30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGlobalDr. Fauci gesa rakyat Amerika Syarikat tidak mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19...

Dr. Fauci gesa rakyat Amerika Syarikat tidak mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 sehingga disahkan layak

Ketua penasihat kesihatan pentadbiran Biden, Dr. Anthony Fauci mempertahankan keputusan Presiden Joe Biden untuk mengumumkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 yang akan tersedia untuk ditawarkan kepada populasi Amerika Syarikat bermula 20 September, walaupun tiada petunjuk bahawa penyelaras utama akan menyatakan persetujuan tepat pada waktunya.

Semasa diwawancara dalam rancangan berita pagi pada 19 September, Dr. Fauci menggesa rakyat Amerika Syarikat yang telah menerima vaksin penuh agar tidak mendapatkan suntikan dos penggalak, atau dos ketiga vaksin Pfizer atau Moderna, sehingga mereka disahkan layak.

Ini berikutan setelah panel penasihat vaksin Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengundi dengan syor agar tidak memberikan dos penggalak Pfizer kepada populasi awam tetapi hanya mengesyorkan untuk individu Amerika Syarikat berusia 65 tahun dan ke atas, yang memberi tamparan hebat kepada rancangan dos penggalak Rumah Putih.

Dr. Anthony Fauci (Gambar oleh J. Scott Applewhite / AP)

Dr. Fauci yang merupakan ketua Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional sejak tahun 1984, memberitahu ‘Meet the Press’ bahawa rancangan Biden biasa bergantung pada kelulusan yang diberikan oleh FDA.

“Saya fikir ramai tidak memahami perbezaan merancang sesuatu dan sebenarnya untuk apa elemennya tujuan itu, berapa bahagiannya, anda sebenarnya baru mahu melancarkannya. Dan itulah sebenarnya apa yang berlaku,” jelas Dr. Fauci.

Warga Amerika Syarikat yang telah divaksinasi penuh dan sedang menunggu dos ketiga perlu kekal bersabar, kata Dr. Fauci. Sementara itu, data vaksin Johnson & Johnson dan Moderna juga perlu dikumpulkan.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan data ini ke FDA, sehingga mereka menelitinya dan menentukan berkenaan dos penggalak untuk semua orang ini. Mereka tidak akan ketinggalan ke belakang, dengan apa cara pun,” jelas Dr. Fauci.

Tidak jelas bila keputusan akhir FDA mengenai pelancaran dos penggalak untuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas, sementara Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menjadualkan mesyuarat pada minggu hadapan untuk pengedaran dos penggalak ke seluruh Amerika Syarikat.

Menyuarakan seruannya kepada rakyat supaya bersabar semasa wawancara di CNN, Dr. Fauci pada 19 September menjawab soalan mengenai individu Amerika yang mendapat suntikan tanpa kebenaran. Beliau berkata mereka perlu ‘mematuhi saranan’ yang dikeluar dan diluluskan oleh panel penasihat FDA.

“Kami mengesyorkan agar semua orang menunggu sehingga anda berada dalam kategori apabila disarankan,” katanya, sambil menambah bahawa selalu terdapat “risiko teoretikal” kerana kajian yang relevan belum dilakukan dengan sepenuhnya mengenai vaksin Pfizer.

Pada 17 September, panel penasihat FDA mengundi 16-3 menentang syor dos penggalak Pfizer untuk individu di bawah umur 65 tahun. Beberapa ahli panel berkata mereka bimbang akan kemungkinan risiko dan hubungan dos penggalak dengan ‘myocarditis’, sejenis keradangan kepada jantung.

Dr. James Hildreth, salah seorang ahli panel pakar yang mengundi di FDA, berkata beliau “mempunyai masalah serius berkenaan ‘myocarditis’ ke atas golongan muda,” sementara yang lain menyatakan kebimbangan mengenai data yang dibentangkan oleh Pfizer kepada agensi tersebut. Pfizer berpendapat selama beberapa bulan, keberkesanan vaksinnya telah menurun dan dengan itu keperluan dos tambahan adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan.

The Epoch Times telah menghubungi FDA untuk mendapatkan komen berkenaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI