33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 16, 2025
Utama Blog Laman 272

Pegawai UK : ‘Pembunuhan yang dikomersilkan’ dalam industri pemindahan organ PKC perlu berakhir

0

Beberapa ahli politik dari seluruh dunia pada sidang kemuncak 19 September lalu mengecam amalan Parti Komunis China (PKC) yang terus membunuh tahanan yang tidak bersalah bagi membekalkan organ dalam pasaran transplantasi yang menguntungkan.

“Pendermaan organ adalah tindakan yang berharga untuk menyelamatkan nyawa, tetapi pengambilan organ paksa yang mengkomersialkan pembunuhan tanpa keraguan, adalah antara jenayah terburuk”, kata Lord Philip Hunt, anggota Parlimen UK dan bekas menteri kesihatan Britain.

Hunt membuat pernyataan di webinar ketiga Sidang Kemuncak Dunia dalam Memerangi dan Mencegah Pengambilan Organ Paksa. Sidang kemuncak itu, yang dianjurkan oleh lima NGO termasuk kumpulan penyokong Persatuan Doktor Anti-Perampasan Organ (DAFOH), bermula pada 17 September dan akan berlangsung hingga 26 September.

“Saya harap acara ini memberi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia untuk mengambil tindakan positif terhadap jenayah ini”, kata Hunt.

China telah menjadi salah satu destinasi yang kegemaran bagi individu yang memerlukan pemindahan organ, kerana kepantasan hospital di China dapat menemui organ yang sepadan — kadang-kadang hanya dalam beberapa hari atau minggu.

Manakala Beijing pula menjelaskan bekalan organ yang banyak di sana adalah disebabkan oleh sistem pendermaan organ sukarela, di mana ramai penderma organ yang berdaftar di negara terbabit.

Naratif PKC dibongkarkan pada tahun 2019 ketika pengadilan bebas yang berpusat di London, setelah penyelidikan selama setahun, mendedahkan bahawa pengambilan organ paksa yang disetujui oleh negara telah berlangsung di China selama bertahun-tahun ‘pada skala yang signifikan’.

Malah, pengadilan tersebut menyatakan bahawa adalah satu kepastian bahawa organ-organ itu bersumberkan daripada pengamal Falun Gong yang dipenjarakan dan bahawa mereka mungkin sumber utama.

Pengamal Falun Gong – latihan spiritual yang juga dikenal sebagai Falun Dafa, telah menjadi sasaran penganiayaan oleh rejim PKC sejak Julai 1999. Tuduhan pengambilan organ paksa dari penganut Falun Gong yang ditahan pertama kali muncul pada tahun 2006.

Hunt menunjukkan usahanya untuk mendorong undang-undang baru Inggeris, ‘Organ Tourism and Cadavers on Display Bill’, yang katanya akan memastikan bahawa warga UK tidak dapat melakukan perjalanan ke negara-negara seperti China untuk pemindahan organ.

Beliau turut mengatakan Rang Undang- Undang (RUU) itu juga akan melindungi warga UK daripada keterlibatan dalam pengambilan organ paksa.

“Harapan saya agar ia (RUU) bertindak sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya, baik di negara ini (UK) dan di seluruh dunia”, kata Hunt.

Di Amerika Syarikat (AS), undang-undang baru diperkenalkan di Senat (S.602) dan Dewan (H.R.1592) pada bulan Mac untuk memerangi pengambilan organ paksa dan perdagangan manusia. Rang undang-undang Dewan kini mempunyai 31 penaja bersama daripada kedua belah pihak.

Sekiranya diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada pemerintah AS untuk menolak atau mengambil pasport orang yang melakukan pembelian organ secara haram. Ia juga akan melarang eksport alat pembedahan pemindahan organ dari AS ke entiti asing yang berkaitan dengan jenayah tersebut.

Perundangan AS yang serupa diperkenalkan pada sesi Kongres sebelumnya pada bulan Disember tahun lalu.

“Saya menyeru EU dan AS serta semua perwakilan dan komuniti lain di dunia bebas untuk memperjuangkan hak asasi manusia di China dan menghentikan perdagangan organ manusia yang haram dan tidak berperikemanusiaan dari tahanan tidak bersalah di China”, kata penggubal undang-undang Sweden, Ann- Sofie Alm berkata di webinar pada 19 September.

André Gattolin, naib ketua Jawatankuasa Senat Perancis untuk Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Angkatan Bersenjata, mengatakan semasa webinar bahawa beberapa ahli politik memilih untuk diam kerana ancaman PKC.

“Untuk mempersoalkankan pemindahan organ secara paksa di China jelas sekali mendedahkan diri terhadap penolakan yang memalukan dan bahkan terhadap ancaman pembalasan komersial atau politik dari Beijing”, kata Gattolin.

Oleh yang demikian, Gattolin menambah bahawa Perancis hanya mengamalkan diplomasi secara senyap dan agak terbatas.

Wakil AS, Steve Chabot menyebut bahawa pengambilan organ paksa PKC sebagai salah satu amalan paling biadab dalam sejarah manusia dan memberi amaran kepada penonton webinar mengenai masa depan yang gelap jika PKC dapat mengeksport pandangannya mengenai hak asasi manusia ke seluruh dunia.

“Dunia yang sesuai dengan nilai-nilai PKC adalah dunia di mana mereka yang tidak mengikuti parti boleh dimasukkan ke dalam kem konsentrasi atau organ mereka diambil”, katanya.

“Itulah visi bagi dunia yang tiada seorang pun mahu hidup di dalamnya. Dan itulah visi dunia yang kita semua perlu lawan”.

Dr. Fauci gesa rakyat Amerika Syarikat tidak mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 sehingga disahkan layak

0

Ketua penasihat kesihatan pentadbiran Biden, Dr. Anthony Fauci mempertahankan keputusan Presiden Joe Biden untuk mengumumkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang akan tersedia untuk ditawarkan kepada populasi Amerika Syarikat bermula 20 September, walaupun tiada petunjuk bahawa penyelaras utama akan menyatakan persetujuan tepat pada waktunya.

Semasa diwawancara dalam rancangan berita pagi pada 19 September, Dr. Fauci menggesa rakyat Amerika Syarikat yang telah menerima vaksin penuh agar tidak mendapatkan suntikan dos penggalak, atau dos ketiga vaksin Pfizer atau Moderna, sehingga mereka disahkan layak.

Ini berikutan setelah panel penasihat vaksin Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengundi dengan syor agar tidak memberikan dos penggalak Pfizer kepada populasi awam tetapi hanya mengesyorkan untuk individu Amerika Syarikat berusia 65 tahun dan ke atas, yang memberi tamparan hebat kepada rancangan dos penggalak Rumah Putih.

Dr. Anthony Fauci (Gambar oleh J. Scott Applewhite / AP)

Dr. Fauci yang merupakan ketua Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional sejak tahun 1984, memberitahu ‘Meet the Press’ bahawa rancangan Biden biasa bergantung pada kelulusan yang diberikan oleh FDA.

“Saya fikir ramai tidak memahami perbezaan merancang sesuatu dan sebenarnya untuk apa elemennya tujuan itu, berapa bahagiannya, anda sebenarnya baru mahu melancarkannya. Dan itulah sebenarnya apa yang berlaku,” jelas Dr. Fauci.

Warga Amerika Syarikat yang telah divaksinasi penuh dan sedang menunggu dos ketiga perlu kekal bersabar, kata Dr. Fauci. Sementara itu, data vaksin Johnson & Johnson dan Moderna juga perlu dikumpulkan.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan data ini ke FDA, sehingga mereka menelitinya dan menentukan berkenaan dos penggalak untuk semua orang ini. Mereka tidak akan ketinggalan ke belakang, dengan apa cara pun,” jelas Dr. Fauci.

Tidak jelas bila keputusan akhir FDA mengenai pelancaran dos penggalak untuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas, sementara Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menjadualkan mesyuarat pada minggu hadapan untuk pengedaran dos penggalak ke seluruh Amerika Syarikat.

Menyuarakan seruannya kepada rakyat supaya bersabar semasa wawancara di CNN, Dr. Fauci pada 19 September menjawab soalan mengenai individu Amerika yang mendapat suntikan tanpa kebenaran. Beliau berkata mereka perlu ‘mematuhi saranan’ yang dikeluar dan diluluskan oleh panel penasihat FDA.

“Kami mengesyorkan agar semua orang menunggu sehingga anda berada dalam kategori apabila disarankan,” katanya, sambil menambah bahawa selalu terdapat “risiko teoretikal” kerana kajian yang relevan belum dilakukan dengan sepenuhnya mengenai vaksin Pfizer.

Pada 17 September, panel penasihat FDA mengundi 16-3 menentang syor dos penggalak Pfizer untuk individu di bawah umur 65 tahun. Beberapa ahli panel berkata mereka bimbang akan kemungkinan risiko dan hubungan dos penggalak dengan ‘myocarditis’, sejenis keradangan kepada jantung.

Dr. James Hildreth, salah seorang ahli panel pakar yang mengundi di FDA, berkata beliau “mempunyai masalah serius berkenaan ‘myocarditis’ ke atas golongan muda,” sementara yang lain menyatakan kebimbangan mengenai data yang dibentangkan oleh Pfizer kepada agensi tersebut. Pfizer berpendapat selama beberapa bulan, keberkesanan vaksinnya telah menurun dan dengan itu keperluan dos tambahan adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan.

The Epoch Times telah menghubungi FDA untuk mendapatkan komen berkenaan.

Jururawat di Mississippi anjur perhimpunan protes mandat vaksin

0

Kira-kira 100 orang berdiri dalam hujan pada 18 September lalu ketika mereka mengadakan protes mandat vaksin di hadapan sebuah hospital di Columbus, Mississippi, Amerika Syarikat.

Jururawat Amber Anders menganjurkan perhimpunan berkenaan, salah satu daripada beberapa perhimpunan serupa yang diadakan di seluruh negara.

“Kekecewaan terbesar saya dengan ini adalah kerana menyedari saya mempunyai imuniti semula jadi, jadi saya tidak memerlukan vaksin,” kata Anders kepada The Epoch Times.

Hospitalnya memberi tarikh akhir sehingga 31 Oktober yang jika tidak dilaksanakan akan mengakibatkan jururawat Anders kehilangan sijil tauliah Medicare dan Medicaid.

Gambar oleh Alice Sun / The Epoch Times

Sebagai jururawat, beliau telah melihat mereka yang telah mendapat vaksinasi penuh dimasukkan ke hospital kerana COVID-19.

“Sekiranya vaksin tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, ia tidak patut menjadi mandat (mandatori), dan setiap individu memiliki hak untuk memilih,” kata Anders.

Menuding kepada mereka yang tidak mahu divaksinasi sebagai ancaman adalah tidak masuk akal secara saintifik, kata Anders.

“Oleh kerana kita tidak mendapatkan vaksin, satu-satunya orang yang berpotensi disakiti adalah diri kita sendiri,” kata Anders. 

“Yang tidak divaksinasi tidak akan membahayakan mereka yang telah divaksinasi sekiranya vaksin itu berfungsi, yang mana nampaknya tidak berlaku yang sepatutnya,” tambah Anders.

Anders pernah menghidap lupus, penyakit autoimun, yang kini tidak aktif selama empat tahun. Walau bagaimanapun, ketakutan dan kebimbangannya kini ialah vaksin akan mengaktifkan semula penyakit itu, katanya.

“Tiada sesiapa dapat memberi jaminan kepada saya yang ia tidak akan berlaku, jadi ia bukan risiko yang saya ingin tanggung. Sekiranya vaksin benar-benar berfungsi, saya akan memahami sedikit untuk menyaran – bukan mandat. Tidak perlu memaksa untuk mengambil vaksin kecuali individu itu mengetahui 100 peratus yang ia tidak membawa risiko – atau manfaat itu melebihi risiko – dan pada masa ini, tiada sesiapa dapat menjamin. Itu belum cukup lama, jadi pada dasarnya kita masih dalam peringkat percubaan,” kata Anders.

Warga Amerika Syarikat terus jatuh sakit dengan mandat, mendapat maklumat salah ketika berusaha mengawal dan menangani jangkitan virus, dan desakan untuk memisahkan mereka yang telah divaksinasi— yang katanya dapat membawa virus semudah mereka yang belum divaksinasi — daripada mereka yang tidak mahu divaksinasi.

Sama seperti tidak ada “rima atau alasan” dengan virus, katanya, dan tidak ada rima atau alasan untuk mendapatkan vaksin.

“Anda tidak pernah tahu bagaimana virus itu sendiri akan mempengaruhi seseorang, kerana ia mempengaruhi setiap orang dengan cara berbeza, jadi itulah cara yang saya rasakan mengenai vaksin,” kata Anders.

Bersama tujuan perhimpunan, jururawat Amber Anders berkata beliau memanggil beberapa gabenor, dan respons yang beliau perolehi adalah bersetuju yang mandat itu salah.

“Baiklah, itu baik-baik saja, tetapi sehingga tindakan diambil, kata-kata sahaja tidak bermakna apa-apa. Sekiranya kita tidak memperjuangkan membantah mandat ini, siapa yang tahu apa pula selepas ini,” katanya.

Amber Anders adalah ahli Mississippi Patriots for Vaccine Rights (MPVR), yang akan mengadakan perhimpunan pada 9 Oktober di Jackson, Mississippi.

Sejak beberapa bulan lalu, Presiden MPVR MaryJo Perry memberitahu The Epoch Times yang keahlian organisasi itu telah meningkat dari 3,350 kepada 6,000 orang.

Perry dan Naib Presiden Lindey Hughes Magee mengasaskan organisasi bukan keuntungan pada tahun 2012, Mississippi Parents for Vaccine Rights yang menjadi hub kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka menderita kecederaan akibat vaksin.

Perry memberitahu beliau mendengar pendedahan beberapa jururawat Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mereka melihat kes yang sama banyak individu yang telah divaksinasi, serupa dengan yang tidak divaksinasi.

Dalam horizon pandemik, Perry melihat peluang kerajaan persekutuan mendekati untuk mewajibkan vaksin COVID-19, yang kini tidak hanya mempengaruhi ibu bapa dan anak-anak mereka, tetapi pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja di sektor swasta.

Untuk melihat di mana pendirian para ahlinya dengan vaksinasi, MPVR telah menghantar kaji selidik dengan 60 peratus menjawab mereka tidak bersetuju untuk mendapatkan vaksinasi, kata Perry.

Gambar oleh Rui Ren / The Epoch Times

Ramai profesional penjagaan kesihatan sedang memperjuangkan hak mereka dengan mengambil tindakan undang-undang, tetapi ramai juga sudah bersedia untuk berhenti, katanya.

“Ada jururawat yang bekerja sebagai penghias kuku sekarang. Cukup teruk. Mereka telah tawar hati untuk bekerja semula selepas jururawat FEMA (Federal Emergency Management Agency) dibawa masuk dan dibayar lebih banyak,” jelas Perry.

Pendirian Gabenor

Gabenor Mississippi, Tate Reeves menjadi panel dalam wawancara CNN ‘State of the Union’ pada 19 September, dengan menggelar mandat vaksin COVID-19 Presiden Joe Biden sebagai “serangan oleh presiden ke atas rakyat Amerika yang rajin dan warga Mississippi yang rajin, yang beliau mahu rakyat memilih antara mendapatkan suntikan di lengan dan keupayaan mereka untuk memberi makan kepada keluarga.”

Kemudian dalam wawancara itu, Tate Reeves bertanya, “Jika presiden ini memiliki kemampuan untuk menguatkuasakan mandat vaksin, kuasa apa yang tidak kita berikan kepada presiden ini?”

Wanita baik hati beri makanan pada gagak, kerap terima hadiah ‘berharga’ sentuh hati warganet

0

Kita sudah sedia maklum bahawa burung kakak tua adalah merupakan antara burung yang bijak di dunia. Namun adakah anda tahu bahawa burung gagak turut tersenarai?

Dalam satu kajian, gagak berupaya melakukan tugasan kompleks yang melibatkan ratusan neuron analitik. Hebat bukan?

Mereka turut boleh melakukan kerja, berkongsi pengetahuan dan bahkan meratapi kematian sesama sendiri secara ritual.

Malah nampaknya mereka turut pandai membalas budi. Seorang wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat berkongsi kisah dirinya bersama burung gagak di balkoni rumahnya.

Beberapa tahun yang lalu, Melinda mendapati bahawa terdapat beberapa ekor gagak akan berhenti berehat di balkoni rumahnya.

Walaupun ramai cenderung untuk menghalau kehadiran gagak di rumah, Melinda ‘menyambut’ gagak tersebut dengan meletakkan sedikit makanan.

Tidak lama kemudian, Melinda perasan bahawa terdapat sesuatu yang ditinggalkan oleh gagak tersebut yang dianggapnya sebagai ‘hadiah’.

“Mereka meninggalkan penutup botol champagne. Walaupun ianya sampah bagi manusia, namun benda berkilau seperti itu seakan berharga bagi gagak”.

Selain itu, gagak tersebut turut meninggalkan beberapa benda lain – batu kecil berwarna warni, kulit kacang dan bahkan gula-gula jeli ‘gummy bear’.

Menghargai benda yang dibawa oleh gagak berkenaan seolah-olah sudah menjadi satu kegembiraan buat Melinda.

“Walaupun saya tidak tahu apa ini, saya merasakan bahawa ia adalah hadiah istimewa dan sangat berharga”, ujar Melinda.

Melinda semakin selesa bersama gagak berkenaan dan menerima kehadiran mereka sepertinya sudah seperti diziarahi kawan buat Melinda.

Kata Melinda, perkara yang paling bermakna buat dirinya adalah nilai menghormati setiap ciri yang dimiliki oleh pelbagai makhluk yang hidup di muka bumi ini.

“Gagak ini akan mengajar anak-anak mereka untuk hidup secara harmoni dan aman bersama manusia”, akhirinya.

Tonton Omar dan Hana di rumah, bintang MU, Pogba curi tumpuan netizen Malaysia

0

Selain ‘Upin dan Ipin’ serta ‘Didi and Friends’, animasi tempatan Omar dan Hana turut mendapat tempat di hati kanak-kanak di Malaysia.

Sungguhpun begitu, tidak disangka pula bahawa animasi ini turut diterima dan ditonton oleh individu dari luar negara.

Lebih membanggakan lagi, individu tersebut bukanlah calang-calang orang – Paul Pogba! Baru-baru ini, Pogba telah berkongsi sesuatu di laman Facebooknya.

“Bersama C62 terbaharu + TV daripada TCL dan ianya adalah skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah!”.

Skrin televisyennya mencuri tumpuan khasnya buat para peminat Pogba di Malaysia memandangkan ia menunjukkan animasi Omar dan Hana.

Paul Labile Pogba/Facebook

Ringkasnya, Omar dan Hana merupakan program kartun bertemakan islamik yang menfokuskan kepada kandungan pendidikan untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Pogba walau bagaimanapun tidak menjawab komen sama ada beliau menontonnya bersama anak-anak.

Apa pun, kita turut berbangga melihat animasi tanah air kita mendapat tempat di peringkat dunia.

Panel FDA Amerika Syarikat undi menentang dos penggalak Pfizer buat semua, syor hanya untuk individu 65 tahun ke atas

0

Panel penasihat vaksin Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 17 September mengundi 16–3 dalam mengesyorkan untuk tidak memberikan suntikan vaksin Pfizer COVID-19 bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas. Panel kemudian mengundi menyokong dos penggalak Pfizer untuk individu yang berumur 65 tahun dan ke atas termasuk bagi golongan yang berisiko tinggi.

Sepanjang mesyuarat berkenaan, saintis bebas sebagai penasihat FDA dalam nada skeptikal untuk menentang keperluan dos penggalak, atau dos ketiga, bagi vaksin Pfizer COVID-19 buat populasi awam. 

Perbincangan panel penasihat ini merupakan ujian besar pertama dalam agenda vaksinasi pentadbiran Biden ekoran pegawai kesihatan tertinggi pada bulan lalu mengumumkan akan melancarkan agihan dos penggalak untuk semua golongan menjelang 20 September.

Jururawat menyediakan dos suntikan Pfizer BioNTech di pusat pemberian vaksinasi di Los Angeles pada 23 Ogos 2021 (Gambar oleh Lucy Nicholson/ REUTERS)

Tetapi buat individu yang berumur 65 tahun dan ke atas, juga termasuk mereka yang berisiko tinggi dalam pekerjaan seperti petugas barisan hadapan, dos penggalak adalah disyorkan dengan undian 18-0.

Masih belum jelas bila keputusan terakhir FDA mengenai suntikan dos penggalak akan diberikan, sementara Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah menjadualkan satu mesyuarat pada minggu hadapan dalam membincangkan pengedaran dos penggalak berkenaan ke seluruh Amerika Syarikat. 

The Epoch Times telah menghubungi FDA untuk mendapatkan komen mereka.

“Kami tidak terikat dengan FDA dengan undi anda, hanya untuk anda memahami. Kami boleh mengubahnya sebagaimana perlu,” kata Dr. Peter Marks, pegawai tertinggi FDA, setelah undian diadakan.

Dalam kenyataan selepas pengundian, jurucakap Rumah Putih berkata, “Hari ini merupakan langkah ke hadapan yang penting dalam memberikan perlindungan lebih baik kepada rakyat Amerika Syarikat dari COVID-19. Kami bersedia untuk memberikan dos penggalak kepada warga Amerika yang layak setelah semua proses selesai pada akhir minggu hadapan.”

Dalam pada kebanyakan pegawai kesihatan Amerika Syarikat juga beberapa negara lain, dan pengeluar vaksin berpendapat dos penggalak diperlukan untuk semua golongan, ramai saintis, termasuk beberapa di dalam FDA dan CDC, tidak bersetuju. Dos penggalak sebelum ini telah disarankan oleh CDC untuk individu yang mengalami masalah imun.

Tetapi laporan FDA menyatakan risiko COVID-19 untuk golongan berusia 30 tahun yang sihat hanya 0.0004 peratus, atau 1 dalam 250,000, di mana menyokong hujah yang menentang dos penggalak yang disarankan untuk populasi awam. 

Sebilangan mereka mengesyorkan dos penggalak untuk individu yang lebih tua tetapi beberapa pakar mengatakan yang mereka memerlukan lebih banyak data mengenai sama ada suntikan dos penggalak boleh menyumbang kepada ‘myocarditis’, sejenis radang atau bengkak kepada jantung.

Dr James Hildreth, salah seorang ahli panel FDA yang mengundi, berkata beliau menyatakan kebimbangan akan masalah serius ‘myocarditis’ kepada golongan muda. FDA sebelum ini mengeluarkan amaran dalam kes terpencil, bahawa vaksin Pfizer dan Moderna, yang keduanya dihasilkan berdasarkan teknologi mRNA, boleh menyebabkan ‘myocarditis’ atau ‘pericarditis’ di kalangan individu lebih muda.

“Sejujurnya saya tidak fikir terdapat data berkualiti yang cukup baik untuk membuat keputusan yang tepat,” kata Brittany Kmush, seorang ahli epidemiologi dari Universiti Syracuse, mengenai kajian dari Israel itu, dengan menekankan tindakan susulan 12 hari dan pemboleh ubah menurut anggaran penulis.

Penasihat FDA yang lain, Dr. Melinda Wharton pula menyokong kebimbangan Dr. Hildreth dengan berkata beliau “tidak akan berasa selesa” dengan syor dos penggalak kepada golongan muda atas risiko ‘myocarditis’. Golongan muda tidak berisiko menghidap penyakit yang teruk didapati dari COVID-19 atau menjadi penemuan kes yang teruk, katanya dalam mesyuarat panel.

Awal minggu ini, FDA memuat naik hujah Pfizer yang memetik kajian di Israel dan Amerika Syarikat dengan saranan keberkesanan vaksin COVID-19 menurun dari masa ke masa dan mencadangkan dos penggalak diperlukan untuk menangani varian baru virus PKC yang menyebabkan COVID-19.

Ibu Pejabat FDA di White Oak. Md., pada 29 Ogos 2020 (Gambar Andrew Kelly/Reuters)

“Data dari Israel dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan meningkat lebih pantas ke atas individu yang diberi vaksin lebih awal dalam kempen vaksinasi berbanding dengan mereka yang telah divaksinasi baru-baru ini,” kata Pfizer semasa pembentangan yang dimuat naik ke laman web FDA.

Kajian Israel menanda aras “penurunan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 terutama disebabkan oleh penurunan tindak balas imun vaksin dari masa ke masa dan bukan disebabkan varian Delta yang melarikan diri dari perlindungan vaksin,” kata pembentangan Pfizer.

Tetapi sebagai tindak balas terhadap data Pfizer, para penyelidik FDA beberapa jam kemudian berkata pemberian dos vaksin awal sudah mencukupi dan mencadangkan bahawa dos penggalak mungkin tidak diperlukan buat masa sekarang.

Analisis oleh saintis Israel yang diterbitkan pada 15 September mendapati di antara 1.1 juta individu berusia 60 tahun ke atas yang telah divaksinasi sepenuhnya dengan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan, iaitu mereka yang mendapat dos penggalak cenderung tidak dijangkiti atau mendapat penyakit teruk berbanding mereka yang tidak menerima suntikan dos ketiga.

Gergasi farmaseutikal itu membuat kesimpulan bahawa keberkesanan vaksinnya semakin meningkat dari masa ke masa, dan suntikan dos ketiga mRNA berfungsi untuk meningkatkannya. Mereka berhujah 1.8 juta kes COVID-19 yang lebih teruk akan berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2021 tanpa suntikan dos penggalak kepada populasi awam.

Tetapi dalam satu kajian yang diterbitkan oleh The Lancet pada 13 September, dua pengulas vaksin senior FDA yang dijangka meninggalkan agensi itu tidak lama lagi bersama beberapa penyelidik utama berhujah bahawa dos penggalak tidak diperlukan untuk populasi awam.

Mereka berpendapat kemungkinan kesan sampingan daripada dos tambahan menjangkau manfaat, dengan menyatakan bahawa fenomena seperti itu sebenarnya akan meningkatkan keraguan terhadap vaksin. Kedua-dua pegawai FDA yang terlibat dalam penyelidikan itu, Marion Gruber dan Phil Krause, telah menghantar surat peletakan jawatan mereka pada bulan lalu, pegawai FDA mengesahkan.

“Bukti semasa tidak menunjukkan dengan nyata … bahawa perlunya dos penggalak ke atas populasi awam, di mana keberkesanannya terhadap penyakit yang teruk tetap tinggi. Walaupun dos penggalak akhirnya terbukti dapat menurunkan risiko penyakit serius dan pertengahan, bekalan vaksin semasa dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa jika digunakan ke atas populasi yang sebelum ini belum divaksinasi,” kata kajian mereka.

Para penyelidik itu juga menyatakan kebimbangan bahawa dos penggalak boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan ke atas individu, yang akan meningkatkan keraguan individu belum divaksinasi untuk mendapatkan vaksin – bukan sekadar hanya dos penggalak.

Pada 17 September, saham Moderna Inc. dan BioNTech yang diniagakan masing-masing jatuh sekitar 4.93 peratus dan 4.91 peratus.

“Kacau lagi siapa suruh?” Singa betina bingkas bangun menampar singa jantan, garang sungguh ketika suami pulang lewat

0

Di Rizab Taman Negara Maasai Mara, barat daya Kenya, tular video amat jarang ditemui dan adegan lucu dua ekor singa telah berjaya dirakam. 

Pada mulanya, seekor singa jantan kelihatan berjalan perlahan terjengket-jengket mendekati singa betina yang sedang tidur dan ingin menyapanya dengan kasar.

Akibatnya, singa betina bingkas bangun dan memberi singa jantan beberapa kali penampar dengan riak dan nadanya yang marah. 

Paparan Skrin / YouTube

Rakaman video ini telah membuat netizen ketawa berdekah dengan berkata, “Dia seperti tidak suka suaminya pulang lewat..”

Kelihatan singa betina berbaring malas di tengah jalan, sedang menikmati rehat petang. Pada masa yang sama kelihatan singa jantan mendekati singa betina itu secara diam-diam, seolah-olah ingin mendapatkan mangsanya. 

Paparan Skrin / YouTube

Tetapi muslihat ini tidak dapat memperdaya singa betina yang terlatih lebih hebat dengan ilmu ketangkasan memburunya.

Paparan Skrin / YouTube

Dia sudah merasakan kehadiran singa jantan yang menghampiri, dan pada mulanya dia diam sahaja buat-buat tidak tahu. 

Paparan Skrin / YouTube

Ketika singa jantan berada dekat dan menyentuhnya dengan kasar, si singa betina bingkas bangun menampar bertalu-talu si singa jantan tanpa berlengah lagi..

Paparan Skrin / YouTube

Singa jantan menjadi begitu gerun lantas mundur tiga langkah berturut-turut sambil termengah-mengah, dan mungkin menyesal tak sudah tidak akan pernah berani untuk bercakaran dengan singa betina garang ini lagi. 

Paparan Skrin / YouTube

Pemandu pelancong Joshua Loonkushu yang merakamkan adegan jarang berlaku itu berkata dia telah menjadi pemandu pelancong di taman itu selama 8 tahun, tetapi dia tidak pernah melihat pemandangan seperti itu. 

Paparan Skrin / YouTube

Apabila anda melihat seekor singa jantan menyelinap hendak mengganggu singa betina, anda kini sudah tahu apa yang bakal berlaku.

Jadi, jangan sesekali singa jantan mengganggu singa betina, kena cakar dan penamparlah jawabnya!

Tonton video di sini.

KJ : MySejahtera selesaikan 500,000 isu berkaitan sijil vaksinasi digital

0

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa sebanyak 500,000 masalah berkaitan dengan paparan sijil vaksinasi digital pada aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan 200,000 lagi masalah sama dan ia dijangka selesai dalam waktu terdekat.

Difahamkan sebanyak 95,347 aduan telah diterima dalam tempoh seminggu berkaitan dengan pengguna aplikasi MySejahtera.

Tegas beliau, masalah dikenalpasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan sekaligus mengakibatkan sijil digital individu terikat dengan pemilik akaun MySejahtera.

“Antara masalah yang dikenal pasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan menyebabkan sijil vaksin individu tersebut terikat dengan pemilik akaun utama”.

“Tanggungan sijii itu terlekat pada (akaun aplikasi) bapa ataupun mak. Untuk masalah ini pemilik akaun perlu keluarkan akaun tanggungan bagi membolehkan tanggungan mendaftar MySejahtera”.

Ujarnya lagi, antara punca lain yang dikenal pasti adalah pemilik MySejahtera tidak mengesahkan nombor kad pengenalan pada aplikasi berkenaan.

“Pengguna kena sahkan dulu untuk dapatkan sijil itu, ataupun pengguna lebih daripada satu akaun MySejahtera”.

“Dan sijil vaksin itu dipaparkan dalam akaun pengguna ketika mendapat vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV)”, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta premis untuk menerima kad fizikal bagi mengatasi sebarang kesulitan disebabkan oleh ketiadaan paparan sijil digital vaksin.

“Saya minta agar semua premis menerima kad fizikal ini jika individu sudah lengkap divaksin tiada paparan sijil vaksin digital”.

Katanya, kad vaksinasi fizikal itu merupakan kad bercetak yang ditulis oleh petugas kesihatan semasa individu mendapatkan suntikan di PPV.

PM : Dos penggalak mula diberi pada golongan berisiko selepas 80% populasi divaksin

0

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin (penggalak) dalam usaha bagi meningkatkan perlindungan khasnya golongan rentan.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keutamaan dos ketiga itu tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit yang mempunyai daya ketahanan imun yang rendah serta warga tua dengan komorbiditi.

Pemberian dos ketiga berkenaan juga menurutnya akan mula diberikan setelah 80% populasi negara sudah divaksinasi.

Setakat 19 September, sebanyak 78.2% populasi dewasa negara sudah menerima vaksin COVID-19.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini”.

“Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan”, akhirinya.

Tempoh reman pemandu Triton lawan arus dilanjutkan 3 hari atas dakwaan kes bunuh

0

SHAH ALAM – Kejadian pemandu Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua kematian di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan pada 12 September lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Memetik kenyataan daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kes berkenaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ekoran itu, tempoh reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu telah dilanjutkan kepada tiga hari bagi tujuan siasatan lanjut.


“Reman terhadap pemandu yang melawan arus itu disambung bermula hari ini (17 September 2021). Permohonan sambungan itu dipersetujui Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin untuk siasatan lanjut,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, dua remaja maut di tempat kejadian apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka telah bertembung dengan kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di lebuhraya berkenaan.


Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 dan rakannya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19 dilaporkan mengalami cedera parah dan tersepit pada bahagian depan kereta. Laporan mengenai kejadian itu diterima oleh pihak bomba sekitar jam 1.15 pagi dan anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu Triton itu mengesahkan suspek positif dadah jenis ganja. Suspek telah ditahan direman selama enam hari mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987  sebelum ditukar kepada Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Saksi bersama dua lagi rakannya yang merakam video kejadian turut tampil bagi membantu siasatan. Difahamkan tiga hari sebelum kejadian, Allahyarham Muhammad Hafiz dikatakan sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp untuk memohon maaf. Tindakan Allahyarham yang seolah-olah memberi petanda bahawa mangsa akan pergi buat selamanya itu mendatangkan rasa pilu dalam kalangan keluarga dan kenalannya.