26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 8, 2025
Utama Blog Laman 322

Wanita warga emas terpaksa tahan sakit berbulan gara-gara gunting tertinggal dalam perut selepas pembedahan

0

Kerap kali juga kita dengar akan kecuaian pihak hospital – sama ada doktor mahupun jururawat, dalam mengendalikan pembedahan.

Ini berikutan segelintir daripada mereka terlupa untuk mengeluarkan peralatan daripada bahagian tubuh yang dibedah, seperti apa yang berlaku pada wanita dari Ankara, Turki ini.

Ibu kepada tujuh cahaya mata ini pada mulanya berasa sakit di tempat pembedahannya dan kesangsiannya itu akhirnya terjawab.

AHaber

Difahamkan bahawa terdapat gunting tertinggal di dalam perut Nurcihan Ogmen, 61 tahun yang dibedah pada 5 Mac lalu.

Apabila Nurcihan mengadu sakit yang dialaminya itu pada pihak hospital, dia dimaklumkan bahawa sakit itu adalah normal selepas pembedahan dilakukan.

“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi”, ujarnya.

AHaber

Menurut akhbar tempatan AHaber, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan dan dia kemudian dibenar pulang keesokan harinya.

Namun, dia kembali semula ke hospital swasta di Kusadasi tersebut apabila mendapati terdapat bengkak dan berasa sakit pada perutnya.

“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan”.

Harian Metro

Doktor walau bagaimanapun berkata ia adalah sesuatu yang normal. Selepas dua bulan, perutnya masih lagi berasa sakit dan dia telah ke Hospital Negeri Soke untuk jalani pemeriksaan.

Mengejutkan apabila laporan imbasan sinar-X menunjukkan bahawa terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.

Nurcihan kemudian berjumpa semula dengan doktor di hospital swasta dan memintanya untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan gunting itu.

Dalam masa dua jam, pembedahan bagi mengeluarkan gunting itu berjaya.

Zoo di England asingkan 5 ekor burung kakak tua selepas mencarut di hadapan pengunjung

0

Sebanyak lima ekor burung ‘bermulut celupar’ telah diasingkan di Zoo Lincolnshire, England selepas didapati mengeluarkan kata-kata kesat. Amboi!

Kelima burung kakak tua itu – Billy, Elsie, Eric, Jade dan Tyson pada mulanya dijaga di Lincolnshire Wildlife Park dalam satu koloni burung spesies itu yang keseluruhannya berjumlah 200 ekor.

Namun mereka kemudian didapati pandai pula mencarut antara satu sama lain. Manalah mereka belajar agaknya ya?

Inilah salah seekor pelakunya..

lincswildlifepark/Instagram

“Kami sebenarnya sudah biasa mendengar burung kakak tua mencarut tapi sekaligus lima ekor mencarut, itu agak luar daripada kebiasaan”, kata Steve Nichols selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lincolnshire Wildlife Park.

Kelima-lima mereka telah diasingkan antara satu sama lain agar mereka tidak terus mencarut sesama mereka.

“Ya, saya juga antaranya..”

lincswildlifepark/Instagram

Kata Steve, burung-burung itu perlu diasingkan demi kepentingan pengunjung yang masih kecil agar ia tidak menjadi ikutan.

Malah ramai pengunjung yang berasa ia adalah sesuatu dan lucu dan mendengar mereka mencarut agak menghiburkan hari mereka.

Ini kerana mereka mengeluarkan kata-kata kesat sebagai pemicu kepada reaksi ataupun respon sesama mereka.

“Saya pun”..

lincswildlifepark/Instagram

“Jadi pengunjung akan gelak terbahak mendengar mereka berbalas carutan. Saya harap mereka akan belajar perkataan lain apabila bercampur dengan koloni”, jelas Steve lagi.

“Namun jika mereka pula yang mengajar koloni kata-kata kesat, nampaknya saya akan ada masalah besar – semua 250 ekor burung pandai mencarut”, akhirinya.

Kembar tiga menjerit bersembunyi di tepi dinding bilik setelah melihat apa yang digelar ‘monster’ kepada ibu mereka, detik menyeramkan

0

Perbualan seperti sedang bermain tetapi menyeramkan antara kembar tiga dengan ‘satu entiti yang tidak dapat dilihat’ di bilik tidur mereka dirakam melalui monitor bayi, ketika ibu mereka mendedahkan si kecil bertiga mengaku telah melihat ‘monster’.

Ibu si kembar, Caitlin Nichols mendengar Presley, Millie, dan Hays yang berusia 2 tahun menjerit dan seperti sedang berbalah antara satu sama lain di rumah mereka di Georgia.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Semasa memeriksa monitor bayi, ibu ini terkejut melihat tiga si kecil kelihatan sedang bercakap dan menjerit dengan satu entiti tidak kelihatan yang menghadap dinding.

Caitlin berkata anak-anak perempuannya tidak berinteraksi dengan apa yang mereka lihat di dinding dengan cara yang sama sejak itu, tetapi mereka telah bangun pada waktu tengah malam dan mengaku melihat ‘monster’ itu di tempat yang sama.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Dalam rakaman berkenaan yang agak menyeramkan, kembar tiga itu tidak tidur dan melihat dinding pada arah yang sama.

Salah seorang antara mereka menunjukkan sesuatu yang dia lihat di dinding itu manakala dua yang lain berlari ke belakang.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Si kecil pertama berlari ke dinding yang bertentangan dan kembali ke belakang dua kali, kelihatan menggoyangkan kepalanya pada sesuatu yang dilihatnya dan menjerit dengan nada seperti sedang bermain dengannya.

Mereka kemudian terus berlari-lari sambil cuba melompat dan memukul sesuatu.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Salah seorang naik ke atas katil bayi untuk mencuba melakukan perkara yang sama.

Kemudian, ketiga-tiga anak kecil itu bersembunyi di belakang almari sebelum salah seorang daripada mereka keluar lagi dengan berani dan menunjuk ke arah dinding.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Kembar tiga itu muncul dari belakang almari hanya untuk berlari dan menjerit lagi seperti sedang bermain.

“Kamu suka katil kami?” salah seorang kembar berteriak, dan yang lain menjerit, “Kamu ada masalah!”

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Caitlin berkata walaupun kembar tiga itu menjerit dan bersembunyi, dia mempercayai anak-anak perempuannya sedang bermain dengan ‘monster’ dalam rakaman video berdurasi lima minit itu.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

“Kami pernah terserempak dengan insiden menyeramkan sebelum ini, seperti permainan anak kami terjatuh sendiri ketika mereka sedang tidur, jadi ini bukan kali pertama,” akui Caitlin.

Barangkali ‘monster’ itu makhluk halus yang baik hati seperti dalam filem Disney Pixar ‘Monsters, Inc.’, jadi mereka tidak berasa seram dan takut.

Tonton video di sini.

Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di usia 75 tahun

0

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing iaitu Tan Sri Lim Kok Wing telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pantai pada 1 Jun 2021.

Tan Sri Lim Kok Wing (Utusan Malaysia)

Menurut kenyataan daripada Universiti Limkokwing, mendiang yang berusia 75 tahun merupakan seorang individu yang telah banyak menaburkan jasa di dalam pendidikan inovatif di peringkat global. Semenjak Universiti Limkokwing ditubuhkan sebagai kolej pada tahun 1991, insititusi ini menjadi semakin berkembang dan kini telah mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.

“Dalam keadaan sedih, kami ingin memaklumkan pemergian presiden dan pengasas kami, Profesor Emiritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing”.

Universiti Limkokwing (Facebook)

“Seorang berwawasan, kerjaya mendiang sinonim dengan bidang kreativiti dan beliau membantu mengembang serta memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global terutama negara membangun”.

Terdahulu, beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah Kejuaraan Komanwel atas kejayaan beliau dalam menyatupadukan belia terutamanya dalam bidang pendidikan. Bukan sahaja itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Penasihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia atas sumbangan terhadap pembangunan TVET.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 75 tahun di Hospital Pantai (The Star)

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah. Kami sangat sedih atas pemergiannya”, petik kenyataan universiti yang turut meminta ruang diberikan kepada ahli keluarga mendiang.

Donut lembut, gebu gebas hanya guna 4 bahan saja. Jom kita buat!

0

Juadah yang mudah disediakan sudah pasti menjadi pilihan para ibu di luar sana bukan? Jadi kali ini kami ingin berkongsi resipi donut mudah, hanya guna 4 bahan sahaja.

Resipi ini sebenarnya dikongsikan oleh akaun Eti Nur Syafiraa di Facebook, memandangkan anak-anak wanita tersebut memintanya membuat donut.

Eti Nur Syafiraa/Facebook

Berikut bahan yang diperlukan :

Bahan A

  • 1 paket yis kering (Eti menggunakan jenama Mauripan)
  • 2 sudu susu pekat
  • Air suam
  • Sedikit garam

Bahan B

  • 850 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin

Cara menghasilkannya :

1. Bancuhkan yis dengan air suam (setengah gelas). Kemudian tambahkan susu pekat dan garam. Tunggu hingga yis ‘naik’ dan mula berbuih.

Eti Nur Syafiraa/Facebook

2. Gaulkan tepung gandum bersama marjerin. Setelah sebati, masukkan bahan A di dalamnya. Tambahkan sedikit air hingga ia kelihatan seperti doh.

3. Biarkan seketika hingga doh ‘naik’. Setelah itu bentukkan donut menggunakan acuan.

Eti Nur Syafiraa/Facebook

4. Rehatkan seketika donut yang telah dibentuk sebelum digorengkan. Untuk ‘topping’, anda boleh ikut citarasa sendiri – taburan gula aising atau kastor, sos coklat dan pelbagai lagi!

Apa yang pasti, donut ini sangat gebu. Ia juga boleh dibuat dalam jumlah yang banyak kerana boleh disejukbekukan.

Eti Nur Syafiraa/Facebook

Jika teringin mahu makan, keluarkan sahaja daripada peti sejuk. Mudah bukan?

Niat ke Pulau Pinang cari kerja, pasangan ini hidup gelandangan hinggalah dibantu Ahli Parlimen Bukit Mertajam

0

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini berkongsi satu kisah pasangan suami isteri yang hidup gelandangan di sekitar Taman Bidara, Bukit Mertajam.

Menurutnya, pasangan tersebut hidup sebegitu rupa sebaik sahaja berhijrah ke sana dari Kelantan beberapa hari yang lalu.

@scheekeong/Twitter

Oleh kerana tiada peluang pekerjaan di kampung asal, mereka mahu mencari kerja di Pulau Pinang dan malangnya bertembung pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh kerana berasa sedih dengan nasib mereka, Steven memutuskan untuk membawa mereka ke hotel dahulu.

Pasangan itu kemudian ditempatkan di sebuah rumah sewa yang dibayar Steven hingga Shah mampu untuk membayarnya kelak.

@scheekeong/Twitter

“Hari ini saya tunai janji bawa Shah dan Siti mulakan hidup baru”.

Mereka dibawa membeli pakaian baru dan barangan secukupnya memandangkan tempoh pelaksanaan ‘total lockdown’ ini adalah dua minggu.

@scheekeong/Twitter

“Saya sudah dapatkan beberapa tawaran kerja untuk Shah. Tapi dua minggu ini, rehat dulu. Bertenang dan rancang masa depan”, tulis Steven di Twitter.

Steven turut menzahirkan rasa sedih apabila membaca komen netizen yang menuduh pasangan itu malas. “Tiap hari mereka keluar pagi hingga lewat malam cari kotak di kawasan sampah untuk dijual”.

@scheekeong/Twitter

“Ada kala dapatlah RM10 hingga RM20 sehari. Siti pula ada tabung simpan duit untuk sewa rumah kelak”.

Tambah beliau, ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Fahmi turut datang ke rumah mereka untuk menghulurkan bantuan dan kaunseling agama.

@scheekeong/Twitter

“Semoga Shah dan Siti akan cekal bina kehidupan baru”, akhiri Steven.

Sama-samalah kita mendoakan agar pasangan ini kekal tabah dan dapat mengubah kehidupan mereka sebaik sahaja PKP penuh ini berakhir.

Potato, si kucing comel tanpa telinga akhirnya temui keluarga yang menyayangi seadanya

0

Inilah Potato – seekor kucing comel tanpa kedua-dua telinga yang diselamatkan daripada terus tinggal di jalanan sekitar bandar di China.

no_ear_meow_potato/Instagram

Difahamkan bahawa para penyelamat menjumpainya dalam keadaan yang teruk. Potato yang berusia 2 tahun pada ketika itu mengalami jangkitan serius pada telinganya.

no_ear_meow_potato/Instagram

Jangkitan ‘adenoma ceruminous’ di saluran dan bahagian telinganya itu telah dibuang oleh doktor namun malangnya ia kembali lagi.

“Tapi saya masih aktif tau..”

no_ear_meow_potato/Instagram

Main dalam beg plastik memang seronok bagi kucing bukan?

no_ear_meow_potato/Instagram

Maka doktor pun memutuskan untuk membuang telinganya bagi menghindari jangkitan itu berulang lagi di masa akan datang.

“Saya pun manja juga!”

no_ear_meow_potato/Instagram

Potato bersama ibu dan bapanya :

no_ear_meow_potato/Instagram

no_ear_meow_potato/Instagram

Potato walau bagaimanapun berjaya mengharungi hari malap di dalam hidupnya itu dan kini hidup dalam keadaan yang sihat.

no_ear_meow_potato/Instagram

Kucing comel itu kini hidup bahagia di rumah keluarganya (dan juga disamping rakan karibnya, Horlick).

no_ear_meow_potato/Instagram

Menurut pemilik Potato, kucingnya itu mampu mendengar sungguhpun telinganya sudah tiada. Syukurlah!

no_ear_meow_potato/Instagram

“Potato merupakan kucing terbiar. Tiada siapa tahu berapa umur sebenarnya”, tulis pemilik Potato di laman Instagram.

no_ear_meow_potato/Instagram

Kekal sihat ya Potato!

Pelakon Tarzan, Joe Lara dan isteri serta 5 penumpang lain terkorban dalam nahas pesawat

0

WASHINGTON – Pelakon filem yang terkenal memegang watak sebagai Tarzan iaitu Joe Lara dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas pesawat bersama isteri dan lima penumpang lain.

Pelakon Tarzan, Joe Lara terkorban dalam nahas pesawat di Nashville (Astro Awani)

Dalam kejadian yang berlaku pada hari Sabtu itu, pesawat model Cessna C501 yang dinaiki oleh tujuh penumpang telah terhempas ke dalam sebuah tasik yang terletak berdekatan Nashville sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Pesawat kecil berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Palm Beach, Florida dan terhempas sebaik sahaja berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Tennessee. Pesawat berkenaan menjunam ke Tasik Percy Priest yang terletak sekitar 19 kilometer di selatan Nashville.

Pesawat kecil itu terhempas sekitar jam 11 pagi waktu tempatan (Khalifah Media Networks)

Menurut komander operasi nahas Rutherford County Fire and Rescue (RCFR) iaitu Kapten Joshua Sanders, pihaknya mula menjalankan operasi kerja-kerja pencarian sejak Sabtu malam.

“Kami tidak lagi berupaya untuk mencari mangsa hidup ketika ini, tumpuan kami sekarang adalah kerja pencarian di lokasi kemalangan”.

Pada petang Ahad, RCFR dalam kenyataannya mengesahkan penemuan beberapa komponen badan pesawat dan mangsa ketujuh-tujuh mangsa. Antara mangsa yang terkorban adalah Joe Lara, 58 tahun dan isterinya, Gwen Lara, 66 tahun.

Joe dan isteri, Gwen masing-masing berusia 58 dan 66 tahun (Remaja)

Punca nahas masih dalam proses siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB).

Wanita bernama Siri minta Apple hadiahkan komputer riba selepas namanya jadi bahan jenaka sejak bertahun-tahun

0

Siapa tak kenal dengan Siri, pembantu teknologi pintar yang dibangunkan pada setiap peranti Apple. Siri berfungsi dalam mengingatkan anda tentang tarikh-tarikh penting, mentafsir sesuatu perkataan, mencari gambar, membantu dalam navigasi, muzik dan lain-lain.

Sumber : Mobile World Live

Dalam erti kata lain, Siri mampu memenuhi setiap keperluan penggunanya. Namun begitu, terdapat seorang wanita di Amerika Syarikat yang dikatakan terganggu dengan kewujudan Siri. Jelas wanita ini, sebelum Siri wujud, hidupnya aman damai dan tiada siapa yang mengganggunya. Akan tetapi, pada tahun 2011, dia mula terkesan.

Hal ini demikian kerana nama wanita ini iaitu Siri Hafso sama dengan Siri pada aplikasi iOs. Jelas Hafso, sebelum ini dia merasakan bahawa dia memiliki nama yang bukan sahaja unik tetapi sedap didengar. Setiap kali orang lain berusaha untuk belajar cara menyebut namanya, Hafso tidak merasa jelik sebaliknya berbangga kerana mempunyai nama yang unik.

Namun, selepas Siri milik syarikat Apple membuat kemunculan, nama Hafso seringkali menjadi bahan ejekan dan gurau senda orang sekeliling. Hafso merasakan bahawa Apple telah mencetuskan permasalahan kepada hidupnya. Oleh demikian, dia bertindak untuk menulis surat kepada CEO Apple iaitu Tim Cook bagi membuat tuntutan pampasan dan ganti rugi di atas penderitaannya selama ini.

Hafso mengharapkan bahawa Apple dapat memberikannya sebuah komputer riba sebagai hadiah hari jadinya yang ke-30 secara percuma!

“Saya menulis emel kepada CEO Apple meminta komputer kerana saya berpendapat bahawa mereka perlu berterima kasih kepada saya selepas menghadapi lawak Siri selama bertahun-tahun”.

Akan tetapi, sejak memuat naik luahan hatinya itu di Twitter pada 22 Mei, Hafso masih lagi belum menerima sebarang respon daripada Apple. Agak-agaknya dia akan dapat ke apa yang dia hajatkan itu? Sama-sama kita nantikan…

Artis Jepun hasilkan gambar lucu menjadi ukiran yang berkali-kali ganda lebih lawak!

0

Meetissai merupakan artis seni dari Jepun yang sangat terkenal dan mempunyai jumlah pengikut ramai. Hasil seni beliau benar-benar mencuri perhatian warga media sosial kerana memiliki unsur-unsur lawak jenaka.

Hal ini kerana Meetissai mengambil inspirasi daripada gambar anjing, kucing dan lain-lain di internet untuk diubah menjadi ukiran yang melucukan. Jom kita lihat 10 hasil karya Meetissai yang cukup mengagumkan ini!

#1 Kucing pembaca berita

#2 Sungguh tak dijangka!

#3 Muka ‘lari’ pun tetap nampak comel

#4 Sopannya bersila!

#5 Abang sado!

#6 Nampak macam sesuai pula!

#7 Beginilah agaknya rupa anjing itu tanpa dinding

#8 Awak pun nak nampak sado juga?

#9 Macam mana boleh jadi kaki labah-labah pula?

#10 Alahai comel betul!