30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 18, 2025
Utama Blog Laman 278

Persatuan Falun Dafa : Ahli Parlimen Pro-Beijing cuba larang amalan kerohanian itu di Hong Kong

0

Beberapa anggota parlimen pro-Beijing di Hong Kong mensasarkan pengamal Falun Gong pada 3 Julai lalu dan mendesak pemerintah untuk melarang pengamalannya di bawah undang-undang keselamatan negara yang penuh kontroversi di bandar ini.

Permintaan mereka disambut dengan kecaman oleh Persatuan Falun Dafa di kota itu, yang menyebutnya sebagai usaha untuk meneruskan penganiayaan selama bertahun-tahun oleh rejim Parti Komunis China (PKC) terhadap amalan di luar tanah besar.

Ini berlaku kerana kebebasan di pusat kewangan telah mengalami kejatuhan dramatik setelah pengenaan undang-undang keselamatan nasional Beijing musim panas lalu.

Sejak itu, undang-undang yang mengkriminalisasi tindakan yang dianggap oleh rejim PKC sebagai penindasan, pemisahan, kegiatan pengganas, atau kolusi dengan pasukan asing, telah digunakan untuk menghancurkan kekuatan pro-demokrasi kota ini.

Puluhan tokoh terkemuka yang mengkritik Beijing juga telah didakwa atau dipenjara di bawah undang-undang atau kesalahan yang serupa.

Falun Gong atau dikenali sebagai Falun Dafa, merupakan latihan meditasi dan ajaran moral berdasarkan prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’. Disiplin tersebut telah ditindas secara sistematik oleh Parti Komunis China (PKC) selama 22 tahun di tanah besar China, tetapi tidak di Hong Kong.

Sejak tahun 1999, berjuta-juta pengamal Falun Gong telah ditahan atau dipenjarakan, di mana mereka menderita penyiksaan, penyalahgunaan, dan bahkan pengambilan organ paksa. Penggubal undang-undang di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan tempat lain telah mengadopsi resolusi yang mengutuk penganiayaan itu.

Baru-baru ini pada bulan Jun, Texas secara rasmi mengadopsi resolusi untuk mengekang pengambilan organ pengamal Falun Gong yang dipaksa oleh rejim, yang menggambarkannya sebagai ‘pembunuhan’.

Mensasarkan Falun Gong

Semasa sesi Majlis Perundangan pada 7 Julai, ahli politik pro-Beijing Hong Kong, Elizabeth Quat mendakwa bahawa kumpulan spiritual terlibat dalam menyebarkan ‘pendapat subversif’ melalui kegiatan awamnya di kota dan meminta pihak berkuasa untuk melarang amalan itu.

Kegiatan yang dimaksudkan adalah mendirikan booth jalanan dan mengadakan pameran, menyebarkan penerbitan dan mengadakan perbarisan,” yang didakwa Quat sebagai mempromosikan ideologi anti-China.

Pengamal Falun Gong di Hong Kong, serta banyak bandar lain di seluruh dunia, sering dilihat menyebarkan bahan kepada orang yang melalui kawasan itu dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penganiayaan PKC dan pelanggaran hak asasi manusia dan untuk mendapatkan sokongan masyarakat untuk menghentikan penindasan.

Seorang lagi ahli politik pro-Beijing, Wong Kwok-kin, meminta pemerintah untuk menyiasat sumber dana Falun Gong dan membekukan asetnya jika perlu.

Sebagai respon, Setiausaha Keselamatan Hong Kong Chris Tang mengatakan pihak berkuasa akan menyiasat masalah tersebut, tanpa membahaskannya secara spesifik.

“Terdapat banyak tuduhan sama ada Falun Gong melanggar undang-undang keselamatan nasional Hong Kong. Agensi penguatkuasaan undang-undang pasti akan melihatnya secara teliti”.

“Tuduhan ini mungkin membawa kepada proses undang-undang tertentu. Jadi saya tidak akan mengulas secara terbuka mengenai organisasi individu”, kata Tang.

“Setiap tindakan yang dapat membahayakan keamanan nasional dan organisasi yang melakukan tindakan tersebut akan berhadapan dengan tindakan undang-undang, termasuk penyiasatan yang ketat, pengumpulan bukti, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil, jika perlu”.

Kutukan

Persatuan Falun Gong di kota itu mengecam kempen yang dijalankan oleh anggota parlimen pro-Beijing. Sarah Liang, jurucakap persatuan itu, mengatakan bahawa selama lebih 20 tahun, pengamal tempatan telah menggunakan cara damai dan bukannya kekerasan untuk mendedahkan penganiayaan Beijing.

Dia menolak tuduhan aktiviti pengumpulan dana secara haram, dengan mengatakan bahawa amalan Falun Gong bertindak sebagai sukarelawan. Dia turut menambahkan bahawa semua buku-buku amalan tersedia untuk dimuat turun dalam talian secara percuma.

Persatuan Falun Gong juga didaftarkan secara sah di kota itu, di mana pengamalnya dilindungi oleh perlembagaan mini Hong Kong, yang menjamin kebebasan berkeyakinan, katanya.

Juga semasa sesi Majlis Perundangan, beberapa ahli politik pro-Beijing termasuk Quat, berusaha mengaitkan serangan 1 Julai baru-baru ini terhadap seorang pegawai polis dengan organisasi Falun Gong tempatan, tanpa sebarang bukti.

Pada 1 Julai, seorang lelaki Hong Kong berusia 50 tahun menikam anggota polis di belakang dan kemudian menikam dadanya dengan pisau. Penyerang dihantar ke hospital tetapi meninggal kira-kira sejam kemudian. Anggota polis itu walau bagaimanapun terselamat setelah menjalani pembedahan paru-paru yang tertusuk di hospital.

Penyerang, Leung Kin-Fai, selaku pengarah pembelian di syarikat minuman tempatan Vitasoy, belum dikenal pasti oleh polis atau mereka yang terlibat dengan Falun Gong. Liang tidak terkejut dengan tuduhan tidak berasas yang mengaitkan Falun Gong dengan serangan pisau.

“PKC sering menggunakan cara yang sangat tidak masuk akal untuk memutarbelit dan memfitnah Falun Gong”, kata Sarah, sambil menambah bahawa kepalsuan tuduhan itu terbukti dengan jelas.

Menurut seorang profesor Kajian China di University of Technology di Sydney, Feng Chongyi, tindakan penggubal undang-undang pro-Beijing adalah langkah pertama dalam kempen yang menekan Falun Gong dan disasarkan secara sengaja.

“Semua nampaknya disesuaikan mengikut undang-undang. Namun di sebaliknya adalah rancangan langkah demi langkah untuk membuatkan Falun Gong lenyap di Hong Kong. Ianya sangat jelas”.

Untuk pegawai yang secara terbuka menyasarkan kumpulan agama tanpa bukti yang cukup menunjukkan ‘tahap berat sebelah yang tinggi’ dan wajar dibimbangi, kata Tseng Chien-yuan, seorang profesor di National Central University di Taiwan dan ahli lembaga tidak berasaskan keuntungan, New School of Democracy.

“Ini menimbulkan pertanyaan sama ada sejauh mana mereka sanggup untuk menyorokkan jenayah dan menuduh kumpulan ini sehingga ia membuatkan mereka kedengaran konsisten”.

Bertahun-tahun gangguan

Pengamal Falun Gong di Hong Kong telah lama menjadi sasaran kumpulan tempatan yang disokong oleh rejim China.

PKC memulakan gangguan terhadap pengamal di bandar itu sekitar tahun 2011 melalui kumpulan depannya yang disebut Persatuan Penjagaan Remaja Hong Kong (HKYCA).

Sejak itu, ahli kumpulan telah berulang kali merosakkan bilik maklumat di tepi jalan yang didirikan oleh pengamal atau mengganggu individu yang menguruskan booth berkenaan.

Ketika para pengamal mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penganiayaan yang berterusan di China, anggota HKYCA akan berkumpul di lokasi berdekatan yang cuba mengganggu acara awam ini.

Pada Januari 2016, seorang anggota HKYCA ditemui di sebuah hotel tempatan di mana persidangan Falun Gong akan diadakan, selepas itu acara itu dibatalkan kerana kebimbangan ancaman bom palsu.

Pengamal juga telah diserang oleh anggota HKYCA atau individu yang berkaitan dengan kumpulan pro-Beijing lain di Hong Kong. Balai maklumat di tepi jalan terus menjadi sasaran tahun ini, walaupun HKYCA dilaporkan bubar pada akhir tahun 2020.

Sejak undang-undang keamanan mula dilaksanakan pada bulan Julai lalu, para pengamal Falun Gong di Hong Kong telah menyatakan keprihatinannya bahawa undang-undang ini akan digunakan untuk memadamkan kebebasan berkeyakinan.

Ada yang bimbang keselamatan tentang diri mereka, sementara yang lain takut mereka boleh diseksa atau diambil organ secara paksa, seperti yang dilakukan terhadap pengamal di tanah besar.

Iklim politik yang terus berleluasa di Hong Kong telah menyusahkan Liang, yang memetik mengenai penutupan paksa surat kabar pro-demokrasi terbesar di bandar ini dan tindakan berterusan terhadap kumpulan pro-demokrasi.

“Realitinya, sebanyak mana kebebasan yang masih tersisa di Hong Kong?”, soal Sarah.

Shen Yun mengubah hati dan fikiran: ‘Saya rasa bertanggungjawab untuk teruskan apa yang diberi oleh mereka’

0

Tiga tahun menunggu kesempatan untuk menyaksikan sendiri persembahan seni Shen Yun, akhirnya hajat tersebut dikabulkan juga. Itulah pengalaman paling berharga Diego dan Adel Mansilla.

“Anda dapat merasakan hubungan dari saya dengan penari dan situasi yang cuba mereka gambarkan. Saya berasa seronok. Ini adalah pengalaman yang luar biasa, “kata Diego, seorang profesor di University of Massachusetts, yang menghadiri persembahan di Stamford Palace Theatre pada 27 Jun 2021 lalu.

Shen Yun yang berpangkalan di New York telah memulakan semula lawatan dunia mereka setelah terganggu ekoran COVID-19 pada tahun lalu. Tarian klasik China yang terkenal di dunia itu mempersembahkan China ketika sebelum era komunisme dan persembahan itu seolah-olah menghidupkan kembali peradaban yang berlaku pada 5,000 tahun lalu.

Pertunjukan itu menggambarkan budaya dari “semua pelosok China yang berbeza … membawa begitu banyak kumpulan etnik yang berbeza dan menjaga tradisi, keindahan masing-masing. Ia luar biasa,” kata Adel.

Terdapat kira-kira 50 kumpulan minoriti di China dan pertunjukan setiap tahun menampilkan sejumlah tarian etnik dan rakyat yang disusun dengan muzik yang dipersembahkan oleh orkestra menggabungkan suara Timur dan Barat.

Perjalanan bermula semasa zaman China kuno, dengan asal-usul tamadun yang sangat spiritual. Namun, ada juga elemen yang menyentuh pada zaman moden di mana masih terdapat orang-orang baik yang berpegang pada budaya tradisional dan kepercayaan spiritual sehingga ke hari ini ketika negara China berada di bawah pemerintahan rejim komunis.

“Ini pasti sangat menyakitkan – tentu saja bagi orang-orang yang menderita secara langsung – tetapi juga semua keluarga dan saudara-mara yang lain dan orang-orang yang tahu mengenainya dan mungkin tidak dapat berbuat banyak kerana mereka tidak dapat menentang pemerintah,” kata Diego.

Salah satu tarian menceritakan tentang fakta bahawa penganut agama, seperti penganut meditasi spiritual Falun Gong, dianiaya di bawah rejim komunis. Tetapi kisah tragis itu berakhir dengan catatan positif bagi Diego. “Kesudahannya bagus. Kesudahannya positif dan penuh harapan.”

Bagi Adel, keseluruhan persembahan adalah peringatan yang memberi inspirasi.

“Mereka melakukan banyak hal untuk menunjukkannya kepada kami, jufa untuk memberi inspirasi,” kata Adel. Menurutnya lagi, dia mula berasa bertanggungjawab untuk meneruskan apa yang mereka berikan kepada orang ramai.

Sementara itu, pembikin filem, Gillian Fritzsche juga mengakui bahawa dia turut menikmati masa dengan melihat budaya tradisional yang dihidupkan dengan teknologi inovatif, seperti latar belakang digital yang dipatenkan oleh Shen Yun yang memainkan peranan penting dalam tarian.

Menurut Fritzsche lagi, cerita-cerita itu merangkumi komedi dan drama, dan sepertinya melampaui sempadan serta menunjukkan betapa luasnya konsep kemanusiaan.

Walaupun dia tidak pernah mempunyai pengalaman mendalami budaya Cina sebelumnya dia mengakui bahawa terdapat hal-hal yang dapat dilihat dalam dirinya ketika melihat kisah-kisah ini disajikan di atas pentas. Dia dapat merasakan bahawa adanya harapan, impian, ketakutan dan tujuan.

Glenn Rowe, profesor strategi perniagaan di Ontario, Kanada, telah berkunjung ke China beberapa kali dan tidak terkejut mengetahui bahawa persembahan budaya tradisional Shen Yun tidak disambut baik oleh rejim ateis dan komunis China.

“Saya sangat menghargai jalan cerita dan saya suka mesej mengenai kepercayaan yang disampaikan. Atheisme adalah salah dan evolusi juga adalah salah,” katanya.

“Saya rasa ia adalah menyedihkan kerana persembahan ini tidak akan dapat disaksikan di China.” tambahnya lagi.

Ibu kucing jadi wira, rela redah kebakaran untuk selamatkan anak-anaknya

0

Tidak dapat kita nafikan bahawa ibu haiwan adalah antara ibu terbaik di dunia. Walaupun tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia, mereka berupaya melindungi anak sendiri berteraskan kasih dan sayang.

Begitulah apa yang dirasai oleh ibu kucing bernama Minka ini apabila tempat tinggal mereka iaitu di sebuah kandang di Kanada terbakar.

Dek kerana kasih dan sayangnya pada anak, Minka sanggup merisikokan dirinya.

Anak-anak kucingnya difahamkan pada ketika itu berada di dalam kandang tersebut. Minka dilihat berulang kali berlari masuk untuk menyelamatkan anaknya.

Namun malangnya, Minka hanya mampu mengeluarkan seekor sahaja anaknya, Francis.

Menurut pihak penyelamat haiwan, Minka mengalami lecur di seluruh tubuhnya.

Malah Minka turut menghidu banyak asap tebal. “Ibu kucing ini adalah wira”, tulis akaun Facebook pasukan penyelamat, Furget Me Not.

Tambah akaun itu lagi, si ibu masih berusaha untuk menjaga anaknya walaupun dirinya sendiri menderita kesakitan akibat lecuran.

Ini kerana Minka dilaporkan mengalami luka akibat kebakaran di bahagian perut, kaki dan telinganya.

“Jika kami mengalami situasi kecemasan sebegini, tidak kiralah jika pusat kami sudahpun penuh, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjaganya”, kata wakil Furget Me Not, Christine Koltun.

Setakat ini, si ibu telah pun menjalani imbasan x-ray, diberi ubat penenang dan antibiotik serta rawatan lain untuk luka lecurnya.

Masih banyak bantuan rawatan perlu diberikan buat si ibu dan juga anaknya sebelum mereka dibenarkan untuk diadopsi. Kedua-duanya juga perlu dikasi dan juga dipasang cip mikro.

Dan kini, kedua-duanya difahamkan sudah ditempatkan di rumah pemilik mereka yang baru bersama. Malah, si anak juga sudah boleh makan sendiri.

Begitulah tulusnya kasih sayang ibu terhadap anaknya..

KKM nafi denda RM1,500 buat individu tidak ‘check out’ MySejahtera

0

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pelaksanaan denda sebanyak RM1,500 terhadap individu yang tidak mendaftar keluar (check out) pada aplikasi MySejahtera seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Ciri ‘check out’ itu adalah versi terkini MySejahtera yang berfungsi sebagai indikator daftar keluar setelah pengguna meninggalkan mana-mana lokasi atau premis.

Dalam satu kenyataan, pihak Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan bahawa tiada denda yang dikenakan.

“Orang ramai disaran agar tidak berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan masyarakat”.

Tambah kenyataan itu, orang ramai juga perlu sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Gabungan polis dan bomba Oregon saman Gabenor ekoran pelaksanaan mandat vaksin COVID-19

0

Gabungan pegawai polis dan bomba negeri Oregon telah memfailkan tuntutan saman terhadap Gabenor Kate Brown atas pelaksanaan mandat mewajibkan penerimaan vaksin COVID-19 untuk kakitangan negeri.

Plaintif dalam tuntutan termasuk Oregon Fraternal Order of Police dan Kingsley Firefighters Association yang berhujah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada 3 September di Mahkamah Jefferson County bahawa perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Gabenor Kate Brown telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang dan mahu ia disekat.

“Plaintif meminta perintah yang menyatakan EO No. 21-29 tidak dapat dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan peruntukan statut dan perundangan Oregon, akan akibat peruntukan ‘common law’ secara salah memecat plaintif, yang mana berkonflik dengan jaminan Perlembagaan Oregon yang bebas, dan berkonflik dengan Perlembagaan Amerika Syarikat yang memberi jaminan perlindungan saksama, amalan secara bebas, dan proses sewajarnya,” jelas aduan berkenaan.

Gabenor Oregon, Kate Brown (Gambar oleh Josh Edelson/AFP/Getty Images)

Gabenor Kate Brown mengeluarkan perintah eksekutif pada 13 Ogos yang mengenakan syarat wajib vaksin kepada semua kakitangan dan pegawai eksekutif negeri Oregon. Dalam perintah itu, Brown mengatakan sehingga kini, kira-kira 70 peratus pegawai dan eksekutif cawangan negeri telah mengambil vaksin secara sukarela, dalam gesaan negeri itu menggiatkan usaha seperti mengatur klinik vaksin setempat dan pemberian insentif kewangan.

Dengan memetik kenaikan kes jangkitan COVID-19 dalam negara sambil menyatakan kedua-dua majikan sektor awam dan swasta di seluruh Amerika Syarikat telah memberi mandat, Brown menegaskan sudah tiba waktu langkah-langkah lebih sukar dilaksanakan di Oregon.

“Dengan varian Delta mengganas di Oregon, juga kemampuan negeri untuk memanggil individu kembali bekerja dengan sepenuhnya tetapi terus terhambat dengan risiko COVID-19, setelah menerapkan beberapa insentif yang bertujuan untuk mencapai pematuhan secara sukarela, dan dengan kelulusan penuh oleh FDA dalam pemberian vaksin COVID-19 yang dijangkakan dapat dicapai dalam beberapa minggu, sudah tiba masanya pegawai negeri yang berbaki dan mereka yang bekerja bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan vaksin,” kenyataannya dalam perintah itu.

Sepuluh hari selepas perintah Brown, FDA memberi kelulusan pengaturan penuh untuk pemberian vaksin Pfizer-BioNTech bagi COVID-19 di Oregon.

Perintah itu memberi masa kepada kakitangan negeri Oregon sehingga 18 Oktober untuk mengemukakan bukti vaksinasi atau berhadapan akibat yang mungkin termasuk pemecatan.

Plaintif berhujah dalam aduan mereka bahawa penguatkuasaan perintah akan mengakibatkan pemecatan secara salah, dan mereka memohon mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa perintah adalah tidak sah dan pelaksanaannya perlu disekat.

“Plaintif secara individu adalah kakitangan kerajaan cawangan eksekutif… yang ingin menguruskan kawalan perubatan mereka sendiri dan telah dipaksa untuk memilih antara hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara di satu pihak dan pekerjaan, kerjaya, masa hadapan kewangan mereka di sisi lain,” jelas aduan itu.

Jurucakap Gabenor Kate Brown, Liz Merah mempertahankan perintah eksekutif itu dalam satu kenyataan kepada The Associated Press.

“Memandang berat seriusnya situasi, syarat pemberian vaksin oleh majikan kini menjadi alat terpenting, dan kerajaan negeri perlu berperanan. Amat kritikal untuk melindungi kakitangan negeri, tempat kerja, dan kemudahan awam, serta orang awam secara keseluruhan yang menggunakan perkhidmatan negeri,” katanya dalam kenyataan itu.

Tuntutan saman berkenaan difailkan ketika Oregon menghadapi peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 dalam beberapa minggu terakhir, dengan dalam masa tujuh hari, sebanyak 2,222 kes positif dilaporkan pada 2 September, berbanding kurang 500 kes pada pertengahan Julai, menurut pihak berkuasa kesihatan negeri.

Kumpulan anti-penuaian organ paksa rancang lancar sidang kemuncak global

0

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang merancang webinar bagi tujuan memerangi pemindahan organ paksa daripada tahanan tidak bersetuju, terutama dalam kalangan pengamal Falun Gong, semasa Perhimpunan Agung PBB akan datang pada bulan September.

Sidang Kemuncak Dunia dalam Memerangi dan Mencegah Penuaian Organ Paksa akan mengadakan enam webinar pada dua hujung minggu berturut-turut. Sesi pertama bermula pada 17 September. Diskusi akan menekankan permasalahan dari segi perspektif perubatan, undang-undang, hak asasi manusia, politik, media, dan kesan sosial.

Tiga puluh lima penceramah tamu dijangka akan hadir, yang mana mereka terdiri daripada pakar perubatan dan undang-undang, profesor, anggota majlis perbandaran, dan wartawan dari 19 negara, termasuk Amerika Utara, Eropah, dan Asia Timur.

Pakar bedah dalam pembedahan pemindahan buah pinggang (Gambar Pierre-Philippe Marcou / AFP / Getty Images)

Penganjur dalam laman web mereka berkata sasaran utama webinar adalah untuk “menyediakan komuniti antarabangsa dan global dengan objektif penemuan serta penilaian adalah mengenai penuaian organ paksa daripada individu yang masih hidup dan tidak memberikan persetujuan.”

“Selama lebih dua dekad, Parti Komunis China telah menggerakkan seluruh kelengkapan dan kemudahan negara untuk menyalahgunakan mayat yang dianggap tidak diingini dan mengubah profesional perubatan menjadi pelaksana hukuman mati,” kata laman web itu. 

Penganjur mendakwa mangsa utama adalah pengamal Falun Gong, yang dipenjara sebagai tahanan hati nurani dan “dibunuh atas permintaan organ mereka.”

Perintis utama acara ini adalah Doctors Against Forced Organ Harvesting. Empat penganjur bersama adalah CAP Freedom of Conscience dari Eropah, Transplant Tourism Research Association dari Jepun, Association for Ethical Organ Transplant dari Korea, dan Association for International Care of Organ Transplants dari Taiwan.

The World Organization to Investigate the Persecution of Falun Gong (WOIPFG) adalah organisasi bukan berasas keuntungan yang berpusat di New York telah mengumpulkan data berkaitan penuaian organ di China. Laman web WOIPFG mendedahkan banyak bukti secara langsung sama ada dalam bentuk rakaman perbualan telefon, jadual, dan laporan – berkaitan intipan dan praktik haram yang dijalankan secara meluas.

Penuaian organ hidup tetap menjadi topik pantang larang di China. Pada 20 April 2006, pemberi maklumat Annie dan Peter (bukan nama sebenar) mendedahkan pengetahuan mereka dalam satu sidang media di Washington D.C.

Annie memberitahu bekas suaminya, seorang pakar bedah saraf dari Hospital Thrombosis Wilayah Liaoning, membuang kornea daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup dan mendedahkan mayat mangsa telah dilempar ke dalam tempat pembakaran mayat selepas pembedahan, dan ada kalanya ketika mangsa masih hidup. 

Pemberi maklumat Annie dan Peter semasa sidang media di Washingston D.C memberi testimoni awam mengenai penuaian organ paksa di China pada 20 April, 2006. (The Epoch Times)

Peter, bekas wartawan di China, memberikan butiran terperinci mengenai sebuah pusat tahanan di Sujiatun di mana organ-organ manusia diambil daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup.

Pada 2 Oktober 2016, seorang pemberi maklumat, menggunakan nama sebenar, Lu Shuheng, mendedahkan praktik ngeri itu di stesen radio, Sound of Hope. Dia berkata saudara perempuannya, Zhou Qing, merupakan ketua di Hospital Wanping Shanghai, yang terlibat dalam penuaian organ paksa di China.

Lu berkata dia telah mendapat perincian praktik haram itu dalam perbualannya bersama doktor terbabit dan suaminya Mao Shuping, bekas tokoh yang berpengaruh dalam sistem penjara tempatan, semasa dia pulang ke kampung halamannya di China pada tahun 2002.

Butiran yang diberikan Lu tidak diterbitkan atas sebab keselamatan sehingga empat tahun kemudian, pada 29 Disember 2020.

Berbakti pada tanah, netizen kongsi aktiviti pertanian yang dilakukan semasa musim PKP

0

Ramai antara kita yang memulakan aktiviti baru semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang mula berniaga secara dalam talian, ada yang sibuk dengan kelas bahasa secara maya dan ada juga yang suka aktiviti fizikal seperti pertanian.

Seorang netizen di Facebook, Kobinathan Son Of Leelavathi Balakrishnan, baru-baru ini ada berkongsi tentang aktiviti pertanian yang dilakukan semasa musim PKP 3.0.

Video yang dimuat naik jelas menunjukkan bagaiamana dia memulakan aktiviti pertanian yang dilakukan di halaman rumahnya. pada mulanya dia menebas semua semak dan rumput untuk dijadikan tapak tanaman.

Dia kemudian mula mendirikan tiang untuk dijadikan tempat perlindungan bagi tanamannya yang akan ditaman.

Aktiviti penanamannya mula dilakukan. Jika dilihat dalam video tersebut, dia memilih tanaman yang manggunakan polibeg.

Hari berganti dan akhirnya dia sudah mula boleh melihat hasilnya! Pokok yang ditanam mula berputik dan mengeluarkan hasil.

Dan sekarang pemuda ini sudah boleh tersenyum puas melihat hasil yang dikeluarkan oleh pokok-pokoknya. Lihatlah, ada bermacam jenis sayur-sayuran seperti cili dan terung.

Selepas ini tidak perlu susah-susah ke pasar untuk membeli sayur-sayuran ini kerana dia boleh memetiknya dari kebun di halaman rumahnya!

Tonton video di sini.

Menyusukan anak hamster dan layannya seperti anak sendiri, ibu kucing buktikan mereka sebenarnya spesies penyayang

0

Pasti ramai yang gemar menonton kartun ‘Tom and Jerry’ sewaktu kecil-kecil dahulu. Watak mereka yang menjadi musuh antara satu sama lain semestinya membuatkan ramai yang terhibur. Namun, pernahkah anda bayangkan jika kedua-dua watak tersebut wujud di dalam nyata?

Kisah antara kedua-dua haiwan ini pasti buatkan anda tidak percaya. Mana tidaknya, kucing dan hamster ini nampaknya bukan sahaja berkawan baik malah si kucing boleh melayan hamster tersebut seperti anaknya sendiri.

Ibu kucing bernama Bubble itu bukan sahaja melayan si hamster dengan baik malah turut diberikan susunya memandangkan si hamster masih kecil. Bubble turut memeluk dan menjaga hamster dengan baik, sama seperti dia memeluk anak-anaknya yang lain.

Sepertinya tiada perbezaan antara layanannya ke atas anaknya dengan layanannya terhadap hamster tersebut.

Apa yang paling comel, anak kucing dilahir oleh Bubble turut memeluk hamster dan tidur bersamanya!

FamilyMart kini wujudkan kios mini pertama di Malaysia yang sediakan makanan kegemaran pelanggan

0

Nama rangkaian FamilyMart bukan lagi sesuatu yang asing didengari di negara ini. Pasti ramai yang menyukai kedai ini kerana terdapat pelbagai pilihan makana dan minuman yang sangat enak dan segar.

Baru-baru ini FamilyMart mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menyediakan kios mini khas untuk pelanggan yang mahu mendapatkan makanan dan minuman kegemaran mereka.

Bayangkan, anda kini tidak perlu susah-susah mencari tempat parkir kereta atau beratur panjang di kedai kerana pelbagai jenis makanan kini boleh dibeli dari kios sahaja.

Buat masa ini kios tersebut terletak di Shell Karak Highway 2 yang merupakan ‘FamilyMart Mini – Smart Kiosk’ yang pertama di Malaysia dan dikatakan sedang berada di peringkat awal.

Antara makan yang dijual di kios ini ialah sandwich, roti, puding, onigiri, makanan serta minuman ringan. Apa yang penting, kualiti makanan yang dijual di kios ini sama dengan seperti di kedai. Jadi, jangan risau dengan kesegarannya!

Mesin tersebut bersifat automatik dan tidak menggunakan wang tunai. Jadi, pelanggan boleh menggunakan sebarang transaksi tanpa tunai. Mereka boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad debit atau kredit serta menggunakan ‘e-wallet’.

Pelanggan hanya perlu membuat pilihan dan lakukan pembayaran mengunakan mana-mana kaedah tanpa tunai. Seterusnya, tunggu sehingga pesanan dikeluarkan dari mesin.

Sangat mudah bukan? Selepas ini jika anda kesuntukan waktu, beli sahaja makanan kegemaran anda dari kios ini. Ianya mudah, segar dan tidak perlu beratur panjang di kaunter!

Keliru dengan iklan yang ditampalkan pada plastik, ramai pengguna ‘tertipu’ dengan roti pandan Gardenia yang baru

0

Baru-baru ini tular sebuah lagi jenis roti yang baru dikeluarkan oleh syarikat Gardenia. Pasti ramai yang teruja untuk menikmati sendiri rasa roti berperisa pandan seperti yang diiklankan.

Namun, akibat keliru dengan iklan yang ditampalkan pada plastik roti kosong, ramai antara mereka yang mahu mencuba roti tersebut telah ‘tertipu’.

Ternyata bukan seorang dua yang keliru dengan iklan tersebut malah ramai yang turut menjadi ‘mangsa’ iklan yang ditampal pada roti kosong.

Oleh krana salah faham, mereka akhirnya hanya membawa roti kosong pulang ke rumah dan hanya sedar bahawa roti tersebut bukan roti pandan selepas sampai ke rumah.

Jadi, selepas ini pastikan anda membli roti yang betul. Buat mereka yang teruja untuk mencuba roti pandan terbaru ini lihat betul-betul plastik roti. Pastikan plastik tersebut berwarna hijau dengan tulisan Toest’em baru beli!