31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaChina kembali 'lockdown' setelah diserang varian Delta

China kembali ‘lockdown’ setelah diserang varian Delta

CHINA – Jutaan penduduk di China kembali berdepan dengan situasi ‘lockdown‘ pada Isnin lalu (02/08/2021) selepas diserang dengan penularan varian Delta ke lebih 20 bandar dan 12 wilayah.

Difahamkan sebanyak 55 kes jangkitan tempatan telah dilaporkan berlaku berikutan peningkatan kes domestik dan asimptomatik. Justeru, pemerintah tempatan di bandar utama seperti Beijing telah melaksanakan peningkatan ujian saringan selain mengenakan kuarantin ke atas kontak rapat individu yang sah positif virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19.

Sumber: Gulf News

Sementara itu, jurucakap pemerintah tempatan di Zhuzhou, wilayah Hunan mengarahkan lebih 1.2 juta penduduknya untuk kekal berada di rumah ketika situasi semakin genting ini. Pada masa yang sama, seramai 1.5 juta penduduk Zhangjiajie telah dikenakan pelaksanaan perintah berkurung atau lockdown bermula Jumaat ekoran penularan wabak yang berpunca daripada kluster sebuah teater.

Di samping itu di Beijing, terdapat kluster yang melibatkan seramai sembilan tukang cuci di sebuah lapangan terbang antarabangsa di mana berlakunya penularan wabak sehingga mencatatkan lebih 360 kes jangkitan domestik sejak dua minggu yang lalu. Terdahulu, Beijing telah berjaya merekodkan sifar kes jangkitan tempatan.

Sumber: BBC

Sehingga kini, antara jangkitan baharu yang dilaporkan adalah berlaku di beberapa destinasi pelancongan terkenal seperti Hainan, Ningxia, Shandong dan juga wilayah Henan. Lebih membimbangkan adalah kebanyakan kluster baharu yang wujud melibatkan individu yang telah divaksin.

“Perlindungan vaksin COVID-19 terhadap varian Delta mungkin menurun. Tetapi, vaksin sedia ada mempunyai kesan perlindungan dan pencegahan yang baik terhadap virus bermutasi itu,” jelas Dr Feng Zijian yang merupakan ahli virologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

Sumber: AFP

Bandar Yangzhou yang terletak di wilayah Jiangsu pula kini dikatakan sedang dalam keadaan yang sukar. Menurut laporan, sebanyak 54 kes tempatan dan dua kes jangkitan asimptomatik telah dilaporkan setakat 3 Ogos 2021. Berdasarkan temubual bersama seorang penduduk tempatan, pelaksanaan perintah berkurung di Yangzhou pada kali ini adalah jauh lebih serius berbanding tahun lalu.

Malah, arahan perintah berkurung ini dilaksanakan tanpa sebarang notis awal sekali gus mencetuskan masalah kekurangan bekalan makanan dalam kalangan penduduk.

Sumber: AFP

“Saya balik kerja pukul 10 malam pada 29 Julai dan melihat ada beberapa individu berada di kawasan pagar rumah. Mereka langsung tidak memaklumkan bahawa akan ada perintah berkurung. Penduduk tidak dibenarkan keluar. Beras pun sudah habis kerana tak sempat untuk membuat persiapan,” kata Encik Liu.

Tambahan pula, langkah drastik ini menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang terutamanya bahan keperluan harian seperti beras, mi, minyak, telur dan sayur-sayuran.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI