32.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 26, 2025
Utama Blog Laman 248

Lelaki ini simpan batu bertahun-tahun dengan harapan berisi emas, tidak menyangka ia meteoroid lebih bernilai

0

Pada 2015, David Hole menggunakan alat pengesan logam untuk mencari simpanan mineral di Maryborough Regional Park berhampiran Melbourne, Australia.

David menemui sesuatu yang luar biasa iaitu ketulan batu yang sangat berat dan kemerah-merahan terletak di dalam tanah liat berwarna kuning.

Lelaki ini membawa batu itu pulang dan mencuba pelbagai cara untuk memecahkannya dengan harapan pasti terdapat ketulan emas di dalam batu itu, memandangkan Maryborough berada di wilayah Goldfields, lokasi di mana bermulanya ‘Gold Rush’ Australia yang memuncak pada abad ke-19.

Gambar oleh Melbourne Museum

Untuk memecahkan penemuan itu, David Hole berusaha gigih dengan menggunakan gergaji batu, penggiling sudut batu, gerudi, malahan merendam ‘batu’ itu ke dalam asid. Ketika menggunakan tukul besi, batu itu tidak sedikit pun menjadi retak. Ini kerana apa yang dia berusaha keras untuk membukanya bukanlah untuk menemui ketulan emas. 

Apa yang tidak diketahuinya dalam masa beberapa tahun kemudian, ia rupa-rupanya adalah meteoroid yang jarang ditemui selepas bongkah itu dibawa ke Muzium Melbourne untuk dibuka.

“Ia mempunyai rupa terpahat dan berlesung pipit,” kata ahli geologi Muzium Melbourne Dermot Henry kepada The Sydney Morning Herald.

“Rupa begitu terbentuk apabila ia datang melalui atmosfera, mencair di luar, dan atmosfera mengukirnya,” jelas Dermot Henry.

Selepas 37 tahun bekerja di muzium dan sudah pakar memeriksa beribu-ribu batu, Dermot Henry menjelaskan hanya dua sahaja yang menjadi meteoroid tulen.

Dengan yang ditemui menjadi milik David Hole adalah salah satu daripada yang dua itu.

Gambar oleh Melbourne Museum

“Jika anda melihat batu di Bumi seperti ini, ia tidak sepatutnya seberat itu ketika anda memungutnya,” kata seorang lagi ahli geologi Muzium Melbourne, Bill Birch, kepada The Sydney Morning Herald.

Para penyelidik menerbitkan kertas saintifik yang menerangkan meteoroid berusia 4.6 bilion tahun, yang mereka panggil Maryborough sempena bandar berhampiran lokasi meteoroid yang David temui.

Meteoroid seberat 17 kilogram yang agak besar dan selepas menggunakan gergaji berlian untuk memotongnya menjadi kepingan kecil, mereka mendapati komposisinya mempunyai peratusan besi yang tinggi, menjadikannya konduktor H5 biasa.

Setelah dibuka, kelihatan kilauan kecil mineral metalik yang terhablur seluruhnya, yang dipanggil chondrules.

“Meteoroid menyediakan bentuk penerokaan angkasa lepas yang paling murah. Ia membawa kita kembali ke masa lalu, memberikan petunjuk kepada usia, pembentukan dan kimia Sistem Solar (termasuk Bumi),” jelas Dermot Henry.

Twitter

“Sesetengahnya memberikan gambaran kilas tentang bahagian dalam planet kita. Dalam sesetengah meteoroid, terdapat ‘debu bintang’ yang lebih tua daripada Sistem Solar, yang menunjukkan bagaimana bintang terbentuk dan berkembang untuk mencipta elemen jadual berkala. Meteoroid lain yang jarang ditemui mengandungi molekul organik seperti asid amino, bahan binaan dalam kehidupan,” tambahnya.

Walaupun para penyelidik belum mengetahui dari mana meteoroid itu berasal dan berapa lama ia telah berada di Bumi, mereka membuat beberapa andaian.

“Meteoroid ini berkemungkinan besar keluar dari tali pinggang asteroid antara Marikh dan Musytari, dan ia telah tertolak keluar dari sana oleh beberapa asteroid yang bertembung antara satu sama lain, kemudian suatu hari ia merempuh Bumi,” kata Dermot Henry.

Twitter

Meteoroid telah berada di Bumi antara tempoh 100 dan 1,000 tahun, dan terdapat beberapa penampakan meteor antara tahun 1889 dan 1951 yang mungkin sepadan dengan ketibaannya ke planet ini.

Para penyelidik berpendapat meteoroid Maryborough jauh lebih jarang ditemui berbanding emas, menjadikannya jauh lebih berharga kepada sains. Ia adalah satu daripada hanya 17 meteoroid yang pernah direkodkan di negeri Victoria di Australia, dan ia merupakan jisim ‘chondritic’ kedua terbesar, selepas spesimen 55 kilogram yang dikenal pasti pada tahun 2003.

Kisah penemuan meteoroid ini bukan yang pertama, apabila ia mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke muzium. Dengan cerita yang sangat menakjubkan, ScienceAlert mendedahkan pada tahun 2018, satu batu dari angkasa mengambil masa selama 80 tahun, dengan dua pemilik di Michigan, Amerika Syarikat yang telah menjadikannya sebagai penahan pintu, sebelum akhirnya didedahkan dengan keadaan sebenar dan dinilai dengan harga US$100,000 (RM422,400).

Tonton video di bawah:

COVID-19 : Lisa Blackpink diuji positif

0

Lalisa Manoban atau Lisa yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Blackpink diuji positif COVID-19 pada 24 November, dedah syarikat produksi kumpulan itu, YG Entertainment.

Tambah mereka, hasil ujian saringan terhadap tiga lagi anggota Blackpink iaitu Jisoo, Rose dan Jennie pula menunjukkan ianya negatif.

Ujian saringan Lisa dilakukan pada 24 November lalu berikutan jadual beliau untuk sesi rakaman video.

“Kami segera berkongsi maklumat ini dengan pantas dan tepat kepada wakil dan kakitangan, dan kami mengambil langkah pencegahan yang wajar melepasi garis panduan pihak berkuasa kesihatan”.

“Kami tidak berputus asa dan akan terus memberikan sokongan penuh terhadap kesihatan artis kami dan kakitangan yang berkaitan sebagai keutamaan”.

“Kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan segera jika terdapat sebarang perubahan”, tulis YG Entertainment dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, keadaan Lisa masih baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Difahamkan bahawa keempat-empat anggota Blackpink sudah divaksin sepenuhnya.

Kes jangkitan COVID019 di Korea Selatan melonjak pada masa kini ke paras yang tertinggi pada 24 November setelah negara itu beralih kepada pelan ‘hidup bersama COVID-19’ awal bulan ini.

Pelan itu direncana untuk menarik balik peraturan sekatan dan membuka semula operasi selepas mencapai matlamat vaksinasi pada bulan Oktober.

Kucing oyen bermata biru buat ramai tak keruan. Geram dibuatnya!

0

Tidak perlu kita sensasikan lagi betapa comelnya makhluk Tuhan yang satu ini – kucing! Ciri fizikal mereka sememangnya mampu ‘mencuri hati’ majoriti daripada kita.

Bukan sahaja aspek bulu (warna dan kegebuan), malahan warna mata pun mampu membuatkan kita berasa geram dan ‘cair’.

Itulah yang kita dapat lihat pada sepasang mata cantik dan indah, dimiliki oleh kucing berwarna jingga dan putih ini.

Alahai comelnya…

Manalah kita tak geram melihatnya bukan?

Rasa mahu saja peluk!

Kucing comel ini bernama Pippi dan asalnya adalah kucing terbiar yang dijual oleh seorang pengawal keselamatan pada tuannya dengan harga 20 yuan pada tahun 2019.

Pada ketika itu, tubuh Pippi sangat kurus dan tidak bermaya, membuatkan tuannya berasa kasihan lalu berniat mahu menjaganya dengan baik.

Oleh kerana dirinya sudah biasa berada di luar, maka Pippi langsung tidak pernah menolak untuk melakukan aktiviti di luar rumah.

Pippi pergi berkelah :

Pippi juga suka berjemur di pantai..

Kini Pippi sihat dan gembira berada di bawah jagaan tuannya. Semoga Pippi terus membesar dengan bahagia~

Blogger ‘No Money Lah’ kongsi ‘perjuangan’ dialami golongan bawah 30 tahun

0

Seorang blogger kewangan dan gaya hidup, Yi Xuan baru-baru ini memperincikan ‘perjuangan’ peribadinya yang mungkin turut dihadapi oleh golongan berusia bawah 30 tahun.

Pada 22 November, lelaki berusia 27 tahun itu menyentuh mengenai perjalanan kewangannya dan ia dikongsikan di laman Facebooknya.

“Pada usia sebegini, ibu bapa kita sudah berkahwin dan mendapat anak. Sebaliknya kita pada hari ini masih lagi bergelut untuk menyara diri sendiri”.

“Lupakan niat untuk berkahwin dan membeli rumah sebelum 30 tahun. Saya sudah cukup bersyukur jika saya dapat menyara diri sendiri”.

Yi Xuan kemudian mendedahkan beberapa kesulitan yang dialaminya seiring dengan usianya yang bakal menginjak ke angka 30.

“Untuk sekian lama, saya merasa amat sukar untuk menyatakan ketakutan dan kebimbangan saya dengan kata-kata. Mengapa? Kerana mengikut norma, usia ’30’ adalah satu peristiwa penting dalam kehidupan”.

“Berkahwin. Membeli harta pertama anda. Menjadi stabil dari segi kewangan dan bergaji besar. Mempunyai semua jawapan”.

“Sama ada daripada norma, media sosial atau diri kita sendiri, saya pasti ramai di antara kita yang mempunyai beberapa jangkaan apabila umur beralih ke 30”.

Dia turut mempersoalkan mengapa dirinya masih bujang dan masih ‘tidak memiliki apa-apa pencapaian di dalam hidup sedangkan ramai rakannya sudah berkahwin, membeli rumah dan sebagainya.

“Saya tidak pernah berasa tidak pasti sebelum ini. Bagaimana jika saya memilih laluan kerjaya yang salah? Bagaimana jika saya gagal dalam usaha saya, dan perlu bermula sekali lagi pada atau selepas 30?”.

“Saya berasa marah. Mengapa, selepas meletakkan banyak masa dan usaha dalam kerja saya, saya masih tidak mencapai apa-apa yang signifikan dalam hidup?”.

“Adakah saya kehilangan sesuatu? Berapa banyak lagi yang perlu saya lakukan sebelum keadaan mula memihak kepada saya?”

situasi itu membawa kepada jangkaan bahawa dirinya perlu lakukan lebih lagi untuk mencapai sesuatu namun ia hanya menambahkan kesulitan.

“Keinginan saya untuk melakukan lebih banyak lagi membuatkan saya rasa semakin kurang produktif”.

Kebimbangan ini membuatkan dia berasa seperti dia memerlukan lebih banyak masa dan mempersoalkan bagaimana orang lain mampu menyesuaikan semuanya.

Sesungguhnya, dia menyedari bahawa dia langsung tidak ada jawapan untuk semua persoalan yang bermain di fikirannya dan dia sentiasa mengingatkan diri agar ia berada di bawah kawalannya.

Dalam pada itu, Yi Xuan turut menyenaraikan beberapa tips bagi membolehkan dirinya mengatasi perkara itu, antaranya :

#1 Tentukan maksud ‘menuju 30’ untuk diri sendiri, bukannya untuk ibu bapa, rakan atau orang lain. Hanya diri sendiri. Bagaimana kita melihat diri sendiri di usia 30 tahun.

#2 Kurangkan masa melayari media sosial (kecuali untuk kerja). Cara orang lain menjalani kehidupan mereka tiada kaitannya dengan kita

#3 Berusaha untuk memahami dan mencapai #1

#4 Belajar untuk memaafkan diri. syukuri setiap kemajuan yang dicapai (tidak kira sama ada kecil ataupun besar) dalam ‘perjalanan’ ini.

Yi Xuan kemudian mengakhiri perkongsiannya dengan petikan : “Ingatlah bahawa sebaik sahaja anda memulakan langkah pertama ke dalam kehidupan yang diimpikan, perkara pertama yang menyambut anda adalah ketakutan”.

Pada ketika itu, anda hanya perlu : “Mengangguk dan teruskan berjalan”.

Hanya nyawa kucing jadi keutamaan lelaki ini semasa taufan, buatkan hati netizen terusik

0

Apabila berlakunya bencana, kita lazimnya akan segera mencapai benda dan barangan penting misalnya kad pengenalan, telefon bimbit dan sebagainya bukan?

Ada juga daripada kita yang akan segera mencapai ‘ahli keluarga’ tersayang misalnya kucing peliharaan, seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Thailand ini.

Lelaki tersebut dilihat merangkul erat kucing kesayangannya tatkala bencana taufan Pabuk melanda Thailand pada tahun 2019 lalu.

Bencana itu merupakan taufan kali pertama yang berlaku di luar musim hujan dalam tempoh 30 tahun. Pihak berkuasa juga langsung tidak memandang rendah akan ‘kuasanya’.

Itulah sebabkan lelaki berusia itu segera mendapatkan kucing kesayangannya dan dia sempat mengambil beg kecil yang disangkutkan pada pinggangnya.

Ternyata nyawa makhluk comel itu menjadi keutamaan lelaki berkenaan. Malah, kucing itu turut dibaluti dengan kain sedangkan pakaian lelaki itu agak lusuh.

Berikut adalah foto-fotonya :

Perkongsian foto itu menyebabkan ramai pengguna internet berasa tersentuh dengan tindakan lelaki itu merangkul erat kucing kesayangannya.

“Hanya kucing itulah sahaja yang mahu dibawanya. Kalau saya pun, saya tidak akan sesekali turunkan kucing saya”, tulis seorang pengguna.

Mungkin hanya itulah harta yang dimiliki oleh lelaki berusia terbabit. Semoga kedua-duanya kini hidup bersama dengan selamat hendaknya.

Pandai ‘cover’ persembahan bila muzik henti secara tiba-tiba, tindakan penari ini dipuji

0

Melakukan persembahan di khalayak ramai ternyata memerlukan keyakinan diri yang tinggi serta kebolehan untuk mengawal keadaan jika berlaku situasi yang tidak dijangka.

Itulah yang dialami oleh sekumpulan penari yang sedang melakukan persembahan di hadapan tetamu penting atau VIP.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun @jackrandoms di TikTok, dia bersama rakan pada ketika itu sedang membuat persembahan tarian di sebuah majlis.

Namun ketika mereka sedang menari, tiba-tiba muzik berhenti gara-gara masalah teknikal. Cukup membanggakan apabila mereka masih meneruskan tarian.

Walaupun tanpa muzik berkumandang, langkah tarian mereka diiringi oleh tempo mengikut bunyi mulut masing-masing.

Berikut adalah videonya :

Memang gementar dibuatnya apabila dewan yang sebelum itu riuh namun segera bertukar senyap membuatkan suasana menjadi janggal seketika.

Nasib baiklah mereka ini cepat bertindak! Apa pun, syabas diucapkan kepada mereka kerana berjaya menghabiskan persembahan.

80 orang bertopeng rompak pusat beli belah di California, larikan diri dengan 25 buah kenderaan

0

Lebih 80 individu dilaporkan telah memasuki dan merompak premis Nordstrom yang terletak di Walnut Creek, California pada 20 November lalu.

Nordstrom merupakan rangkaian gedung mewah yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, barangan kemas, aksesori dan wangian di Amerika Syarikat.

Sebelum kejadian, beberapa buah kereta didapati berhenti di luar Nordstrom pada jam sekitar 9 malam, membuatkan pengunjung berasa terkejut.

Rakaman video pula menunjukkan individu memakai topeng berkalan keluar daripada premis sambil memegang beg besar dan linggis (crowbar).

“Kami nampak 50 ke 80 orang memakai topeng ski, memegang linggis dan senjata lain kemudian merompak Nordstrom”.

“Saya fikir mereka mahu memecah dan merosakkan kenderaan yang berada di situ. Jadi saya segera kunci premis saya”, ujar Brett Barrette, pengurus restoran PF Chang.

Ujarnya lagi, pihak polis segera tiba di lokasi dan memasuki bangunan Nordstrom. “Ia kelihatan seperti adegan filem. Gila”.

Difahamkan bahawa berpuluh kereta polis bergegas ke tempat kejadian. Rak di dalam premis itu juga didapati telah dipecahkan oleh perompak.

Polis telah menahan 3 suspek setakat ini, di mana sebuah kereta berjaya diberhentikan dan seorang lelaki dan wanita telah ditahan.

Susulan kejadian itu juga, seorang pekerja Nordstrom didapati telah diserang menggunakan semburan lada, manakala 2 orang lagi pekerja dipukul perompak.

Tidak dapat dipastikan sama ada rompakan itu berkait dengan demonstrasi yang dirancang oleh ‘Black People’s Fate’ selepas Kyle Rittenhouse dibebaskan. Tahun lalu, banyak syarikat di AS menjadi sasaran rompakan semasa rusuhan yang berkaitan dengan ‘Black People’s Fate’.

Pada Mei 2020, beberapa hari selepas insiden George Floyd, pusat beli-belah Nordstrom yang terletak di Los Angeles telah dirompak dan dirosakkan semasa rusuhan dan keganasan.

Selepas Rittenhouse didapati tidak bersalah, penunjuk perasaan yang terlibat telah membuat ugutan di luar mahkamah Kenosha, Wisconsin dan berjanji untuk menggunakan keganasan termasuk aktiviti membakar.

Tahun lepas, Portland di Oregon juga mengalami rusuhan berterusan selama lebih daripada 100 hari. Pada petang Jumaat (19 November), polis mengumumkan satu lagi rusuhan di kawasan itu. Didakwa militan “Antifa” menganjurkan percubaan untuk menceroboh Pusat Keadilan.

Jangan sembarangan memetik cendawan liar, kenal pasti hanya 10 peratus dari 5,000 spesies yang boleh dimakan

0

Ketika anda mendapati banyak cendawan tumbuh subur meliar selepas hujan di sekitar rumah, adalah dinasihatkan supaya anda berhati-hati dan jangan sembarangan memetiknya untuk dijadikan juadah sekeluarga.

Terdapat lebih 5,000 spesies cendawan di seluruh dunia dan hanya 10 peratus dari jumlah tersebut yang boleh dimakan, menurut Public Health Malaysia dan Pusat Racun Negara.

Antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah dari jenis Chlorophyllum molybdites kerana rupanya yang sama seperti Cendawan Busut, seperti keracunan makanan yang dialami oleh sebuah keluarga di Dungun, Terengganu baru-baru ini.

Facebook

Gejala-gejala dan kesan selepas memakan cendawan liar yang mengandungi toksin atau racun adalah seperti berikut:

  • Loya, muntah dan cirit birit.
  • Celaru fikiran, halusinasi, gangguan koordinasi otot dan sawan.
  • Demam dan sakit kepala.
  • Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang.
  • Kesan toksin cendawan liar yang paling teruk boleh menyebabkan kematian.

Menurut pakar, adalah agak sukar buat orang awam untuk membezakan cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan.

Facebook

Warna cendawan, rupa bentuk dan bau bukan penentu kepada status racun cendawan, maka orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebaiknya mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Elakkan daripada memetik dan memakan cendawan yang tidak diketahui spesiesnya.
  • Ketahui reputasi dan penjual cendawan dengan sebaiknya membeli secara selamat dari pembekal komersial.
  • Memasak cendawan mungkin dapat mengurangkan toksin cendawan, namun tidak dapat memusnahkan 100 peratus toksin.
  • Elak daripada memakan cendawan secara mentah.
Facebook

Untuk mengetahui ciri-ciri cendawan liar beracun, anda boleh bertanya kepada mereka yang lebih arif dan pakar ketika melihat pada organ cendawan itu sendiri:

  • Memiliki struktur seperti cincin pada bahagian batang cendawan.
  • Bahagian selaput putih yang membengkak pada bahagian pangkal batang cendawan atau Volva di dalam tanah menunjukkan cendawan itu beracun.
  • Insang berwarna putih, yang mana kebiasaan insang cendawan boleh dimakan adalah berwarna merah jambu.
Facebook

Jadi, berhati-hatilah supaya jangan memetik cendawan liar yang tidak diketahui spesies dan elakkan diri anda daripada terus memakannya.

Salah sangka teh sebagai dadah, 2 beranak dipenjara di Australia

0

Gara-gara disangka mengimport 25 kilogram dadah, seorang ibu dan anak perempuannya dikenakan hukuman penjara 4 bulan di Australia.

Walhal sebenarnya mereka berdua membawa the halia perang dan kini mereka dalam proses untuk menyaman pihak berkuasa Australia sebagai ganti rugi.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan terdahulu membawa teh tersebut yang popular digunakan untuk meredakan sakit menstruasi di Malaysia untuk dijual di negara tersebut.

Semuanya tiada masalah pada awalnya namun pihak polis kemudiannya menyerbu rumah mereka yang terletak di Barat Daya Sydney pada bulan Januari.

Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang menafsir ia adalah ‘amphetamine’.

Mereka kemudian dipenjarakan tanpa jaminan walaupun pihak berkuasa masih belum maklum tentang ujian dalam mengenalpasti bahan itu yang memakan masa berminggu dan berbulan lamanya.

Tuduhan juga tidak ditarik balik sehingga 10 Ogos apabila pihak polis New South Wales menerima analisis forensik mereka.

ABF difahamkan telah menggunakan ujian ‘hazmat’ untuk mengenalpasti produk yang diimport sebagai ‘phenmetrazine’ – bahan terlarang yang digunakan untuk tujuan rekreasi.

Walau bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menghasilkan spectrum bahan yang serupa dengan ‘phenmetrazine’.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai terkemuka kes itu, Tara Conaghan, untuk menyatakan kebimbangan terhadap ujian itu.

“Ringkasnya, kita tidak boleh mengambil keputusan ABF ini bahawa sampel mengandungi atau tidak mengandungi Phenmetrazine”, tulis penganalisis itu kepada Conaghan.

Mahkamah mendengar bahawa Conaghan gagal menyampaikan maklumat ini kepada pasukan pertahanan wanita.

Ketika menyoal balas Conaghan, peguam Chong, Steve Boland bertanya kepadanya mengapa dia tidak mendedahkan maklumat baharu ini kepada wanita itu lebih awal dan dia menjawab : “Kerana dadah masih menunggu untuk diuji sepenuhnya”.

“Jadi mereka perlu duduk di penjara?”, tanya Boland yang kemudian tidak menerima apa-apa jawapan. “Saya anggap soalan itu tidak akan dijawab”, tambahnya.

Chong dan Lim tidak diikat jamin sehingga Mei dan kini menyaman kos, yang enggan dibayar oleh Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel.

Kes difahamkan takan ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

Pengumpul barang terpakai bina rumah dan rumah tangga selepas temui cincin berlian bernilai RM24,000 dalam sampah separuh terbakar

0

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah pepatah Melayu yang menggambarkan untung nasib dan rezeki seseorang, seperti yang berlaku kepada seorang pengumpul barang terpakai dari Indonesia ini.

Kisahnya, pengumpul barangan terpakai itu berasa sangat gembira apabila dia menemui sebentuk cincin berlian yang kebetulan juga amat sepadan diacukan ke jari manisnya.

Menurut Suara.com, Harianto yang berusia 34 tahun menemui cincin itu sejak lima tahun lalu setelah berlaku kebakaran di tempat pembuangan sampah Supit Urang di Daerah Sukun, Kota Malang, Indonesia.

Gambar Hiasan / Pixabay

Lima hari selepas tragedi, bapa kepada tiga anak itu menemui sebentuk cincin berlian bernilai 80 juta Rupiah (RM 24,000) ketika sedang mengais-ngais sampah yang separuh terbakar.

Harianto, yang pada mulanya merasakan cincin yang ditemuinya itu tidak bernilai, telah menjualnya pada keesokan hari dan menggunakan wang itu untuk membina sebuah rumah berhampiran rumah ibu bapanya.

“Ia adalah cincin berlian. Ia selebar jari manis saya dan terdapat sebutir berlian sebesar biji jagung. Keesokan harinya saya menjual cincin itu kepada Sawojajar dan saya amat terkejut apabila mendapati cincin itu berharga 80 juta Rupiah,” kata Harianto.

Harianto yang bekerja sebagai pengutip sampah selama 25 tahun menambah, setelah memiliki rumah sendiri, ia memberi keyakinan kepadanya untuk meminang teman wanitanya.

Pasangan suami isteri itu kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya telah lama berteman wanita, tetapi tidak berani untuk berkahwin. Tetapi apabila saya telah mendapat rumah, saya terus melamarnya,” kata Harianto.

“Saya bersyukur kerana dapat membina rumah tangga dengan bahagia bersama kurniaan anak-anak dan ia cukup bagus untuk bekerja seperti ini walaupun ia kotor,” tambahnya.

Harianto mendedahkan dia memperolehi pendapatan antara 80,000 dan 100,000 Rupiah (RM23.42 hingga 29.27) dalam sehari.

Menurut Ketua UPT Supit Urang TPA Budi Heriyanto, pengumpul barangan terpakai sering menemui item berharga termasuk paling mengejutkan senjata api dan bayi baru lahir.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan editor: