25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaKesihatanKajian : Penyakit ‘jalur putih’ ditemui pada 90% ayam berjenama pasar raya...

Kajian : Penyakit ‘jalur putih’ ditemui pada 90% ayam berjenama pasar raya di AS

Pihak The Humane League mendedahkan lebih daripada 90% ayam yang dijual di Amerika Syarikat mempunyai penyakit otot yang dikenali sebagai ‘white stripping’ atau jalur putih.

Penyakit ini merupakan miopati otot yang terjadi ketika ayam dibiakkan untuk pertumbuhan yang cepat. Garis-garis akan muncul pada ayam pabila mereka tidak menjalani pertumbuhan otot yang sepatutnya, selain ia turut menimbulkan masalah pada aliran darah dan oksigen.

Hasilnya, tisu otot pada ayam akan digantikan fengan tisu dan lemak yang berserat, di mana secara tidak langsung turut mengurangkan nilai atau protein daging kepada 9% sahaja, sementara kandungan lemak pula mencapai sehingga 224%.

Difahamkan bahawa penyakit jalur putih ini memberi kesan terhadap 50% hingga 96% ayam yang menjalani pertumbuhan pantas.

Antara Mei hingga Julai 2021, The Humane League selaku organisasi perlindungan haiwan global melakukan penyelidikan tentang penyakit ini pada ayam di rak pasar raya untuk melihat sama ada ia mempunyai tahap yang serupa dengan apa yang dilaporkan dalam jurnal ilmiah.

Siasatan analisis dibuat terhadap kes daging di pasar raya utama 29 buah negeri termasuklah di Walmart, Kroger, Costco, Albertsons, Ahold Delhaize, Publix, Target, HEB, Meijer, Aldi, Wakefern, Trader Joe’s, HyVee, BJ’s Wholesale Club, Wegmans dan Giant Eagle.

Para penyelidik mendapati bahawa penyakit jalur putih terbukti pada 99% pada inventori ayam, sementara beberapa pasar raya memiliki jalur putih dalam 100% paket yang diambil sampelnya.

Kesemua 16 pasar raya yang dianalisis mempunyai jalur putih pada daging dada ayam jenama mereka sendiri, sementara 70% bungkusan ayam mempunyai jalur putih di tahap sederhana hingga teruk.

‘Pesalah terburuk’ adalah Walmart, BJ dan Meijer, dengan jalur putih sederhana hingga parah masing-masing pada tahap 93%, 87% dan 85% ayam mereka.

“Fakta bahawa 99% dari semua ayam jenama kedai yang dijual di pasar raya besar mengandungi penyakit berjalur putih harus diberikan perhatian oleh pengguna”, kata David Coman-Hidy, presiden The Humane League.

“Penyakit ini adalah peringatan visual dari penderitaan mengerikan haiwan berusia beberapa minggu ini dan kawalan yang dimiliki oleh ladang kilang terhadap bekalan makanan kita. Hampir mustahil bagi orang Amerika untuk mencari alternatif daripada daging yang berpenyakit ini”.

Menurut laporan The Humane League, jalur putih mempengaruhi kurang daripada 5% ayam sekitar 10 tahun yang lalu tetapi angka itu meningkat secara drastik dalam lima tahun menjadi 96%.

Organisasi itu juga memetik data dari Sentience Institute yang menganggarkan 99% daripada semua haiwan ternakan AS kini tinggal di ladang kilang.

Tambah mereka, kajian pada tahun 2018 mendapati bahawa 50% pembeli mengatakan mereka tidak akan membeli ayam dengan jalur putih, namun kini pengguna tidak lagi diberi pilihan selain membeli ayam ladang jenama pasar raya.

“Syarikat makanan mesti melakukan peralihan ke baka ayam dengan pertumbuhan normal – dengan menerapkan konsep Komitmen Ayam yang Lebih Baik bagi meningkatkan pilihan pengguna, kesihatan manusia dan kesejahteraan haiwan”, tambah organisasi itu.

Penemuan ini ditolak oleh Majlis Ayam Nasional, dengan seorang jurucakap memberitahu CBS MoneyWatch bahawa garis putih bukan penyakit, sebaliknya adalah faktor kualiti daging dada ayam yang disebabkan oleh simpanan lemak di otot semasa pertumbuhan ayam.

Jurucakap itu menyatakan bahawa hanya 3% hingga 6% burung dalam kawanan komersil yang mempunyai kes berjalur putih yang teruk. Sementara kebanyakan daging dengan kes penyakit yang teruk digunakan dalam produk yang diproses dan tidak dijual sebagai daging dada ayam tanpa tulang dan tanpa kulit.

“Jadi, ketika pengguna membeli daging ayam di kedai, daging itu tidak mempunyai jalur putih”, tambahnya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI