Malah tuannya turut ‘dibuli’ dan ‘diserang’ manja oleh Mega. Pendek kata, Mega pantang betul melihat tuannya. Jika ada, pasti tuannya akan dijadikan ‘mangsa’.
Wanita itu pula gemar melayan karenah Mega dan sentiasa meluangkan masa untuk seakan ‘berlawan’ dengannya.
3 insiden objek terbang tidak dikenal pasti ataupun UFO ditemui di Hong Kong dalam tempoh 3 hari.
Sesetengah penduduk sempat merakam gambar UFO yang ditemui di atas Teluk Kowloon, memancarkan cahaya biru, hijau dan putih, berlegar di altitud tinggi selama lebih daripada satu jam pada kira-kira jam 6 pagi.
Video pula menunjukkan bahawa UFO berkenaan terapung di altitud tinggi, memancarkan cahaya terang yang berbeza warna.
Menurut saksi bernama Ou, sewaktu dia pulang ke rumah pada waktu malam, dia mendapati terdapat cahaya berkelip-kelip di langit.
Mulanya Ou menyangkan bahawa ianya adalah kapal terbang yang sedang melintas namun kemudian objek terbang itu kekal setempat tanpa bergerak membuatkan dia sempat merakam video.
Cik Ou berkata bahawa UFO tersebut serupa dengan bentuk ‘oblate’ piring terbang dan ia terus memancarkan cahaya kuat berwarna biru, hijau dan putih.
Ketinggiannya terbang adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan dron, jadi ia mungkin bukan dron. UFO tersebut juga difahamkan berlegar selama sejam sebelum hilang.
Sebelum ini, kira-kira pada jam 1 tengah hari pada 6 Disember, UFO reflektif berwarna perak telah ditemui di atas Victoria Harbour.
Ia melayang di udara dan terbang ke arah West Loop dan hilang dalam masa kira-kira 10 minit. Ramai saksi sempat merakam video itu dan berasa kagum.
Pada malam itu, beberapa orang merakam gambar UFO di atas Tianshengyuan di Tianshuiwei.
Objek itu muncul sebagai titik cahaya elips kuning jingga, dengan kedudukannya tidak menentu di langit – kadangkala melompat dengan cepat dan kadangkala berhenti pada ketinggian yang tinggi.
Saksi juga percaya bahawa ia adalah UFO yang dirakam secara tidak sengaja semasa merakamkan foto bulan.
Seawal 1980-an, di Kampung Wah Fu, Hong Kong, ramai saksi melihat objek terbang gergasi yang tidak dikenali muncul di udara. Kisah “lagenda bandar” ini juga telah diturunkan hingga ke hari ini.
Jika bercakap pasal haiwan reptilia biawak, rasanya ramai orang akan berasa geli dan tidak ramai orang yang menjadi berani apabila berhadapan dengannya.
Baru-baru ini haiwan itu menjadi tetamu tidak diundang yang membuat kejutan kepada para pelanggan, yang sedang menikmati makanan di sebuah medan selera di Mukah, Sarawak.
Menerusi rakaman video TikTok yang turut menjadi tular di Facebook dan Twitter, kelihatan para pelanggan berdiri panik dan ada yang melarikan diri apabila tiba-tiba muncul seekor biawak ‘bersiar-siar’ di dalam medan selera tersebut.
Tetapi dengan pantas muncul abang berbaju merah berlogo Superman mendekati biawak itu, memegang dan menarik ekornya lalu mengheretnya ke arah tepi sungai.
Tahulah biawak itu hendak ke mana kalau dia pandai berenang. Walaupun mungkin dia sedikit pening menjadi ‘helikopter’ sebentar ketika dihumban ke dalam sungai, janji tidak lagi mengganggu para pelanggan di medan selera itu.
Bintang NBA dari Boston Celtics Enes Kanter Freedom kini lebih bersedia untuk menentang secara terbuka pemerintahan ‘diktator kejam’ PKC dan pelanggaran hak asasi manusia negara itu secara berterusan.
Pada ketika ramai rakan sepasukannya berdiam diri mengenai perkara ini, Enes Kanter sanggup lantang bersuara mengenai hak asasi manusia di khalayak ramai. Tindakannya telah mendapat pujian di seluruh Amerika Syarikat.
Tetapi tidak semua pihak gembira dengan kejujuran dan integriti Enes Kanter, termasuk NBA sendiri yang mempunyai hubungan perniagaan rapat dengan PKC.
Bintang NBA Boston Celtics Enes Kanter Freedom (Gambar oleh Mike Ehrmann/Getty Images)
NBA jelas sangat tidak berpuas hati dengan Enes Kanter Freedom, malahan mereka menyerang tindakannya memperjuangkan hak kebebasan bersuara ketika memakai kasut sukan dengan pilihannya.
Freedom memberitahu New York Post, “Sebelum perlawanan di Madison Square Garden, dua orang dalam NBA telah ‘merayu’ saya untuk menanggalkan kasut itu.” Pada bulan November, Freedom memutuskan untuk memakai kasut sukan buatan tangan khas yang bertulis ‘Free Tibet’.
Enes Kanter Freedom berasal dan dibesarkan di Turki. Pada penghujung bulan lalu, beliau secara rasmi dinaturalisasi sebagai warganegara Amerika Syarikat. Bintang NBA ini juga secara sah menukar nama Enes Kanter kepada Enes Kanter Freedom.
Freedom menolak permintaan ini daripada NBA atas alasan dalam sijil kewarganegaraan Amerika Syarikat menunjukkan beliau tidak perlu berbuat demikian, menurut hak kebebasan bersuara dalam First Amendment.
Tambah Freedom kepada New York Post, “Saya sangat keliru tentang perkara ini. Saya sedang bersiap untuk ujian kewarganegaraan pada masa itu. Saya tahu First Amendment adalah mengenai kebebasan bersuara. Mereka meminta saya menanggalkan kasut sukan pilihan saya. Ia melanggar hak yang diberikan kepada saya oleh Perlembagaan. Saya berkata dengan tegas tidak akan menanggalkannya. Saya tidak kisah jika saya akan digantung atau didenda.”
Freedom juga mendedahkan, “Semasa rehat, saya menerima mesej daripada pengurus: PKC tiba-tiba mengharamkan semua perlawanan Celtics di China. Saya memakai kasut ini di bangku simpanan dan hanya bermain separuh daripada perlawanan. Masa itu, permainan Celtics telah disekat oleh (PKC).”
New York Post melaporkan NBA menafikan mana-mana kakitangannya dalam liga telah meminta Enes Kantes Freedom untuk menanggalkan kasut sukannya. Dan mengatakan permintaan ini sangat luar biasa, kerana NBA biasanya bersedia untuk bercakap tentang apa-apa yang berkaitan dengan China.
“Mereka bertanya kepada saya sama ada akan terus memakai kasut ini. Saya berjanji kepada mereka tidak akan memakai kasut itu lagi, tetapi saya akan meletakkan perkataan “Freedom”, “Free Uyghur” dan lain-lain di sisi kasut,” kata Freedom.
‘Free Uyghur’ atau ‘Bebaskan Uyghur’ merujuk kepada minoriti Islam di Xinjiang, wilayah di barat China, yang telah mengalami pencabulan hak asasi manusia yang teruk oleh Parti Komunis China (PKC).
To those of you who care about human dignity: Please join me in spreading the word. What is happening to the Uyghurs is one of the WORST human rights abuses in the world today.
Freedom juga mendedahkan, “NBA menelefon dan mengganggu saya. Saya memberitahu mereka untuk tidak menelefon atau menghantar mesej kepada saya lagi.”
Walaupun usaha NBA untuk menekan kebebasan bersuaranya, Enes Kanter Freedom berkata beliau tidak akan tunduk. “Sekarang saya berdiri di atas pentas besar di mana begitu ramai diktator memusnahkan rakyat. Tuhan memberi saya platform ini dan saya mesti menggunakannya untuk memperjuangkan keadilan,” katanya kepada Washington Post.
Lebih daripada satu abad selepas dihantar, sepucuk surat yang dihantar oleh seekor merpati telah ditemui oleh pasangan di Alsace, Perancis.
Surat itu difahamkan telah ditemui oleh pasangan itu ketika mereka berjalan kaki dalam bentuk kapsul kecil – di dalamnya mempunyai nota bersaiz kecil yang digulungkan.
Mesej berkenaan ditulis di dalam bahasa Jerman oleh seorang askar yang bertugas di Ingersheim (bandar Jerman yang kini di dalam Perancis).
Susulan penemuan itu, pasangan itu kemudian telah membawanya ke muzium bagi mengetahui sama ada asal usulnya dapat diketahui.
“Surat itu ditujukan kepada pegawai atasan”, jelas Dominique Jardy, selaku kurator di Muzium Linge di Orbey di timur Perancis.
Bertarikh 16 Julai, namun tulisan tangan itu sukar dihuraikan kandungannya, bahkan tahun ianya ditulis juga tidak begitu jelas.
Berdasarkan rangka Perang Dunia Pertama, ia mungkin telah dihantar antara tahun 1914 dan 1918 namun Jardy percaya bahawa ia mungkin dihantar pada tahun 1910.
“Platun Potthof menerima tembakan ketika tiba di sempadan Barat padang kawad, platun Potthof melepaskan tembakan dan berundur selepas beberapa ketika”, tulis mesej surat terbabit.
“Di Fechtwald setengah platun telah dilumpuhkan. Platun Potthof berundur dengan kekalahan yang besar”.
Jardy berkata penemuan itu adalah “sangat jarang” berlaku. Sebanyak 4 salinan mesej menggunakan 4 ekor burung merpati mungkin dihantar pada masa itu.
Dia juga mengandaikan bahawa merpati yang membawa mesej khusus ini berkemungkinan sesat sejurus berlepas.
Menurut sumber, dia yang sedang berjalan di laluan menuju ke pusat pengunjung ternampak memerang berkenaan di laluan sebelah kanan, pada jarak sekitar 4.5 meter daripadanya.
Difahamkan bahawa sebelum itu, seorang pelari lain berlari menonong di laluan memerang itu menyebabkan mamalia berkenaan berasa ‘terkejut’ dan berubah ganas.
Walau bagaimanapun, pelari terbabit sempat meninggalkan lokasi, menyebabkan ia menyerang pula Spencer yang masih berada di lokasi itu.
Tambahnya, itulah kali pertama dia terlihat memerang di taman tersebut sepanjang rutinnya berlari pada waktu pagi di sana.
Sungguhpun diserang, Spencer kemudian berjalan kaki ke jabatan kecemasan Hospital Gleneagles dan telah diberikan suntikan tetanus dan antibiotic pada hari yang sama.
Spencer juga sudah 3 kali berjumpa doktor bagi merawat lukanya dan kesemua kos rawatan menelan belanja kira-kira SG$1,200 (RM3,700).
Beliau kini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera supaya orang lain tidak mengalami nasib sepertinya.
‘Golden Milk’ atau haldi ka doodh atau susu emas ialah minuman menghangatkan yang berasal daripada tradisi Ayurveda purba dan telah diamalkan oleh masyarakat India dan Asia untuk menggalakkan kesihatan optimum.
Anda mungkin pernah mendengar tentang manfaat kesihatan dan khasiat yang mendalam daripada kunyit, iaitu unsur curcumin. ‘Curcumin’, phytonutrient yang bertanggungjawab untuk warna kuning-oren pada kunyit, amat bermanfaat sebagai antioksidan dan anti-radang yang berkuasa.
Kerana sifat yang berkuasa ini, curcumin boleh memberi manfaat kepada pelbagai sistem tubuh badan dan melegakan pelbagai simptom keradangan.
Ia telah terbukti menyokong penghadaman, mengurangkan kesakitan, membantu pemulihan serta mengurangkan risiko kanser dan diabetes.
Penyelidikan juga menunjukkan kunyit menyokong kesihatan otak, kulit, kardiovaskular dan mata. Tambahan lada hitam adalah penting untuk memastikan badan menyerap curcumin ke dalam aliran darah kerana ia meningkatkan bioavailabiliti sebanyak 2,000 peratus.
Walaupun pengambilan ‘Golden Milk’ sangat bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan, adalah disyorkan anda mempertimbangkan untuk menambah salah satu makanan tambahan berkualiti tinggi yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan.
Bahan-bahan ‘Golden Milk’:
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh halia kisar
1/4 sudu teh kulit kayu manis
secubit lada hitam yang dikisar
secubit buah pelaga yang dikisar
secubit bunga cengkih yang dikisar
secubit buah pala yang dikisar
236ml santan
1 sudu teh pemanis sihat pilihan anda (pemanis buah, madu mentah, secubit stevia)
NADKI/Shutterstock
Langkah-langkah:
Panaskan santan dalam periuk kecil sehingga mula mendidih.
Alih dari api dan kacau dengan herba di atas dan pemanis pilihan anda.
Untuk kesihatan tambahan, pertimbang untuk menambah minyak kelapa, minyak MCT dan/atau Collagen ECM untuk meningkatkan khasiat minuman anda.
Untuk mencapai konsistensi berbuih seperti latte, kisar dalam pengisar selama 15 saat dan hidangkan.
FILE PHOTO: A healthcare worker assists a patient being treated at a makeshift hospital run by charity organisation The Gift of the Givers, during the coronavirus disease (COVID-19) outbreak in Johannesburg, South Africa, July 11, 2021. REUTERS/ Sumaya Hisham
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tiada sebarang kematian yang dilaporkan akibat varian Omicron daripada virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan COVID-19.
“Untuk Omicron, kami tidak merekodkan sebarang kematian yang dilaporkan, tetapi ia masih dalam peringkat awal perjalanan klinikal penyakit dan ini mungkin berubah,” WHO memberitahu The Epoch Times.
Apabila dihubungi untuk mendapatkan komen oleh The Epoch Times, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menghantar laporan mengenai varian Omicron di Amerika Syarikat untuk tempoh 1 Disember hingga 8 Disember. Ia menunjukkan tiada kematian yang didokumenkan akibat varian Omicron semasa tempoh itu.
Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Gambar oleh FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)
Kemas kini epidemiologi mingguan terbaru WHO pada 7 Disember, menunjukkan kesemua 212 kes Omicron yang didokumenkan di 18 negara Kesatuan Eropah (EU) adalah sama ada ringan atau tanpa gejala (asimptomatik).
“Walaupun Afrika Selatan menyaksikan peningkatan 82 peratus kes kemasukan ke hospital akibat COVID-19 (daripada 502 kepada 912) pada minggu 28 November hingga 4 Disember 2021, masih belum dipastikan bahagian ini berkaitan dengan varian Omicron,” menurut laporan itu.
Omicron juga telah dikesan di Amerika Syarikat, yang mana pertama kali dilaporkan di California dan kemudian di Colorado, New York, Maryland, Utah, serta menular ke beberapa negeri lain.
Pesakit pertama di Amerika Syarikat dengan varian itu dikenal pasti di San Francisco, yang diuji positif untuk COVID-19 pada 29 November selepas pulang dari Afrika Selatan pada 22 November. Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Awam California telah mengesahkan melalui laporan Los Angeles Times yang varian itu telah dikesan seawal 25 November.
Omicron atau sebelumnya dikenali B.1.1.529, mula menjadi tajuk utama antarabangsa pada 26 November, tidak lama selepas ia dikesan di Afrika Selatan.
WHO menamakan B.1.1.529 sebagai Omicron dan melabel sebagai “varian yang membimbangkan” (VOC). Dua hari kemudian, dalam ringkasan teknikal, WHO berkata strain itu boleh menimbulkan risiko yang “sangat tinggi”, dengan memetik bilangan mutasinya yang besar.
Sementara itu, Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan dan salah seorang doktor pertama yang merawat pesakit COVID-19 dengan Omicron secara konsisten mengekalkan Omicron adalah varian ringan.
“Biar saya jelaskan, tiada apa yang saya lihat tentang varian baharu ini menjamin tindakan melampau yang telah diambil oleh kerajaan UK sebagai tindak balas terhadapnya,” tulisnya kepada The Daily Mail.
Dr. Coetzee merujuk kepada “sekatan perjalanan berat bagi penerbangan dari seluruh Afrika Selatan, serta mengenakan peraturan lebih ketat di rumah serta pemakaian pelitup muka, denda, dan kuarantin yang dilanjutkan.”
Pesakit COVID-19 di Johannesburg, Afrika Selatan pada 11 Julai, 2021. (Gambar oleh Sumaya Hisham/REUTERS)
“Tiada sesiapa di Afrika Selatan yang diketahui telah [dimasukkan ke hospital] dengan varian Omicron, dan tiada sesiapa di sini yang dipercayai telah jatuh sakit dengan teruk kerananya,” tulis Dr. Coetzee.
Baru-baru ini, Dr. Coetzee memberitahu ThePrint bahawa simptom Omicron adalah ringan ke atas kedua-dua pesakit yang telah lengkap divaksinasi dan tidak divaksinasi.
“Pada permulaan mana-mana gelombang, kanak-kanak dan golongan muda adalah yang pertama terjejas,” katanya kepada ThePrint. “Apabila gelombang berkembang, lebih ramai warga emas, individu yang mempunyai komorbiditi, mula terjejas. Apabila itu berlaku, kita akan tahu dengan tepat berapa banyak kes teruk yang ada,” jelas Dr. Angelique Coetzee.
Bukan mudah menerima hakikat sebuah kehilangan. Ada orang yang berjaya mengubat sedih mereka dalam waktu yang singkat tetapi ramai juga yang memerlukan masa yang lebih lama untuk mengubati kesedihan hati.
Seorang pemilik kucing, Laura Galluzo memiliki seekor kucing yang diberi nama Ella. Kucing kesayangannya itu dikatakan berusia 17 tahun ketika itu.
Suatu hari ada seekor kucing yang sangat comel muncul di luar tingkap rumahnya dan mula menarik perhatian Ella. Melihat keadaan itu membuatkan Laura berasa senang dan gembira.
Tidak lama selepas itu kesihatan Ella mula terjejas sehingga akhirnya Ella telah meninggalkan tuannya buat selama-lamanya. Saat itu Laura mula merasakan kesedihan yang sangat menyakitkan. Dia seolah-olah kehilangan seluruh dunianya dan ketika itu tiada seorang pun yang faham dengan kesedihan yang dirasainya.
Beberapa minggu kemudian, sekali lagi Laura ternampak kucing comel yang pernah muncul di tingkap rumahnya suatu ketika dahulu. Rupa-rupanya kucing tersebut adalah kucing milik jirannya. Kucing bernama Simba itu mula datang untuk melawat dan menemaninya setiap hari. Si comel itu seolah-olah faham akan kesedihan yang dirasai oleh Laura.
Walaupun Simba seekor kucing yang pendiam kehadirannya membuatkan kesedihan di hati Laura mula terubat sedikit demi sedikit. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ella mula terisi.
Laura bersyukur kerana Simba datang menemaninya. Dia tahu bahawa Simba tahu akan kesedihan yang sedang dialaminya. Kesedihannya mungkin tidak terhenti tetapi semakin lama ianya semakin pudar. Terima kasih Simba…
Ramai antara kita yang berhadapan dengan detik-detik sukar ketika wabak Covid-19 melanda seluruh dunia. Ramai yang kehilangan kerja, ada yang dikurangkan gaji dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan.
Ekoran hal itu ramai yang hilang punca sehingga tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan. Namun, benar juga kata orang yang rezeki itu ada di mana-mana dan terkadang ia datang tanpa disangka. Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda apabila dia mendapatkan sejumlah wang yang banyak pada saat di sangat memerlukannya.
Seorang penghantar makanan datang ke rumah pelanggan seperti biasa. Semasa dia menghantar makanan, tuan rumah tersebut memberitahu bahawa dia mahu memberikan sejumlah $500 kepadanya sebagai tip. Pemuda itu seolah-olah tidak percaya kerana jumlah tersebut sangat besar.
Dia kemudian bertanya kepada tuan rumah tersebut adakah dia hanya bergurau untuk memberikannya wang tersebut dan tuan rumah memberitahu bahawa dia tidak bergurau.
Apa yang berlaku mula buatkan dia terharu dan hampir menangis kerana wang tersebut sangat bermakna buatnya. Pemuda itu kemudia mula bercerita bahawa dia sebenarnya memang sangat memerlukan wang saat itu. Dia baru terlibat dalam kemalangan bersama tunangnya dan kereta yang digunakan juga hanya kereta sewa.
Tidak hanya itu dia juga perlu menjelaskan sewa rumah pada keesokan harinya sedangkan dia sendiri tidak tahu di mana lagi dia boleh mendapatkan wang. Menurutnya lagi dia kehilangan kerja ekoran Covid-19. Sejak itu dia dan tunangnya mula bergelut untuk meneruskan hidup.
Dia juga bertanya kepada tuan rumah yang baik hati itu ada apa-apa kah yang boleh dilakukan untuk membalas kebaikan itu. Menurut tuan rumah itu dia hanya mahu membantu dan dia gembira dapat melakukannya. Menurutnya lagi apa yang berlaku ketika itu semestinya ada sebabnya.
Pemuda masih dalam keadaan tidak percaya sehingga dia kehilangan kata-kata melainkan terima kasih. Menurutnya semua yang berlaku itu seolah-olah mimpi buatnya dan dia sangat menghargai bantuan yang diberikan.
Apa yang dilakukan tuan rumah tersebut adalah sesuatu yang sangat mulia. Wang tersebut mungkin tidaklah sebesar mana buatnya tetapi bagi orang lain ianya sangat bermakna sehingga boleh membantu orang lain meneruskan hidup.