26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 291

Malaysia alami fenomena ‘Halo Matahari’ buat netizen teruja, kongsi foto dan video

0

Beberapa kawasan di Malaysia pada 2 Ogos telah mengalami fenomena Halo – satu keadaan lingkaran cahaya seperti pelangi muncul mengelilingi matahari.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, ia adalah satu fenomena optik dalam bentuk cincin atau gelang.

@zuraida_mdnoor/Twitter

Tambahnya, bentuk itu kelihatan seakan-akan pelangi yang terhasil menerusi biasan dan pantulan cahaya matahari atau bulan oleh kristal ais daripada awan ‘cirrostratus’.

Dilaporkan bahawa fenomena tersebut mula terjadi sekitar jam 12 tengah hari dan sempat disaksikan di beberapa kawasan di Malaysia, antaranya :

Fenomena ini sangat jarang berlaku ya dan jika anda sempat menyaksikannya, anda sangat bertuah!

“Kekerapan kejadian ini bergantung kepada kehadiran ais kristal dalam atmosfera”, ujar Muhammad Helmi.

@SayaFadzliRazi/Twitter

Halo kecil tambahnya muncul sebagai cincin bercahaya dengan radius 22 darjah, dengan sumber cahaya sama ada matahari atau bulan di tengahnya.

“Ia menunjukkan pinggiran merah di bahagian dalam dan ada beberapa kes jarang berlaku, di mana pinggiran ungu berada di bahagian luar”.

McDonald’s dikecam setelah tular gambar burger Filet-O-Fish dengan separuh keju, tetapi hakikatnya pasti membuatkan anda tergamam!

0

Keju adalah sejenis makanan yang digemari ramai. Ada juga segelintir penggemar keju sanggup membayar lebih untuk mendapatkan kepingan atau limpahan keju tambahan dalam hidangan mereka. Jadi, apa pandangan anda sekiranya anda membeli burger ikan Filet-O-Fish di McDonald’s (McD) dan mendapati pekerjanya meletakkan hanya separuh kepingan keju pada hidangan tersebut?

Sumber: Mashed

Baru-baru ini di Facebook, seorang penggunanya telah memuat naik entri seolah-olah ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap McDonald’s Malaysia akan isu tersebut.

“Hari ini kali pertama saya memesan Filet-O-Fish setelah sekian lama. Jadi, sejak bila kejunya dipotong kepada separuh sahaja?”

Bukan sahaja di Malaysia, beberapa tahun lalu seorang pelakon Amerika turut menyuarakan pendapatnya apabila mendapati burger ikan yang dinikmatinya itu hanya mempunyai separuh kepingan keju.

“@McDonalds, adakah anda sedang cuba berjimat dengan meletakkan separuh keju pada burger Filet-O-Fish?”

Sumber: Noodou

Tetapi hakikatnya, burger ini sememangnya diciptakan untuk mengandungi hanya separuh kepingan keju bagi mengekalkan kesegaran rasa isi ikan. Menurut QSR Magazine, sejak burger ini dijadikan sebagai menu tetap McD pada tahun 1962, tidak banyak perubahan yang dilakukan. Pihak McD masih mengekalkan resipi yang menggunakan roti kukus, sos tartar, separuh kepingan keju dan juga sekeping isi ikan.

Satu-satunya perubahan yang dilakukan adalah pada rasa isi filet ikan berkenaan memandangkan McD sentiasa cuba untuk menghasilkan filet ikan dengan menggunakan pelbagai jenis ikan yang berbeza.

Sebagai bukti, Julie Caturano yang merupakan wakil jurucakap McD turut mengesahkan perkara berkenaan dalam satu temubual bersama Journal Star.

Sumber: McDonald’s Malaysia

“Ianya memang begini sejak awal lagi. Jika anda memikirkan tentang burger keju, ia perlu betul-betul berkeju. Tetapi dengan isi ikan, separuh sahaja sudah memadai”.

Katanya lagi, keju mempunyai rasa yang kuat dan sekiranya diletakkan terlalu banyak, ia akan membuatkan rasa ikan itu tenggelam.

McD Kanada turut menegaskan perkara ini dengan mengatakan bahawa, “Meletakkan keju di atas ikan adalah satu tindakan yang berani. Dalam masakan Itali, keju tidak dibenarkan untuk diletakkan pada ikan atau makanan laut. Tetapi adakalanya kita perlu mengambil risiko dan berharap pelanggan menyukainya”.

Sumber: McDonald’s Malaysia

Jadi, jangan salah faham lagi. Hanya separuh keju diletakkan demi menjaga kualiti dan rasa makanan, bukannya untuk berjimat. Kalau nak juga sekeping keju, belilah Double Filet-O-Fish.

Badan perlu ‘dipijak’ oleh jurulatih semasa latihan, gambar lama Nur Dhabitah buat ramai terharu

0

Dapat melayakkan diri ke sukan Olimpik bukanlah sesuatu yang mudah. Hasil usaha keras dan rasa yang tidak pernah putus asa akhirnya membawa atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang bukan sahaja layak ke Olimpik Tokyo 2020 malah berjaya meraih tempat keempat pada acara akhir terjun papan anjal 3 meter.

Di sebalik kejayaannya ramai yang tidak tahu keperitan yang dilalui semasa menjalani latihan. Baru-baru ini tular sebuah status yang dimuat naik oleh atlet itu di laman Facebook miliknya yang menunjukkan kesukarannya semasa menjalani latihan beberapa tahun dahulu. Terdapat juga gambar yang dimuat naik bersama status yang dibuatnya pada tahun 2016 itu.

Jelas sekali latihan yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat sukar. Bayangkan badannya perlu dipijak untuk dilenturkan oleh jurulatihnya. Pasti ada rasa sakit dan perit yang perlu dilalui untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia.

Untuk mencapai apa yang dicapai kini adalah sesuatu yang sangat sukar. Tangisannya selepas tamatnya acara yang disertainya bukan kerana kecewa atas kegagalannya meraih pingat untuk negara tetapi kerana dia bangga dengan dirinya atas apa yang telah dicapainya sehingga hari ini.

Tahniah Dhabitah dan terima kasih kerana membawa nama Malaysia di pentas dunia!

Pemilik kantoi selinap masuk kucing terlebih berat dalam kabin penerbangan, hilang ganjaran ‘frequent flyer’ tetapi pasrah demi si bulus kesayangan

0

Biasalah apabila si pemilik sanggup berkorban apa sahaja demi kucing kesayangan, termasuk dikenakan hukuman yang menyebabkan dia kehilangan status dan faedah dalam program ganjaran ‘frequent flyer’ yang sudah mengumpulkan beribu batu jarak perjalanan dalam penerbangan.

Sebuah syarikat penerbangan dari Rusia, Aeroflot memutuskan untuk menghukum salah seorang penumpang setianya kerana dengan licik telah berjaya menyelinap masuk kucingnya yang berlebihan berat badan ke dalam penerbangan.

Mikhail Galin, 36 tahun kehilangan kira-kira 400,000 batu perjalanan sebagai pengembara kerap setelah dia berjaya memperdaya syarikat penerbangan itu untuk membawa kucingnya yang gemuk bernama Viktor ke dalam penerbangan dari Riga ke Moscow ke Vladivostok di Rusia.

Facebook

Peraturan Aeroflot telah menetapkan haiwan peliharaan dengan berat melebihi 8 kilogram tidak dibenarkan masuk ke dalam kabin dan dia mesti ditempatkan ke dalam bahagian kargo bagasi.

Semasa cuba mendaftar masuk untuk penerbangan, Mikhail mendapat tahu yang berat Viktor adalah 10 kilogram, dan dia tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kabin penumpang bersama pemilik.

Mikhail memutuskan untuk menunda penerbangannya pada keesokan hari dan berusaha mencari ‘kucing yang mirip benar dengan Viktor tetapi berat badannya lebih rendah bermaksud kuruslah’.

Facebook

Mikhail berjaya menemui seekor kucing mirip Viktor tetapi dalam versi mini bernama Phoebe, dan mereka kembali ke lapangan terbang pada keesokan hari untuk menjayakan misi memperdaya kakitangan penerbangan untuk mendapatkan tiket dan terbang dengan jayanya ke Vladivostok.

Pemilik licik ini kembali ke lapangan terbang dengan dua kucing ‘sama yang berbeza’, yang mana sudah semestinya dia lulus ujian berat badan kucing itu untuk menaiki penerbangan Aeroflot. 

Mikhail kemudian menukar kucing ‘mini-Viktor’ itu kepada pemilik asalnya dan menaiki pesawat dengan jayanya bersama ‘Big-Viktor’. Lega sudah kerana segala urusan berjalan dengan lancar.

Duo itu tiba di Vladivostok tanpa masalah, tetapi Mikhail sendiri yang kantoi mendedahkan taktik liciknya dengan menulis perjalanan itu dalam hantaran di Facebook, yang kemudian dikongsi ramai warganet termasuk syarikat penerbangan Aeroflot itu sendiri.

Facebook

“Penerbangan berjalan lancar, walaupun Viktor tidak berapa selesa berada di udara. Dia terasa sakit dan tidak memahami apa yang sedang berlaku,” tulisnya.

“Misi menukar kucing gemuk Viktor dengan kucing miniatur Phoebe telah berjaya,” Mikhail mendedahkannya di Facebook lengkap dengan gambar-gambarnya sekali.

Aeroflot mula menjalankan siasatan termasuk mendapat bukti sahih kucing kurus bertukar dengan kucing gemuk di lapangan terbang menerusi rakaman CCTV. 

Jadi, pihak mereka kemudian telah memutuskan untuk menggugurkan nama Mikhail Galin dalam program ganjaran ‘frequent flyer’ yang sering dilakukannya dan menarik balik semua 400,000 batu jarak perjalanan miliknya.

Facebook

Maka ramailah warganet membuat jenaka mengenai kisah Viktor, sekali gus telah membuatkan si comel Viktor terus menjadi popular. Ada yang memberi komen Aeroflot sepatutnya memaafkan Mikhail dan menawarkannya untuk menghantar kucing gemuk itu ke gimnasium dengan siap membayar yuran keahliannya.

Sementara Mikhail pula tidak membantah hukuman itu dengan berkata, “Undang-undang memang keras, tetapi bukankah itu namanya undang-undang.” 

Sambil menambah di masa hadapan yang dia akan ‘terbang dengan syarikat penerbangan yang lebih mudah dan sesuai buatnya dan Viktor’.

Kecewa pemaju masih berhutang RM24 juta, kontraktor nekad robohkan pangsapuri guna ‘excavator’

0

Susulan kecewa pemaju masih gagal menyelesaikan hutang bernilai RM24.6juta, seorang kontraktor bertindak berani dengan merobohkan bangunan sebuah pangsapuri.

Difahamkan bahawa kompleks pangsapuri mewah itu terletak di Blumberg, Jerman.

Lelaki berusia 47 tahun tersebut melakukan perobohan itu kerana berasa kesal proses pembayaran hutang oleh pemaju terbabit ditangguhkan secara tidak adil.

Menurut rakaman kejadian terbabit, kontraktor berkenaan dilihat menggunakan mesin penggali untuk merobohkan balkoni pangsapuri itu.

Lelaki itu walau bagaimanapun hanya menghentikan mesin penggalinya apabila hos hidraulik pada mesin terbabit rosak.

Selain balkoni, individu terbabit turut merosakkan beberapa garaj bangunan, yang menempatkan beberapa bekas gas disimpan, lapor akhbar Jerman Schwarzwälder Bote.

Daily Mail UK

Berikutan itu, pihak polis kemudiannya mengepung di sekitar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga kerana wujud kemungkinan kerosakan pada bekas gas.

Kontraktor terbabit sesudah itu berjaya melarikan diri namun kemudiannya difahamkan telah menyerahkan diri kepada pihak polis.

Laporan juga mengatakan tiada penghuni berada di dalam bangunan pangsapuri 30 unit itu menerusi perobohan berkenaan.

Difahamkan bahawa kerosakan yang disebabkan oleh ‘aktiviti’ kontraktor tersebut bernilai kira-kira RM2.4 juta.

Polis sahkan individu meninggal dunia tepi jalan positif COVID-19

0

Penghujung bulan lalu, tular akan video seorang lelaki yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Tanjong Sepat, Kuala Langat.

Video berdurasi 19 saat berkenaan tular di laman media sosial menunjukkan pasukan perubatan sedang melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor, kejadian itu dilaporkan orang awam kepada pihaknya pada jam 5 petang.

“Pihak polis kemudiannya telah menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian”.

Menurut Ahmad Ridzwan, lelaki itu berusia 53 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal dalam pada itu mendapati tiada unsur jenayah berkaitan dengan insiden berkenaan.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan mendapati bahawa lelaki itu positif COVID-19.

Tonton video di sini.

Bergema seluruh blok ‘apartment’ bersorak rai kemenangan beregu badminton negara menyumbang pingat Olimpik

0

Sukan tidak dinafikan menjadi jambatan pengerat perpaduan yang menyatukan negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketika beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sedang bertarung dalam perlawanan merebut pingat gangsa berharga menentang beregu Indonesia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, rakyat Malaysia menyaksikannya dengan penuh debaran secara langsung di depan kaca televisyen di dalam rumah masing-masing sambil memberi sokongan padu.

Paparan Skrin / YouTube

Sejurus Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menundukkan pasangan beregu nombor satu dunia dari Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14, sorakan penuh semangat rakyat Malaysia bergema di seluruh pelosok tanah air.

Buktinya menerusi satu video yang tular di media sosial menunjukkan sorakan spontan penuh semangat itu sebaik sahaja kemenangan meraih pingat gangsa Olimpik diumumkan. 

Facebook

Betapa bangganya suara rakyat jelata yang jelas terpapar dalam video ini dengan kemenangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana menghadiahkan sebutir pingat Olimpik buat Malaysia!

Facebook

Kelihatan di seluruh blok ‘apartment’ kedengaran dengan gema sorak meraikan kemenangan beregu badminton negara meraih pingat gangsa.

Kapsyen video yang tular kiriman pengguna Twitter @pjoe_, “Menangg!! Inilah jiran-jiran meraikan, ada semua bangsa. Syabas Malaysia…”

Facebook

Walaupun negara sedang bergelut dengan cabaran politik dan ekonomi ekoran pandemik COVID-19, tetapi sokongan dan semangat rakyat Malaysia tetap utuh untuk para atlet di Tokyo, kerana sukan jelas menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Tonton video di sini.

Pernah diselamatkan oleh seorang wanita, kucing ini bawa ikan koi setiap hari untuk membalas jasa

0

Tidak hanya manusia, haiwan juga punya perasaan dan mereka juga sering ingat akan perbuatan manusia terhadap mereka. Jika kita melakukan kebaikan kepada mereka, percayalah bahawa tidak mustahil untuk diingati oleh mereka.

Buktinya seperti yang dilakukan oleh kucing ini yang dikatakan mahu membalas budi kepada seorang wanita yang telah menyelamatkannya. Apa yang berlaku ialah, ketika dia sakit di tepi jalan seorang wanita telah menemuinya dan terus membawanya untuk mendapatkan rawatan. Tindakan wanita itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya.

Kebaikan wanita itu tidak terhenti di situ. Dia bahkan membawa pulang kucing tersebut ke rumahnya untuk dijaga sehingga kucing tersebut benar-benar sembuh.

Selepas kucing itu sembuh dia kembali ke tempat asalnya dan wanita itu juga tidak memaksanya untuk tinggal di situ. Namun, apa yang berlaku ialah pada keesokan harinya dia terkejut apabila melihat seekor ikan koi yang agak besar berada di hadapan pintu rumahnya.

Sejak itu dia mula menerima ikan koi di rumahnya. Dia sendiri bingung kerana tidak tahu siapa yang meletakkan ikan tersebut di hadapan rumahnya. Dia juga tidak pernah melihat sesiapa yang mencurigakan lalu di hadapan rumah.

Akhirnya, dia memutuskan untuk memperhatikan siapa yang meletakkan ikan koi di situ. Rupa-rupanya bukan orang yang meletakkannya di situ tetapi ikan tersebut telah diletakkan oleh kucing yang telah diselamatkannya.

Dia kemudian sedar bahawa ikan koi yang dibawa oleh kucing itu adalah sebagai tanda dia mahu membalas jasa kerana telah diselamatkan wanita itu. Wanita tersebut kemudian mula tertanya-tanya dari mana kucing itu mendapatkan ikan koi dan dia mula mengekori kucing tersebut.

Rupa-rupanya ikan koi telah ditangkap dari sebuah kolam awam. Selepas menangkap ikan kucing itu akan terus membawanya ke rumah wanita tersebut. Apabila mengetahui apa yang berlaku wanita tersebut mula tersentuh tetapi dalam masa yang sama dia bimbang kerana ikan yang ditangkap adalah ikan kolam yang dibela orang.

Wanita tersebut akhirnya membawa pulang kucing itu untuk dipelihara. Walaupun keluarganya tidak bersetuju dia tetap dengan keputusannya untuk memelihara dan menjaga kucing tersebut.

Teruja tunggu posmen untuk hantar surat, anjing bijak ini ambil surat guna mulut dan bawa masuk ke rumah

0

Diam tak diam sudah bertahun-tahun mereka berkawan dan saling mengenali. Persahabatan unik antara seorang posmen dan seekor anjing ini pasti akan buatkan ramai yang kagum.

Sebuah video yang dirakam oleh seorang posmen yang menunjukkan seekor anjing datang kepadanya dan mengambil surat daripadanya telah dimuat naik ke laman Facebook.

Di dalam video tersebut jelas menunjukkan anjing tersebut begitu jinak dan sia seolah-olah sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika posmen tersebut datang ke rumahnya. Melihat sahaja motosikal posmen yang diparkir di hadapan rumahnya terus membuatkan dia berjalan terus mendapatkan posmen tersebut.

Jadi, dia akan datang kepada posmen dan apabila mendengar posmen tersebut mengatakan “up” dia akan terus mengambil surat yang dihulurkan tersebut dengan menggunakan mulutnya.

Anjing tersebut terus kembali masuk semula ke rumahnya setelah mendapatkan surat daripada posmen. Posmen tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada anjing tersebut.

Kisah unik antara mereka telah menarik perhatian netizen di Facebook. Sehingga kini status dan video yang dimuat naik telah ditonton lebih daripada 700 ribu kali dan menerima 18,000 kali ‘like’ serta hampir 3,000 komen.

Tonton video di sini.

Nur Dhabitah teruskan misi buru pingat di peringkat akhir terjun di Olimpik Tokyo hari ini

0

KUALA LUMPUR: Hari ini negara bakal menyaksikan sebuah lagi sejarah apabila seorang lagi atlet negara bakal beraksi di pentas akhir Olimpik Tokyo 2020.

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas melengkapkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60 di Pusat Akuatik Tokyo.

Nur Dhabitah, 22, meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir sebentar tadi, sekali gus melayakkannya ke peringkat akhir nanti.

Olimpik kali ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam temasya Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun. Selain itu, beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.