Tidak kira sama ada pembelajaran mahupun bekerja secara dalam talian, masing-masing memerlukan persekitaran yang selesa dan kondusif.
Justeru banyak di antara kita memutuskan untuk melakukan pengubahsuaian bilik agar lebih selesa untuk tujuan itu.
Samalah seperti seorang gadis ini yang mahu melakukan renovasi penuh pada biliknya yang bersaiz 10 meter persegi kepada sebuah ruang bertemakan Nordik yang indah dan kemas!
Sebelum..
GooDay 日日安/YouTube
Ujar gadis berkenaan, bilik dan ruang yang selesa bukan sahaja memberi kesan langsung terhadap mood malah turut memperbaiki kecekapan dalam bekerja dan juga kehidupan.
GooDay 日日安/YouTube
Menurutnya, ada beberapa langkah yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengubahsuaian sesuatu ruang, antaranya :
#1 Kenalpasti masalah
Bagi biliknya, masalah yang dialami termasuklah sudut yang tidak ergonomik, dinding suram berwarna merah jambu, perabot yang tidak sesuai dan juga ruang yang dibazirkan dan tidak digunakan sepenuhnya.
GooDay 日日安/YouTube
#2 Rancang reka bentuk dan susun atur ruang
Gadis itu kemudiannya melakar reka bentuk yang diidamkannya bagi memastikan ruang bilik yang kecil itu mampu digunakan sepenuhnya.
GooDay 日日安/YouTube
Oleh itu, dia menfokuskan kepada 3 sudut bagi biliknya – ruang kerja, santai dan juga berehat atau berpakaian, di mana setiap satunya merupakan perkara asas yang perlu diutamakan.
#3 Penyediaan
Setelah itu, keseluruhan bilik perlulah dikosongkan. Ini termasuklah mengalihkan perabot ke ruang yang lain, aksesori lain turut ditanggalkan. Menutup semua cela atau lubang pada dinding dan sebagainya.
GooDay 日日安/YouTube
#4 Fasa pembaharuan
Kemudian, gadis itu mula mengecat biliknya mengikut tema yang diinginkan. Dia turut memasang kertas dinding untuk tujuan berkenaan.
GooDay 日日安/YouTube
Untuk lantai pula, dia menggunakan lantai pasang berkunci SPC dengan corak simen memandangkan lantai pasang itu mudah dipasang atau dibuka serta tidak memerlukan gam.
#5 Fasa transformasi
Gadis itu menginginkan dinding yang mempunyai fungsi penyimpanan yang optimum. Jadi dia memasang beberapa kabinet kecil pada dinding biliknya.
GooDay 日日安/YouTube
Sementara itu, dia turut membina meja berbentuk L sendiri menggunakan meja lipat bagi menjimatkan lagi kos.
Inilah hasil selepas transformasi..
GooDay 日日安/YouTube
GooDay 日日安/YouTube
GooDay 日日安/YouTube
Berikut adalah video penuh transformasi ini :
Puas hati sangat melihatnya bukan? Ianya satu kepuasan untuk diri sendiri.