25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 292

Kehadiran lipas berjaya curi 5 saat waktu siaran TV ketika berlangsungnya perlawanan hoki di Olimpik Tokyo

0

Setiap kali berlangsungnya acara sukan semestinya banyak kejadian-kejadian unik dan pelik yang berlaku sehingga boleh menarik perhatian ramai. Kali ini di temasya Olimpik Tokyo 2020 berlaku juga kejadian lucu yang telah membuatkan ramai yang terhibur.

Menurut laporan Sin Chew Daily, ketika berlangusungnya perlawanan hoki wanita di peringkat kelayakan kumpulan, pengarah penyiaran di sana telah mengalihkan fokus kamera dari tengah gelanggang ke arah seekor lipas yang sedang berjalan laju.

Perlawanan antara Argentina dan Sepanyol ketika itu sangat sengit sehingga kedua-duanya gagal menjaringkan sebarang gol untuk negara masing-masing. Ketika masa permainan sudah berada pada 5 minit terakhir, aksi permainan dihentikan seketika oleh pengadil kerana berlakunya perebutan di tengah gelanggang.

Ketika itulah pengarah penyiaran mengambil kesempatan untuk menukar fokus kamera ke arah seekor lipas yang sedang berjalan. Ternyata lima saat yang diberikan kepada lipas itu telah menarik perhatian ramai orang

Perlawanan tersebut dikatakan telah diadakan di Oi Wharf Central Seaside Park Sports yang merupakan tempat yang terbuka sehingga ramai yang mengatakan terdapat banyak nyamuk di sana. Jadi, tidak mustahil lah terdapat banyak serangga seperti lipas yang ditemui di kawasan pertandingan.

Rakyat China percaya kerajaan sembunyi jumlah kematian sebenar dalam bencana banjir terowong Jingguang

0

ZHENGZHOU – Seramai lima lelaki dan seorang wanita dilaporkan terkorban dalam nahas banjir di Terowong Jingguang pada 26 Julai lalu di samping banyak kenderaan yang terperangkap dalam terowong sepanjang 2km itu.

Bagaimanapun, orang ramai bukan sahaja rakyat China tetapi seluruh dunia meragui jumlah kematian yang dilaporkan oleh media China itu. Hal ini berikutan penularan video memaparkan ratusan kenderaan yang terperangkap di dalam terowong itu telah berjaya dikeluarkan namun tiada seorang pun mayat manusia yang ditemui.

Pelbagai andaian telah dibuat dan ada yang berpendapat jumlah sebenar kematian adalah jauh lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan di media. Video berdurasi 2 minit 7 saat yang tular di laman Twitter itu memaparkan ratusan buah kenderaan yang diselaputi dengan lumpur telah diparkirkan di sebuah kawasan yang luas.

“Kesemua kenderaan yang dibawa keluar pasti tidak mempunyai tuan kerana tiada siapa yang datang membuat tuntutan. Ini bukan lagi satu perkara yang main-main memandangkan pemilik kereta tidak berjaya ditemui”.

“Satu keluarga terbunuh dalam kemalangan ini. Pasti ada rahsia yang perlu disimpan. Segala fakta dan kebenaran akan terus menjadi perkara misteri”.

“Kita tahu mereka (Parti Komunis China) bohong. Mereka juga tahu mereka berbohong. Mereka tahu bahawa kita tahu mereka bohong. Tetapi mereka tetap berbohong”.

Lebih mencurigakan lagi, orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan berkenaan dan ianya turut dikawal ketat oleh pihak tentera China. Malah, kerajaan turut melarang penggunaan kamera kawalan udara di kawasan tersebut sekali gus membuatkan semakin ramai yang mengesyaki ada perkara yang sedang disembunyikan.

Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 minta atlet berhenti gigit pingat

0

Rutin menggigit pingat setiap kali memenangi acara sukan sudah menjadi suatu kebiasaan mahupun trend dalam kalangan atlet setiap kali ingin bergambar. Majoriti percaya tabiat menggigit pingat ini adalah bagi memastikan bahawa pingat tersebut diperbuat daripada bahan logam asli dan bukannya tiruan.

Bagaimanapun baru-baru ini, pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mengingatkan para atlet untuk tidak menggigit pingat yang dimenangi memandangkan pingat untuk temasya sukan berkenaan diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula!

Menerusi ciapan di laman Twitter pada 26 Julai lalu, jawatankuasa penganjur telah menegaskan bahawa pingat berkenaan tidak boleh digigit.

“Kami secara rasmi ingin mengesahkan bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit. Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun. Jadi, usah menggigitnya… tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya”.

“Kira-kira 78,985 tan peranti atau 6.21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat. Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kg emas, 3,500 kg perak dan 2,200 kg gangsa. Jumlah ini berjaya menghasilkan sebanyak 5,000 pingat”.

Selain pingat, pihak penganjur turut mengambil inisiatif untuk mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan rangka katil daripada bahan kitar semula.

Sementara itu, Forbes melaporkan bahawa kali terakhir temasya Sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen adalah pada tahun 2012 dalam saiz yang kecil. Di Sukan Olimpik Rio 2016 pula, setiap pingat emas dikatakan mengandungi sebanyak 6 gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan pingat tersebut.

Kucing comel masuk kereta api dalam perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth buat warganet bimbang

0

Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), antara arahan yang harus dipatuhi oleh rakyat adalah larangan merentas negeri kecuali atas urusan penting. Seandainya perlu merentas negeri sekali pun, kita hendaklah meminta kebenaran bersurat di balai polis berdekatan.

Namun lain pula cerita si Oyen ini yang tular kerana dikatakan telah menaiki kereta api dari Alor Setar, Kedah yang sedang membuat perjalanan ke Butterworth, Pulau Pinang.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter @meinmokhtar, kucing ini dipercayai tanpa sengaja telah menaiki pengangkutan awam berkenaan sekitar jam 6.59 pagi dan bakal ‘berhijrah’ ke negeri yang lain. Gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata bimbang akan keselamatan kucing itu setelah tiba di Pulau Pinang nanti.

“Kesian tengok muka dia macam tengah sesat. Sesiapa tolong pelihara kucing ini”.

“Nampak kelakar tapi hakikatnya mesti dia sedih terputus hubungan dengan keluarga”.

“Macam mana kalau kucing ini ada anak? Mesti anak-anaknya lapar. Macam mana kalau kucing ini ada tuan? Mesti dia menangis kucingnya hilang”.

Menerusi gambar itu, kucing yang comel ini kelihatan keliru dan seolah-olah sedang termenung jauh mengenangkan kesilapannya itu. @meinmokhtar turut memetik akaun KTM dan meminta pihak berwajib untuk memastikan haiwan comel ini dapat kembali ke tempat asalnya.

Olimpik Tokyo 2020: Beregu lelaki badminton negara raih pingat gangsa pertama buat Malaysia

0

Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza pada 31 Julai.

Lintao Zhang/Getty Images

Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan dari Indonesia itu dengan kejayaan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.

Twitter

Ini adalah kejayaan kali kedua gandingan negara mengalahkan beregu lelaki nombor satu dunia itu dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 selepas pertemuan di peringkat suku akhir pada 29 Julai lalu.

Twitter

Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal mara ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu dari China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir 30 Julai.

Nasi lemak jualan wanita Malaysia di Belanda digilai penduduk Amsterdam

0

Berkahwin dengan lelaki Belanda akhirnya membawa penghijrahan Solehan-Manger ke luar negara. Wanita kelahiran Pulau Pinang itu dikatakan menetap di Malaysia sebelum berpindah ke Belanda mengikuti suaminya.

Dia mula memasak masakan Malaysia yang popular sebagai hobi bersama rakan-rakannya dan nasi lemak adalah salah satu hidangan Malaysia yang sering menjadi permintaan rakan-rakan dan saudara-maranya di sana.

Pada tahun 2017, dia memulakan perniagaan dalam talian dengan nama Nasi Lemak Amsterdam. Selain nasi lemak, dia juga menjual makanan Malaysia lain seperti laksa dan kuih-muih tradisional.

Tidak lama selepas itu, makanannya mula menarik perhatian penduduk tempatan.

Hidangan Malaysia yang dijual oleh Solehan adalah berharga antara 8 € (RM40) hingga 10 € (RM50). Harga yang diletakkan mungkin agak tinggi kerana di Eropah agak sukar untuk mendapatkan bahan masakan asli dari Malaysia. Pelanggan bahkan memahami keadaan tersebut.

Walaupun harga makanannya agak tinggi, dia sentiasa memastikan bahawa kualiti makanan adalah sesuai dengan harga yang diletakkan.

Pesanan terhadap makanannya telah meningkat sejak pandemik Covid-19 bermula. Oleh kerana rakyat Malaysia yang tinggal di luar negera tidak dapat pulang ke Malaysia jadi dia menerima banyak pesanan dari orang-orang Malaysia yang tinggal di situ. Tidak hanya itu, dia juga menerima banyak pesanan dari penduduk tempatan yang sepertinya sangat menggemari makanan Malaysia.

Rakyat Malaysia termasuk pelajar di sana menggelarnya dengan nama “Nasi Lemak Ayam Rendang Kak Ann.”

Kurang seminggu tular guna kerusi ‘gaming’ DIY, adik ini terima kerusi gaming Tomaz berharga RM499

0

DIY atau Do-It-Yourself merupakan terma yang merujuk kepada aktiviti membaiki sesuatu benda secara sendiri tanpa mendapatkan bantuan profesional. Baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah menjadi bualan hangat media sosial setelah gambarnya duduk di atas ‘gaming chair’ buatan sendiri menjadi tular.

Menerusi perkongsian di Facebook yang dimuat naik oleh Haizat Zul pada 15 Julai lalu, remaja berkenaan dilihat sedang duduk di atas kerusi plastik berlapikkan kadbod yang dipotong mengikut bentuk kerusi ‘gaming‘ jenama terkenal iaitu Tomaz.

Sumber: Facebook

Berdasarkan laman sesawang Tomaz, remaja itu dikatakan duduk di atas kerusi Tomaz Blaze X Pro Gaming Chair yang berharga RM499. Tanpa disangka-sangka, penularan berita ini berjaya mendapat perhatian daripada pihak Tomaz sendiri yang kemudiannya bertindak menghantar kerusi sebenar sebagai tanda penghargaan.

Sumber: Instagram

Ketika ditanya sama ada dia sering menggunakan kerusi itu untuk bermain permainan komputer, remaja yang dikenali sebagai Nafis Danish menjelaskan bahawa dia hanya memiliki komputer biasa yang tidak mencapai standard minima untuk bermain permainan. Sebaliknya, dia hanya menggunakan kerusi berkenaan untuk menonton YouTube atau melayari Internet.

Sumber: Instagram

Difahamkan adik ini memang meminati aktiviti DIY. Malahan, basikalnya juga turut diubah menjadi motosikal dengan menggunakan enjin pemotong rumput. Terbaik lah Nafis!

Kucing ini terlalu ‘sukar dilihat’ sehingga disangka bayang-bayang kepada kucing lain. Comel!

0

Dahulu, kucing hitam seringkali dikaitkan dengan pelbagai mitos dan kepercayaan karut sehingga membuatkan ramai yang takut apabila dihampiri kucing berbulu hitam. Ada yang beranggapan kucing hitam sebagai pembawa malang, kematian, kemiskinan, penyakit dan sebagainya.

Antara kepercayaan masyarakat yang acap kali kedengaran adalah sekiranya ada kucing hitam yang melompat ke atas tempat tidur orang yang sedang sakit, nescaya kematian bakal menghampiri pesakit berkenaan.

Tetapi hakikatnya, kucing hitam memiliki keistimewaan dan kecomelan sama seperti kucing-kucing lain. Baru-baru ini, seorang warganet telah berkongsi peristiwa lucu membabitkan kucing peliharaannya. Seekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna perang dan putih.

Menurut individu ini, kucing hitamnya itu seringkali mencuit hatinya kerana gelagatnya yang melucukan. Apabila tiba waktu malam, anda hanya akan nampak kelibat kucing ini melalui sinaran daripada matanya.

Comel tetapi pada masa yang sama, agak mengerikan. Seolah-olah nampak sepasang mata terapung sedang perhatikan anda.

Memandangkan kucing ini terlalu gelap, kucing ini seringkali dilihat seperti bayang-bayang kucing lain. Tetapi adakalanya, kucing hitam ini kelihatan seperti lembaga seram yang sedang memerhatikan setiap penghuni rumah. Lebih melucukan, sekiranya perkakas rumah anda berwarna hitam, anda pasti tidak akan menemui kucing anda walaupun anda memandangnya selama ini!

20 tahun lalu bayi dari China diadopsi, kini perenang hebat ini menyumbang kilauan emas pertama untuk Kanada di Olimpik Tokyo 2020

0

Perenang Hannah Margaret MacNair MacNeil beraksi cemerlang dengan penampilan Sukan Olimpik pertama berdiri megah di atas podium sebanyak dua kali dengan merangkul satu emas dan satu perak untuk negara tercintanya, Kanada.

Margaret MacNeil atau nama panggilannya, Maggie beraksi cemerlang memecahkan rekod kebangsaan dan Amerika dalam acara final renang 100 meter kuak kupu-kupu wanita Olimpik Tokyo 2020 pada 26 Julai lalu dan merangkul tempat pertama sekali gus memenangi pingat emas pertama buat Kanada.

Margaret MacNeil dari Kanada selepas memenangi emas acara renang 100 meter kuak kupu-kupu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 26 Julai 2021, di Tokyo, Jepun. (Gambar oleh Matthias Schrader / AP)

Margaret MacNeil, yang berada di kedudukan ketiga pada kelayakan separuh akhir dan keenam ketika acara akhir dengan catatan masa peribadi terbaik 56.56 saat, berenang di barisan ke-7. Ketika hampir ke garisan penamat dalam jangkauan 50 meter, MacNeil menggunakan seluruh kekuatan memecut laju dengan catatan akhir 55.59 saat, menewaskan pencabar hebat dari China, Zhang Yufei dengan kelebihan 0.05 saat untuk memenangi pingat emas Olimpik Tokyo 2020 untuk Kanada.

Margaret MacNeil merupakan perenang Kanada ketujuh yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik.

Aksi Margaret MacNeil dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita yang merangkul emas pertama buat Kanada di Olimpik Tokyo 2020 pada 26 Julai 2021 lalu. (Gambar oleh Martin Meissner / AP)

Catatan masa terbaik MacNeil dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu adalah 55.56 saat ketika pusingan separuh akhir di mana beliau memecahkan rekod kebangsaan Kanada dan Amerika, mencatat prestasi peribadi terbaiknya setakat ini.

Apa yang menarik pada hari bersejarah itu, MacNeil menyentuh garisan penamat terlebih dahulu dan terus melihat papan pemasa elektronik dengan kejutan tidak percaya bahawa beliau telah memenangi emas pertama buat negaranya. Sambil dipeluk oleh rakan perenang dari Sweden, Sarah Fredrika Sjöström yang memberi ucapan tahniah.

Margaret MacNeil, dari Kanada diberi ucapan tahniah oleh Sarah Sjostrom dari Sweden selepas memenangi pingat emas acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita di Olimpik Tokyo 2020 pada 26 Julai, 2021, di Tokyo, Jepun. (Gambar oleh Martin Meissner / AP)

Beberapa media kemudian mendapati MacNeil tidak memberi respons yang tepat pada waktunya ketika diumumkan kemenangannya ekoran penglihatannya yang agak lemah. Rupanya MacNeil bercermin mata ketika berada di atas podium dan merangkul pingat emas Olimpik pertamanya.

Sebelumnya, pada petang 25 Julai, Margaret MacNeil turut menyumbang pingat perak untuk negaranya bersama tiga rakan perenang Kanada lain, Penny Oleksiak, Kayla Sanchez dan Rebecca Smith dalam acara 4 x100 meter gaya bebas wanita, yang merupakan pingat pertama yang dimenangi oleh pasukan Kanada di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Margaret MacNeil, Rebecca Smith, Kayla Sanchez and Penny Oleksiak bersama pingat perak Olimpik dimenangi mereka dalam acara 4 x 100 meter gaya bebas wanita di Tokyo, Jepun pada 25 Julai, 2021. ( Gambar oleh Frank Gunn/THE CANADIAN PRESS)

Diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Kanada pada usia 1 tahun.

Margaret MacNeil berasal dari London, Ontario. Majlis Olimpik Kanada memaklumkan yang Margaret dilahirkan pada 26 Februari 2000 di Jiujiang, Wilayah Jiangxi di China. Menurut Canadian Radio International (RCI), Margaret diadopsi oleh pasangan suami isteri dari London, Ontario, Kanada ketika beliau berusia setahun. Adik perempuannya juga diadopsi dari China.

Pasangan MacNeil tidak pernah membezakan Margaret dan adiknya sebagai anak orang lain kerana mereka membesarkan mereka berdua sejak kecil sebagai anak kandung sendiri dengan penuh kasih sayang. Margaret mula belajar berenang ketika berusia 2 tahun secara suka-suka. Bermula usia 8 tahun, Margaret MacNeil mula mengasah bakat menyertai kejohanan renang buat pertama kalinya.

Bermulanya impian gadis kecil ini untuk mewakili Kanada dalam Sukan Olimpik sejak tahun 2008.

Selain berbakat dan cemerlang dalam sukan renang, Margaret MacNeil bermain biola sejak usia 5 tahun dan klarinet ketika berusia 12 tahun, juga bermain bola tampar. Pada masa sama, Margaret meminati bidang undang-undang dan perubatan yang menjadi profesion ibunya.

Kerjaya renang bermula dengan cabaran.

Rebecca Smith, Margaret MacNeil and Kayla Sanchez bersorak untuk Penny Oleksiak ketika beraksi kemenangan pingat perak acara 4 x 100 meter gaya bebas wanita di Olimpik Tokyo, Jepun pada 25 Julai 2021. (Gambar oleh Frank Gunn / THE CANADIAN PRESS)

Margaret MacNeil mula menyertai kejohanan renang peringkat kebangsaan ketika berusia 12 tahun, tetapi menghadapi rintangan besar dalam kerjaya itu sejak lima tahun yang lalu.

“Dalam Kejohanan Renang Dunia Singapura 2017, keadaan cuaca yang panas dan lembap telah menyukarkan penafasan saya. Saya juga tidak boleh terdedah kepada klorin yang menyebabkan masalah asma akan menjadi lebih buruk, sehingga perlu mendapatkan bantuan pernafasan di jabatan respiratori,” katanya.

Pada tahun itu, MacNeil gagal membantu pasukan renang kebangsaan Kanada dalam kelayakan di Kejohanan Renang Dunia Junior.

Untuk mengelakkan serangan asma itu berulang, MacNeill mengubah acara 200 meter kepada 100 meter. Keadaan yang menyebabkan rakan sepasukan tidak begitu optimis dan memandang rendah akan kemampuannya, tetapi ketua jurulatih pasukan renangnya di Universiti Michigan, Mike Bottom amat mempercayai ketekunan dan disiplin MacNeil, yang mana akhirnya membuahkan kejayaan.

Kemajuan Margaret MacNeil jauh melangkaui harapan semua orang. Setelah beraksi dalam Kejohanan Universiti Kebangsaan (NCAA), MacNeil terpilih mewakili pasukan renang kebangsaan Kanada pada tahun 2019 dan beraksi julung kali di Kejuaraan Renang Dunia. Pertama kali meraih pingat gangsa dengan membantu rakan sepasukan dalam acara 4×100 meter gaya bebas wanita. Kemudian, dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita, dengan catatan masa 55.83 saat. Margaret MacNeil menewaskan juara dunia empat kali dan juara Olimpik Sarah Fredrika Sjöström dan menjadi terkenal dalam penampilan sulungnya.

Sentiasa bersyukur dengan didikan ibu bapanya.

Selama bertahun-tahun, bapa Margaret, Edward MacNeil bangun awal pagi untuk menghantar anak perempuan kesayangannya menjalani latihan, dan ibunya, Susan McNair menguruskan segala-galanya demi memberi sokongan padu kepada anak sendiri.

Maggie MacNeil tidak pernah melupakan jasa pengorbanan dan sokongan ibu bapanya serta ahli keluarga lain ketika temubual dengan CBC, “Ibu bapa saya tidak pernah gagal melakukan tugas terbaik demi karier saya. Mereka selalu datang memberi sokongan dalam kejohanan yang saya sertai sekerap dan semampu mungkin.” 

Ketika Maggie menjadi juara dalam Kejohanan Renang Dunia di Korea, kamera merakamkan Maggie dan ibu bapanya saling berpelukan dengan bendera Kanada di khalayak ramai, dan bapa saudaranya di Kanada menyaksikan adegan itu tanpa jemu sebanyak 25 kali.

“Tidak kira berapa besar atau kecil pun Maggie beraksi, pada setiap kali dia menang, air mata akan berlinang,” kata mereka dengan bangga.

Selama bertahun-tahun, Edward menemani Maggie menjalani latihan. Mereka bangun pada jam 5 pagi setiap hari dan akan minum kopi di Tim Horton, sambil menunggu kolam renang di hadapan stadium City of London dibuka.

Susan McNair berkata, “Suami saya mempercayai latihan awal akan memberi kesan yang lebih baik, dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk merancang jadual kami serta memastikan anak-anak dengan pemakanan dan jagaan yang baik.”

Margaret MacNeil mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya sejurus kemenangan, dan ibu bapanya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak mereka dan menjaganya dengan baik.

Reaksi Margaret MacNeil dari Kanada, selepas memenangi pingat emas acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita di Olimpik Tokyo 2020 pada 26 Julai 2021 di Tokyo, Jepun. (Gambar oleh Petr David Josek / AP)

Sementara itu, Margaret MacNeil berkata kepada Reuters ketika ditanya, “Saya dilahirkan di China dan diadopsi ketika masih kecil, jadi itu sahaja pengetahuan mengenai asal usul saya yang diketahui. Ia hanya sebahagian kecil dalam perjalanan hidup saya berbanding di mana saya berada pada hari ini. Ia seperti tidak relevan apabila kita membincangkannya dengan sukan renang.”

Sambil Margaret MacNeil menekankan yang beliau adalah warga Kanada dan sentiasa dibesarkan dan dididik sebagai orang Kanada, ketika warganet seluruh dunia terutama dari China sibuk membicarakan tentang asal usulnya.

Oyen tewas, tergolek di pentas ‘Olimpik’ setelah dimalukan si hitam putih depan penonton

0

Tidak sah jika kucing jingga ataupun digelar ‘Oyen’ jika tidak membuat hal dalam sehari-harian. Ada sahaja perkara dilakukan mereka yang menarik perhatian kita.

Terbaharu tular satu video yang memaparkan gelagat si Oyen bersama seekor lagi kucingnya di gelanggang taekwondo.

TV3 Malaysia/Facebook

Lokasi itu yang kelihatan seperti dewan, dipenuhi dengan kerusi untuk para penonton menyaksikan perlawanan taekwondo, yang dipercayai berlaku pada tahun 2018.

Tidak menghiraukan para hadirin yang menyaksikan, kedua-dua Oyen dan rakannya selamba berlawan sesame sendiri dan kejar-mengejar antara satu sama lain.

TV3 Malaysia/Facebook

Sesi kejar-mengejar itu diakhiri di tengah-tengah gelanggang apabila Oyen kelihatan tewas apabila jatuh tergolek.

Namun Oyen kemudiannya kembali bangkit dan meneruskan lariannya sambil terus dikejar oleh rakannya itu hingga ke luar.

Lihat video penuh mereka di sini.

Mana agaknya si Oyen mahu lari? Adakah Oyen sudah mengaku kalah?