26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 8, 2025
Utama Blog Laman 323

Ahli Parlimen Kota Bharu tawar insentif RM20 kepada penduduk yang berjaya menerima suntikan vaksin

0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan memberikan ganjaran bernilai RM20 kepada mana-mana individu di kawasan berkenaan yang mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan. Sumber : World of Buzz

Menerusi poster yang dipaparkan di laman Facebook milik beliau, penerima vaksin dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan serta bukti yang mengesahkan penerimaan suntikan ke pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu bagi menuntut hadiah saguhati berkenaan.

“Semua penduduk di Parlimen Kota Bharu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan menerima RM20”.

Poster yang dipaparkan di Facebook Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan. Sumber : Facebook

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) melaksanakan insentif tunai tersebut dengan harapan dapat memupuk serta menggalakkan para penduduk untuk mengambil suntikan vaksin.

Jelas Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, “Ia adalah inisiatif Takiyuddin kepada rakyat Kota Bharu untuk mengambil vaksin”.

Terdahulu, seramai hampir 10,000 penduduk di Kelantan yang sebahagiannya berusia 60 tahun ke atas dilaporkan gagal menghadirkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti yang telah ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera.

Gelagat kucing nak termuntah selepas hidu bau udang buat warganet pecah perut. Comel!

0

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan boleh membawa perubahan yang besar pada kehidupan seseorang sama ada menjadikan individu berkenaan lebih matang, penyayang, bertanggungjawab, ceria sentiasa dan macam-macam lagi.

Gelagat kucing yang pelbagai sememangnya menghiburkan dan boleh mengubat hati yang luka. Baru-baru ini di Twitter, telah tular sebuah video memaparkan reaksi seekor kucing gebu yang melucukan sebaik sahaja menghidu bau udang.

Menerusi video berdurasi 7 saat itu, kelihatan seekor kucing sedang menghidu udang yang diberikan oleh tuannya. Selepas beberapa saat menghidu bau udang berkenaan, kucing ini berlalu pergi dan sempat menunjukkan reaksi seperti hendak muntah.

Lebih melucukan lagi, kucing comel ini memberikan reaksi yang sama sebanyak dua kali seoleh-olah kucing ini benar-benar mahu muntah akibat bau udang berkenaan.

Sehingga kini, video yang menular dengan hebatnya itu berjaya meraih 12.5K ulang ciapan dengan 34.4K tanda suka. Ramai pengguna Twitter mula melemparkan komen masing-masing. Antaranya:

“Udangnya mungkin tidak segar”.

“Saya tidak boleh berhenti ketawa”.

“Comel!! Kesian dia tapi sangat comel”.

Lelaki cuba lintas penghadang jalan di daerah PKPD dirakam dengan dron pihak berkuasa

0

PARIT BUNTAR- Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah membantu PDRM di Perak dalam memastikan orang ramai mengikuti peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah ditetapkan.

Pegawai Unit Operasi APM Perak, Ahmad Muafiri Mohamad berkata, penugasan unit dron itu bergantung kepada keperluan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Katanya, apabila diperlukan, unit itu akan digerakkan bagi melakukan tinjauan dan pemantauan udara menggunakan dron di sekitar Ipoh.

“Tujuan pemantauan menggunakan dron ini ialah bagi memastikan masyarakat di Ipoh mematuhi SOP PKPD sepenuhnya.

“Ketika pemantauan menggunakan dron di sesuatu kawasan, jika kita mengesan berlaku pelanggaran SOP seperti aktiviti berkumpulan, kami akan mengambil video atau gambar dan disalurkan segera kepada IPD Ipoh untuk tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Ekoran usaha inilah yang telah membuatkan pesalah yang cuba melintasi penghalang telah ditangkap imejnya melalui dron yang digunakan.

Baru-baru ini seorang pemuda berbaju kuning dilihat sedang cuba merentas penghadang jalan dengan basikalnya. Kejadian tersebut dirakam pada Jumaat, 28 Mei lalu sekitar jam 9.00 pagi. Video tersebut kemudian telah dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ / Polis.

Aksi pemuda tersebut jelas sekali dirakam oleh dron sebelum dia membatalkan niatnya setelah menyedari pergerakannya diperhatikan melalui dron yang berada di atasnya. Dia kemudian segera menunggang basikalnya dan berpatah balik untuk kembali semula ke tempat asalnya.

Kejadian luar biasa mateor jatuh ke bumi dan terhempas puncak Gunung Merapi di Jogjakarta

0

Alam ini memang banyak rahsia dan magis yang tersendiri. Banyak kejadian-kejadian yang tidak dijangka dan di luar logik akal berlaku di sekeliling. Namun, apa yang pasti setiap yang berlaku pastinya punya keajaiban tersendiri.

Baru-baru ini berlaku sebuah lagi keajaiban alam berlaku dan kali ini kejadian luar biasa itu terjadi di Jogjakarta, Indonesia. Apa yang berlaku ialah berlakunya lintasan meteor yang memasuki atmosfera dan terhempas gunung berapi Merapi di sana.

Video tersebut kemudian dimuat naik dan dikongsikan di laman Twitter oleh akaun @JogjaUpdate.

Rakaman tersebut dikatakan telah dirakam pada hari Khamis, 27 Mei 2021, melalui kamera litar tertutup (CCTV) oleh Megadata, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan internet di Indonesia yang berlokasi di Kalitengah Kidul, Jogjakarta yang merupakan lokasi terletaknya Gunung Merapi.


Walaupun rakaman CCTV agak kabur, orang ramai masih dapat melihat dengan jelas seolah-olah ada melihat sebiji bola cahaya yang memasuki atmosfera dan melintasi tepat di atas puncak gunung berapi Merapi sebelum terhempas puncak gunung tersebut.

Semasa kejadian itu berlaku terdapat seorang warga Indonesia bernama Gunarto Song yang secara kebetulan berjaya mengambil gambar Gunung Merapi dan benar-benar menangkap imej meteor yang ‘jatuh’ dari langit.


Ketika ditemu ramah oleh portal berita Indonesia kumparan, Gunarto, mengatakan bahawa dia mengambil gambar dari lokasi di Batu Alien di daerah Kaliadem Cangkringan sekitar jam 11.07 malam pada Khamis lalu.

Selain itu, dia juga telah berusaha mengambil gambar lava Gunung Merapi dengan pemandangan matahari terbit dan terbenam sejak Februari tahun ini dan pada hari tersebut dia cuba untuk mengambil gambar Gunung Merapi yang berlatar belakangkan bulan purnama.

Manurut Gunarto tiba-tiba terdapat sinar cahaya yang terang seolah-olah jatuh dari atas ke puncak Gunung Merapi. Kejadian tersebut sangat terang dan pantas berlaku.

Dalam budaya dan mitologi Jawa, Gunung Merapi dianggap sebagai tempat suci, terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Alami sopak pada wajah, pemuda ini kongsi pengalaman dengan yakin dan berani

0

Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang ramai apabila kita sedar bahawa kita punya kelemahan diri terutama dari segi fizikal. Antara perkara yang sering menghantui diri ialah bagaimana orang melihat dan berfikir mengenai kekurangan diri kita. Keadaan itulah yang akhirnya membuatkan kita hilang keyakinan diri.

Namun begitu, masih ada yang sangat berani dan berkeyakinan walaupun sedar mereka tidak sama dengan orang lain. Mereka bahkan lebih berani dan yakin dengan diri mereka walaupun beradapan dengan orang ramai.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berjaya menarik perhatian ramai dengan perkongsiannya di TikTok tentang masalah kulit wajah yang dialaminya. Pemuda tersebut mengalami Vitiligo atau sopak pada wajah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @wanhakimwh, dia ada mendedahkan mengenai keadaan kulit mukanya yang bersopak. Menurutnya, sopak yang dialami bermula dari tompok kecil di dagu tetapi kini merebak hampir di seluruh muka

“Umur saya sekarang 22 tahun, saya kena daripada umur 19 tahun. Mula-mula saya perasan dia ada ‘small white spots’ di dagu. Kita ingatkan panau sebab I pernah je kena panau masa kecik-kecik.”

Keadaan tersebut kemudian merebak dan mula membuatkannya bimbang. Dia kemudian berjumpa dengan doktor kulit dan mereka memberitahu bahawa dia menghidap Vitiligo.

Video yang dikongsikan itu kini telah ditonton oleh hampir sejuta kali dan menerima lebih daripada 66,000 ‘like’ di laman sosial itu. Tidak hanya itu, perkongsian tersebut turut dikongsikan lebih daripada 900 kali oleh pengguna TikTok.

Terkunci di dalam kereta sekitar 6 jam, penduduk setempat terpaksa hubungi pihak berkuasa untuk selamatkan tiga ekor anjing

0

SUBANG JAYA- Pada hari Jumaat, 28 Mei lalu, penduduk SS15 terpaksa menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk membantu menyelamatkan seekor anjing betina dan dua ekor anaknya yang terkunci di dalam sebuah kereta selama berjam-jam lamanya.

Menurut laporan SJ Echo, ketiga-tiga anjing tersebut ditinggalkan di dalam kereta yang terkunci sejak jam 10 pagi sehingga polis dan anggota bomba daerah Subang Jaya tiba di tempat kejadian sekitar jam 4 petang.

Penduduk tempatan terpaksa menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan anjing di dalam kereta yang terkunci walaupun kedua-dua belah tingkap yang diturunkan sedikit.

Cuaca ketika itu sangat terik, sekitar 33° C dan tiada makanan ataupun minuman buat anjing-anjing itu di dalam kereta.

Apabila sampai sahaja ke tempat kejadian, pihak berkuasa dengan segera berusaha untuk membuka pintu kereta untuk menyelamatkan anjing-anjing yang terperangkap itu.

Sejurus pintu kereta terbuka, pihak bomba terus meletakkan makan dan minuman buat anjing. Anjing betina itu dilihat terus menghabiskan makanan dan minuman yang diberikan.

Sementara itu, polis di tempat kejadian berusaha mencari pemilik kenderaan berdasarkan nombor pendaftaran kereta. Mereka akhirnya berjaya menemui nombor untuk dihubungi dari sepucuk surat di dalam kereta.

Namun begitu, pemilik anjing tersebut yang sedang bekerja di pejabat berdekatan langsung tidak mengucapkan terima kasih. Wanita itu malah meninggikan suara kepada pihak berkuasa yang telah membantu anjing peliharaannya. Dia juga mendajwa bahawa anjingnya dalam keadaan sakit dan seharusnya tidak boleh diberikan makan.

Pegawai polis kemudian mencatat maklumat dan menasihatinya agar tidak meninggalkan anjingnya di dalam kereta dalam keadaan apa pun dalam jangka masa yang lama.

Ringkasan SOP ‘total lockdown’ : Ketahui apa yang dibenarkan, apa yang tidak..

0

Sekatan pergerakan penuh (full lockdown) di seluruh Malaysia akan dikenakan selama 14 hari, bermula dari 1 Jun sehingga 14 Jun.

Justeru, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan bahawa hanya terdapat beberapa perkhidmatan yang akan dibenarkan untuk beroperasi.

Bernama

Berikut adalah ‘perkhidmatan perlu’ yang dibenarkan :

1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2. Penjagaan kesihatan dan perubatan
3. Air
4. Tenaga
5. Keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6. Pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembentungan
7. Pengangkutan darat, air dan udara
8. Perkhidmatan & pengusahaan pelabuhan, limbungan kapal terbang
9. Komunikasi termasuk media, pos dan kurier
10. Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
11. Kredit komuniti termasuk pajak gadai
12. E-dagang & teknologi maklumat
13. Pengeluaran, penyimpanan, pembekalan, agihan bahan api dan pelincir
14. Hotel (bagi tujuan kuarantin sahaja)
15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16. Perkhidmatan perhutanan
17. Logistik (terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu)

Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan (dengan had 60% pekerja sahaja), kecuali :

  • Aeroangkasa (komponen dan penyelenggaraan, pembaikian dan ‘overhaul’ – MRO)
  • Makanan dan minuman
  • Bahan pembungkusan dan percetakan berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  • Barangan penjagaan diri dan pencuci
  • Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
  • Barangan penjagaan, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  • Komponen peranti perubatan
  • Elektrikal dan elektronik
  • Minyak dan gas termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  • Bahan api dan pelincir

Manakala kompleks beli belah ditutup, kecuali untuk restoran (untuk bawa pulang dan penghantaran), premis keperluan asas, pasar raya, farmasi dan serbaneka di dalamnya.

Untuk pasar raya, pasar raya besar adalah terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja. Sementara kedai farmasi, penjagaan diri, serbaneka dan kedai runcit dibenarkan.

Selain itu, berikut juga dibenarkan (bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja), iaitu :

  • Restoran, gerai-gerai dan outlet makanan
  • Dobi (termasuk layan diri)
  • Kedai penjagaan dan makanan haiwan
  • Kedai cermin mata dan barangan optik
  • Kedai ‘hardware’
  • Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  • E-dagang (semua kategori produk)
  • Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu)

Untuk pasar harian, ia dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 2 petang. Turut dibenarkan adalah sektor pertanian, perikanan dan penternakan.

Tadika dan taska tidak dibenarkan kecuali untuk para petugas barisan hadapan dan juga ibu bapa yang perlu bekerja.

Hanya dua individu sahaja dibenarkan untuk keluar rumah bagi membeli barangan keperluan makanan dan ubat-ubatan (tidak melebihi 10 kilometer).

Pasangan jarak jauh (PJJ) pula tidak dibenarkan rentas negeri atau daerah dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama ini.

Semua surat perjalanan bekerja dikeluarkan MITI berkuat kuasa sehingga 31 Mei sahaja. Mulai 1 Jun, surat kebenaran bekerja dan rentas daerah dikeluarkan kementerian berkaitan.

Wanita ini mengetahui dia adalah seorang puteri diraja pada usia 28 tahun

0

Sejak kecil, pasti kebanyakan anak gadis pernah memasang angan-angan untuk menjadi seorang puteri diraja. Tapi bagi wanita ini, dia tidak menyangka apabila mendapat berita bahawa dia adalah seorang puteri sebenar ketika berusia 28 tahun.

Sarah Culberson dijadikan sebagai anak angkat kepada sebuah keluarga orang putih sebelum usianya mencecah setahun. Sejak kecil lagi, dia tahu dia lain daripada ‘adik-beradiknya’ yang lain dan kakaknya sering menjelaskan kepada semua orang yang tertanya-tanya mengenai warna kulit Sarah.

PrincessSarahCulberson/Facebook

Sarah kemudiannya mula terdetik untuk mencari identiti kedua ibu bapa kandungnya. Namun ketika itu, tidak banyak maklumat yang berjaya Sarah peroleh. Dia cuma mengetahui ibunya berdarah kulit putih manakala bapanya pula berasal daripada Afrika Barat.

Paparan Skrin/Facebook

“Saya berjaya menemui keluarga ibu saya setelah memasuki tahun pertama pengajian ketika berusia awal 20-an. Saya mengetahui ibu meninggal dunia akibat kanser dan saya mula belajar untuk mengenali ibu kandung saya”.

Paparan Skrin/Facebook

Pada tahun 2004 ketika Sarah berusia 28 tahun, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Penyiasat persendirian yang diupah oleh Sarah telah berjaya menemui jejak bapa kandungnya di Maryland.

Sarah dinasihatkan untuk menulis sepucuk surat kepada keluarga berkenaan untuk memperkenalkan diri. Empat hari kemudian, Sarah telah menerima satu panggilan telefon daripada ibu dan bapa saudaranya.

“Oh Sarah, kami sangat gembira kerana dapat menghubungi kamu. Kamu tahu tak kamu siapa? Kamu adalah sebahagian daripada keluarga diraja. Kamu adalah puteri di negara itu” kata pak cik Sarah di dalam panggilan telefon berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Pak cik Sarah kemudiannya menghubungi bapa kandung Sarah yang pada ketika itu berada di Sierra Leone, Afrika untuk mengaturkan pertemuan kali pertama anak-beranak itu.

Jelas Sarah, sebaik sahaja melihat bapanya sedang menunggu ketibaannya di lapangan terbang, dia dapat melihat dari mata bapanya yang mengharapkan Sarah dapat menerima kewujudannya sebagai bapa.

Paparan Skrin/Facebook

Pada hari pertama, bapa Sarah telah membawa puterinya itu ke sebuah perkampungan di mana mereka disambut dengan meriah oleh sekitar 300 penduduk. Akan tetapi, Sierra Leone pada ketika itu baru sahaja bebas daripada Perang Saudara selama 11 tahun yang menyebabkan lebih daripada 50,000 penduduk terkorban.

Paparan Skrin/Facebook

Hal ini secara tidak langsung menyedarkan Sarah akan tanggungjawabnya sebagai seorang puteri. Lawatan ke Sierra Leone seolah-olah menjadi pencetus kepada identiti dan tanggungjawab baharu yang perlu Sarah pikul.

“Saya tidak boleh kembali ke Amerika Syarikat dan berharap masyarakat di sana dapat bangun daripada apa yang telah berlaku. Saya sedar, ini adalah keluarga saya dan saya harus melakukan sesuatu”.

PrincessSarahCulberson/Facebook

Tahun seterusnya, Sarah bersama-sama dengan keluarga kandung dan keluarga angkatnya telah berganding bahu dalam menubuhkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bagi menyokong masyarakat tempatan di negara berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Pada tahun 2009 pula, Sarah telah menulis sebuah buku yang mengisarkan tentang kisah hidup dirinya dan pengalaman bapa kandungnya selain berharap agar kisah tersebut dapat dijadikan sebagai salah satu filem Disney.

Sarah juga berharap agar kisahnya dapat dijadikan sebagai inspirasi buat masyarakat kulit hitam yang berada di Amerika Syarikat supaya mereka lebih memahami serta mengenali asal usul masing-masing.

Bapa terkejut dan puas hati apabila anak-anak hadiahkan tilam baharu sempena hadiah hari jadi

0

Bilakah kali terakhir anda memberi hadiah kepada ibu bapa anda? Sebenarnya, bukan hadiah yang menjadi kayu ukur untuk menentukan kasih sayang tetapi ingatan anda kepada merekalah yang membuatkan ibu bapa terharu dengan pemberian anda.

Bukan semua ibu bapa mahukan kereta mewah mahupun rumah yang besar sebagai hadiah, tetapi cukuplah sekadar anda sentiasa berada di sisi menemani usia tua mereka.

JukinMedia

Tular sebuah video memaparkan gelagat seorang warga tua yang kelihatan terkejut dan terkesima dengan pemberian yang ikhlas daripada anak-anaknya. Dalam video berdurasi 2 minit 25 saat itu, anda dapat lihat bapa ini sedang duduk di atas tilam seperti rutin kebiasaan.

JukinMedia

Anaknya kemudian meminta lelaki ini untuk duduk di bahagian tengah katil dengan harapan bapanya dapat merasai perbezaan yang ada pada tilam baharu itu. Namun apakan daya, lelaki ini masih belum dapat menangkap klu yang diberikan oleh si anak.

“Kenapa ayah duduk di hujung katil? Cuba duduk di tengah. Wah, pernahkah ayah duduk di atas katil seperti itu sehingga kaki ayah tidak menyentuh lantai?”.

JukinMedia

Bapa ini kemudian mula menekan di bahagian tengah tilam dan bertanya kepada anak perempuannya sama ada tilam yang sedang didudukinya itu adalah tilam yang sama.

“Adakah ini tilam yang sama? Awak pasti? Rasa seperti lain!,” tanya bapa ini.

JukinMedia

Dia kemudian diminta untuk berbaring di atas tilam baharu itu dan dengan serta-merta, bapa ini terus terpegun setelah menyedari kelembutan dan betapa empuknya tilam tersebut.

Anaknya turut menjelaskan bahawa tilam baharu itu adalah pemberian kesemua anak-anaknya setelah si bapa pernah menyampaikan hasrat untuk mendapatkan tilam baharu sebagai hadiah hari jadi.

JukinMedia

Lihatlah reaksi comel bapa ini dalam video ini. Betapa seronoknya dia menguji ketahanan tilam itu dengan melantunkan badannya.

Macam kanak-kanak kecil pula. Comel betul! Pasti bapa ini akan terus menghargai pemberian anak-anaknya setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur.

‘Teman’ bapa buat persembahan, si kecil ini dapat perhatian ramai dengan telatah comelnya ketika menari di atas pentas

0

Terkadang telatah anak kecil memang sukar diduga. Ada sahaja perbuatan mereka yang buatkan ramai tergelak lucu. Dengan kecomelan dan riak selamba mereka boleh buatkan semua orang mula jatuh hati padanya.

Lihat sahaja anak kecil ini sebagai buktinya. Selepas menonton video di bawah ini anda juga pasti akan mula geram dengan kecomelannya.

Facebook
Facebook

Apa yang berlaku ialah si kecil ini telah berlari ke tengah pentas di mana bapanya, Coffey Anderson, sedang menyanyi dan bermain gitar. Tidak hanya itu dia juga sepertinya sangat seronok mendengar muzik tersebut sehingga membuatkan dia terus menari.

Tingkahnya telah membuatkan penonton bersorak. Sepertinya orang ramai mula memberi perhatian mereka kepada si comel ini.

Facebook

Tidak lama selepas itu dia berlari ke sisi pentas dan terus menarik sebelum masuk semula ke tengah pentas dan menari pula bersama bapanya. Nampak benar dia sedang menikmati momen-momen tersebut sehingga dia tidak menghiraukan orang lain.

Facebook
Facebook

Kalau budak kecil lain mungkin mereka berasa takut atau malu berhadapan dengan orang ramai tetapi berbeza sekali dengan anak penyanyi ini. Mungkin dia mewarisi bakat penghibur daripada ayahnya!

Lihatlah gelagat si kecil itu, comel sungguh melihatnya menari :