Nama Ain Husniza bukan lagi asing dalam kalangan kita yang mengikuti berita tentangnya yang pernah menyuarakan isu tentang jenaka rogol yang dibuat oleh gurunya.
Dua hari lalu, gadis berusia 17 tahun itu memuat naik sebuah status di Twitter yang memberitahu bahawa dia telah menerima surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM1 juta atas dakwaan memfitnah.
“Saya tiba-tiba menerima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan’ fitnah. Dalam surat ini, saya diberi tempoh tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan ini.
Antara tuntutan tersebut adalah Ain diminta untuk membayar RM1 juta dalam ganti rugi. All I ask is semua doakan urusan saya dipermudahkan.” tulis Ain di laman Twitter miliknya.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah"
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
Menerusi surat itu, Ain menjelaskan bahawa dia hanya memiliki tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan tersebut termasuk juga bayaran RM1 juta sebagai ganti rugi.
Kenyataan Ain di Twitter kemudian menjadi tular dan menarik perhatian netizen serta turut menapat sokongan beberapa ahli parlimen termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, yang menasihatinya untuk mendapatkan peguam yang baik dan juga mencuba ‘crowdfunding’. Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, juga menunjukkan sokongan terhadap Ain Husniza dan memintanya untuk tidak berputus asa.
Tambahan lagi, bapa Ain, Saiful Nizam Abdul Wahab berkata menerusi satu status di Twitter ada memberitahu bahawa surat yang dihantar pada jam 2 petang 4 Ogos itu adalah untuk Ain, dirinya dan isteri.
Menurut Saiful Nizam mereka menerima surat daripada firma guaman Rasshidi Ema & Yung. Namun, atas nasihat peguam mereka tidak akan memerikan sebarang komen buat masa ini.
Kami menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung. Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini.
— Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace (@saifulnizam769) August 4, 2021
Menerusi temu ramah Saiful Nizam bersama Malay Mail, dia mempersoalkan notis saman berkenaan kerana Ain tidak pernah memberitahu secara khusus atau menyebut nama sekolahnya dalam mana-mana kenyataan sebelum ini.
“Surat itu dikeluarkan oleh guru atas dakwaan fitnah walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah,” ujarnya.
TOKYO – Gambar pemimpin pengasas Komunis China, Mao Zedong dilaporkan ‘muncul’ di Sukan Olimpik Tokyo, dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengatakan pada Selasa bahawa mereka “sedang meneliti masalah ini.”
Pin yang menunjukkan gambar Mao yang dipakai oleh dua pemenang pingat emas China pada upacara penyampaian pingat dan tindakan mereka mungkin telah melanggar Peraturan Piagam Olimpik 50 (Olympic Charter Rule 50) yang melarang pernyataan politik di podium di Sukan Tokyo termasuk di Sukan Musim Sejuk Beijing 2022 nanti.
Setelah memenangi pecut wanita dalam sukan lumba basikal pada hari Isnin, Bao Shanju dan Zhong Tianshi memakai pin lencana Mao. Pemimpin komunis yang mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949 tetap menjadi tokoh ikonik di China selama 45 tahun setelah kematiannya pada tahun 1976.
“Kami telah menghubungi Jawatankuasa Olimpik China, meminta mereka untuk membuat laporan mengenai situasi tersebut,” kata jurucakap IOC Mark Adams pada sidang akhbar harian di Sukan Tokyo.
Lencana yang menunjukkan profil Mao dipakai oleh ratusan juta orang pada tahun 1960-an untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada ketua Parti Komunis dan Revolusi Kebudayaan ultra-radikal yang dilancarkannya pada tahun 1966. Ketua parti China ketika ini, Xi Jinping, telah menggunakan imej Mao ketika dia cuba mempromosikan statusnya sendiri sebagai pemimpin China yang mencipta sejarah.
Pada acara 1 Julai, Xi muncul di Dataran Tiananmen di tengah Beijing dengan jaket kelabu yang serupa dengan yang dipakai oleh bekas pemimpin itu dalam potret. Pemimpin parti lain dalam acara yang sama pula hanya mengenakan pakaian biru.
TOKYO: Jepun dikatakan hanya akan memasukkan pesakit Covid-19 yang parah dan mereka yang berisiko ke hospital sementara yang lain hanya perlu mengasingkan diri di kediaman masing-masing. Hal ini kerana wujudnya kebimbangan mengenai sistem perubatan di samping berlakunya lonjakan jumlah kes di bandar Tokyo dan kawasan-kawasan lain.
Jepun menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes Covid-19, dan mencatatkan lebih dari 10,000 jangkitan baru setiap hari di seluruh negara. Tokyo pula mencatatkan rekod tertinggi iaitu sejumlah 4058 kes pada hari Sabtu.
Hospital Tokyo juga sudah berada dalam keadaan kritikal, kata Hironori Sagara, pengarah Hospital Universiti Showa, kepada Reuters.
“Ada yang ditolak untukm masuk ke hospital tetapi tetap berulang kali untuk masuk,” katanya dalam wawancara. “Di tengah kegembiraan di Olimpik, keadaan kakitangan perubatan sangat teruk.”
Ketua setiausaha kabinet, Katsunobu Kato, mengatakan bahawa hanya sedikit orang tua yang telah divaksin tetapi kebanyakan mereka juga turut dijangkiti.
Jangkitan pada orang muda juga meningkat dan orang berusia 40-an dan 50-an dengan gejala yang teruk telah meningkat.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga, yang mengumumkan perubahan pada hari Isnin, mengatakan pemerintah akan memastikan orang yang mengasingkan diri di rumah dapat dimasukkan ke hospital jika perlu.
Tetapi ada yang bimbang peralihan itu boleh menyebabkan lebih banyak kematian.
Jepun pada hari Isnin memperluas keadaan daruratnya kepada tiga wilayah di Tokyo dan wilayah barat Osaka. Keadaan darurat yang sebelum ini pernah dilakukan di Tokyo dan Okinawa kini akan berlangsung hingga 31 Ogos.
Sehingga kini hanya kurang daripada 30% populasi diberi vaksin sepenuhnya, termasuk tiga perempat dari mereka yang berumur 65 tahun ke atas.
Hampir 70% katil hospital untuk pesakit Covid-19 yang sakit parah sudah dipenuhi pada hari Ahad lalu.
Jika jangkitan terus meningkat, hospital harus mengehadkan operasi dan rawatan bukan Covid-19 yang lain.
Menurut garis panduan kementerian kesihatan, pesakit yang sakit parah didefinisikan sebagai pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) atau memerlukan alat bantuan pernafasan.
Akhbar Tokyo Shimbun melaporkan sebanyak 12,000 pesakit mengasingkan diri di rumah dan ia menrupakan peningkatan 12 kali ganda pada bulan lalu dan penganjur Olimpik mengatakan kenaikan kes tiada kaitan dengan sukan tersebut.
Walau bagaimanapun, pakar perubatan mengatakan bahawa mengadakan Sukan Olimpik menghantar mesej yang membingungkan mengenai perlunya duduk di rumah dan inilah yang menyumbang kepada peningkatan.
Dikatakan lebih daripada 80% orang yang berada di perkampungan Olimpik di Tokyo yang terdiri daripada atlet dan jurulatih telah divaksin, ujian adalah wajib dan pergerakannya juga dikurangkan.
Penganjur Olimpik mengumumkan bahawa terdapat 18 kes baru Covid-19 yang berkaitan dengan perlawanan, menjadikan jumlahnya menjadi 294 sejak 1 Julai lalu.
Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020, Jepun mengambil inisiatif dalam menampilkan satu penghormatan yang istimewa serta berlainan lagi unik buat seluruh negara peserta juga tidak terkecuali buat negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Jepun.
Mereka telah membuat kimono rekaan khas yang dikhususkan buat setiap negara di dunia melalui The Kimono Project, anjuran sebuah organisasi bukan keuntungan Jepun, Imagine One World. Dan apa yang menarik, kesemua kimono buatan tangan ini sungguh cantik.
Apa yang lebih membanggakan dan paling menonjol adalah kimono Malaysia, hasil rekaan oleh Takehana-Sensho, sementara obi kimono (selempang kimono) direka oleh Hattori Orimono Co., Ltd.
“Simbol kebangsaan, Menara Berkembar Petronas, dan jalur-jalur merah putih, bintang dan bulan yang dilukis pada bendera Malaysia dibawa dalam ukuran besar, dan bunga kebangsaan, bunga raya, dilukis oleh 40 pelajar dalam kelas ini. Batik tradisional yang berwarna-warni, dan dalam beberapa tahun terakhir, Malaysia berkembang pesat, telah direka cipta dengan jiwa muda,” kongsi Takehana-Sensho.
“Dengan memfokus kepada budaya Peranakan, corak chintz ditenun dengan tangan menggunakan dedaun emas asli,” tambah Hattori Orimono Co., Ltd, mengenai obi.
Menurut laporan The National, organisasi ini memerlukan masa enam tahun untuk menyelesaikan kesemua 213 kimono, kerana ia turut termasuk negara selain 205 negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sebuah kimono yang dibuat untuk Korea Utara, sebelum mereka menarik diri dalam Olimpik Tokyo, dan kimono dibuat untuk negara yang membentuk Great Britain. Juga termasuk kimono untuk negara Niue dan Vatican City, bahkan menerima permintaan khas untuk kimono French Polinesia.
“Melalui kreativiti, kami telah menemui banyak pemandangan yang cantik, budaya dan kebanggaan yang indah dari setiap negara. Semasa kami belajar dengan baik mengenai sebuah negara, kami dapati bahawa ikatan kami dengan negara itu secara semula jadi telah dapat ditingkatkan,” kata jurucakap Kimono Project.
“Kami sentiasa mempercayai bahawa kimono adalah cara terbaik untuk menyatakan rasa hormat kami kepada setiap negara kerana ia direka dengan harapan kebahagiaan dan kemakmuran kepada mereka yang memakainya,” tambahnya.
“Kami berharap dunia akan mengiktiraf projek kami kerana walau betapa berbezanya agama, keadaan ekonomi atau politik, kecantikan dan keanggunan itu adalah kebahagiaan yang dapat kita rasai dan berkongsi bersama-sama. Dari sudut pandangan ini, kita dapat berganding bahu bersama setiap negara untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan,” kongsinya di Imagine One World Kimono Project.
Telah dibuktikan, risiko warga emas yang dijangkiti virus COVID-19 berada dalam tahap yang sangat berbahaya. Sekiranya mereka yang berusia lebih seratus tahun dijangkiti penyakit ini, keadaannya menjadi lebih kritikal dan membimbangkan.
Namun, pada awal tahun ini, dua warga emas wanita yang merupakan kalangan tertua di dunia setelah disahkan dengan jangkitan positif COVID-19, dengan tenang berjaya menangkis virus tersebut. Kisah keajaiban ini telah menarik perhatian media dari seluruh dunia. Soalan yang semua ingin tahu: Bagaimana mereka berjaya melawan virus COVID-19 setelah didapati positif?
Ikuti kisah mereka.
Seorang biarawati berusia 117 tahun yang tidak pernah takut dengan virus
Sister Andre dilahirkan pada 11 Februari, 1904, warga emas tertua di Eropah terselamat dan pulih selepas dijangkiti virus COVID-19 (Gambar oleh GERARD JULIEN/AFP/ Getty Images)
Sister Andre, yang tinggal di rumah jagaan orang tua di Perancis, adalah warga emas tertua di Eropah dan kedua tertua di dunia yang masih hidup pada hari ini. Biarawati ini buta dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Pada bulan Januari 2021, jangkitan besar-besaran berlaku di dalam rumah jagaan itu, dan Sister Andre juga disahkan positif. Selama dalam kuarantin, walaupun rahib itu berasa amat letih dan tidur lebih lama daripada kebiasaan, beliau sentiasa berdoa, dan tidak pernah menunjukkan gejala penyakit yang serius.
Apa yang menarik ketika Sister Andre yang sudah biasa banyak bercakap, asyik bertanya beberapa kali bila masanya beliau dapat melihat orang dan mengapa mereka tidak dapat melihatnya ketika dalam tempoh kuarantin itu. Tanyanya, mengapa dirinya berasa baik-baik saja, dan mengapa pula semua orang memperkatakan tentang virus COVID-19 setiap hari.
Jurucakap rumah jagaan David Tavella berkata Sister Andre sentiasa memberitahunya yang beliau tidak takut dengan virus atau kematian, tetapi bimbang dirinya yang positif akan menjangkiti orang lain. Sister Andre turut memberitahu berulang kali yang beliau ingin memberikan vaksinnya kepada mereka yang lebih memerlukan.
Setelah beberapa minggu berada dalam kuarantin, Sister Andre pulih seperti sedia kala dengan baik sekali, penuh keajaiban. Ketika masa di mana 80 orang warga emas telah disahkan positif jangkitan di rumah jagaan, dengan 11 orang daripadanya telah meninggal dunia.
Bercakap mengenai keajaiban kesihatan dan umur panjang biarawati ini, David Tavella berkata, “Sekiranya beliau mempunyai rahsia, ialah beliau yakin bahawa apabila hidupnya ditakdirkan berakhir, beliau akan menemui Pencipta. Kepercayaan yang kuat di dalam hatinya inilah yang membuatnya terus bertahan.”
‘Wanita Besi’ di rumah jagaan di Amerika Syarikat berusia 105 berjaya menangkis COVID-19 melalui doa
Lucia DeClerck adalah penghuni tertua di sebuah rumah jagaan di New Jersey, Amerika Syarikat. Lucia didiagnos positif COVID-19 pada hari ulang tahunnya yang ke-105, tetapi hampir tidak mempunyai gejala. Selepas dua minggu menjalani kuarantin, warga emas ini selamat, dengan 4 kes lain yang disahkan positif di hospital telah meninggal dunia.
Pada awal jangkitan, keluarga DeClerck telah bersiap sedia menghadapi yang terburuk. Anak bongsunya berkata semua orang sangat bimbang, “tetapi tidak menyangka ibu begitu tabah dan cekal, dengan terus menggenggam tasbih bersamanya.” Lucia DeClerck adalah seorang penganut Katolik yang taat. Di rumah jagaan, beliau memegang manik tasbih dan memimpin semua orang untuk berdoa. Sebelum pandemik, Lucia tidak pernah gagal menghadiri perhimpunan mingguan gereja.
Seseorang bertanya bagaimana beliau boleh berusia panjang sehingga 105 tahun, dan Lucia pantas menjawab, “Berdoa, berdoa, berdoa.. Lakukan sesuatu langkah demi langkah, dan jangan makan makanan ringan.”
Bercakap mengenai peribadi DeClerck, anak lelaki sulungnya berkata, “Ibu sentiasa terbuka untuk memperkatakan segala perkara dalam hidupnya. Dia selalu melakukan apa yang dia mahukan tanpa keraguan. Saya rasa ia sangat baik untuk umur panjangnya. Amat membantu.” Sementara menantunya berkata Lucia DeClerck adalah ibu mentua yang penyayang dan sangat lemah lembut.
Setelah kembali dari perjalanan berliku, keluarga DeClerck membantunya mendapatkan nama panggilan baru: “Wanita Besi berusia 105 tahun yang berjaya menangkis pandemik COVID-19 dan Spanish Flu.”
Kajian: “Sikap terhadap kehidupan” mempengaruhi imuniti anda.
Kedua-dua nenek yang lanjut usia ini jelas mempunyai persamaan. Mereka berdua percaya kepada agama dan penuh keyakinan dalam kehidupan. Mungkin ini adalah faktor penting bagi mereka dapat bertahan ketika berdepan dengan bahaya.
Individu yang mempunyai kepercayaan dan pendirian yang tegas biasanya mempunyai pandangan hidup dengan tujuan yang jelas, serta sering bersikap baik kepada orang lain. Kajian mendapati individu yang mempunyai nilai positif seperti itu sering mempunyai sistem kekebalan atau imuniti tubuh yang agak baik terhadap virus.
Sister Andre, sentiasa berdoa dan pulih sepenuhnya setelah disahkan positif COVID-19 pada Januari 2021. (Gambar oleh NICOLAS TUCAT/AFP /Getty Images)
Individu berasa ‘sempurna’ memiliki imuniti yang lebih tinggi daripada individu ‘hedonik’
Ramai orang menyedari bahawa emosi negatif seperti kemarahan, kesedihan, dan ketakutan amat berbahaya dan mempengaruhi kesihatan. Adakah benar bahawa sepanjang anda mengejar kebahagiaan, itu akan menjadi langkah terbaik buat kesihatan? Tidak semestinya. Para saintis yang melakukan kajian dan penyelidikan mendalam mendapati bentuk ‘kebahagiaan’ yang berlainan juga mempunyai kesan berbeza-beza terhadap sistem imuniti manusia.
Para penyelidik Barat membahagikan mentaliti manusia dalam mengejar kebahagiaan kepada dua jenis yang utama iaitu ‘hedonic’, yang menekankan kesenangan serta keseronokan demi menghindari rasa sakit dan memuaskan keinginan seseorang, dan ‘eudaimonic’, yang memberi penekanan lebih tinggi di alam kehidupan, pengejaran makna kehidupan yang lebih hakiki.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS) pada tahun 2013 mendapati individu dengan rasa sempurna mempunyai ekspresi sel gen imun yang sangat sihat, kurang keradangan dalam badan, serta keupayaan kepada antiviral dan produktiviti antibodi lebih kuat. Kalangan hedonik adalah sebaliknya. Mereka lebih cenderung mendapat keradangan dan mempunyai keupayaan antiviral dan produktiviti antibodi yang lebih lemah.
Dalam erti kata lain, individu yang berasa sempurna mempunyai kemampuan keseluruhan yang kuat untuk melawan virus dan lebih cenderung menghasilkan antibodi pelindung setelah divaksinasi.
Individu yang ‘menghargai nilai kehidupan’ memiliki sel pembunuh semula jadi yang lebih kuat.
Hasil penyelidikan pakar seperti ahli psikologi Julienne E. Bower dari Universiti California, Los Angeles mendapati semakin ramai wanita yang menghargai hubungan interpersonal, pertumbuhan peribadi, dan mencari makna kehidupan yang sebenar, maka semakin kuat aktiviti sel pembunuh semula jadi di dalam tubuh badan mereka.
Sel pembunuh semula jadi adalah sel kekebalan penting dalam tubuh manusia, yang dapat membunuh sel yang dijangkiti virus dan sel barah. Oleh itu, ketika semakin ramai orang mulai menghargai nilai kehidupan, maka semakin kuat kemampuannya untuk melawan jangkitan virus dan penyakit.
Pakar berkata bagi seseorang yang menghargai nilai kehidupan, kemampuan sistem saraf autonomik atau sistem neuroendokrin untuk menyesuaikan diri dengan tekanan dapat ditingkatkan, sehingga sistem kekebalan tubuh yang berkaitan juga akan menjadi lebih kuat.
Ini dapat dilihat melalui sikap atau nilai kita kepada kehidupan yang mungkin bukan hanya masalah konsep, tetapi juga akan mempengaruhi gen dan sel, dan mempengaruhi imuniti seseorang.
Health 1+1 / The Epoch Times
Pakar Virologi: Imuniti manusia lebih kuat daripada vaksin, mentaliti itu adalah kuncinya.
Semasa pandemik, ramai orang menaruh harapan kepada vaksin, tetapi mengabaikan untuk menanam nilai untuk mendapat imuniti mereka sendiri. Pakar virologi dan penyakit berjangkit dan ketua saintis syarikat bioteknologi Eropah, Dr Dong Yuhong menekankan bahawa, sebenarnya, sistem imun manusia adalah lebih kritikal daripada vaksin.
Vaksin melawan virus bergantung kepada bahagian sistem imun tubuh badan sendiri, dan vaksin boleh luput, dan antibodi yang dihasilkannya mempunyai had masa, sementara sistem imun tubuh manusia adalah sistem yang fleksibel dan dinamik dengan kemampuan anti-virus yang tidak akan berakhir. Apabila fungsi imun cukup baik, walaupun virus bermutasi, sistem tubuh masih dapat membunuhnya.
“Ketika pandemik COVID-19, ramai orang muda meninggal dunia secara mengejut setelah dijangkiti. Dalam beberapa kes nampaknya mereka bebas dan tidak mendapat penyakit lain, tetapi sebenarnya sistem imun tubuh mereka sendiri sudah mempunyai masalah, tetapi tidak muncul. Dengan jangkitan virus COVID-19, ia hanya menimbulkan bahaya tersembunyi di dalam badan,” jelas Dr. Dong Yuhong.
Oleh itu, menambah baik peningkatan imuniti adalah ‘kunci utama’. Dr. Dong Yuhong berkata selain diet seimbang, tidur yang teratur, serta senaman yang sederhana, menjaga mental dengan sifat ikhlas, bertoleransi dan baik hati dapat membantu kita memperkuat dan menyatukan sistem imun. Ini akan menjadi penghalang mendapat jangkitan penyakit lebih serius.
Dua orang warga emas tertua berjaya mengalahkan jangkitan COVID-19 itu memiliki mental yang baik, mengutamakan kebahagiaan, dan berfikiran terbuka. Orang-orang seperti ini amat jarang untuk jatuh sakit.
Ahli imunologi di Kolej Perubatan Baylor di Amerika Syarikat telah mengkaji sistem imuniti para pengamal Falun Gong yang mempercayai prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’ dan membandingkan neutrofil mereka dengan individu biasa. Hasil penyelidikan mereka telah diterbitkan dalam ‘Replacement Journal of Complementary Medicine’.
Mereka mendapati aktiviti rangkaian gen yang berkaitan dengan imuniti dalam neutrofil para pengamal Falun Gong, termasuk interferon-γ, jauh lebih tinggi daripada yang biasa. Interferon adalah bahan penting bagi tubuh badan manusia untuk melawan virus dan penyakit.
Penemuan penting lain adalah sel-sel imun orang-orang ini mempunyai ‘mekanisme peraturan dua arah’ yang unik. Dalam keadaan normal (tanpa keradangan), neutrofil mereka mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada orang biasa, dan daya ketahanan mereka juga lebih kuat, jadi mereka lebih kondusif untuk melindungi tubuh, tetapi dalam keadaan melalui keradangan, setelah neutrofil melenyapkan patogen, mereka akan melalui apoptosis dengan lebih cepat, lalu membantu menyembuhkan keradangan dengan cepat dan mengelakkan berlakunya ‘cytokine storm’ atau tindak balas imun yang berlebihan.
Mengapa keadaan fikiran atau kepercayaan diri itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap sel-sel imun kita?
Dr Dong Yuhong menjelaskan ini kerana struktur tubuh manusia bukan hanya sekadar struktur molekul, kerana selain molekul, terdapatnya atom dan elektron, juga selain tubuh fizikal, terdapat banyak perkara mikroskopik, seperti tingkat kerohanian.
“Penyakit bukan hanya disebabkan oleh struktur molekul yang mudah dan biasa, tetapi juga disebabkan oleh banyak faktor. Pemikiran kita tidak semestinya dihadkan oleh ubat-ubatan atau molekul,” kata Dr Dong Yuhong.
Oleh itu penting untuk kita dalam mempertingkatkan pegangan dan kepercayaan kepada diri sendiri demi kehidupan yang lebih sihat.
Seorang pemuda nekad berenang merentasi Selat Pulau Pinang dari jeti Tanjung City Marina, George Town, dengan alasan mahu ke Tanah Suci Mekah.
Ini merupakan kali kedua individu itu melakukan perkara yang sama. Bulan lalu, tular kisah lelaki ini yang berenang dari lokasi sama menuju ke Seberang Perai dengan niat ingin bertemu rakan.
Perbuatannya itu walau bagaimanapun tular di media sosial apabila pemuda berusia 28 tahun terbabit diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin Pulau Pinang.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, lelaki itu ditemui terapung di tengah laut oleh orang awam sekitar jam 4:55 petang.
Susulan kejadian itu, pihak polis membawanya ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mentalnya.
Ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif dan kini lelaki itu ditempatkan di wad Psikiatrik Jalan Perak, George Town untuk rawatan lanjut.
Keprihatinan merupakan sifat dan cerminan terhadap minda serta pemikiran yang dimiliki masyarakat di sesebuah negara.
Betapa beruntungnya kita hidup di Malaysia, di mana rata-rata masyarakat kita masih prihatin antara satu sama lain dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.
Berdasarkan video yang dikongsikan, kita dapat lihat tiada seorang pun yang mahu membantu individu yang jatuh di tangga, terbaring di atas lantai dan sebagainya.
CHINA – Jutaan penduduk di China kembali berdepan dengan situasi ‘lockdown‘ pada Isnin lalu (02/08/2021) selepas diserang dengan penularan varian Delta ke lebih 20 bandar dan 12 wilayah.
Difahamkan sebanyak 55 kes jangkitan tempatan telah dilaporkan berlaku berikutan peningkatan kes domestik dan asimptomatik. Justeru, pemerintah tempatan di bandar utama seperti Beijing telah melaksanakan peningkatan ujian saringan selain mengenakan kuarantin ke atas kontak rapat individu yang sah positif virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19.
Sementara itu, jurucakap pemerintah tempatan di Zhuzhou, wilayah Hunan mengarahkan lebih 1.2 juta penduduknya untuk kekal berada di rumah ketika situasi semakin genting ini. Pada masa yang sama, seramai 1.5 juta penduduk Zhangjiajie telah dikenakan pelaksanaan perintah berkurung atau lockdown bermula Jumaat ekoran penularan wabak yang berpunca daripada kluster sebuah teater.
Di samping itu di Beijing, terdapat kluster yang melibatkan seramai sembilan tukang cuci di sebuah lapangan terbang antarabangsa di mana berlakunya penularan wabak sehingga mencatatkan lebih 360 kes jangkitan domestik sejak dua minggu yang lalu. Terdahulu, Beijing telah berjaya merekodkan sifar kes jangkitan tempatan.
Sehingga kini, antara jangkitan baharu yang dilaporkan adalah berlaku di beberapa destinasi pelancongan terkenal seperti Hainan, Ningxia, Shandong dan juga wilayah Henan. Lebih membimbangkan adalah kebanyakan kluster baharu yang wujud melibatkan individu yang telah divaksin.
“Perlindungan vaksin COVID-19 terhadap varian Delta mungkin menurun. Tetapi, vaksin sedia ada mempunyai kesan perlindungan dan pencegahan yang baik terhadap virus bermutasi itu,” jelas Dr Feng Zijian yang merupakan ahli virologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.
Bandar Yangzhou yang terletak di wilayah Jiangsu pula kini dikatakan sedang dalam keadaan yang sukar. Menurut laporan, sebanyak 54 kes tempatan dan dua kes jangkitan asimptomatik telah dilaporkan setakat 3 Ogos 2021. Berdasarkan temubual bersama seorang penduduk tempatan, pelaksanaan perintah berkurung di Yangzhou pada kali ini adalah jauh lebih serius berbanding tahun lalu.
Malah, arahan perintah berkurung ini dilaksanakan tanpa sebarang notis awal sekali gus mencetuskan masalah kekurangan bekalan makanan dalam kalangan penduduk.
“Saya balik kerja pukul 10 malam pada 29 Julai dan melihat ada beberapa individu berada di kawasan pagar rumah. Mereka langsung tidak memaklumkan bahawa akan ada perintah berkurung. Penduduk tidak dibenarkan keluar. Beras pun sudah habis kerana tak sempat untuk membuat persiapan,” kata Encik Liu.
Tambahan pula, langkah drastik ini menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang terutamanya bahan keperluan harian seperti beras, mi, minyak, telur dan sayur-sayuran.
*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.
Kerajaan negeri Selangor mengumumkan bahawa penduduk Selangor yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin untuk mendapatkannya secara ‘walk-in’ bermula 2 Ogos.
Menteri Besar, Datul Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memudahkan proses vaksinasi selain janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dan SeLangkah.
“Program vaksinasi berkenaan akan berkuat kuasa pada 2 Ogos ini dan tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN berkaitan”.
Difahamkan bahawa pelaksanaan vaksinasi secara ‘walk-in’ berkenaan berlangsung sehingga 2 September akan datang melibatkan 12 pusat pemberian vaksin (PPV).
“Kerajaan negeri yakin akan kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Vaksin Selangor (SelVax) dapat mencapai imuniti kelompok dalam tempoh kurang sebulan, berdasarkan kapasiti sedia ada”.