30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGlobalPegawai UK : ‘Pembunuhan yang dikomersilkan’ dalam industri pemindahan organ PKC perlu...

Pegawai UK : ‘Pembunuhan yang dikomersilkan’ dalam industri pemindahan organ PKC perlu berakhir

Beberapa ahli politik dari seluruh dunia pada sidang kemuncak 19 September lalu mengecam amalan Parti Komunis China (PKC) yang terus membunuh tahanan yang tidak bersalah bagi membekalkan organ dalam pasaran transplantasi yang menguntungkan.

“Pendermaan organ adalah tindakan yang berharga untuk menyelamatkan nyawa, tetapi pengambilan organ paksa yang mengkomersialkan pembunuhan tanpa keraguan, adalah antara jenayah terburuk”, kata Lord Philip Hunt, anggota Parlimen UK dan bekas menteri kesihatan Britain.

Hunt membuat pernyataan di webinar ketiga Sidang Kemuncak Dunia dalam Memerangi dan Mencegah Pengambilan Organ Paksa. Sidang kemuncak itu, yang dianjurkan oleh lima NGO termasuk kumpulan penyokong Persatuan Doktor Anti-Perampasan Organ (DAFOH), bermula pada 17 September dan akan berlangsung hingga 26 September.

“Saya harap acara ini memberi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia untuk mengambil tindakan positif terhadap jenayah ini”, kata Hunt.

China telah menjadi salah satu destinasi yang kegemaran bagi individu yang memerlukan pemindahan organ, kerana kepantasan hospital di China dapat menemui organ yang sepadan — kadang-kadang hanya dalam beberapa hari atau minggu.

Manakala Beijing pula menjelaskan bekalan organ yang banyak di sana adalah disebabkan oleh sistem pendermaan organ sukarela, di mana ramai penderma organ yang berdaftar di negara terbabit.

Naratif PKC dibongkarkan pada tahun 2019 ketika pengadilan bebas yang berpusat di London, setelah penyelidikan selama setahun, mendedahkan bahawa pengambilan organ paksa yang disetujui oleh negara telah berlangsung di China selama bertahun-tahun ‘pada skala yang signifikan’.

Malah, pengadilan tersebut menyatakan bahawa adalah satu kepastian bahawa organ-organ itu bersumberkan daripada pengamal Falun Gong yang dipenjarakan dan bahawa mereka mungkin sumber utama.

Pengamal Falun Gong – latihan spiritual yang juga dikenal sebagai Falun Dafa, telah menjadi sasaran penganiayaan oleh rejim PKC sejak Julai 1999. Tuduhan pengambilan organ paksa dari penganut Falun Gong yang ditahan pertama kali muncul pada tahun 2006.

Hunt menunjukkan usahanya untuk mendorong undang-undang baru Inggeris, ‘Organ Tourism and Cadavers on Display Bill’, yang katanya akan memastikan bahawa warga UK tidak dapat melakukan perjalanan ke negara-negara seperti China untuk pemindahan organ.

Beliau turut mengatakan Rang Undang- Undang (RUU) itu juga akan melindungi warga UK daripada keterlibatan dalam pengambilan organ paksa.

“Harapan saya agar ia (RUU) bertindak sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya, baik di negara ini (UK) dan di seluruh dunia”, kata Hunt.

Di Amerika Syarikat (AS), undang-undang baru diperkenalkan di Senat (S.602) dan Dewan (H.R.1592) pada bulan Mac untuk memerangi pengambilan organ paksa dan perdagangan manusia. Rang undang-undang Dewan kini mempunyai 31 penaja bersama daripada kedua belah pihak.

Sekiranya diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada pemerintah AS untuk menolak atau mengambil pasport orang yang melakukan pembelian organ secara haram. Ia juga akan melarang eksport alat pembedahan pemindahan organ dari AS ke entiti asing yang berkaitan dengan jenayah tersebut.

Perundangan AS yang serupa diperkenalkan pada sesi Kongres sebelumnya pada bulan Disember tahun lalu.

“Saya menyeru EU dan AS serta semua perwakilan dan komuniti lain di dunia bebas untuk memperjuangkan hak asasi manusia di China dan menghentikan perdagangan organ manusia yang haram dan tidak berperikemanusiaan dari tahanan tidak bersalah di China”, kata penggubal undang-undang Sweden, Ann- Sofie Alm berkata di webinar pada 19 September.

André Gattolin, naib ketua Jawatankuasa Senat Perancis untuk Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Angkatan Bersenjata, mengatakan semasa webinar bahawa beberapa ahli politik memilih untuk diam kerana ancaman PKC.

“Untuk mempersoalkankan pemindahan organ secara paksa di China jelas sekali mendedahkan diri terhadap penolakan yang memalukan dan bahkan terhadap ancaman pembalasan komersial atau politik dari Beijing”, kata Gattolin.

Oleh yang demikian, Gattolin menambah bahawa Perancis hanya mengamalkan diplomasi secara senyap dan agak terbatas.

Wakil AS, Steve Chabot menyebut bahawa pengambilan organ paksa PKC sebagai salah satu amalan paling biadab dalam sejarah manusia dan memberi amaran kepada penonton webinar mengenai masa depan yang gelap jika PKC dapat mengeksport pandangannya mengenai hak asasi manusia ke seluruh dunia.

“Dunia yang sesuai dengan nilai-nilai PKC adalah dunia di mana mereka yang tidak mengikuti parti boleh dimasukkan ke dalam kem konsentrasi atau organ mereka diambil”, katanya.

“Itulah visi bagi dunia yang tiada seorang pun mahu hidup di dalamnya. Dan itulah visi dunia yang kita semua perlu lawan”.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI