31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGaya HidupMcDonald's dikecam setelah tular gambar burger Filet-O-Fish dengan separuh keju, tetapi hakikatnya...

McDonald’s dikecam setelah tular gambar burger Filet-O-Fish dengan separuh keju, tetapi hakikatnya pasti membuatkan anda tergamam!

Keju adalah sejenis makanan yang digemari ramai. Ada juga segelintir penggemar keju sanggup membayar lebih untuk mendapatkan kepingan atau limpahan keju tambahan dalam hidangan mereka. Jadi, apa pandangan anda sekiranya anda membeli burger ikan Filet-O-Fish di McDonald’s (McD) dan mendapati pekerjanya meletakkan hanya separuh kepingan keju pada hidangan tersebut?

Sumber: Mashed

Baru-baru ini di Facebook, seorang penggunanya telah memuat naik entri seolah-olah ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap McDonald’s Malaysia akan isu tersebut.

“Hari ini kali pertama saya memesan Filet-O-Fish setelah sekian lama. Jadi, sejak bila kejunya dipotong kepada separuh sahaja?”

Bukan sahaja di Malaysia, beberapa tahun lalu seorang pelakon Amerika turut menyuarakan pendapatnya apabila mendapati burger ikan yang dinikmatinya itu hanya mempunyai separuh kepingan keju.

“@McDonalds, adakah anda sedang cuba berjimat dengan meletakkan separuh keju pada burger Filet-O-Fish?”

Sumber: Noodou

Tetapi hakikatnya, burger ini sememangnya diciptakan untuk mengandungi hanya separuh kepingan keju bagi mengekalkan kesegaran rasa isi ikan. Menurut QSR Magazine, sejak burger ini dijadikan sebagai menu tetap McD pada tahun 1962, tidak banyak perubahan yang dilakukan. Pihak McD masih mengekalkan resipi yang menggunakan roti kukus, sos tartar, separuh kepingan keju dan juga sekeping isi ikan.

Satu-satunya perubahan yang dilakukan adalah pada rasa isi filet ikan berkenaan memandangkan McD sentiasa cuba untuk menghasilkan filet ikan dengan menggunakan pelbagai jenis ikan yang berbeza.

Sebagai bukti, Julie Caturano yang merupakan wakil jurucakap McD turut mengesahkan perkara berkenaan dalam satu temubual bersama Journal Star.

Sumber: McDonald’s Malaysia

“Ianya memang begini sejak awal lagi. Jika anda memikirkan tentang burger keju, ia perlu betul-betul berkeju. Tetapi dengan isi ikan, separuh sahaja sudah memadai”.

Katanya lagi, keju mempunyai rasa yang kuat dan sekiranya diletakkan terlalu banyak, ia akan membuatkan rasa ikan itu tenggelam.

McD Kanada turut menegaskan perkara ini dengan mengatakan bahawa, “Meletakkan keju di atas ikan adalah satu tindakan yang berani. Dalam masakan Itali, keju tidak dibenarkan untuk diletakkan pada ikan atau makanan laut. Tetapi adakalanya kita perlu mengambil risiko dan berharap pelanggan menyukainya”.

Sumber: McDonald’s Malaysia

Jadi, jangan salah faham lagi. Hanya separuh keju diletakkan demi menjaga kualiti dan rasa makanan, bukannya untuk berjimat. Kalau nak juga sekeping keju, belilah Double Filet-O-Fish.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI