Budaya makan lewat malam ataupun ‘supper’ sememangnya tidak asing lagi buat masyarakat di Malaysia.
Mana tidaknya, jika sebelum pandemik melanda, kedai makan dan restoran mamak khususnya dibuka selama 24 jam membuatkan kita bebas untuk makan pada bila-bila masa bukan?
Namun nampaknya budaya itu turut diamalkan di luar negara termasuklah di Korea Selatan yang turut melibatkan selebriti terkenal.
rain_oppa/Instagram
Baru-baru ini, bintang terkenal Korea Selatan, Rain ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya.
Menerusi foto itu, kita dapat lihat Rain sedang membawa bungkusan makanan yang dipercayai ayam goreng untuk makan lewat malam.
Jelas Rain, dia baru sahaja selesai bersenam pada malam itu dan secara ‘tidak sedar’, dia kemudian telah memasuki restoran itu dan secara ‘tidak sengaja’ membeli ayam goreng!
Foto hiasan/Pixabay
Jelas daripada gaya tubuh Rain menggambarkan perasaannya yang gembira apabila mendapat ayam goreng untuk makan lewat malam.
Kakinya juga kelihatan seperti sedang melompat kegirangan..
rain_oppa/Instagram
Sungguhpun begitu, Rain mengatakan bahawa itulah kali pertama dirinya menikmati makan lewat malam pada tahun ini.
Maka tidak hairanlah Rain masih dapat mengekalkan kecergasan tubuhnya. Ototnya juga masih sasa seperti sebelum ini.