31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiBerani lawan 3 ekor koyote, keberanian kucing ini ternyata mengejutkan pemiliknya

Berani lawan 3 ekor koyote, keberanian kucing ini ternyata mengejutkan pemiliknya

Kadang kala, bukan kita sahaja yang melindungi haiwan peliharaan di rumah. Ada masanya, mereka turut melindungi kita.

Itulah yang dialami Maya, seorang wanita dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Pada suatu malam ketika Maya menonton televisyen bersama suaminya, mereka ternampak bayangan haiwan di luar tingkap.

Mereka lantas membuka pintu bagi melihat apakah ia dan mendapati bahawa kucing mereka yang bernama Max sedang menghalau 3 ekor koyote.

Maya bergegas menakut-nakutkan koyote tersebut manakala Max pula berjalan ke arahnya. Akhirnya koyote itu pun berlalu pergi.

Setelah itu, Maya melihat video CCTV yang menunjukkan situasi itu daripada awal. Maya mendapati bahawa Max sudah berhadapan dengan koyote berkenaan selama 30 saat.

Mujurlah Max tidak mengalami sebarang kecederaan daripada situasi itu. Menerusi video itu, koyote tersebut dilihat cuba mengepung Max.

Namun Max langsung tidak gentar malah berani berhadapan dengan ketiga-tiga ekor koyote tersebut walau dirinya hanya seekor sahaja.

Maya ternyata terkejut dengan tindakan Max itu dan berasa bahawa mereka sekeluarga amat bertuah kerana Max tidak diapa-apakan.

Bimbang dengan keselamatan Max, Maya mengambil keputusan untuk membawa masuk Max kerana risau Max akan diserang koyote.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI