26.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 7, 2025
Utama Blog Laman 321

Pembekal, pengusaha bunga segar hampa kedai tak dibenar beroperasi. Bunga terbuang begitu saja..

0

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh baru-baru ini memberi kesan kepada banyak industri termasuklah kedai bunga.

Mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi lantas menyebabkan petani dan pengusaha bunga tempatan mengalami kerugian.

Letchu Manan/Facebook

Baru-baru ini, tular di laman Facebook akan satu video menunjukkan sebuah kenderaan yang penuh dengan bunga, dipercayai di Cameron Highlands, Pahang.

Agak menyedihkan apabila bunga tersebut terpaksa dibuang begitu sahaja. “Inilah situasi kami sebagai pembekal bunga di Malaysia ketika ‘lockdown’ ini”, tulis pengguna Facebook, Letchu Manan.

Letchu Manan/Facebook

Kita sedia maklum bahawa bunga segar tidak dapat bertahan lama dan jika tidak terjual, ianya terpaksa dibuang.

Apabila kedai diarahkan untuk ditutup, mereka terpaksa membuang semua bunga-bunga mereka. “Siapa mahu tanggung kerugian ini?” soal pengguna itu.

Letchu Manan/Facebook

Tambahnya, penggunaan bunga segar sebegini adalah satu kemestian buat masyarakat India untuk bersembahyang.

Letchu Manan juga meminta pihak berkenaan untuk bersikap adil terhadap mereka memandangkan industri ini berada di bawah sektor pertanian.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata pihak berwajib dan akan mendapat keadilan sewajarnya dalam masa terdekat.

Dilihat tercari-cari susu dan ‘pampers’ paling murah buat bayinya, lelaki hati mulia tampil bayarkan untuk bapa sedang kesempitan

0

Ketika melalui waktu paling sukar seperti hari ini, adalah lebih baik untuk kita saling membantu dengan harapan mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat meringankan beban orang lain.

Seorang lelaki baik hati dari Selangor berkongsi bagaimana beliau berusaha untuk membantu seorang bapa setelah melihat lelaki berkenaan sedang bergelut untuk membeli barangan keperluan untuk anak kecilnya ketika mereka berada di sebuah kedai barangan kelengkapan bayi di Bangi.

Berkongsi cerita di laman Facebook, Armel Iman Darwisyah pada mulanya memerhatikan bapa ini seperti sedang berada dalam kesulitan kerana dia dilihat berkali-kali berjalan mengelilingi kedai itu untuk mencari barangan yang ingin dibelinya.

Sekadar Gambar Hiasan

Bapa ini seolah-olah mencari sesuatu tetapi tidak pula mengambil barangan itu.

“Saya melihat dari jauh … Dan dia seperti tidak dapat mencari apa yang sedang dicarinya,” tulis Armel.

“Ketika kebetulan dia berdiri di sebelah saya sambil melihat-lihat sekeliling, saya segera bertanya apa masalahnya,” Armel menjelaskan situasi itu.

Lelaki itu hanya memberitahu Armel yang dia tidak dapat mencari barang keperluan bayi yang dia perlukan.

Armel mencadangkan agar bapa ini meminta pertolongan pembantu kedai, dan katanya dia sudah melakukannya tetapi perlu melihat-lihat sekali lagi.

Tidak berpuas hati dengan jawapannya, Armel meneruskan urusan membeli-belah dengan mengambil empat bungkus lampin pakai buang untuk anak-anaknya.

Kemudian, bapa dua anak ini terdengar pertanyaan lelaki itu kepada pembantu kedai mengenai barangan keperluan bayi yang sedang dicarinya.

“Dik, dekat sini barang bayi murah-murah ada tak? Susu paling murah, pampers paling murah?”

Lelaki itu terus memberitahu pembantu kedai, “Saya hanya mencari yang murah-murah je. Sekarang musim-musim PKP kerja tak banyak.”

Setelah mendengar perbualan yang menyedihkan itu, Armel berkata dia bernasib baik kerana lelaki itu betul-betul berada di barisan kaunter bayaran di belakangnya.

Facebook

“Saya lihat dia beli pampers paling kecil, dan satu tin susu bayi paling kecil dan paling murah. Dalam hati, saya tahu itu adalah untuk anaknya, dan saya berasa sangat kasihan kepadanya,” tulis Armel.

Ketika tiba gilirannya untuk membayar, Armel berbisik kepada juruwang yang dia mahu bayarkan sekali barangan untuk pelanggan di belakangnya.

“Dik, tolong kirakan sekali barang-barang abang dekat belakang tu. Nanti setiap barang dia, adik bagi tiga yang dia ambil – pampers 3, susu 3..” minta Armel.

Ketika Armel selesai membayar dan bergerak ke keretanya, terdengar juruwang memberitahu bapa itu yang semuanya sudah dibayar dan dia diminta mengambil tambahan barangan yang telah dibayar itu.

Armel kemudian menuju ke keretanya untuk memasukkan semua barang-barangnya, tetapi dengan pantas telah ditahan oleh bapa itu yang keluar dari kedai.

“Ya Allah, abang, mengapa bayarkan semua? Saya masih mampu beli bekalan untuk anak-anak saya. Abang tidak perlu bayarkan untuk saya,” katanya yang jadi segan dan malu.

Walau bagaimanapun dia menambah, “Terima kasih banyak, abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Dan saya dokan abang dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.”

Armel kemudian meyakinkannya bahawa itu hanya sumbangan kecil dan dia ingin berkongsi rezekinya.

Armel tidak menyangka hantarannya di Facebook telah mendapat perhatian warganet dan menjadi tular.

Facebook

“Itu hanya perkongsian yang jujur ​​dari hati saya. Ceritanya telah membuat hati saya menjadi sebak. Setelah mendengarnya, mengapa tidak untuk saya membantunya? Rasa kejam jika saya hanya membiarkannya,” katanya kepada media.

“Saya juga seorang ayah, jadi saya berasa bertanggungjawab. Saya tahu dia melalui masa yang sukar kerana saya juga sedang melalui masa sukar,” kata Armel.

Tambah Armel lagi, kita perlu saling membantu orang lain dengan semampu yang boleh, kerana walaupun kita mungkin melalui waktu-waktu yang sukar, masih ramai orang lain yang mengalami waktu sukar yang lebih buruk daripada kita.

Orang ramai berasak di JPJ Wangsa Maju demi nombor giliran, mahu diskaun saman 70%

0

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan orang ramai berebut nombor giliran di sebuah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan di Kuala Lumpur, tanpa menjaga jarak fizikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, video terbabit dikongsikan di laman Facebook menunjukkan orang ramai berasak-asak.

Mereka juga didapati tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengerumuni pintu pagar.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada 31 Mei, iaitu sehari sebelum PKP penuh dilaksanakan. Orang ramai dikatakan berebut untuk memasuki premis JPJ untuk berurusan di kaunter.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Dalam pada itu, hanya 50 nombor giliran sahaja dibuka pada sesi sebelah petang, membuatkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan nombor giliran.

“Keadaan itu diburukkan lagi dengan kehadiran orang ramai untuk menjelaskan saman tertunggak yang diberi diskaun sehingga 70% oleh pihak JPJ”, katanya.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Ujarnya lagi, tarikh akhir diskaun saman tersebut adalah 11 Jun namun disebabkan pelaksanaan PKP penuh keesokan harinya, maka mereka bertindak menyerbu kaunter JPJ di saat akhir.

“Pihak Keselamatan JPJ Wangsa Maju kemudiannya menghubungi pihak polis untuk bantuan selepas keadaan tidak terkawal”.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Sehubungan itu, pasukan pemantau IPD Wangsa Maju telah hadir ke lokasi kejadian dan orang ramai terus bersurai bagi mengelakkan diri dikenakan dikompaun.

Kapsyen foto Ismail Sabri cetus tanda tanya. “Saya dah tutup pintu depan tapi…….”

0

Pada 2 Jun, Menteri Kanan (Pertahanan) ada memuat naik satu foto di Facebook dengan kapsyen yang mengundang pelbagai persoalan.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat bahawa beliau sedang berdiri di hadapan pintu pejabatnya, sambil memegang pemegang pintu.

Jelas kelihatan papan namanya terpampang di hadapan pintu. “Saya dah tutup pintu depan tapi……..”, tulisnya yang turut diakhiri dengan ’emoji’ sedih.

Ismail Sabri Yaakob/Facebook

Memandangkan ayat itu tergantung maka maksud sebenar ayat berkenaan tidak diketahui dengan jelas.

Malahan ia sekaligus tular lantas mencetuskan perbualan hangat antara netizen di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apa agaknya yang cuba disampaikan beliau..

Sehingga kini ia telah menerima lebih 70,000 reaksi dan kebanyakan warganet beranggapan bahawa ia membawa maksud tersirat yang cukup besar.

Ismail Sabri Yaakob/Facebook

Seorang pengguna di ruangan komen ada menyebut bahawa beliau sedang merujuk kepada usaha kerajaan Perikatan Nasional dalam menguatkuasakan ‘total lockdown’.

Terdahulu, beliau ada mengadakan sidang media bagi memberitahu prosedur operasi standard dan larangan semasa perintah itu dikuatkuasakan bermula 1 Jun.

Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari, sehingga 14 Jun.

Kesemua aktiviti sosial dan ekonomi diarahkan untuk ditutup.

Abang penyayang pujuk, peluk adik lepas ‘bergaduh manja’ buat netizen puji didikan ibu bapanya

0

Rakan pertama kita sebaik sahaja muncul di dunia adalah adik-beradik. Jadi banyak masa kita bersama mereka sejak kecil – ada waktu baik, ada waktunya kita bergaduh bukan?

Biasalah gaduh-gaduh manja sesama adik-beradik. Samalah seperti satu video tular baru-baru ini yang menunjukkan budak lelaki dan adiknya.

Mahu kacau abanglah tu..

Caring Love/Facebook

Si abang dilihat sedang duduk di sebelah seorang dewasa, sementara si adik yang masih bayi seperti tertanya-tanya apa yang sedang abangnya lakukan.

Mereka berdua kemudian dilihat memukul manja antara satu sama lain. Apa pula yang tidak kena antara mereka berdua agaknya ya?

“Si adik menangis pula”

Caring Love/Facebook

Tangan si abang kemudian terkena muka adik, lantas membuatkan adiknya menangis serta merta. Si abang hanya memerhatikan sahaja pada mulanya.

Namun tidak lama selepas itu, si abang kemudian bertindak memujuk adik kesayangannya. Tangannya dilihat menyapu lembut pipi si adik yang sedang menangis.

Caring Love/Facebook

Mereka kemudian berpelukan selepas ‘bergaduh’. Alahai comelnya! Jom kita tonton video penuh mereka :

Di usia yang muda, bayi kebanyakannya sangat mengenali individu yang selalu ada bersama mereka dan kerap memberikan kasih sayang dan perhatian padanya.

Caring Love/Facebook

Jadi mungkin si adik tahu benar abangnya bukanlah marah beria padanya, hanyalah gaduh-gaduh manja.

Mujurlah si abang pun penyayang. Langsung tidak sanggup melihat adiknya terus menangis. Comel betul!

Saat cemas bot laju dikejar badak air yang sedang berang di Kenya

0

Badak air adalah antara haiwan yang paling berbahaya di dunia kerana sifatnya yang sangat agresif, ganas dan sukar diramal.

Sungguh mendebarkan jika kita berhadapan dengan badak yang sedang marah dan agresif. Itulah yang dialami oleh sekumpulan individu di Tasik Victoria, Kenya ini.

Foto hiasan/Pixabay

Difahamkan bahawa seekor badak bertindak mengejar bot laju yang dinaiki mereka, seakan menghalau mereka keluar daripada kawasannya.

Pada mulanya terdapat empat ekor badak yang sedang santai berehat, sebelum bot laju mereka melalui kawasan itu.

Daily Mail/Facebook

Salah seekor daripada badak itu kemudian menghampiri mereka, seperti mengejar untuk menghalau mereka daripada kawasannya.

Mujurlah bot yang dinaiki Dicken Muchena dan 3 lagi rakannya itu bergerak laju kerana badak tersebut mengejar mereka selama lebih 4 minit!

Daily Mail/Facebook

Ini merupakan kali kedua Dicken, seorang guru Geografi dikejar oleh haiwan liar di Kenya. Tahun lalu, dia dikejar oleh zirafah ketika melawat Masai Mara Game Reserve.

Saksikan video penuh di bawah ini :

Badak air menjadi sangat agresif ketika terancam. Pada ketika itu, mereka akan menggunakan gigi dan taringnya yang besar untuk menyerang.

Foto hiasan/Pixabay

Mujurlah mereka semua selamat dan berjaya meloloskan diri.

Digelar anjing ‘Mickey Mouse’, inilah Goma yang menjadi sensasi internet ekoran kecomelan melampau

0

Inilah Goma, seekor anjing comel yang terkenal di internet ekoran telinganya kelihatan sama seperti arnab atau warganet lebih menggelarkannya anjing ‘Mickey Mouse’.

marupgoma_c/Instagram

Anjing comel berusia 7 tahun ini mendapat perhatian ekoran saiz telinganya yang besar dan gebu menjadikannya kelihatan seperti karakter kartun itu di alam nyata.

marupgoma_c/Instagram

Goma merupakan spesies kacukan Maltese dan Papillon, menjadikan telinganya berbentuk campuran kedua-dua baka itu. Hasilnya cukup unik!

marupgoma_c/Instagram

Goma sebenarnya dijumpai oleh seorang pemilik kepada sebuah kedai haiwan di Amerika Syarikat. Individu itu kemudian menyedari akan kelainan pada telinga Goma.

“Comelkan saya?”

marupgoma_c/Instagram

Goma kemudian dibawa berjumpa veterinar dan diagnosis dibuat. Hasilnya tiada apa yang pelik kerana Goma berada dalam keadaan yang sihat.

marupgoma_c/Instagram

Ekoran bentuk telinganya yang berbeza, ramai pelanggan kedai haiwan terbabit enggan membelinya dan ia membuatkan pemilik kedai itu berasa tidak sampai hati.

Goma juga kerap kali dibawa berjalan oleh tuannya..

marupgoma_c/Instagram

Siap duduk dalam ‘stroller’ lagi!

marupgoma_c/Instagram

Sebab saiznya yang kecil, maka mudah juga tuannya membawa Goma menaiki basikal.

marupgoma_c/Instagram

Kini Goma dan pemiliknya menetap di Jepun dan nampaknya Goma makin bertambah comel dan sihat!

marupgoma_c/Instagram

marupgoma_c/Instagram

Comel betullah Goma ini bukan? Jika anda mahu lihat lagi foto-foto Goma, lawatilah Instagramnya di sini.

TUDM kesan, pintas 16 pesawat China memasuki Zon Maritim Malaysia

0

Penerbangan yang mencurigakan oleh 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR.

Menurut Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, ia dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi, 1 Jun.

Ujar beliau, kesemua pesawat terbabit dikesan terbang secara formasi taktikal ‘in-trail’ pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Sementara formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudian mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan pada negara”, tambahnya.

Bernama

Kesemua pesawat berkenaan dikesan terbang pada ketinggian antara 23,000 hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singpore FIR, sebelum memasuki ZMM Kota Kinabalu FIR.

“Pesawat-pesawat itu seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Bernama

Sehubungan dengan insiden itu, TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara masih diteruskan terhadap pesawat terbabit, selain beberapa percubaan mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR.

Bernama

“Apabila arahan tidak dipatuhi dan melangkaui persempadanan Kota Kinabalu FIR, TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 petang bagi melakukan identifikasi visual.

“TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat terbabit – jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 iaitu pesawat pengangkut strategik yang berupaya melaksanakan pelbagai misi”.

Ujarnya, kejadian itu merupakan satu perkara serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan Kota Kinabalu FIR.

Bernama

“Insiden berkenaan telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN)”.

Menurut Ackbal, Kementerian Luar telah mengambil maklum mengenai perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.

Pakar psikologi : Elak beri pujian mudah, sebaliknya guna 15 ayat ini untuk beri galakan, semangat pada anak-anak

0

Sedar atau tidak, ibu bapa sebenarnya mempunyai banyak kaedah dan cara untuk memuji anak-anak.

Seorang pakar psikologi dari Stanford University dalam satu kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak sebaiknya dipuji atas usaha dan kerja keras mereka.

Foto hiasan/Photo-AC

Menurut Carol Dweck, profesor di universiti terbabit mengatakan bahawa tindakan itu memainkan peranan penting dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Foto hiasan/Pixabay

Jadi amalkanlah 15 kata-kata berikut :

#1 “Kamu bekerja keras!”

Apabila anak-anak menunjukkan hasil kerja mereka, jangan segera rasa gembira. Iktiraf kerja keras mereka dan tekankan kepada kepentingan usaha mereka menyelesaikannya.

#2 “Walaupun susah, kamu langsung tidak putus asa”

Apabila kanak-kanak menyelesaikan sesuatu yang mencabar, tekankan pula pada tahap ketekunan, kesabaran dan kegigihan mereka. Jika mereka gagal, beri kata-kata rangsangan agar mereka tidak berhenti dan terus mencuba hingga berjaya.

#3 “Sikap kamu terhadap sesuatu amat baik”

Foto hiasan/Pixabay

Berikan pujian terhadap sikap anak. Apabila mereka banyak menyerap tenaga positif ketika menyelesaikan tugasan, maka jangan lepaskan peluang untuk memuji sikap mereka.

#4 “Kamu banyak lakukan kemajuan”

Apabila kemampuan anak anda meningkat, berikan pujian terhadap perinciannya. Misalnya jika postur tangan anak anda ketika berenang semakin baik, tekankan bahawa ia jauh lebih baik daripada sebelumnya.

#5 “Kaedah ini sangat kreatif”

Inilah saatnya perhatian sangat diperlukan. Ia harus menjadi pengumpulan kreativiti dan pemikiran. Jadi jangan lupa untuk berikan pujian atas kreativiti mereka.

#6 “Kamu dan rakan kamu bekerjasama dengan baik”

Foto hiasan/Pixabay

Tidak kira keupayaan seseorang itu, terdapat had yang membataskan. Jadi jika anak anda dan rakannya berjaya selesaikan sesuatu misalnya, akui dan puji kemahiran komunikasi dan kerjasama mereka.

#7 “Kamu bertanggungjawab terhadap perkara ini”

Foto hiasan/Photo-AC

Tekankan kepada tanggungjawab dan sifat kepimpinan. Setiap keputusan itu harus diletakkan akauntabiliti bagi memberikan mereka daya kepimpinan yang kukuh.

#8 “Kamu langsung tidak takut berhadapan dengan kesukaran”

Berikan pujian terhadap keberanian mereka. Inilah masanya untuk mereka meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.

#9 “Baguslah kamu tolong (….seseorang…) menyelesaikan tugasnya”

Foto hiasan/Pixabay

Bantuan yang dihulur adalah sesuatu yang baik dan biarkan anak anda ketahuinya. Ia juga merupakan kaedah efektif untuk meminta bantuan dan belajar daripada pengalaman orang lain.

#10 “Pandai kamu kemas bilik atau buku”

Kebolehan menyusun kawasan dan mengatur barangan sendiri adalah manifestasi kebertanggungjawaban dan kerja yang teratur. Inilah asas kanak-kanak lakukan perkara lain dengan baik maka pujian dan galakan adalah perlu.

#11 “Saya percayakan kamu kerana….”

Kredit yang baik akan menjadikan laluan hidup anak anda menjadi lebih mudah. Jadi anda patut bantu mereka dengan memberikan kata-kata sebegitu di saat yang tepat.

#12 “Kamu berkelakuan baik ketika mengambil bahagian semasa acara hari ini”

Foto hiasan/Pixabay

Iktiraf penyertaan anak anda. Melibatkan diri dalam aktiviti berupaya meluaskan minat dan pengetahuan kanak-kanak. Jadi anda harus beri galakan untuk mereka sertai aktiviti.

#13 “Kamu menghargai pandangan orang lain dan kamu lakukannya dengan sangat baik”

Puji sikap keterbukaan anak anda. Dengan nasihat dan pengalaman daripada orang lain, keupayaan kanak-kanak akan terus bertambah baik. Perkembangan minda yang sihat seiring dengan sikap dan minda yang terbuka.

#14 “Saya gembira kamu buat keputusan”

Foto hiasan/Photo-AC

Akui kebolehan mereka memilih sesuatu. Tugasan dan kerja keras kadang kala memerlukan seseorang untuk memilih dan menukar strategi dan ia bukanlah mudah. Maka berikan mereka pujian.

#15 “Kamu ingat (tentang sesuatu)..”

Foto hiasan/Photo-AC

Pemahaman mereka daripada pelbagai sudut dan aspek terhadap sesuatu perkara adalah sesuatu yang perlu ditekankan, selain daripada keupayaan memori mereka terhadap sesuatu. Jadi mereka akan jadi lebih berhati-hati.

Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan minda yang sihat tidak akan mudah berputus asa dan mempunyai ketahanan yang lebih besar.

Memberikan peluang untuk anak-anak mempunyai minda yang berorientasikan perkembangan akan menjadikan mereka mampu meraih peranan dalam masyarakat dan lebih cenderung untuk berjaya.

Kasihan kucing berpanas, budak ini letak daun atas tubuh kucing sebagai teduhan. Baiknya hati!

0

Kanak-kanak sememangnya memiliki hati yang paling suci. Tindakan mereka kebanyakannya lahir daripada hati yang tulus dan jiwa yang murni.

Itulah yang dilakukan oleh seorang budak perempuan ini apabila melihat seekor kucing yang terbaring keletihan di tepi jalan.

LF How Share

Kucing jenis ‘tabby’ itu sebelumnya dibawa berjalan oleh tuannya dan ekoran kepenatan, ia memutuskan untuk berehat dan berbaring dahulu di tepi jalan.

Dengan tidak semena-mena, seorang budak perempuan yang kebetulan sedang berjalan ternampak kucing comel tersebut.

LF How Share

Budak itu kemudian mencari daun dan meletakkan beberapa keping daun untuk menutupi tubuh kucing tersebut.

Budak itu ternyata tidak mahu kucing tersebut berpanas di bawah cahaya matahari. kucing itu pula elok sahaja diam. Terharulah gamaknya..

Daun menjadi ‘selimut’ istimewa buat si kucing berteduh. Baiknya hati budak tersebut!

LF How Share

Foto-foto ini tular di internet dan rata-rata warga maya memuji tindakan budak tersebut. Kecil lagi sudah prihatin sesama makhluk.

Ada juga yang berkata bahawa budak tersebut pasti akan membesar menjadi individu yang bertanggungjawab dan mempunyai belas ihsan yang tinggi.

Kita sebenarnya boleh belajar banyak perkara daripada kanak-kanak. Mereka sememangnya memiliki jiwa yang besar, walaupun masih lagi kecil.