lokasi dibenarkan adalah Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku dan juga Pusat Pembelajaran Komuniti di Chow Kit. Sumber : Twitter

“DBKL mendapati terdapat banyak pihak sama ada NGO, kumpulan atau individu yang mengagihkan makanan di lokasi hotspot gelandangan di pusat bandar antaranya sekitar Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman”.

Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan kekotoran, pembaziran dan mengurangkan peningkatan kes virus Covid-19. Sumber : New Straits Times

Memetik kenyataan DBKL lagi, “Keadaan ini menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis dan menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL. Aktiviti pemberian makanan kelihatan tidak dapat dikawal terutama ketika Ramadan”.

Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada individu yang ingkar arahan. Sumber : Astro Awani

Tambah kenyataan itu lagi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi arahan. Sekiranya anda ingin menyumbang dan mengagihkan makanan kepada golongan ini, anda boleh menghubungi DBKL di talian 03-26176321 bagi tujuan kawal selia dan pengaturan jadual pengagihan.

Parti Komunis China upah samseng serang kilang percetakan Epoch Times Hong Kong

0

Kilang percetakan Epoch Times New Era, yang mencetak surat khabar untuk Epoch Times Hong Kong telah dipecah masuk oleh 4 penjenayah pada awal pagi 12 April.

Jurucakap Epoch Times, Wu Xueer mengecam keras tindakan penjenayah diupah oleh PKC itu yang menyerang kilang percetakan Epoch Times.

Menurutnya, kejadian itu ternyata mengganggu gugat kebebasan bersuara di Hong Kong dan berusaha membungkam media yang mendedahkan kebenaran.

Epoch Times Hong Kong sebelum ini pernah mengeluarkan pernyataan yang mengecam keras keganasan, meminta masyarakat antarabangsa untuk memerhatikan penindasan kebebasan bersuara oleh PKC di Hong Kong, keganasan ‘putih’ serta mengecam keras serangan di kilang percetakan berkenaan.

Pada 12 April kira-kira jam 4:38 pagi, seorang kakitangan kilang iaitu Cik X kembali ke kilang setelah ia beroperasi seperti biasa. Ketika itu, dia melihat seorang lelaki dalam lingkungan 30-an berketinggian sederhana berdiri di sebelah mesin air minuman sedang bercakap di telefon.

Ketika pekerja hendak menutup pintu pagar, lelaki itu melangkah ke hadapan dan badannya dipautkan ke pintu pagar agar ia dapat mengelakkan pekerja menutup pintu pagar sambil masih bercakap di telefon.

Dia kemudian menjerit, “Kamu panggil Zhu keluar!”. Kata Cik X, tiada pekerja bernama Zhu di kilang tersebut. Cik X kemudian cuba menutup pagar namun dihalang lelaki itu.

Seorang staf lain kemudian muncul untuk memeriksa dan tidak lama kemudian, terdapat 3 orang pemuda bergegas masuk daripada belakang lelaki berkenaan. Ada antara mereka yang membawa tukul besi dan beg mesra alam.

Salah seorang daripada mereka menyerahkan beg hitam panjang kepada lelaki yang berdiri di pintu gerbang itu. Menurut kakitangan di tempat kejadian, terdapat pisau di dalam beg tersebut.

Ketika beberapa orang memasuki kilang percetakan, mereka menjerit kepada pekerja yang berdiri di pintu, “Pergi, pergi, itu bukan urusan kamu! Kamu pergi, jangan biarkan aku melakukannya!”.

Selepas beberapa individu itu masuk, mereka menggunakan penukul untuk memusnahkan kemudahan di dalam kilang. Paling teruk terjejas adalah konsol mesin cetak.

Pada masa yang sama, mesin dan beberapa buah komputer di lokasi itu termasuklah sebuah CPU turut dicuri. Salah satu daripadanya turut dirosakkan. Selain itu, terdapat tanah campuran yang dikeluarkan daripada beg mesra alam dan ditaburkan pada mesin surat khabar.

Tindakan ganas yang merosakkan harta benda itu berlaku dengan pantas – lebih kurang dua minit. Setelah itu, mereka semua meninggalkan premis tersebut.

Dalam 15 tahun sejak penubuhannya, kilang percetakan Epoch Times telah banyak kali mengalami kerosakan. Sebelum ini, PKC berulang kali mengupah samseng untuk menyerang kilang percetakan Epoch Times Hong Kong dengan teruk.

Cara lelaki Melayu santuni, beri makan anjing terbiar berjaya hapuskan stigma sosial terhadap anjing

0

Pernahkah anda terfikir akan nasib haiwan terbiar? Tidak menerima kasih sayang, makanan yang mencukupi dan tempat berlindung, kasihannya mereka!

Tetapi dengan adanya insan-insan yang penyayang, maka sedikit sebanyak nasib mereka itu terbela. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki berjiwa besar bernama Khairul ini.

Menurut sumber, Khairul sebenarnya sudah mula memberikan makanan buat kucing jalanan. Namun aktiviti itu lebih giat dilakukan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu.

Dia yang memberi makan kucing sekitar Sungai Kelantan itu berasa terpanggil untuk membantu ekoran banyak kedai dan premis perniagaan yang ditutup.

“Kucing-kucing jalanan ini susah mahu cari makanan. Malah saya juga dapati banyak juga anjing-anjing jalanan yang kelaparan”, ujar lelaki berusia 44 tahun tersebut.

Tambahnya, anjing-anjing tersebut mencari makanan di tong sampah. “Saya kasihan melihat mereka jadi saya memutuskan untuk memberi makanan juga buat mereka”.

Khairul sebenarnya merupakan bekas guru dan kini hanya mengutip barangan yang boleh dikitar semula. Namun itu tidak menjadi alasan untuknya membiarkan sahaja haiwan jalanan.

Dia malah turut memberikan nama kepada kelompok anjing yang diberi makanan, iaitu ‘Geng Ah Ciak’, memandangkan Ah Ciak adalah anjing pertama yang dia beri makan.

“Mulanya saya hanya beri kucing dan Ah Ciak makan. Tetapi selepas itu, Ah Ciak pula membawa rakannya yang lain. Itu yang saya beri nama Geng Ah Ciak”.

Tidak lama kemudian, Khairul turut menemukan 9 ekor anak anjing berusia 2 bulan di kawasan sekitarnya. Mereka kemudian diberi nama Geng Belang.

Usaha murni itu tidak terhenti di situ. Khairul kemudian turut memberi makan kepada Geng ‘Baby’ dan Geng Istana. Mereka semua menganggap Khairul sebagai pemimpin mereka.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi Khairul. Paling memberikan kesan adalah tatkala ada anjing liar yang ditangkap, diracun dan dibunuh oleh banyak pihak.

Baru-baru ini, Khairul berkongsi bahawa 16 ekor anjing dan 5 ekor anak anjing mati setelah memakan makanan yang dicemari racun.

Malahan, anjing kesayangannya yang bernama Abe Long turut ditembak mati oleh pihak berkuasa tempatan.

Kata lelaki itu, terdapat 9 hentian yang telah ditetapkannya untuk memberi makan kepada haiwan jalanan di sekitar Kelantan. Dalam sebulan, sebanyak RM300-RM400 dibelanjakan untuk usaha itu.

Usaha itu turut mendapat perhatian beberapa pengusaha kedai haiwan yang memberikan diskaun harga makanan kepada Khairul.

“Selain menerima sumbangan penduduk setempat, warga di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga ada derma RM50 hingga RM100 untuk saya belikan makanan”.

Tambahnya, orang Melayu banyak menderma makanan kucing dan segelintir derma makanan anjing. Namun makanan anjing banyak didermakan oleh orang Cina.

Ketika ditanya mengenai stigma dalam mengendalikan anjing, jelas Khairul, umat Islam dibenar untuk memelihara anjing untuk tujuan memburu dan menjaga rumah, tanaman dan ternakan.

Jika anda mahu membantu insan penyayang ini, anda boleh hubunginya di talian +6018-9051519 atau menerusi Facebooknya.

Atau anda juga boleh menyalurkan sokongan dengan membeli t-shirt yang dijualnya. Hasil pembelian akan disalurkan terus kepada bekalan makanan haiwan terbiar.

Wanita temui spesies haiwan aneh dikenali ‘Kongkang’, bimbang kerana tidak bergerak mahupun makan

0

Baru-baru ini, telah tular satu peristiwa mengenai penemuan seekor haiwan yang jarang ditemui di Malaysia.

Teressa Tham menerusi Facebook telah memuat naik beberapa gambar memaparkan sejenis makhluk yang aneh dan amat jarang ditemui. Teressa berasa pelik kerana makhluk ini kekal statik dan langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

Facebook

Jelas Teressa lagi, makhluk yang aneh ini telah berada pada kedudukan yang sama dari siang hingga ke malam dan langsung tidak makan.

Teressa yang bimbang akan keadaan haiwan ini lalu memuat naik perkongsian tersebut bagi mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang mungkin pernah melihat haiwan tersebut. 

Facebook

“Ada sesiapa tahu haiwan apakah ini? Bagaimana harus menjaganya? Haiwan ini berada dalam posisi sama siang dan malam di rumah jiran saya dan belum makan apa-apa lagi”. 

Ramai warganet memberi reaksi terhadap perkongsian tersebut. Malah, ada juga yang memaklumkan bahawa nama haiwan tersebut ‘Kongkang’ berdasarkan gambar pada setem yang dikongsikannya.

Carousell

Kongkang atau Red Slender merupakan sejenis haiwan nokturnal yang boleh ditemui di kawasan hutan hujan Sri Lanka. Mungkin ada antara anda yang pernah menonton filem animasi Zootopia pasti akan mengenali haiwan ini.

Haiwan bersaiz kecil ini terkenal dengan matanya yang besar, badan yang memanjang dan bulu berwarna perang.

Semoga haiwan ini berjaya ditempatkan semula ke habitat asalnya bagi memastikan spesies ini tidak terancam. 

Terpaksa kutip sisa makanan dan makan makanan lebihan orang, rupa-rupanya pak cik ini sedang hadapi ujian terbesar hidupnya

0

Tidak semua orang bertuah dengan mendapatkan segala keperluan hidup. Ada yang terpaksa bekerja keras dalam melakukan apa sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup.

Jadi, kita sebagai orang mampu, tiada salahnya untuk kita membantu mereka yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang baik hati apabila dia tanpa berfikir panjang telah membelikan makanan buat seorang pak cik.

Kisah tersebut telah diceritakan sendiri oleh wanita bernama Erviana Elvy melalui akaun Facebook miliknya. Kejadian yang berlaku pada Ogos 2019 yang lalu ini bukan sahaja meninggalkan kesan kepada Erviana malah pasti turut menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Menurut Erviana ketika dia sedang makan di KFC Lido dia ternampak seorang lelaki berusia 50-an yang kelihatan seperti orang kelainan upaya (OKU) sedang memungut sisa dan tulang dari bekas makanan orang.

Selesai memungut sisa makanan dia duduk semula di kerusi bersama roti kering dan air coke lebihan orang.

Facebook

Tambah Erviana lagi, ketika itu dia mula membayangkan jika pak cik tersebut adalah bapanya sendiri yang terpaksa mengemis. Jadi, dia pun memesan set makanan KFC untuk pak cik tersebut.

Pak cik tersebut sangat terkejut apabila menerima pemberian tersebut. Dalam keadaan sakit pada bahagian lehernya, pak cik tersebut tetap cuba untuk menunduk sebagai ucapan terima kasih.

Facebook

Mereka kemudian mula berbual sambil makan. Rupa-rupanya pak cik itu merupakan pesakit kanser tahap 4. Dengan senyuman dia memberitahu bahawa dia sudah menjalani rawatan kemoterapi selama 45 kali dan sudah 10 tahun dia sakit.

Namun begitu, sel kansernya masih aktif dan semakin membesar. Sehingga kini dia tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatannya. Dia perlu menahan sebelah kepalanya untuk menyokong bahagian sebahagian lehernya. Sistem badannya juga sudah semakin tidak boleh berfungsi baik.

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila dia memberitahu bahawa tulang-tulang ayam yang dikumpulkan adalah untuk diberikan kepada dua ekor anjing milik jirannya. Jirannya merupakan orang tua berusia 75 tahun yang tinggal bersendirian.

Jadi, dia bimbang jika anjing-anjing itu tidak diberikan makanan dan mati. Memandangkan dia tidak mampu membelikan makanan buat anjing-anjing itu, jadi dia membantu dengan mencari makanan sementara dia masih hidup.

Facebook

Erviana sempat memberikan kata-kata semangat buat pak cik itu. Katanya walaupun doktor memberitahu dia sudah tiada harapan untuk hidup tetapi yang menentukan hidup dan mati adalah Tuhan. Jadi, teruslah berharap kepada Tuhan.

Ketika mendengar kata-kata itu, pak cik tersebut mengalirkan air mata. Menurut pak cik itu lagi dia juga percaya yang perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Sebelum berlalu pergi, lelaki tua itu juga memberikan nasihat kepada Erviana untuk rajin sembahyang.

Walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir dua tahun lalu tetapi ianya masih mendapat perhatian ramai. Ramai yang turut bersimpati dan ramai juga yang terus mendoakan pak cik ini. Baru-baru ini juga ada beberapa orang netizen yang memberitahu mereka pernah ternampak pak cik di jalanan. Mengetahui bahawa dia masih kuat untuk bertahan hidup pasti buat ramai yang lega.

Facebook
Facebook
Facebook

Kisah yang diceritakan oleh Erviana sangat menyentuh hati. Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa di luar sana masih ada yang lebih susah daripada kita.

Hari ini kita mengeluh kerana kipas angin rosak, atau mungkin kerana makanan yang dipesan tiba lambat tetapi tanpa kita sedari ada ramai di luar sana yang terpaksa berjemur di bawah terik matahari untuk mencari rezeki malah ada yang terpaksa berlapar untuk membantu keluarga.

Syukuri setiap apa yang kita miliki.

Kehampaan burung undan jantan tak dikurniakan anak terubat, kini bahagia jadi bapa penyayang dan bertanggungjawab

0

Naluri keibuan yang dimiliki oleh haiwan betina di alam liar sering kali kita lihat bukan? Namun agak mengagumkan bahawa haiwan jantan juga sangat melindungi keluarganya.

Difahamkan sepasang burung undan di pusat penyelamatan burung liar Twinnies Pelican and Seabird Rescue di Queensland, Australia tidak berupaya untuk mengeram telur dan menetaskan anak mereka selama bertahun-tahun.

Inilah Mr. Percival, burung undan jantan yang tinggal di pusat tersebut semenjak dirinya masih kecil. Oleh kerana Mr. Percival kerap tersangkut pada jaring nelayan, burung tersebut sudah beberapa kali diselamatkan.

Twinnies Pelican and Seabird Rescue/Facebook

Malangnya salah satu daripada sayapnya juga turut tercedera dan ia ternyata menghalang Mr. Percival terbang secara normal seperti sediakala.

Oleh kerana itulah, Mr. Percival perlu dibawa ke pusat tersebut. Di sana, Mr. Percival turut berjumpa dengan Mrs. Percival dan membesar menjadi burung undan dewasa.

Mr. Pecival dan pasangannya tidak berjaya mengintubasi telur-telur mereka selama 6 tahun. Seringkali Mr. Percival melihat rakan burung undannya yang lain bersama anak-anak mereka. Ini membuatkannya berasa sunyi dan kecewa.

Simpati dengan nasib pasangan burung tersebut, staf di pusat tersebut akhirnya bertindak memberikan telur burung undan liar dan meletakkan ia di bawah jagaan pasangan tersebut. Ia akhirnya menetas!

Twinnies Pelican and Seabird Rescue/Facebook

Apabila Mr. Percival menyedari sahaja dirinya sudah berjaya menetaskan ‘anaknya’ itu, sudah tentulah Mr. Percival berasa sangat teruja kerana ini kali pertama dirinya bergelar bapa.

“Pasangan itu ‘jatuh cinta’ dengan anak mereka yang baru menetas. Ia dianggap seperti anak sendiri”, ujar kakitangan di sana.

Tambah mereka, oleh kerana anak burung undan tersebut lahir dalam keadaan tidak berbulu dan belum lagi membuka mata, pasangan burung tersebut sangat bertanggungjawab dalam memikul peranan ibu bapa.

Kedua-duanya dilihat menyediakan makanan dan kehangatan yang penuh dengan kasih sayang terhadap anaknya itu.

Walaupun Mr. Parcival mengalami masalah dan halangan untuk bergerak seperti biasa, namun burung tersebut masih gigih dan rajin menangkap ikan untuk diberikan kepada anaknya.

Dan akhirnya keinginan Mr. Parcival untuk menjadi bapa dikabulkan. Itulah kali pertama burung tersebut kelihatan gembira dan langsung tidak penat menjaga anaknya.

“Dia sangat gembira menjadi bapa. Kami turut gembira melihat keikhlasannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang penyayang”, tambah mereka.

Tonton video di sini.