28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 27, 2025
Utama Blog Laman 247

Wanita dari Terengganu ini tergolong antara 43 individu seluruh dunia yang memiliki ‘darah emas’

0

Kita telah dikejutkan dengan penularan berita mengenai seorang wanita di Terengganu yang dikhabarkan memiliki ‘darah emas’. Golongan darah Rh-null atau The Golden Blood ini dianggap bernilai bukan kerana ia mengandungi emas di dalam darah seseorang namun disebabkan oleh ia merupakan kumpulan darah paling unik dan sukar ditemui di seluruh dunia!

Wanita ini menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki darah emas tersebut sekali gus tergolong dalam 43 individu seluruh dunia yang memiliki darah unik tersebut. Kebiasaannya, kita hanya mengetahui tentang empat jenis kumpulan darah iaitu A, B, AB dan juga O. Namun, kali ini kewujudan darah emas adalah sesuatu yang sangat menarik perhatian ramai.

Menurut laporan, kumpulan darah Rh-null ini kali pertama ditemui pada seorang wanita dari puak asli Australia sekitar tahun 1961. Pada ketika itu, doktor menyimpyulkan individu yang memiliki darah jenis ini tidak mampu bertahan lama setelah dilahirkan. Hal ini kerana bayi yang memiliki darah emas kekurangan antigen Rh yang merupakan fungsi penting dalam tubuh manusia.

Kumpulan darah Rh-null ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Rh-positif (kurang antigen Rh) dan Rh-negatif (kurang antigen RhD sahaja). Individu yang mempunyai darah emas ini dipercayai cenderung untuk menghidap penyakit hemolytic anemia di aman penghidap akan kelihatan tidak bermaya dan sering berwajah pucat.

Antara keadaan lain yang dialami oleh individu yang memiliki darah emas ini adalah sukar untuk menderma atau menerima darah, mengalami komplikasi penyakit seperti kegagalan ginjal dan sukar untuk hamil.

Darah wanita ini akan seterusnya dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejukbekukan. Stok darah ini kemudiannya akan disimpan di dalam peti nitrogen dengan suhu serendah -80 darjah Celcius selama 10 tahun. Darah ini kemudiannya akan dicairkan sekiranya ada pesakit yang memerlukannya.

Harga roti Gardenia naik berkuat kuasa 1 Disember ini

0

Syarikat pengeluar roti terkenal iaitu Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengumumkan akan menyemak semula kenaikan harga bagi produk Gardenia yang akan berkuat kuasa mulai 1 Disember ini.

Sumber : Agenda Daily

Menurut kenyataan, Gardenia KL telah menegaskan bahawa pihaknya terpaksa melakukan semakan semula harga memandangkan berlakunya peningkatan yang ketara bukan sahaja dalam kos pengeluaran tetapi juga kos bahan yang di luar kawalan mereka.

“Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classics“.

Sumber : Malaysia Dateline

Tambah kenyataan itu, “Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia Numee. Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan”.

Sumber : Malaysia Dateline

Berikut merupakan harga baharu bagi beberapa produk Gardenia bermula 1 Disember ini:

  1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) – RM1
  2. Gardenia Original Classic – RM2.80
  3. Gardenia Original Classic Jumbo – RM4.00
  4. Gardenia Bonanza Big Value – RM3.10
  5. Gardenia Wholemeal – RM3.60
  6. Gardenia Delicia (semua perisa) – RM5.00
  7. Gardenia Toast’em (semua perisa) – RM5.00
  8. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) – RM3.70
  9. Gardenia Twiggies (semua perisa) – RM1.80
  10. Gardenia Waffles (semua perisa) – RM1.40
  11. Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.30
  12. Gardenia NuMee – RM1.70

KJ : Murid sekolah rendah wajib jalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan

0

Kerajaan menetapkan bahawa semua murid sekolah rendah diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 mingguan secara bergilir.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, langkah itu yang bermula pada 29 November ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya kluster pendidikan.

Ujarnya, ia juga adalah sebahagian daripada Strategi Pengujuan COVID-19 Kebangsaan, di mana murid sekolah rendah di bawah usia kelayakan menerima vaksin perlu diuji secara mingguan.

“Ujian ini perlu dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya 10% sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah”.

Murid difahamkan akan menjalani ujian saringan secara bergilir terhadap sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya.

Jika bergejala, tentunya perlu buat ujian. Jika tidak bergejala pula, ujian sampel daripada populasi pelajar mesti dibuat.

Murid sekolah akan menjalani ujian kendiri COVID-19 dan akan dipantau oleh institusi sekolah, ujarnya lagi.

Udang kara rasa kesakitan ketika direbus hidup-hidup, UK bakal haram amalan ini bawah undang-undang kebajikan haiwan

0

Merebus udang kara secara hidup-hidup dalam air mendidih akan menyalahi undang-undang di United Kingdom tidak lama lagi selepas kajian mendapati hidupan laut itu boleh merasai kesakitan seperti manusia.

Kajian penyelidik dari London School of Economics (LSE) mendapati terdapat bukti saintifik kukuh yang menunjukkan haiwan laut spesies decapod itu mampu merasai kesakitan dan memahami ketika berhadapan bahaya, lapor The Guardian.

Penyelidikan itu menunjukkan krustasea decapod mempunyai reseptor opioid dan bertindak balas terhadap ubat penahan sakit opioid dengan cara yang sama seperti vertebrata, dengan kukuh menunjukkan haiwan ini berasa sakit. 

Reaksi decapod terhadap serangan badan, seperti cuba melarikan diri daripada air mendidih, adalah bukti lanjut tentang keupayaan mereka untuk merasai penderitaan dan kesakitan. 

Gambar Hiasan / Pixabay

Di samping, terdapat kajian yang lebih besar menunjukkan bahawa cephalopod mempunyai otak yang kompleks dan sistem saraf, dapat belajar dan bertindak mengelak pengalaman tidak menyenangkan seperti kejutan elektrik, untuk menyelesaikan masalah dan menggunakan alatan.

Bukti-bukti yang bermakna haiwan berkenaan akan diiktiraf sebagai makhluk hidup menurut Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan yang bakal dibentang.

Menteri Kebajikan Haiwan Zac Goldsmith berkata, “Kajian saintifik amat jelas menunjukkan krustasea decapod dan moluska cephalopod boleh merasakan kesakitan, maka dengan ini adalah wajar haiwan yang disebutkan dilindungi haknya di bawah undang-undang yang penting ini.”

Hidupan laut decapod yang bakal disenaraikan membabitkan udang kara, udang galah dan ketam, manakala cephalopod termasuk sotong, yang sebelum ini dikecualikan daripada rang undang-undang berkenaan.

Hidupan laut ini dikecualikan walaupun haiwan terbabit mempunyai sistem saraf pusat yang kompleks yang dilihat sebagai salah satu ciri utama sentience atau keupayaan makhluk yang dapat merasa.

“Selepas melakukan lebih 300 kajian saintifik, kami membuat kesimpulan krustasea decapod dan moluska cephalopod perlu dianggap sebagai makhluk hidup. Oleh itu, haiwan ini juga perlu dimasukkan di dalam skop undang-undang kebajikan haiwan,” kata Dr. Jonathan Birch dari LSE.

Gambar Hiasan / Pixabay

Dr. Birch menambah dengan pindaan yang akan dibentangkan, ia akan membantu menghapuskan sebarang pencanggahan terhadap haiwan laut dalam kategori ini.

Menurut Dr. Birch lagi, sotong dan cephalopod lain dilindungi dalam sains selama bertahun-tahun, tetapi tidak pernah menerima sebarang perlindungan di luar sains.

Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (DEFRA) United Kingdom akan membentangkan pindaan rang undang-undang berkenaan di Parlimen bagi memberi pengiktirafan hak dan perlindungan ke atas haiwan laut terbabit.

Beberapa negara lain yang telah memberi perlindungan kepada spesies hidupan laut ini dalam perundangan kebajikan haiwan termasuk Norway, New Zealand, Austria, serta sebahagian Itali dan Jerman.

Harimau bintang salah pilih mangsa, pemburuan berakhir dengan tertusuk duri landak

0

Harimau bintang adalah salah satu spesies pemburu yang sangat gigih dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut secara tidak langsung membantunya menjadi pemangsa yang berjaya.

Lazimnya haiwan tersebut akan memburu rusa, lembu dan sebagainya namun kali ini, harimau kumbang terpaksa mengaku kalah dalam cubaannya memburu seekor landak!

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seekor harimau bintang yang muda di Taman Kruger, Afrika Selatan cuba memburu landak.

Harimau berkenaan pada mulanya bergerak mengekori sahaja langkah si landak dan cuba menyentuhnya.

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan duri landak tertusuk pada kakinya. Duri itu walau bagaimanapun berjaya dicabut selepas itu.

Setelah beberapa ketika, jelas kelihatan darah mula terbit pada kaki harimau yang terkena tusukan duri landak itu tadi.

Menrut jurufoto yang merakamkan situasi itu, Mariette Landman, ia merupakan satu pengalaman yang tidak pernah dilihatnya.

“Perlawanan itu berlangsung lebih kurang 90 minit. Harimau berkenaan berehat sebentar selama 3 kali untuk menjilat kakinya yang cedera sebelum cuba berlawan lagi”.

Tambah Mariette, ianya berakhir setelah kedua-duanya berjalan membawa haluan masing-masing.

Saksikan video di bawah :

Jumpa dua telur cicak di atas sofa, wanita ini kongsi video cara menjaga telur itu sehingga menjadi tular

0

Sekiranya anda menemui haiwan seperti anak kucing yang ditinggalkan atau kematian ibunya, pasti ramai yang akan merasa simpati dan bertindak untuk memelihara haiwan tersebut. Namun, apa agaknya yang akan anda lakukan sekiranya anda menemui dua biji telur kecil yang tidak diketahui identitinya.

Baru-baru ini, sebuah video di laman TikTok telah meraih berjuta tontonan apabila wanita di dalam video berkenaan menunjukkan proses dia menjaga dua biji telur misteri yang ditemui di sofa rumahnya.

Dikenali sebagai Farizabonu Kadirova atau Bonya, wanita kelahiran Uzbekistan ini tidak menyangka videonya berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Bonya yang sememangnya memiliki sifat penyayang terhadap haiwan mengambil keputusan untuk menjaga telur itu sehingga ia menetas.

“Saya rasa sifat sayangkan haiwan yang ada dalam diri saya ini datangnya dari ayah saya. Sewaktu kecil, ayah selalu bawa pulang haiwan dan menjaganya,” kata wanita berusia 31 tahun yang kini menetap di Selangor itu.

Menurut Bonya, bagi memastikan persekitaran yang sesuai untuk telur itu menetas, dia telah menyediakan sarang kecil yang dilengkapi dengan cahaya hangat. Dia dan anaknya turut memeriksa perkembangan telur itu dengan menggunakan lampu suluh.

“Kami sangat teruja apabila nampak kedua-dua embrio itu bergerak tetapi salah satu telur itu warnanya semakin gelap manakala satu lagi cerah”.

Bagaimanapun, setelah seminggu, salah satu daripad atelur tersebut tidak lagi menunjukkan sebarang pergerakan manakala telur yang kedua kelihatan sangat aktif dan bergerak dengan gembira.

Selepas kira-kira tiga minggu, telur kedua itu akhirnya menetas. Alangkah terkejutnya Bonya apabila mendapati telur yang dijaga selama ini merupakan telur mengkarung!

“Saya tidak boleh nak jaga kerana saya ada kucing dan kucing saya suka menangkap cicak. Saya takut suatu hari nanti kucing saya akan buka terrarium (bekas simpan haiwan) tersebut untuk menangkap cicak saya“.

Pasangan ini didik 10 anak melalui kaedah persekolahan dari rumah, kesemua berjaya memasuki universiti sebelum usia 13 tahun

0

Keluarga besar dari Amerika Syarikat ini digelar keluarga genius. Ini kerana kesemua 10 orang anak dalam keluarga itu berjaya memasuki universiti sebelum usia mereka menjejak 13 tahun, sehingga mengejutkan seluruh dunia.

Bagaimanapun, ibu mereka Monalisa Harding, 53 tahun menegaskan anak-anaknya ‘bukan kanak-kanak genius’. Cuma prestasi akademik yang cemerlang daripada kesemuanya adalah hasil didikan keluarga mengunakan kaedah persekolahan dari rumah yang efisien dan penuh berdisiplin.

Monalisa dan suaminya Kip Harding merupakan pasangan sejak di bangku sekolah tinggi dari San Jose, California. Pasangan ini mengajar sendiri kesemua 10 orang anak mereka dari rumah mengikut sukatan pelajaran yang diaturkan oleh mereka sendiri, yang mana tidak mengikut sukatan pelajaran sekolah tradisional. 

Mona Lisa Harding / Facebook

Pasangan Harding mula menyedari cara pembelajaran dari rumah mereka berjaya dan berada di landasan yang betul setelah 3 orang anak mereka yang tua diterima masuk ke universiti sebelum berusia 13 tahun.

Anak perempuan sulung mereka Hannah kini berusia 34 tahun telah menamatkan pengajian dari Universiti Auburn di Montgomery, ketika usia 17 pada tahun 2004 dengan ijazah sarjana muda dalam bidang matematik. Hannah berjaya memasuki universiti ketika berusia 11 tahun. 

Anak bongsu mereka, Thunder yang berusia 11 tahun juga lulus peperiksaan kemasukan kolej pada tahun 2020. Pada masa ini, lapan adik-beradik dalam keluarga itu telah lulus dari universiti ketika purata usia 16 tahun.

Mona Lisa Harding / Facebook

Di samping itu, anak-anak Harding ini bukan sahaja mempunyai prestasi akademik yang cemerlang, tetapi juga pencapaian luar biasa dalam kerjaya mereka. 

Enam adik-beradik Harding telah lulus pengajian di universiti menjadi peguam termuda iaitu Seth Harding di Alabama pada usia 19 tahun, juga mereka kini berkerjaya sebagai doktor, arkitek, dan pereka kapal angkasa.

Mengenai prestasi cemerlang adik-beradik ini yang mengagumkan, Monalisa Harding menegaskan anak-anaknya ‘bukan anak genius’ dan percaya kejayaan setiap anak itu adalah kerana desakan suaminya untuk menggunakan teknik ‘persekolahan dari rumah’. 

Mona Lisa Harding / Facebook

Pasangan Harding menyifatkan kaedah ‘persekolahan dari rumah’ ciptaan mereka adalah sangat cekap sehingga menjadikannya lebih baik berbanding menghantar anak-anak pergi ke sekolah. Menurut mereka, cara pembelajaran ini lebih cekap dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Ketika ini, pasangan Harding komited dalam mempromosikan “pendidikan di rumah”. Selain menerima jemputan untuk memberi kuliah di seluruh Amerika Syarikat dan menyediakan perkhidmatan perundingan untuk keluarga yang berminat, mereka juga menulis buku bertajuk ‘The Brainy Bunch’ yang memperincikan kaedah dan kemahiran pendidikan dari rumah.

Syarikat gergasi Ford umum tidak mewajibkan suntikan vaksin ke atas pekerjanya

0

Kesatuan Pekerja Auto Bersatu atau United Auto Workers (UAW) bersama-sama tiga syarikat pembuat kereta iaitu Ford, General Motors dan Stellantis telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mewajibkan para pekerja masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Sumber: The Epoch Times

Hal ini demikian kerana terdapat segelintir individu yang enggan mendapatkan vaksin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesihatan atau kepercayaan agama.

Meskipun begitu, mereka tetap menggalakkan ahli kesatuan untuk mendedahkan status vaksinasi di samping menggesa rakan sekerja serta ahli keluarga untuk mendapatkan vaksin dan vaksin penggalak bagi menentang jangkitan virus COVID-19.

Sumber : The Epoch Times

Malah, kesatuan dan syarikat pembuat kereta terbesar ini turut bekerjasama dalam membentuk sebuah perikatan yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Bersama COVID-19 yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang vaksin COVID-19 dan perkara yang berkaitan dengannya.

Antara usaha yang dijalankan oleh pasukan tersebut adalah mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka dan memaklumkan tentang data terkini peningkatan jumlah kes di beberapa kawasan seperti Michigan.

Sumber : The Epoch Times

Biden telah mengeluarkan kenyataan yang mewajibkan suntikan vaksin terhadap kesemua perusahaan swasta yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja. Perintah ini dikatakan akan mula berkuat kuasa pada awal Januari 2022. Namun, mandat berkenaan telah ditarik balik selepas ianya dipercayai melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat.

UAW yang mewakili sekitar 400,000 ahli turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak pasti tentang jumlah ahli yang telah mengambil suntikan vaksin

Korea Utara jatuhkan hukuman mati pada penyeludup siri ‘Squid Game’

0

Seorang lelaki Korea Utara dilaporkan telah dijatuhkan hukuman mati oleh pihak berkuasa selepas dia ditangkap mengedarkan salinan siri Netflix ‘Squid Game’, yang menurut Pyongyang mencerminkan masyarakat tidak bermoral di Korea Selatan.

Menurut Radio Free Asia (RFA), individu itu menyeludup salinan hit Netflix itu melalui pemacu kilat USB dan menjualnya di Korea Utara. Dia dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak selepas pihak berkuasa menemui 7 pelajar sekolah menengah menonton siri itu di dalam kelas.

Sebuah laman web propaganda Korea Utara bulan lalu mengatakan bahawa rancangan itu mendedahkan realiti budaya kapitalis Korea Selatan di mana rasuah dan penyangak tidak bermoral adalah perkara biasa dan masyarakat yang tidak sama rata di mana orang yang berwang dilayan seperti buah catur untuk orang kaya.

“Difahamkan bahawa ia membuatkan orang ramai menyedari realiti menyedihkan masyarakat Korea Selatan yang kejam, di mana manusia didorong ke lembah persaingan yang melampau dan kemanusiaan mereka sedang dihapuskan”, kata laman Arirang Meari Korea Utara.

Seorang pelajar yang membeli pemacu kilat USB yang mengandungi siri itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, manakala 6 pelajar lain dijatuhkan hukuman kerja berat untuk 5 tahun, lapor RFA, memetik sumber di Korea Utara.

“Semuanya bermula apabila seorang pelajar sekolah menengah secara rahsia membeli pemacu kilat USB yang mengandungi siri itu dan menontonnya bersama rakan baik di dalam kelas”, jelas sumber yang memberitahu Perkhidmatan Korea RFA.

Rakan itu kemudian memberitahu beberapa pelajar lain, yang mula berminat, dan mereka berkongsi pemacu kilat itu. Mereka telah ditangkap oleh penapis di 109 Sangmu, yang telah menerima ‘tipoff’.

RFA melaporkan bahawa Korea Utara mempunyai pasukan mogok kerajaan, bernama Surveillance Bureau Group 109, yang menyasarkan individu menonton video yang dilarang di negara itu.

Korea Utara telah mengenakan denda atau penjara yang berat bagi sesiapa yang ditangkap menikmati hiburan Korea Selatan atau meniru cara orang Korea Selatan bercakap ketika pemimpin Kim Jong Un meningkatkan perang terhadap pengaruh luar dan menyeru kepada hiburan tempatan yang lebih baik.

Undang-undang ‘pemikiran anti-reaksioner’ baharu yang menyeluruh telah dikenakan akhir tahun lalu dan membawa kepada hukuman mati maksimum kerana menonton, mendapatkan atau mengedar media dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Yeonmi Park, seorang pembelot Korea Utara, menyifatkan rancangan Netflix yang paling banyak ditonton itu sebagai gambaran yang sangat tepat tentang nasib rakyat Korea Utara di Korea Selatan dan perjalanan yang mereka lalui untuk menjadi bebas.”

Walau bagaimanapun, dia menyatakan kebimbangan terhadap gambaran yang jelas menunjukkan ketidaksamaan. “Ketidaksamaan adalah tanda peluang,” katanya dalam video di saluran YouTubenya pada bulan Oktober.

“Ketika saya berada di Korea Utara, semua orang miskin. Apabila saya datang ke Korea Selatan dan Amerika, saya mendengar bahawa terdapat para jutawan dan mereka adalah orang yang mengasaskan syarikat seperti Tesla, SpaceX dan mencipta perkara baharu”.

“Di Korea Utara, semua orang miskin kerana tiada siapa yang dibenarkan mencipta dan terdapat begitu banyak sifat jahat dan permusuhan terhadap kekayaan. Saya terus berkata kepada orang ramai, ketidaksamaan tidak bermakna kemiskinan, kemiskinan adalah sesuatu yang perlu kita lawan”.

“Di Amerika Syarikat, anda ada peluang dan boleh memperoleh wang, memberi makan anak-anak anda dan mendapatkan pendidikan. Manakala di Korea Utara, anda tidak boleh melakukannya”, tambahnya.

“Itulah sebabnya saya kini bimbang dengan media yang memfokuskan kepada ketidaksamaan, menggambarkan watak utama Squid Game yang tidak berdisiplin, bapa yang jahat… sebagai seorang hero”.

Pengarah “Squid Game” berkata siri popular itu mungkin akan kembali untuk musim kedua.

Beruntung membesarkan anjing selama beribu hari, kerana tahu membuat laluan tuan tersayang semasa salji tebal

0

Suhu turun dengan mendadak sudah beberapa hari ketika musim sejuk yang telah bermula, dan salji turun di merata tempat yang beriklim sejuk, terutamanya di negara yang berada di hemisfera utara. Selepas beberapa hari dan malam salji turun dengan lebat, menyebabkan jalan di luar sudah dipenuhi dengan salji tebal.

Sangat sukar untuk berjalan di jalan raya tanpa salji yang sudah dibersihkan. Alangkah lebih baik di waktu ini jika mempunyai seseorang di hadapan anda untuk membersihkan jalan yang bersalji tebal.

Seorang netizen di China baru-baru ini merakam video ketika dia berada dalam suasana bersalji tebal di bandarnya, di mana jalan raya dilitupi salji, dan tukang cuci tidak sempat membersihkan salji itu.

Marotify/Facebook

Pada masa ini, kebetulan dia terserempak dengan seorang wanita tua yang sedang berjalan seperti sangat selamba meredah salji tebal. Dilihat daripada langkahnya dengan kehairanan, bagaimana nenek ini boleh berjalan dengan agak mudah?

Bagaimana dia boleh melakukannya? 

Rupa-rupanya wanita tua itu berjalan bersama anjingnya dan anjing itu berjalan di hadapannya, sedang dengan patuh membuka jalan untuk tuan tersayang.

Marotify/Facebook

Ini mungkin prinsip memelihara anjing selama beribu-ribu hari, menggunakan prinsip menyayangi dan mendidiknya untuk patuh buat seketika, siapa sangka ia boleh membantu seseorang untuk membuka jalan.

Nasib baik jalan dengan salji itu tidak begitu dalam, jika tidak kaki pendek anjing itu mungkin tidak mampu membuka jalan untuk tuannya. Dengan menggunakan kepala mungkin agak sukar dan memeningkan.

Marotify/Facebook

Anjing: Berjalan perlahan-lahan dan jangan bimbang. Terdapat salji di hadapan. Saya akan bantu mencari jalan penyelesaian. Ikut sahaja laluan saya.

Nenek: Anjing ini lebih baik daripada suami saya.

Begitu mungkin dialognya. Beruntung ada anjing peliharaan yang sebegini.