Dari mata turun ke hati. Itulah istilah yang lazim digunakan terhadap seseorang yang jatuh cinta pandang pertama ataupun sedang dalam fasa bahagia. Mata memainkan peranan penting dalam memancarkan segala isi hati dan perasaan yang terpendam dalam sesebuah hubungan.
Kita boleh tahu perasaan seseorang hanya dengan melihat matanya sahaja. Begitulah yang anda akan lihat dalam video pendek berdurasi 32 saat ini. Namun, video ini tidak mempamerkan perasaan kasih sayang sesama manusia tetapi kasih seekor anjing terhadap tuannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Woof Woof di Facebook pada 7 April lalu, anda dapat saksikan panahan cinta yang diberikan oleh anjing ini kepada tuannya. Lihatk[lah cara anjing ini menatap wajah tuannya, kelihatan penuh dengan perasaan kasih sayang.
Reaksi umpama emoji mata love, gelagat anjing ini membuatkan kita percaya bahawa anjing ini sememangnya sangat menyayangi lelaki yang berada di hadapannya itu. Sampai tak berkerdip mata anjing ini merenung.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah menarik sehingga 365K tanda suka dengan hampir 20K komen daripada warganet. Antaranya :
“Pandangan cinta sejati dan suci. Terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anjing ini”.
“Anak anjing ini benar-benar sayangkan tuannya. Comel sungguh anak anjing ini. Matanya menggambarkan segala perasaan”.
“Comelnya mata. Cair saya dibuatnya!”.