33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGaya HidupMembesar bersama tiga ekor kawan anjingnya, kucing ini terikut-ikut dengan semua tingkah...

Membesar bersama tiga ekor kawan anjingnya, kucing ini terikut-ikut dengan semua tingkah laku seolah-olah dia lupa dia adalah kucing

kanak-kanak kecil biasanya mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan apa yang dilihatnya. Kadang-kadang mereka juga boleh mengikut gaya bercakap orang di sekeliling mereka. Dengan hanya melihat apa yang terjadi di depan mata sekejap sahaja sudah boleh membuatkan mereka terikut-ikut. Contohnya, ada anak kecil yang boleh meniru aksi dalam iklan TV atau telatah kartun yang sering ditonton mereka.

Namun, bukan hanya anak kecil sahaja yang mudah dibentuk atau terpengaruh anak kecil haiwan juga sepertinya mudah sahaja untuk dipengaruhi. Tidak percaya? Lihat sahaja kucing ini yang telah hidup seperti kawan-kawan anjingnya. Daripada cara duduk hinggalah caranya makan!

Menurut tuannya, si comel ini telah dibawa pulang ke rumah pada usianya baru beberapa bulan. Ketika itu kucing itu berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Dia juga tidak boleh berdikari sendiri. Jadi, netizen tersebut membawa anak kucing itu pulang ke rumah untuk dijaga.

Ketika itu dia sudah pun mempunyai tiga ekor anjing jenis shiba inu. Dia memang mengakui bahawa dia merupakan seorang pencinta anjing shiba inu dan dalam masa yang sama dia memutuskan untuk membela seekor kucing pula.

Memandangkan ada tiga ekor anjing di rumah yang tinggal bersamanya, jadi anak kucing itu mula berkawan dengan mereka. Sejak kecil mereka membesar bersama dan anak kucing itu hanya mengikut apa sahaja yang ‘diajar’ oleh kawan-kawan anjingnya.

Tanpa diduga apabila dia menginjak usia setahun setiap perlakuan dan tindakan kucing itu sudah menyerupai seperti apa yang dilakukan anjing. Netizen itu ada memuat naik video pendek haiwan-haiwannya yang sedang makan. Apa yang comelnya, satu-satunya kucingnya itu turut duduk sama gaya seperti anjing-anjing yang lain. Dia bahkan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawannya yang sedang menunggu arahan daripada tuan mereka sebelum mereka dibolehkan untuk makan.

Melihat tindakan selamba si kucing membuatkan tuannya terhibur. Netizen itu memberitahu bahawa dia sendiri tidak sedar bagaimana kucingnya boleh membesar dengan sifat semula jadi seperti anjing-anjingnya sehingga dia mengatakan, ‘saya mempunyai empat ekor shiba inu.’

Pada masa yang sama hidup membesar bersama sebenarnya memberi kebaikan kepada keempat-empat ekor haiwan peliharaan itu. Bukan hanya si kucing yang terpengaruh dengan kawan anjingnya malah anjing-anjing itu juga terpengaruh dengan kucing tersebut yang suka mencakar. Netizen itu kadangkala terfikir shiba inu miliknya itu sebenarnya anjing atau kucing.

Tidak hanya itu, anjing-anjing itu turut terpengaruh dengan sifat semula jadi kucing yang sememangnya lebih lembut, agak pendiam dan penyayang membuatkan mereka tidak sekasar anjing lain. Si kucing pula menjadi lebih berani kerana dibesarkan oleh tiga ekor ‘guru’ yang mengajarnya untuk hidup jadi dia tidak takut untuk melakukan aktiviti luar.

Walau apa pun yang terjadi, netizen itu bersyukur dan gembira kerana kesemua haiwan peliharaanya boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka menjadi kawan yang baik dan selalu ada untuk satu sama lain. Walaupun berbeza tiada yang boleh menghalang persahabatan mereka berempat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI