25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiIbu terpaksa campak bayi diikat dalam ‘car seat’ keluar tingkat 2, pengorbanan...

Ibu terpaksa campak bayi diikat dalam ‘car seat’ keluar tingkat 2, pengorbanan cinta terakhir sebelum temui ajal dalam kebakaran

Tanya mana-mana ibu penyayang, dan mereka berani berkata akan melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Kita dapat melihat betapa ibu tidak mementingkan diri dalam kehidupan seharian, ketika sanggup berjaga sepanjang malam untuk menyusu dan menenangkan bayi, atau demi memastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat dan lazat walaupun itu bermakna terpaksa mengorbankan makanan sendiri.

Ibu benar-benar akan melakukan apa sahaja demi anak-anak. Apabila berhadapan dengan situasi hidup atau mati, kesetiaan dan pengorbanan seorang ibu benar-benar memberi sinar kepada kehidupan walaupun ia bukan untuk kehidupannya sendiri.

Facebook

Dalam kes seorang ibu yang masih muda dari Wyoming, pengakhirannya sungguh menyayat hati.

Shelby Ann Carter, wanita berusia 21 tahun ketika melahirkan bayi perempuan cantiknya pada bulan Januari 2017.

Shelby dan teman lelakinya sangat gembira menjadi ibu bapa, dan ibu muda itu serta-merta mengambil bahagian dalam hal keibubapaan seolah-olah dia telah melakukannya sepanjang hidup.

Facebook

Sejak lahir, kehadiran bayi perempuannya menjadi sumber kebahagian dalam kehidupan Shelby, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.

Malangnya, tragedi yang dahsyat berlaku di rumah ibu Shelby, tempat dia dan bayi perempuannya tinggal.

Tidak lama selepas bayi perempuannya dilahirkan, kebakaran telah berlaku di rumah itu.

Api tiba-tiba marak dan merebak dengan cepat, dan bilik-bilik dalam rumah itu secara pantas dipenuhi asap.

Ketika keadaan beralih panik dan sudah tiada lagi jalan keluar, Shelby menyedari bahawa dia perlu bertindak pantas.

Ketika itu api bersama asap tebal mula marak menyambar, Shelby berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Sebaik sahaja menyedari tiada cara lain untuk keluar dari rumah itu, ibu ini dengan pantas mengikat erat bayinya di dalam tempat duduk kereta bayi, dan bersama tekad pengorbanan yang hanya seorang ibu akan lakukan, dia mencampakkan bayinya itu dari tingkap tingkat dua.

Facebook

Shelby kemudian lemas akibat terlalu banyak menghidu asap, dan malangnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota bomba bekerja keras untuk mengawal kebakaran, tetapi malangnya sudah terlambat apabila mereka tiba untuk menyelamatkan Shelby.

Tetapi satu cahaya kecil bersinar terang di dalam kegelapan. Bayi perempuan Shelby telah terselamat dengan penuh keajaiban, dan itu semua berkat kasih sayang dan fikiran pantas ibunya.

“Berita baiknya, bayi itu telah pulang ke rumah dan berada dalam keadaan baik,” kata Sheriff Stark County Steve Sloan sehari selepas kebakaran.

Facebook

Penduduk Wyoming benar-benar bersedih untuk bayi perempuan tanpa ibu itu, dan mereka berkumpul mengucapkan takziah dan simpati. Dana US$40,000 telah berjaya dikumpulkan untuk bayi Shelby dalam beberapa minggu sahaja.

Mendiang Shelby diangkat sebagai wira, dan ingatan ke atasnya akan sentiasa kekal. Tiada siapa yang akan melupakan pengorbanan Shelby demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya.

Walaupun kehidupannya agak singkat, Shelby telah menunjukkan kepada semua betapa dia seorang ibu yang baik, tidak mementingkan diri, pantas berfikir dan segera bertindak. Pasti anak perempuan Shelby akan membesar dengan mengetahui betapa hebat ibunya telah berkorban demi kehidupan dan masa depannya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI