Kanak-kanak sememangnya memiliki hati yang paling suci. Tindakan mereka kebanyakannya lahir daripada hati yang tulus dan jiwa yang murni.
Itulah yang dilakukan oleh seorang budak perempuan ini apabila melihat seekor kucing yang terbaring keletihan di tepi jalan.

Kucing jenis ‘tabby’ itu sebelumnya dibawa berjalan oleh tuannya dan ekoran kepenatan, ia memutuskan untuk berehat dan berbaring dahulu di tepi jalan.
Dengan tidak semena-mena, seorang budak perempuan yang kebetulan sedang berjalan ternampak kucing comel tersebut.

Budak itu kemudian mencari daun dan meletakkan beberapa keping daun untuk menutupi tubuh kucing tersebut.
Budak itu ternyata tidak mahu kucing tersebut berpanas di bawah cahaya matahari. kucing itu pula elok sahaja diam. Terharulah gamaknya..
Daun menjadi ‘selimut’ istimewa buat si kucing berteduh. Baiknya hati budak tersebut!

Foto-foto ini tular di internet dan rata-rata warga maya memuji tindakan budak tersebut. Kecil lagi sudah prihatin sesama makhluk.
Ada juga yang berkata bahawa budak tersebut pasti akan membesar menjadi individu yang bertanggungjawab dan mempunyai belas ihsan yang tinggi.
Kita sebenarnya boleh belajar banyak perkara daripada kanak-kanak. Mereka sememangnya memiliki jiwa yang besar, walaupun masih lagi kecil.