28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaTerpaksa kutip sisa makanan dan makan makanan lebihan orang, rupa-rupanya pak cik...

Terpaksa kutip sisa makanan dan makan makanan lebihan orang, rupa-rupanya pak cik ini sedang hadapi ujian terbesar hidupnya

Tidak semua orang bertuah dengan mendapatkan segala keperluan hidup. Ada yang terpaksa bekerja keras dalam melakukan apa sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup.

Jadi, kita sebagai orang mampu, tiada salahnya untuk kita membantu mereka yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang baik hati apabila dia tanpa berfikir panjang telah membelikan makanan buat seorang pak cik.

Kisah tersebut telah diceritakan sendiri oleh wanita bernama Erviana Elvy melalui akaun Facebook miliknya. Kejadian yang berlaku pada Ogos 2019 yang lalu ini bukan sahaja meninggalkan kesan kepada Erviana malah pasti turut menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Menurut Erviana ketika dia sedang makan di KFC Lido dia ternampak seorang lelaki berusia 50-an yang kelihatan seperti orang kelainan upaya (OKU) sedang memungut sisa dan tulang dari bekas makanan orang.

Selesai memungut sisa makanan dia duduk semula di kerusi bersama roti kering dan air coke lebihan orang.

Facebook

Tambah Erviana lagi, ketika itu dia mula membayangkan jika pak cik tersebut adalah bapanya sendiri yang terpaksa mengemis. Jadi, dia pun memesan set makanan KFC untuk pak cik tersebut.

Pak cik tersebut sangat terkejut apabila menerima pemberian tersebut. Dalam keadaan sakit pada bahagian lehernya, pak cik tersebut tetap cuba untuk menunduk sebagai ucapan terima kasih.

Facebook

Mereka kemudian mula berbual sambil makan. Rupa-rupanya pak cik itu merupakan pesakit kanser tahap 4. Dengan senyuman dia memberitahu bahawa dia sudah menjalani rawatan kemoterapi selama 45 kali dan sudah 10 tahun dia sakit.

Namun begitu, sel kansernya masih aktif dan semakin membesar. Sehingga kini dia tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatannya. Dia perlu menahan sebelah kepalanya untuk menyokong bahagian sebahagian lehernya. Sistem badannya juga sudah semakin tidak boleh berfungsi baik.

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila dia memberitahu bahawa tulang-tulang ayam yang dikumpulkan adalah untuk diberikan kepada dua ekor anjing milik jirannya. Jirannya merupakan orang tua berusia 75 tahun yang tinggal bersendirian.

Jadi, dia bimbang jika anjing-anjing itu tidak diberikan makanan dan mati. Memandangkan dia tidak mampu membelikan makanan buat anjing-anjing itu, jadi dia membantu dengan mencari makanan sementara dia masih hidup.

Facebook

Erviana sempat memberikan kata-kata semangat buat pak cik itu. Katanya walaupun doktor memberitahu dia sudah tiada harapan untuk hidup tetapi yang menentukan hidup dan mati adalah Tuhan. Jadi, teruslah berharap kepada Tuhan.

Ketika mendengar kata-kata itu, pak cik tersebut mengalirkan air mata. Menurut pak cik itu lagi dia juga percaya yang perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Sebelum berlalu pergi, lelaki tua itu juga memberikan nasihat kepada Erviana untuk rajin sembahyang.

Walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir dua tahun lalu tetapi ianya masih mendapat perhatian ramai. Ramai yang turut bersimpati dan ramai juga yang terus mendoakan pak cik ini. Baru-baru ini juga ada beberapa orang netizen yang memberitahu mereka pernah ternampak pak cik di jalanan. Mengetahui bahawa dia masih kuat untuk bertahan hidup pasti buat ramai yang lega.

Facebook
Facebook
Facebook

Kisah yang diceritakan oleh Erviana sangat menyentuh hati. Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa di luar sana masih ada yang lebih susah daripada kita.

Hari ini kita mengeluh kerana kipas angin rosak, atau mungkin kerana makanan yang dipesan tiba lambat tetapi tanpa kita sedari ada ramai di luar sana yang terpaksa berjemur di bawah terik matahari untuk mencari rezeki malah ada yang terpaksa berlapar untuk membantu keluarga.

Syukuri setiap apa yang kita miliki.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI