34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiKehampaan burung undan jantan tak dikurniakan anak terubat, kini bahagia jadi bapa...

Kehampaan burung undan jantan tak dikurniakan anak terubat, kini bahagia jadi bapa penyayang dan bertanggungjawab

Naluri keibuan yang dimiliki oleh haiwan betina di alam liar sering kali kita lihat bukan? Namun agak mengagumkan bahawa haiwan jantan juga sangat melindungi keluarganya.

Difahamkan sepasang burung undan di pusat penyelamatan burung liar Twinnies Pelican and Seabird Rescue di Queensland, Australia tidak berupaya untuk mengeram telur dan menetaskan anak mereka selama bertahun-tahun.

Inilah Mr. Percival, burung undan jantan yang tinggal di pusat tersebut semenjak dirinya masih kecil. Oleh kerana Mr. Percival kerap tersangkut pada jaring nelayan, burung tersebut sudah beberapa kali diselamatkan.

Twinnies Pelican and Seabird Rescue/Facebook

Malangnya salah satu daripada sayapnya juga turut tercedera dan ia ternyata menghalang Mr. Percival terbang secara normal seperti sediakala.

Oleh kerana itulah, Mr. Percival perlu dibawa ke pusat tersebut. Di sana, Mr. Percival turut berjumpa dengan Mrs. Percival dan membesar menjadi burung undan dewasa.

Mr. Pecival dan pasangannya tidak berjaya mengintubasi telur-telur mereka selama 6 tahun. Seringkali Mr. Percival melihat rakan burung undannya yang lain bersama anak-anak mereka. Ini membuatkannya berasa sunyi dan kecewa.

Simpati dengan nasib pasangan burung tersebut, staf di pusat tersebut akhirnya bertindak memberikan telur burung undan liar dan meletakkan ia di bawah jagaan pasangan tersebut. Ia akhirnya menetas!

Twinnies Pelican and Seabird Rescue/Facebook

Apabila Mr. Percival menyedari sahaja dirinya sudah berjaya menetaskan ‘anaknya’ itu, sudah tentulah Mr. Percival berasa sangat teruja kerana ini kali pertama dirinya bergelar bapa.

“Pasangan itu ‘jatuh cinta’ dengan anak mereka yang baru menetas. Ia dianggap seperti anak sendiri”, ujar kakitangan di sana.

Tambah mereka, oleh kerana anak burung undan tersebut lahir dalam keadaan tidak berbulu dan belum lagi membuka mata, pasangan burung tersebut sangat bertanggungjawab dalam memikul peranan ibu bapa.

Kedua-duanya dilihat menyediakan makanan dan kehangatan yang penuh dengan kasih sayang terhadap anaknya itu.

Walaupun Mr. Parcival mengalami masalah dan halangan untuk bergerak seperti biasa, namun burung tersebut masih gigih dan rajin menangkap ikan untuk diberikan kepada anaknya.

Dan akhirnya keinginan Mr. Parcival untuk menjadi bapa dikabulkan. Itulah kali pertama burung tersebut kelihatan gembira dan langsung tidak penat menjaga anaknya.

“Dia sangat gembira menjadi bapa. Kami turut gembira melihat keikhlasannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang penyayang”, tambah mereka.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI