30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaGlobalParti Komunis China upah samseng serang kilang percetakan Epoch Times Hong Kong

Parti Komunis China upah samseng serang kilang percetakan Epoch Times Hong Kong

Kilang percetakan Epoch Times New Era, yang mencetak surat khabar untuk Epoch Times Hong Kong telah dipecah masuk oleh 4 penjenayah pada awal pagi 12 April.

Jurucakap Epoch Times, Wu Xueer mengecam keras tindakan penjenayah diupah oleh PKC itu yang menyerang kilang percetakan Epoch Times.

Menurutnya, kejadian itu ternyata mengganggu gugat kebebasan bersuara di Hong Kong dan berusaha membungkam media yang mendedahkan kebenaran.

Epoch Times Hong Kong sebelum ini pernah mengeluarkan pernyataan yang mengecam keras keganasan, meminta masyarakat antarabangsa untuk memerhatikan penindasan kebebasan bersuara oleh PKC di Hong Kong, keganasan ‘putih’ serta mengecam keras serangan di kilang percetakan berkenaan.

Pada 12 April kira-kira jam 4:38 pagi, seorang kakitangan kilang iaitu Cik X kembali ke kilang setelah ia beroperasi seperti biasa. Ketika itu, dia melihat seorang lelaki dalam lingkungan 30-an berketinggian sederhana berdiri di sebelah mesin air minuman sedang bercakap di telefon.

Ketika pekerja hendak menutup pintu pagar, lelaki itu melangkah ke hadapan dan badannya dipautkan ke pintu pagar agar ia dapat mengelakkan pekerja menutup pintu pagar sambil masih bercakap di telefon.

Dia kemudian menjerit, “Kamu panggil Zhu keluar!”. Kata Cik X, tiada pekerja bernama Zhu di kilang tersebut. Cik X kemudian cuba menutup pagar namun dihalang lelaki itu.

Seorang staf lain kemudian muncul untuk memeriksa dan tidak lama kemudian, terdapat 3 orang pemuda bergegas masuk daripada belakang lelaki berkenaan. Ada antara mereka yang membawa tukul besi dan beg mesra alam.

Salah seorang daripada mereka menyerahkan beg hitam panjang kepada lelaki yang berdiri di pintu gerbang itu. Menurut kakitangan di tempat kejadian, terdapat pisau di dalam beg tersebut.

Ketika beberapa orang memasuki kilang percetakan, mereka menjerit kepada pekerja yang berdiri di pintu, “Pergi, pergi, itu bukan urusan kamu! Kamu pergi, jangan biarkan aku melakukannya!”.

Selepas beberapa individu itu masuk, mereka menggunakan penukul untuk memusnahkan kemudahan di dalam kilang. Paling teruk terjejas adalah konsol mesin cetak.

Pada masa yang sama, mesin dan beberapa buah komputer di lokasi itu termasuklah sebuah CPU turut dicuri. Salah satu daripadanya turut dirosakkan. Selain itu, terdapat tanah campuran yang dikeluarkan daripada beg mesra alam dan ditaburkan pada mesin surat khabar.

Tindakan ganas yang merosakkan harta benda itu berlaku dengan pantas – lebih kurang dua minit. Setelah itu, mereka semua meninggalkan premis tersebut.

Dalam 15 tahun sejak penubuhannya, kilang percetakan Epoch Times telah banyak kali mengalami kerosakan. Sebelum ini, PKC berulang kali mengupah samseng untuk menyerang kilang percetakan Epoch Times Hong Kong dengan teruk.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI