Laporan mendedahkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai akses terhadap maklumat akaun bank tanpa memerlukan kebenaran daripada pembayar cukai.
Ini berikutan berlakunya pindaan terbaharu terhadap Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan yang diluluskan di Parlimen.
Sebelum pindaan akta ini dibuat, pihak LHDN perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik akaun sebelum pihak bank memberikan maklumat tersebut.
Seksyen 106A merupakan salah satu cadangan pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Ini memberi maksud bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak akan terpakai untuk penguatkuasaan Seksyen 106A di masa hadapan.
Seksyen tersebut dicadangkan untuk membenarkan LHDM membuat tuduhan kepada pembayar cukai di mahkamah serta membolehkan LHDN mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai.
Selain itu, pihak bank juga tidak dibenarkan untuk memaklumkan perkara itu kepada pemilik akaun.
Jika perkara ini dilanggar oleh bank, mereka boleh dikenakan denda antara RM200-RM20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Kita sudah sedia maklum bahawa keadaan jalan raya yang teruk – sama ada berlubang atau tidak diselenggara dengan baik mampu membahayakan pengguna jalan raya.
Apatah lagi pada waktu malam, di mana jarak penglihatan adalah terhad, ditambah pula jika tiada lampu jalan diletakkan.
Minggu lalu, tular di laman media sosial akan insiden rim bengkok dan tayar pecah serta meletup setelah melanggar lubang yang dipenuhi air hujan di Sabah.
Ianya dipercayai berlaku di Jalan Sandakan – Telupid, melibatkan 10 buah kenderaan yang akhirnya tersadai ekoran tidak dapat bergerak.
Mengintai di ruangan komen, ada juga pengguna berkongsi pengalaman sendiri yang turut menjadi mangsa keadaan jalan raya tersebut :
Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Ini kerana permukaan jalan raya adalah elemen penting yang menghubungkan tayar kenderaan untuk bergerak.
Dan jika keadaan jalan raya tidak rata atau beralun, ia mampu mengakibatkan kenderaan hilang kawalan dan terbabs.
Semoga insiden ini mendapat perhatian pihak berwajib yang segera mengambil tindakan sewajarnya.
Istiadat konvokesyen adalah satu majlis rasmi penuh protokol, yang bertujuan untuk meraikan kejayaan graduan dalam menuntut ilmu. Biasa bersama jubah, hood dan mortar board, para graduan akan mengenakan pakaian formal atau pakaian kebangsaan yang sopan.
Seorang graduan sarjana yang berasal dari Sabah, Michelle Glory, menarik perhatian semua pada hari konvokesyennya apabila mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian tradisional gabungan suku Kadazan Papar dan Kadazan Penampang yang cantik.
Michelle dengan sungguh anggun dan bergaya naik ke pentas untuk menerima ijazah sarjana ketika Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia yang ke-58 baru-baru ini. Pada hari itu, Michelle menjadi salah seorang graduan paling menarik perhatian dengan pakaian tradisionalnya yang amat cantik dan kreatif.
Tiga gambar majlis konvokesyen universiti itu menjadi tular di Facebook selepas kalangan warganet berasa amat kagum dan penuh memuji selepas melihat Michelle berjalan anggun memperagakan pakaian tradisional Sabah ketika menerima ijazah sarjananya, yang amat bijak disesuaikan dengan warna jubah dan hood berwarna kuning.
Michelle yang berusia 28 tahun adalah pelajar Sains Biologi di Universiti Sains Malaysia yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di jabatan ini dan melengkapkan ijazah sarjananya.
Sebelum ini, ketika pertama kali naik ke pentas untuk menerima ijazah sarjana muda, Michelle memakai gaun pengantin tradisional ibunya, tetapi dia tidak boleh memakainya sekali lagi, menurutnya kepada Sin Chew Daily.
“Ayah saya suku Kadazan Papar dan ibu saya Kadazan Penampang, jadi kali ini saya ingin menggabungkan pakaian dua suku ini di satu tempat,” katanya.
“Bagaimanapun, protokol dan etika pemakaian majlis universiti itu menetapkan bahagian bawah badan tidak boleh pendek dan perlu melebihi paras lutut, jadi saya meminjam skirt yang lebih panjang daripada Persatuan Kadazan-Dusun Murut di Pulau Pinang,” jelasnya.
Michelle tidak menyangka gabungan kreatif pakaian tradisional dari suku Kadazan itu boleh menarik perhatian ribuan warganet. Beliau menyatakan rasa bangga serta berpuas hati kerana lebih ramai orang kini mengenali dan menyukai busana tradisional yang unik dan cantik dari Sabah.
Michelle Glory berkata beliau akan terus memakai pakaian tradisional Sabah yang lain pula apabila naik ke pentas untuk menerima ijazah PhD pada hari konvokesyen di masa hadapan.
Tanya mana-mana ibu penyayang, dan mereka berani berkata akan melakukan apa sahaja demi anak-anak.
Kita dapat melihat betapa ibu tidak mementingkan diri dalam kehidupan seharian, ketika sanggup berjaga sepanjang malam untuk menyusu dan menenangkan bayi, atau demi memastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat dan lazat walaupun itu bermakna terpaksa mengorbankan makanan sendiri.
Ibu benar-benar akan melakukan apa sahaja demi anak-anak. Apabila berhadapan dengan situasi hidup atau mati, kesetiaan dan pengorbanan seorang ibu benar-benar memberi sinar kepada kehidupan walaupun ia bukan untuk kehidupannya sendiri.
Dalam kes seorang ibu yang masih muda dari Wyoming, pengakhirannya sungguh menyayat hati.
Shelby Ann Carter, wanita berusia 21 tahun ketika melahirkan bayi perempuan cantiknya pada bulan Januari 2017.
Shelby dan teman lelakinya sangat gembira menjadi ibu bapa, dan ibu muda itu serta-merta mengambil bahagian dalam hal keibubapaan seolah-olah dia telah melakukannya sepanjang hidup.
Sejak lahir, kehadiran bayi perempuannya menjadi sumber kebahagian dalam kehidupan Shelby, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.
Malangnya, tragedi yang dahsyat berlaku di rumah ibu Shelby, tempat dia dan bayi perempuannya tinggal.
Tidak lama selepas bayi perempuannya dilahirkan, kebakaran telah berlaku di rumah itu.
Api tiba-tiba marak dan merebak dengan cepat, dan bilik-bilik dalam rumah itu secara pantas dipenuhi asap.
Ketika keadaan beralih panik dan sudah tiada lagi jalan keluar, Shelby menyedari bahawa dia perlu bertindak pantas.
Ketika itu api bersama asap tebal mula marak menyambar, Shelby berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan anak perempuannya.
Sebaik sahaja menyedari tiada cara lain untuk keluar dari rumah itu, ibu ini dengan pantas mengikat erat bayinya di dalam tempat duduk kereta bayi, dan bersama tekad pengorbanan yang hanya seorang ibu akan lakukan, dia mencampakkan bayinya itu dari tingkap tingkat dua.
Shelby kemudian lemas akibat terlalu banyak menghidu asap, dan malangnya meninggal dunia di tempat kejadian.
Anggota bomba bekerja keras untuk mengawal kebakaran, tetapi malangnya sudah terlambat apabila mereka tiba untuk menyelamatkan Shelby.
Tetapi satu cahaya kecil bersinar terang di dalam kegelapan. Bayi perempuan Shelby telah terselamat dengan penuh keajaiban, dan itu semua berkat kasih sayang dan fikiran pantas ibunya.
“Berita baiknya, bayi itu telah pulang ke rumah dan berada dalam keadaan baik,” kata Sheriff Stark County Steve Sloan sehari selepas kebakaran.
Penduduk Wyoming benar-benar bersedih untuk bayi perempuan tanpa ibu itu, dan mereka berkumpul mengucapkan takziah dan simpati. Dana US$40,000 telah berjaya dikumpulkan untuk bayi Shelby dalam beberapa minggu sahaja.
Mendiang Shelby diangkat sebagai wira, dan ingatan ke atasnya akan sentiasa kekal. Tiada siapa yang akan melupakan pengorbanan Shelby demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya.
Walaupun kehidupannya agak singkat, Shelby telah menunjukkan kepada semua betapa dia seorang ibu yang baik, tidak mementingkan diri, pantas berfikir dan segera bertindak. Pasti anak perempuan Shelby akan membesar dengan mengetahui betapa hebat ibunya telah berkorban demi kehidupan dan masa depannya.
Kadang kala, bukan kita sahaja yang melindungi haiwan peliharaan di rumah. Ada masanya, mereka turut melindungi kita.
Itulah yang dialami Maya, seorang wanita dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Pada suatu malam ketika Maya menonton televisyen bersama suaminya, mereka ternampak bayangan haiwan di luar tingkap.
Mereka lantas membuka pintu bagi melihat apakah ia dan mendapati bahawa kucing mereka yang bernama Max sedang menghalau 3 ekor koyote.
Maya bergegas menakut-nakutkan koyote tersebut manakala Max pula berjalan ke arahnya. Akhirnya koyote itu pun berlalu pergi.
Setelah itu, Maya melihat video CCTV yang menunjukkan situasi itu daripada awal. Maya mendapati bahawa Max sudah berhadapan dengan koyote berkenaan selama 30 saat.
Mujurlah Max tidak mengalami sebarang kecederaan daripada situasi itu. Menerusi video itu, koyote tersebut dilihat cuba mengepung Max.
Penyelidik mengatakan bahawa mereka mungkin telah menemui punca peringkat molekul penyakit Alzheimer.
Para saintis di University of California-Riverside berkata dalam penemuan baru-baru ini bahawa kunci untuk memahami Alzheimer mungkin ada kaitan dengan protein “tau” yang mungkin menyebabkan ‘kusut neurofibrillary’ – yang terdapat dalam otak pesakit Alzheimer.
Sebelum ini, penyelidik mencadangkan bahawa plak amiloid, yang merupakan pengumpulan peptida amiloid, yang mungkin menjadi punca.
Kedua-dua plak amiloid dan ‘kusut neurofibrillary’ adalah petunjuk kritikal yang doktor cari dalam mendiagnosis Alzheimer.
“Kira-kira 20% orang mempunyai plak, tetapi tiada tanda-tanda demensia”, kata profesor kimia UCR, Ryan Julian dalam satu kenyataan. “Ini menjadikan seolah-olah plak itu sendiri bukan puncanya”.
Penyelidik memberi tumpuan kepada struktur berbeza yang boleh dihasilkan oleh satu molekul, yang dikenali sebagai isomer.
“Isomer ialah molekul yang sama dengan orientasi tiga dimensi yang berbeza daripada yang asal. Contoh biasa ialah tangan”.
“Tangan adalah isomer antara satu sama lain, imej cermin namun ianya bukan salinan tepat. Isomer sebenarnya boleh mempunyai tangan,” kata Julian.
Pasukan itu mengimbas protein dalam sampel otak yang telah didermakan ke makmal mereka dan dalam otak yang terdapat pengumpulan protein ‘tau’ tetapi tiada diagnosis Alzheimer.
Mereka mendapati bahawa ‘tau’ yang normal mempunyai bentuk tangan yang berbeza berbanding individu yang mempunyai plak atau kusut dan yang telah didiagnosis dengan Alzheimer. Protein juga bertahan lebih lama daripada yang dianggap normal, kata para penyelidik.
Jika protein kekal terlalu lama (biasanya lebih daripada 48 jam) beberapa asid amino dalam protein bertukar menjadi isomer “tangan lain”, jelas mereka.
“Jika anda cuba meletakkan sarung tangan kanan di tangan kiri anda, ia tidak berfungsi dengan baik,” kata Julian.
“Ia adalah masalah yang sama dalam biologi ; molekul tidak berfungsi seperti yang sepatutnya selepas beberapa ketika kerana sarung tangan kidal sebenarnya boleh bertukar menjadi sarung tangan kanan yang tidak sesuai”.
Tubuh manusia mempunyai proses yang dipanggil ‘autophagy’ – berfungsi membersihkan protein yang digunakan atau rosak daripada sel. Apabila orang berumur, ‘autophagy’ boleh menjadi perlahan, walaupun tidak jelas sebabnya. Jawapan itulah yang cuba dicari oleh pasukannya.
“Sekiranya kelembapan dalam ‘autophagy’ adalah puncanya, perkara yang meningkatkannya sepatutnya mempunyai kesan yang berfaedah”, katanya.
CALIFORNIA- Ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah baru-baru ini mendakwa bahawa kakitangan sekolah telah mengindoktrinasi anak perempuannya yang ketika itu berusia 12 tahun dalam kelab LGBTQ yang menyamar sebagai kelab yang memperjuangkan kesaksamaan.
Dua orang guru di Buena Vista Middle School di Salinas dirakam sedang meminta guru lain untuk menyembunyikan identiti sebenar kelab LGTBQ daripada pengetahuan ibu bapa pada persidangan Persatuan Guru California di Palm Springs, California yang telah berlangsung pada 29 Oktober hingga 31 Oktober lalu.
Jessica Konen mendakwa bahawa salah seorang guru di sekolah itu telah memujuk anak perempuannya untuk menyertai “Equality Club” pada waktu makan tengah hari dan mula meyakinkan anak perempuannya bahawa dia adalah ‘transgender’.
Kredit Gambar : John Fredricks/The Epoch Times)
Semasa di penghujung darjah enam, anak perempuan Konen memberitahu bahawa dia mungkin seorang yang biseksual. Tidak lama selepas itu Konen dipanggil ke sekolah untuk pertemuan bersama anak perempuannya dengan disertai oleh seorang guru dan pengetua sekolah.
Guru itu menuduh Konen tidak “menyokong emosi” anak perempuannya, yang akan menggunakan nama lelaki dan akan menggunakan tandas uniseks di sekolah.
Konen juga berkata dia terasa hati kerana anak perempuannya tidak berjumpa dengannya terlebih dahulu dan memberitahu tentang dirinya atau keinginannya untuk menukar jantina. Mendengar luahan itu guru tersebut hanya tersenyum mengejek.
Kredit Gambar : FREDERIC J. BROWN/AFP via Getty Images
Beberapa hari selepas pertemuan itu, Jabatan Polis King City datang ke rumahnya dan memberitahu bahawa terdapat aduan dibuat kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS). Polis kemudian menyoal dua orang anaknya dan bertanya sama ada mereka mahu dikeluarkan dari rumah.
Walau bagaimanapun, Konen akur dan membawa anak-anaknya bertemu dengan CPS minggu itu seperti yang diarahkan.
Menurut Konen, CPS kemudian menggugurkan kes itu dan tidak meminta dia memanggil anak perempuannya dengan kata ganti nama lelaki seperti yang disuruh oleh gurunya.
Jessica Konen
Selepas beberapa pertemuan dengan guru-guru, Konen mendapati bahawa sekolah itu tahu bahawa anak perempuannya pernah mencari maklumat tentang bunuh diri di internet. Walau bagaiamanapun, pihak sekolah tidak pernah memberitahunya mengenai perkara tersebut.
Anak perempuannya, kini berusia 14 tahun, telah meninggalkan Buena Vista dan kini bersekolah di sekolah baharu di mana dia menggunakan nama asalnya.
Konen juga pernah bertanya kepada anaknya sama ada dia benar-benar mahu hidup dan menggunakan nama perempuan atau sebaliknya. Hal ini kerana dia tiada masalah jika anaknya mahu menggunakan nama lelaki. Anaknya perempuannya kemudian memberitahu bahawa mereka (yang berada di sekolah) bukanlah orang yang baik.
“Keadaan menjadi lebih baik. Dia berada di sekolah yang berbeza, persekitaran yang berbeza. Tiada siapa yang menekannya,” kata Konen.
Pernah melihat cerita Cinderella? Antara perkara yang menarik di dalam cerita fantasi itu ialah bagaimana haiwan-haiwan di dalam cerita itu membantu Cinderella untuk mengemas rumah. Pasti ada yang pernah berangan dibantu seperti itu, jadi tidak perlu susah-susah menyelesaikan semua kerja rumah.
Illustration de rats dans la ville a cote de la Cathedrale Notre-Dame de Paris. Paris, FRANCE – 10/2017 (Sipa via AP Images)
Kisah itu seolah-olah menjadi realiti buat seorang lelaki, Steve McKears, 72, yang merupakan seorang pesara juruelektrik di UK. Menurut McKears ada sesuatu yang aneh berlaku di taman rumahnya, di mana dia menjalankan kerja-kerja berkebun. McKears dikatakan sering meninggalkan meja tempatnya bekerja dalam keadaan bersepah dan tidak kemas.
Namun, keesokan harinya dia melihat meja kerjanya menjadi kemas. Sejak hari itu, dia mendapati bahagian yang tidak kemas telah dibersihkan, semua alatan pula telah dimasukkan ke dalam baldi lama, dan kandungan baldi itu semakin dipenuhi dengan barang terkumpul, termasuk beberapa objek logam kecil, rantai dan barangan plastik.
Suatu hari dia sengaja mengeluarkan semua isi baldi dan menyepahkannya di sekeliling meja. Tanpa disangka, keesokan harinya apabila dia bangun, semua pekakas dan alatan sudah berada di tempat asalnya.
Keadaan tersebut membuatkan dia mula tertanya-tanya akan gerangan yang membantunya berkemas. Dia juga sempat berfikir bahawa semua itu hanya halusinasinya sahaja kerana dia sudah tua. Dia akhirnya memutuskan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Dengan bantuan jirannya, Rodney Holbrook, CCTV akhirnya berjaya dipasang. Selepas menonton rakaman CCTV, McKears menghela nafas lega dan berkata bahawa dia sangat gembira kerana dia tidak berhalusinasi.
Dia mendapati bahawa ada tikus yang menyelinap masuk ke dalam pondok berkunci dan kemudian naik ke atas meja untuk menyusun alatan-alatan kecil di atas meja. Siapa sangka rupa-rupanya selama ini dia telah dibantu oleh tikus!
Kematangan tidak mengenal usia. Di daerah Chiayi, Taiwan, seorang budak lelaki berusia 16 tahun, Chen Youan berusaha keras dengan berniaga bagi membalas jasa datuk dan neneknya.
Chen Youan merupakan cucu daripada anak perempuan ketiga datuknya. Memandangkan kesemua adik beradik Chen Youan adalah lelaki, ibunya berniat mahu menyerahkan Chen Youan kepada orang lain.
Oleh kerana sayangkan cucunya, datuk dan nenek Chen Youan enggan membenarkan perkara itu terjadi lantas memutuskan untuk menjaganya.
Walaupun masih remaja dan sepatutnya menfokuskan kepada pelajaran, Chen Youan gigih mahu membalas jasa datuk dan neneknya dengan berniaga di pasar.
Bagi mengurangkan beban datuknya, Chen Youan menjual bawang putih dan halia di pasar ketika usianya 13 tahun dan masih bersekolah.
Dia juga pernah diusir oleh pengurus pasar namun dia tidak pernah putus asa. Sebaliknya, perkara itu menarik perhatian dan membuatkan lebih ramai pelanggan membeli daripadanya.