32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKesihatanPenduduk Selangor tanpa tarikh janji temu boleh ‘walk-in’ di 12 PPV bermula...

Penduduk Selangor tanpa tarikh janji temu boleh ‘walk-in’ di 12 PPV bermula 2 Ogos

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan bahawa penduduk Selangor yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin untuk mendapatkannya secara ‘walk-in’ bermula 2 Ogos.

Menteri Besar, Datul Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memudahkan proses vaksinasi selain janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dan SeLangkah.

Amirudin Shari/Facebook

 “Program vaksinasi berkenaan akan berkuat kuasa pada 2 Ogos ini dan tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN berkaitan”.

Difahamkan bahawa pelaksanaan vaksinasi secara ‘walk-in’ berkenaan berlangsung sehingga 2 September akan datang melibatkan 12 pusat pemberian vaksin (PPV).

Media Selangor/Facebook

Tambah beliau, setiap PPV akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari dengan jangkaan dua hari bagi setiap DUN.

Beliau berkata bahawa sebanyak 65.5% individu dewasa di Selangor setakat ini sudah menerima suntikan dos pertama COVID-19.

Amirudin Shari/Facebook

“Kerajaan negeri yakin akan kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Vaksin Selangor (SelVax) dapat mencapai imuniti kelompok dalam tempoh kurang sebulan, berdasarkan kapasiti sedia ada”.

Amirudin Shari/Facebook

Tambahnya, program percuma SelVax Komuniti turtu akan diteruskan sehingga 11 Ogos kelak bagi menampung dan mempercepatkan pelaksanaan PICK.

“Langkah itu diharap melengkapkan operasi lonjakan kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley”, akhirinya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI