Walaupun saiz tubuhnya tidaklah sebesar mana, kucing merupakan haiwan yang agak berani biarpun sedang berhadapan dengan haiwan berbahaya yang lain misalnya buaya, ular dan sebagainya.
Kali ini, kita akan lihat pula keberanian seekor kucing berwarna jingga yang sememangnya terkenal dengan perangai ‘gila-gilanya’ itu dalam berhadapan dengan anjing laut.
Jom kita saksikan videonya :
Menerusi video tersebut, beberapa ekor anjing laut kelihatan sedang berada di dalam kolam namun salah seekor daripada mereka berada di darat.
Anjing laut itu kemudian seperti ‘menyapa’ si ‘Oyen’ dan secara tiba-tiba kucing yang berada di hadapannya itu bertindak ‘menamparnya’.
Baru-baru ini, seorang bapa meluahkan rasa hampanya apabila anaknya yang berumur 10 telah dituduh meniru membuat karangan.
Menurut bapa yang dikenali sebagai Osman Affan, dia dan isteri benar-benar pasti bahawa karangan itu dibuat sendiri oleh si anak, memandangkan ia dipantau oleh isterinya.
“Jadi, memang kami tahulah ia adalah hasil kerja anakanda kami. Puan isteri saya jadi saksinya”. Menurutnya, anaknya ada memberi pinjam buku karangan itu pada rakan.
Rupanya, hasil karangan yang ditulis anaknya itu turut ditiru bulat-bulat oleh si rakan, menyebabkan anaknya pula yang dituduh meniru.
Tambah Osman lagi, tindakan guru yang secara melulu menuduh anaknya itu sudah pasti akan membuatkan anaknya tidak bersemangat dan kurang berminat dengan subjek tersebut.
“Hmmmm, inilah bahayanya plagiat. Yang MENIRU dapat NAMA, yang DITIRU teruk DICACI DIHINA”, tulisnya lagi.
Juga merupakan seorang guru, Osman dan isteri sangat memahami bahawa berhadapan secara langsung dengan guru tersebut bukanlah penyelesaian terbaik.
Tambahnya, biarlah ia menjadi pengajaran buat anaknya agar tidak lagi bermurah hati untuk memberikan rakan meminjam buku sebelum hantar kerja sekolah.
Di sebatang jalan yang agak lengang berdekatan dengan Istana Shimabara, Nagasaki, teguh berdiri tembok pagar yang kelihatan normal di sebuah kediaman di sana.
Namun ia sebenarnya menjadi tarikan pelancong kerana ‘pemandangan’ unik – 3 ekor anjing baka Shiba Inu yang akan menjulurkan kepalanya menerusi lubang pada tembok tersebut.
Menurut pemilik ketiga-tiga ekor anjing tersebut, dia pada mulanya membuat lubang pada tembok rumahnya ekoran mahu pergerakan udara memasuki kawasan rumahnya.
Namun setelah itu, anjing-anjingnya itu menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi dan gemar meninjau di luar menerusi lubang berkenaan.
Mereka sering meninjau di balkoni sekiranya terdapat sesuatu di luar, dan dengan adanya lubang tersebut, maka lebih mudahlah mereka untuk mengetahui perkara di luar.
Kisah mereka ini bahkan tular di internet dan ramai pengunjung daripada seluruh dunia tertarik untuk ke lokasi tersebut untuk melihat keletah ketiga-tiga ekor anjing berkenaan.
“Pemilik anjing juga sangat baik. Saya habiskan sejam untuk merakamkan anjing-anjingnya dan dia hanya melihat sahaja di sebalik tembok”, kata seorang pelancong dari Taiwan.
Pemilik anjing-anjing itu turut menyapa pelancong tersebut yang hanya datang ke lokasi itu semata-mata mahu melihat sendiri keunikan tiga ekor anjing di sebalik tembok miliknya.
GUANGZHOU- Baru berusia 27 tahun, seorang pemuda dikatakan telah mendapatkan rawatan apabila diserang penyakit gout pada kaki kanannya. Tidak hanya itu, dia juga dikatakan mengalami sakit sendi pada anggota badannya.
Setelah diperiksa dan ditanya oleh doktor, ternyata pemuda tersebut mengakui bahawa dia sering minum minuman manis seperti soda, coke dan jus buah manis sejak dia mula menginjak remaja. Dia bahkan jarang sekali minum air kosong. Hal ini menyebabkan penyakit gout nya semakin teruk ekoran terdapat asid urik yang berlebihan sehingga menyebabkan tangannya penuh dengan ‘tophi’.
Doktor dari Jabatan Rheumatologi dan Imunologi, Hospital Gabungan Kedua dari Universiti Perubatan Guangzhou, mendapati bahawa kaki kanannya berulang kali mengalami gout serta terdapat benjolan besar dan kecil berwarna kuning dan putih dilihat pada beberapa sendi anggota badannya. Hal ini menyebabkan dia mengalami sakit sendi dan menjejaskan aktivitinya.
Doktor Huang Wenhui mengatakan bahawa gout adalah penyakit yang berkait rapat dengan diet terutama makanan laut, ikan besar dan daging. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak tahu bahawa kadar gula yang tinggi serta minuman berkarbonat dapat meningkatkan asid urik.
Dia menjelaskan bahawa di antara banyak makanan, buah-buahan dan madu adalah makanan yang paling banyak mengandungi fruktosa. Namun, jika buah dimakan secara tidak berlebihan ianya tiada masalah. Tetapi, buah-buahan yang terlalu manis akan menyebabkan kandungan gula dalam buah boleh menjadi asid urik, ditambah pula dengan pengambilan minuman manis seperti soda. Kesemua ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan asid urik yang ketara.
Selain itu, tophi pula boleh berlaku akibat kegagalan jangka panjang untuk mengawal asid urik. Kerana tahap asid urik dalam badan terlalu tinggi dan tidak dapat larut dalam darah, perlahan-lahan akan membentuk menjadi bonjolan pada sendi dan kulit untuk membentuk tophi.
Jadi, untuk mengelakkan semua itu daripada berlaku, air kosong perlu diminum secukupnya. Pesakit gout pula perlu lebih minum air dan buang air. Sebaiknya mereka minum lebih daripada 2 liter air kosong setiap hari.
Pernah terfikir apa yang berlaku jika bayi kecil yang dikandung memiliki berat melebihi berat bayi yang biasa? Pasti untuk mengandung dan melahirkannya lebih sukar dan pengalaman tersebut semestinya adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Seperti seorang wanita bertuah ini, dia berhadapan dengan situasi tersebut apabila bayi yang dilahirkan memiliki berat barat sekitar 14 paun (6kg) iaitu dua kali ganda lebih berat daripada bayi biasa.
Untuk berkongsi kisah dan pengalamannya, dia telah memuat naik video melalui akaun TikToknya, @shans1588 dan telah menarik perhatian ramai.
Wanita ini kemudian terus menceritakan bagaimana dia memiliki anak kecil seberat 14 paun ketika dia dilahirkan secara pembedahan ‘c-section’. Bayi lelaki itu dilahirkan dengann bantuan dua orang doktor.
Menurut wanita tersebut rata-rata bayi mempunyai berat badan sekitar 7.5 paun. Biasanya berat badan mereka antara 5.5 dan ada yang memiliki berat sekitar 10 paun tetapi itu masih berat badan normal.
Selepas anaknya dilahirkan bayi tersebut terpaksa dimasukkan ke NICU selama 11 hari dan di situ, dia adalah bayi terbesar jika dibandingkan dengan bayi lain. Di NICU pula tiada lampin atau pakaian yang sesuai untuk dipakaikan kepada bayinya.
Jadi, petugas perlu ke jabatan pediatrik untuk mendapatkan lampin yang lebih besar, iaitu lampin yang biasa digunakan oleh bayi yang berusia antara 6 hingga 9 bulan.
Video TikTok tersebut mendapat perhatian ramai dalam masa yang singkat sahaja. Sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 8 juta ‘likes’ dan menerima lebih daripada 120,000 komen.
Kurang dari seminggu selepas wanita ini memuat naik video TikToknya yang pertama, dia berkongsi video susulan yang memaparkan gambar anaknya dari kecil hinggalah kini yang berusia 5 tahun.
“J adalah seorang yang sihat, keras kepala, dan berusia 5 tahun yang suka dengan bola keranjang, bola sepak, dan Monster Truck.” tulis wanita tersebut pada kapsyen video tersebut.
Pasti ramai yang berhadapan dengan waktu sukar ketika hendak memandikan kucing kesayangan mereka. Bermacam ragam dan kerenah mereka terutama yang takutkan air.
Namun, lain pula yang berlaku kali ini apabila seekor kucing nampaknya sangat tenang ketika cuba dimandikan oleh tuannya. Walaupun ianya hanya sebuah cubaan tanpa menggunakan air, tetapi lihat gayanya seolah-olah ia sudah bersedia untuk dimandikan.
Apa yang paling melucukan apabila melihat gayanya yang hanya terbaring ‘kaku’ dan sepertinya langsung tidak bergerak. Si comel ini juga kelihatan seolah-olah tidak peduli apa yang dilakukan oleh tuannya bahkan dia hanya melihat perlakuan tuannya.
Walau apa pun yang dilakukan oleh tuannya dia masih tetap dalam keadaan begitu, masih terkaku dan tidak bergerak. Agak-agaknya, bagaimana agaknya dia boleh terus dalam keadaan begitu selama beberapa minit lamanya?
Antara hari paling istimewa yang sering ditunggu-tunggu ialah hari ulang tahun. Buat sesetengah orang mereka sangat menanti hari jadi mereka saban tahun. Terkadang bukan hadiah mahal yang ditunggu tetapi apa yang penting hari istimewa itu diraikan bersama tersayang.
Baru-baru ini, gambar beberapa orang kanak-kanak yang sedang mempersiapkan kejutan ulang tahun untuk bapa mereka tular di media sosial.
Seorang pengguna Facebook, Melody Silang, berkongsi beberapa keping gambar anak-anak kecil itu yang sedang sibuk menyediakan kejutan untuk ulang tahun buat ayah mereka. Ketika itu ayah mereka masih belum pulang dari kerja.
Kelihatan anak-anak kecil itu menggunakan beberapa beg plastik dan digantung seolah-olah seperti belon yang biasa digunakan. Pada plastik tersebut juga ada tulisan tangan yang berbunyi, “Happy Birthday Papa.”
Status tersebut telah menyentuh hati ramai pengguna Facebook. Apa yang mereka lakukan jelas menunjukkan bahawa walaupun mereka tiada wang untuk membeli belon, atau mengadakan majlis sambutan hari jadi tetapi apa yang penting ialah kasih sayang mereka buat bapa mereka. Mereka tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Pasti bapa mereka sangat gembira dan bahagia dengan kejutan yang paling manis itu!
Bayangkan seharian berpenat di tempat kerja ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas, tetapi sampai sahaja di rumah terus diurut untuk menghilangkan semua kepenatan, sangat melegakan bukan?
Mungkin itu yang dirasakan oleh kucing ini apabila dia kelihatan begitu tenang ketika ‘diurut’ dan dibelai oleh kawan-kawan lembunya.
Tengok sahaja lah wajahnya yang tenang dan ‘relax’ seolah-olah sedang menikmati urutan yang diberikan kepadanya sehingga tidak mahu berganjak langsung.
Alahai… seronoknya jadi kucing, selepas berpenat seharian bermain dengan kucing jiran sebelah, boleh pergi sahaja ke ‘spa’ milik kawan-kawan lembunya terus dibelai dan diurut… Pasti hilang semua penat lelahnya…
KAHERAH- Sebuah pesawat EgyptAir dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas seorang penumpang melahirkan bayinya di dalam kabin ketika penerbangan.
Kultumah Mohammed, 27, yang melahirkan anaknya dalam pesawat tersebut telah dibantu oleh seorang pelajar perubatan ketika dalam perjalanan dari N’Djamena ke Kaherah pada hari Rabu lalu.
Juruterbang pesawat berkenaan dimaklumkan tentang keadaan wanita yang memasuki fasa bersalin aktif dan semakan hampir untuk proses kelahiran bayi sebelum diminta kebenaran untuk membuat pendaratan kecemasan.
Namun begitu, bayi tersebut dilahirkan ketika berada di ruang udara Sudan.
Nasib menyebelahi wanita berkenaan kerana terdapat pelajar perubatan dari Universiti Kasr el-Ainy, Laila Mohamed Abou Bakar yang membantu dalam proses tersebut bersama beberapa anak kapal.
EgyptAir turut berkongsi foto bayi berkenaan di akaun rasmi Facebook mereka.
Kedua-dua ibu dan bayi kemudian dikejarkan ke Hospital Univerisiti Aswan sebaik sahaja mendarat di Aswan, Mesir. Pesawat berkenaan kemudian meneruskan perjalan ke destinasi akhir iaitu Kaherah.
Bayi berkenaan diberi nama Abdel Rahman dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Hanya sempat menikmati momen menggembirakan selama beberapa minit, mahkota kejuaraan Ratu Cantik Mrs Sri Lanka 2021 milik Pushpika De Silva telah dirampas secara memalukan oleh penyandang juara tahun lalu, Caroline Jurie ketika acara itu sedang dijalankan secara siaran langsung.
Mrs Sri Lanka 2020, Caroline Jurie secara tiba-tiba meluru naik ke atas pentas dan merentap mahkota yang telah dipakaikan di kepala Pushpika De Silva ketika upacara menobatkan pemenang ketika acara itu disaksikan penonton menerusi siaran langsung di seluruh negara pada 4 April lalu.
Tindakan Caroline Jurie adalah disebabkan rasa tidak puas hatinya apabila mendapat tahu ketika dinobatkan sebagai juara, De Silva didakwa sudah bercerai dengan suaminya menjadikan beliau tidak layak menyandang gelaran Mrs Sri Lanka.
Difahamkan De Silva sudah bercerai dan sekali gus tidak layak untuk dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik itu.
De Silva kemudian menjelaskan, walaupun beliau tidak lagi duduk sebumbung dengan suaminya, mereka tidak bercerai dan hanya berpisah. Mereka masih mempunyai ikatan perkahwinan yang sah sebagai suami isteri.
Walau bagaimanpun, selepas segala salah faham telah dijelaskan, Pushpika De Silva kembali dimahkotakan sebagai juara Mrs Sri Lanka 2021 dalam satu majlis lain yang diadakan pada 6 April.
Akibat kekecohan yang berlaku di atas pentas yang disaksikan di seluruh negara, De Silva mendakwa telah mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan berkata akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Caroline ekoran insiden yang memalukan itu.
“Saya maafkan semua individu yang terlibat dalam insiden yang memalukan itu. Jika ada pihak fikir yang tindakan mereka akan dapat menghalang saya, maka misi mereka tidak berjaya. Saya adalah wanita besi,” kata De Silva.
Pihak penganjur juga membuat kenyataan mereka untuk menuntut ganti rugi daripada Caroline Jurie ekoran perbuatannya yang memalukan itu telah menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada pihak penganjur serta tidak menghormati majlis.
“Kami telah memulakan siasatan. Saya berasa amat kesal dengan perbuatan Jurie,” kata pemegang francais dan pengarah acara berprestij di Sri Lanka itu, Chandimal Jayasinghe.
Dalam pada itu, polis Colombo Sri Lanka telah menahan bekas Mrs World Sri Lanka Caroline Jurie di bawah pertuduhan serangan ke atas Pushpika De Silva selepas ratu cantik itu berkata akan nekad untuk membuat laporan polis dan membawa perkara berkenaan ke muka pengadilan.
Pegawai polis kanan Ajith Rohana mengesahkan, “Kami telah menahan Jurie dan pembantunya Chula Manamendra atas penglibatan mereka memulakan serangan ke atas De Silva dan mencetuskan kerosakan ketika acara berlangsung di Teater Nelum Pokuna.”
Sementara itu De Silva memberitahu pemberita ketika berada di luar balai polis di Colombo pada 8 April yang pihaknya sudah bersedia untuk menggugurkan pertuduhan sekiranya Caroline Jurie bersetuju untuk membuat permohonan maaf di khalayak awam, tetapi beliau telah menolak.
“Saya cuba menyelesaikannya di luar mahkamah, tetapi beliau menolak. Saya boleh memaafkan, tetapi tidak boleh melupakan,” kata De Silva.
Pendengaran kes serangan tersebut telah ditetapkan pada 19 April, sementara Jurie dan Manamendra telah dibebaskan dengan ikat jamin pada 8 April.