Tiada galang ganti buat pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa semasa membesarkan anak. Bahkan mereka tetap juga mahu melindungi walaupun anak-anak sudah pun dewasa.
Maka tidak hairanlah anak-anak juga sanggup berbelanja demi untuk membahagiakan dan menyenangkan orang tua pula.
Baru-baru ini, tular di Twitter akan kisah seorang wanita yang menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibu kesayangannya.
Lihat video penuh di bawah:
Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo. Sampai rebah lah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita. pic.twitter.com/D7LsztNKUn
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) April 11, 2021
@IsskndarAriffin/Twitter
Wanita itu memberitahu ibunya bahawa dia mahu membawa ibunya itu melawat rumah rakannya.
Dia kemudian menunggu ibunya bersiap di dalam sebuah bilik, di rumah lama mereka. Sesudah siap, mereka pun bergerak menuju ke rumah banglo yang dimaksudkan.
“Sebenarnya ini rumah kita”, kata wanita itu sebak sambil menyerahkan kunci kepada ibu kesayangannya.
Melangkah sahaja masuk ke dalam rumah itu, wanita berkenaan memberitahu ibunya bahawa rumah itu kini masih lagi dalam proses renovasi.
Seolah tidak percaya, ibunya kemudian bertindak memeluk anaknya sehingga kedua-duanya terduduk di atas sofa.
Video yang mendapat lebih 16,000 kali retweet tersebut turut menerima reaksi positif daripada warga Twitter.
Benarlah nasihat orang dahulu kala, jangan pernah melupakan asal usul kita sebaik sahaja kita berjaya. Jangan pernah lupa untuk membalas jasa kedua orang tua kita.
Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk membalas jasa ibu bapa kita juga ya!