Perbualan seperti sedang bermain tetapi menyeramkan antara kembar tiga dengan ‘satu entiti yang tidak dapat dilihat’ di bilik tidur mereka dirakam melalui monitor bayi, ketika ibu mereka mendedahkan si kecil bertiga mengaku telah melihat ‘monster’.
Ibu si kembar, Caitlin Nichols mendengar Presley, Millie, dan Hays yang berusia 2 tahun menjerit dan seperti sedang berbalah antara satu sama lain di rumah mereka di Georgia.
Semasa memeriksa monitor bayi, ibu ini terkejut melihat tiga si kecil kelihatan sedang bercakap dan menjerit dengan satu entiti tidak kelihatan yang menghadap dinding.
Caitlin berkata anak-anak perempuannya tidak berinteraksi dengan apa yang mereka lihat di dinding dengan cara yang sama sejak itu, tetapi mereka telah bangun pada waktu tengah malam dan mengaku melihat ‘monster’ itu di tempat yang sama.
Dalam rakaman berkenaan yang agak menyeramkan, kembar tiga itu tidak tidur dan melihat dinding pada arah yang sama.
Salah seorang antara mereka menunjukkan sesuatu yang dia lihat di dinding itu manakala dua yang lain berlari ke belakang.
Si kecil pertama berlari ke dinding yang bertentangan dan kembali ke belakang dua kali, kelihatan menggoyangkan kepalanya pada sesuatu yang dilihatnya dan menjerit dengan nada seperti sedang bermain dengannya.
Mereka kemudian terus berlari-lari sambil cuba melompat dan memukul sesuatu.
Salah seorang naik ke atas katil bayi untuk mencuba melakukan perkara yang sama.
Kemudian, ketiga-tiga anak kecil itu bersembunyi di belakang almari sebelum salah seorang daripada mereka keluar lagi dengan berani dan menunjuk ke arah dinding.
Kembar tiga itu muncul dari belakang almari hanya untuk berlari dan menjerit lagi seperti sedang bermain.
“Kamu suka katil kami?” salah seorang kembar berteriak, dan yang lain menjerit, “Kamu ada masalah!”
Caitlin berkata walaupun kembar tiga itu menjerit dan bersembunyi, dia mempercayai anak-anak perempuannya sedang bermain dengan ‘monster’ dalam rakaman video berdurasi lima minit itu.
“Kami pernah terserempak dengan insiden menyeramkan sebelum ini, seperti permainan anak kami terjatuh sendiri ketika mereka sedang tidur, jadi ini bukan kali pertama,” akui Caitlin.
Barangkali ‘monster’ itu makhluk halus yang baik hati seperti dalam filem Disney Pixar ‘Monsters, Inc.’, jadi mereka tidak berasa seram dan takut.
Tonton video di sini.