Juadah yang mudah disediakan sudah pasti menjadi pilihan para ibu di luar sana bukan? Jadi kali ini kami ingin berkongsi resipi donut mudah, hanya guna 4 bahan sahaja.
Resipi ini sebenarnya dikongsikan oleh akaun Eti Nur Syafiraa di Facebook, memandangkan anak-anak wanita tersebut memintanya membuat donut.
Eti Nur Syafiraa/Facebook
Berikut bahan yang diperlukan :
Bahan A
- 1 paket yis kering (Eti menggunakan jenama Mauripan)
- 2 sudu susu pekat
- Air suam
- Sedikit garam
Bahan B
- 850 gram tepung gandum
- 4 sudu besar marjerin
Cara menghasilkannya :
1. Bancuhkan yis dengan air suam (setengah gelas). Kemudian tambahkan susu pekat dan garam. Tunggu hingga yis ‘naik’ dan mula berbuih.
Eti Nur Syafiraa/Facebook
2. Gaulkan tepung gandum bersama marjerin. Setelah sebati, masukkan bahan A di dalamnya. Tambahkan sedikit air hingga ia kelihatan seperti doh.
3. Biarkan seketika hingga doh ‘naik’. Setelah itu bentukkan donut menggunakan acuan.
Eti Nur Syafiraa/Facebook
4. Rehatkan seketika donut yang telah dibentuk sebelum digorengkan. Untuk ‘topping’, anda boleh ikut citarasa sendiri – taburan gula aising atau kastor, sos coklat dan pelbagai lagi!
Apa yang pasti, donut ini sangat gebu. Ia juga boleh dibuat dalam jumlah yang banyak kerana boleh disejukbekukan.
Eti Nur Syafiraa/Facebook
Jika teringin mahu makan, keluarkan sahaja daripada peti sejuk. Mudah bukan?