33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 14, 2025
Utama Blog Laman 225

Dikritik kerana hiasan kelihatan seperti ‘Qing Ming’, Suria KLCC lakukan dekorasi semula untuk Tahun Baru Cina

0

Pusat membeli-belah Suria KLCC menerima kritikan netizen internet ekoran dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli-belah tersebut yang kelihatan seperti ‘Qing Ming’.

Qing Ming merupakan “hari membersihkan kubur” atau Cheng Beng oleh etnik Cina dan pada tahun ini ia disambut pada 5 April nanti. Hari tersebut juga merupakan hari peringatan di mana orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka. Ketika perayaan ini beberapa ciptaan yang dibuat menggunakan kertas joss seperti wang kertas, peti harta karun, rumah agam dan kereta mewah akan dibakar untuk dijadikan persembahan kepada orang yang telah meninggal dunia.

Minggu lalu, laman Facebook Malaysia Shopping Mall menyiarkan beberapa gambar hiasan itu dan menarik perhatian netizen. Struktur hiasan seperti pagoda yang didirikan di luar pusat beli-belah itu dibina tinggi tetapi menurut netizen, ia hampir menyerupai peralatan sembahyang yang dibakar ketika Qing Ming.

Kedua-dua perayaan Tahun Baru Cina dan perayaan Qing Ming bersifat bertentangan, kerana Tahun Baru Cina adalah perayaan yang bertuah manakala perayaan Qing Ming merupakan perayaan yang suram. Tambahan lagi, memang menjadi pantang orang Cina, jika Tahun Baru mereka dikaitkan dengan kematian.

Sesetengah netizen berasa tersinggung dengan dekorasi tersebut kerana mereka percaya mengaitkan kematian dengan Tahun Baru Cina mungkin membawa nasib malang untuk tahun ini.

Seorang netizen Facebook mengatakan bahawa pihak KLCC seharusnya melakukan rundingan atau perbincangan dengan komuniti Cina atau melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan idea seperti itu.

Ekoran kecaman yang diterima pihak KLCC akhirnya melakukan operasi dekorasi semula. Bumbung pagoda dekorasi itu sudah dicat warna kuning, berbanding warna hijau pada asalnya.

Tidak hanya itu, tanglung merah yang menghiasi struktur itu juga telah diturunkan sebelum mereka mengecat semula bumbung pagoda tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Netizen luah kekesalan, pelekat RFID tak dapat dikesan di plaza tol lantas sebabkan kesesakan

0

Baru-baru ini, berlaku peralihan sistem pembayaran tol kepada penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) yang dilaksanakan secara berperingkat.

Menerusi laporan, transaksi tol RFID dilaksanakan bagi kenderaan ringan dan mula beroperasi di semua 83 buah plaza tol di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru hinggalah ke Skudai pada 15 Januari lalu.

Ringkasnya, penggunaan RFID menggantikan sistem pembayaran tol terdahulu bertujuan untuk membolehkan para pengguna lebuh raya menikmat pengalaman perjalanan yang lebih lancar, seringin dengan perkembangan teknologi terkini.

RFID sememangnya sudah lama digunakan di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan ternyata ia memberikan pengguna pengalaman pemanduan yang lancar.

Namun berbeza di Malaysia apabila para netizen meluahkan rasa tidak puas hati pada 17 Januari lalu, di waktu pagi di mana ramai pengguna bergegas ke tempat kerja.

Trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang pada pagi itu berikutan isu dengan lorong RFID.

Beberapa pengguna mendakwa bahawa sistem itu gagal mengesan pelekat RFID pada kenderaan masing-masing.

Di tol Bandar Seri Putra, trafik sesak dilaporkan bermula seawal jam 7 pagi. Sementara itu, di tol Sungai Besi, kesesakan dilaporkan berlaku kira-kira 10 kilometer ke arah Kuala Lumpur.

Di laman Twitter, seorang pengguna @aimanpsikologi berkongsi sekeping foro menunjukkan kesesakan yang berlaku dari arah kediamannya.

Ia didakwa berpunca daripada pertukaran satu-satunya lorong SmartTAG kepada RFID. Perkara itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai.

@AimanPsikologi/Twitter

Tentulah mereka berasa kesal dan tidak puas hati, memandangkan sistem pertukaran tersebut secara langsung membuatkan mereka lambat ke tempat kerja.

Semoga isu ini mendapat perhatian pihak tertentu dan segera diselesaikan hendaknya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dr Say Shazril alami kerosakan buah pinggang tahap 2, kencing berdarah. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”

0

Kesihatan tubuh badan ternyata tiada galang gantinya. Setiap daripada kita dituntut untuk sentiasa menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup yang berkualiti.

Namun baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita bahawa pengacara dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril yang dikhabarkan mengalami kerosakan buah pinggang.

Menurut sumber, pengacara rancangan My Doctor terbabit berasa terkejut dan terkedu setelah mengetahui berita tersebut.

Berkongsi keputusan ujian kesihatannya baru-baru ini, Dr Say mengakui dirinya terkedu dan bimbang mengenangkan keadaan buah pinggangnya berada dalam keadaan yang kurang baik.

Selain itu, juga, bacaan kolesterolnya juga membimbangkan. “Saya tidak terkejut dengan bacaan kolesterol kerana dalam keluarga, ibu dan bapa saya juga berdepan masalah yang sama”.

“Apa yang mengejutkan adalah keadaan buah pinggang saya. Keadaannya boleh saya katakana serius kerana terdapat darah dalam air kencing”, dedahnya.

Ujarnya lagi, hasil ujian air kencing walau bagaimanapun tidak mengesan sebarang jangkitan. “Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya”.

Dr Say sebelum ini ada berkongsi informasi mengenai keputusan ujian kesihatan menerusi laman Instagramnya, di mana bacaan kolesterol dalam tubuhnya adalah sekitar 7.0, manakala keadaan buah pinggangnya pula disahkan mengalami kerosakan tahap dua.

Dia tidak menolak kemungkinan bahawa pola pemakan, gaya hidup dan stress adalah punca kepada keputusan ujian kesihatannya yang membimbangkan itu.

“Tahun lalu, kita semua jalani hidup yang cukup menekan. Saya pula seorang yang gemar bersenam di gimnasium. Apabila ditutup, saya pun tak banyak bersenam. Mungkin itu juga antara faktornya”.

Katanya, meskipun bacaan kolesterol menurun namun ianya masih tinggi dan belum berada di tahap yang memuaskan.

Dia juga berkata bahawa dirinya perlu melakukan perubahan drastik khususnya daripada aspek gaya hidup dan pemakanan untuk memperbaiki tahap kesihatannya.

“Moga dengan keputusan medical checkup ini buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya”.

“Badan nak guna lama. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang”.

Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai untuk turut membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui status kesihatan diri masing-masing.

“Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya mala mini puasa pukul 12 malam. Esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup”.

The best investment you can make is in your own health”, tulisnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Burung pun sukakan ‘Thermage’ apa?” Kakak tua ‘lovebird’ ini seronok jalani fisioterapi inframerah macam pelanggan wanita cuit hati ramai

0

Burung ‘Lovebird’ ialah spesies kakak tua yang suka hidup berkelompok dan berkelakuan manja. Burung ini memang terkenal dengan sifat penyayangnya. 

Pasangan burung kakak tua ‘lovebird’ tidak boleh dipisahkan daripada pasangan masing-masing, sering berpelukan antara satu sama lain, dan kebanyakannya akan tinggal bersama sepanjang hayat. 

Oleh sebab itu, kebanyakan orang sangat percaya bahawa ‘lovebird’ mesti dipelihara secara berpasangan. Mereka datang dalam pelbagai warna yang sangat menarik.

Gambar oleh dogtime.com

Seorang pemilik haiwan peliharaan memiliki dua ekor burung kakak tua ‘lovebird’ yang cantik di rumah. Salah seekornya telah sakit beberapa hari dan pemilik dengan segera membawanya ke hospital haiwan untuk menjalani rawatan. 

Selepas pemeriksaan, doktor haiwan memberikannya sinaran inframerah, yang boleh membantu membantunya menghadamkan makanan terkumpul di dalam perutnya dengan cepat.

Tidak sangka pula burung kecil ini menunjukkan wajah keseronokan tidak terhingga sepanjang proses fisioterapi yang buat semua orang di hospital haiwan terpegun kerana ekspresi mukanya itu tersangat comel.

Gambar oleh dogtime.com

“Apabila mencapai usia tertentu, anda mesti memulakan program anti-penuaan. Burung pun membuat Thermage hari ini..” kapsyen pemilik yang memuat naik gambar burung itu yang lucu.

Kemudian, pemiliknya meletakkan dua hirisan timun di matanya, dan dia segera terasa seperti seorang wanita, bukan?

“Thermage tidaklah begitu menarik untuk dinikmati,” tulis seorang netizen.

Sambil para netizen yang lain meninggalkan komen satu demi satu: 

“Bulu itu akan menjadi sangat cerah kalau ia dilakukan setahun sekali.” 

“Hahahaha nasib baik burung yang cantik.” 

“Sakit perut tergelak tengok dia tenang dan elegan macam pelanggan wanita sebenar..”

Gambar oleh dogtime.com

“Saya berharap si comel cepat sembuh..” 

“Ekspresinya sungguh menyeronokkan..” 

“Sudah tentu, dia seekor burung yang telah melihat dunia.”

Menurut pemilik ‘lovebird’ peliharaan itu, dia sebenarnya bukan betina tetapi jantan dan sebab itulah ia lebih melucukan apabila dirinya seronok menikmati rawatan itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Disiplinkan si kecil yang enggan mendengar kata ibu bapa dengan bersiar-siar ‘mengenali gelandangan’ bersama, insaf terus selepas itu

0

Ramai ibu bapa pernah menghadapi situasi anak tidak mendengar kata ketika proses didikan sehingga menyebabkan ramai ibu bapa menjadi naik darah hingga ada yang berasa tidak berdaya. 

Baru-baru ini, seorang ibu dari Hsinchu, Taiwan berkongsi kisah anaknya yang berkelakuan degil seperti itu ketika dia memasuki sekolah rendah. Walaupun telah dimarahi bahkan dipukul, anak ini tetap tidak menunjukkan kelakuan bertambah baik, jadi si ibu membuat keputusan untuk memberi didikan yang mengejutkan.

Satu hari ibu ini membawa anaknya ke taman dan mereka menjadi gelandangan selama satu hari. Siapa sangka, kanak-kanak ini telah mengambil inisiatif pada keesokan harinya untuk menjadi anak yang lebih baik.

Gambar oleh TVBS

Anak ini membuat pengakuan bersalah dan berjanji untuk mengubah tabiat buruk, lalu muat naik kisah itu telah membangkitkan perbincangan hangat para netizen.

Si ibu menjelaskan keseluruhan proses itu dalam hantarannya di Facebook. Menurutnya, anaknya itu kini berada dalam darjah satu. Oleh kerana ramai ibu bapa pernah mengalami beberapa simptom anak tidak mendengar kata, seperti ketika meminta makan tetapi tidak mahu makan, membuat kerja rumah tetapi tidak menulis dengan betul dan berhati-hati, dan ketika disuruh mengemas meletakkan mainan tetapi tidak mahu berganjak, dan lain-lain lagi kelakuan keras kepala.

Anak ini tetap tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan dirinya. Walaupun si ibu terus membebel setiap hari, malah mula bergaduh dengan kerap, anak lelakinya diharap boleh berkelakuan baik dan ibu ini mula buntu.

Sehingga beberapa hari kemudian, si ibu tiba-tiba mendapat idea untuk dengan sengaja membiarkan anaknya kelaparan sehari suntuk di samping tidak membantunya mandi.

Gambar oleh TVBS

Anak lelakinya bermain kosmetik bersama kakaknya sehingga bajunya kotor seluruh badan, dan tanpa menukar pakaian, si ibu membawa anaknya itu bersiar-siar ke taman untuk menjadi gelandangan selama 1 hari. Apa rasanya menjadi pengemis kecil selama 1 hari?

Berdekatan taman permainan, si ibu membuka khemah dan membaling beg sampah kepada anaknya. Dia terus berkata kepadanya, “Kita akan tidur di sini malam ini!” 

Malam itu, anak ini terpaksa menggunakan beg sampah sebagai tempat tidurnya. Mestilah ia terlalu sejuk untuk tidur dalam beg yang sama dengan ibu, bertahan dan bersabar sahajalah tidur bersama anak yang degil.

Ibu ini mengakui mereka tidak menjadi ibu bapa sejak awal, tetapi secara beransur-ansur belajar untuk mengumpul pengalaman. Selepas sehari suntuk didikan yang mengejutkan, keesokan hari anaknya tiba-tiba berubah membesar dengan pesat. 

Bukan sahaja dia telah tunduk 90 darjah meminta maaf kepada ibunya, malahan turut bertaubat dan insaf, yang dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta mahu membuang tabiat buruknya. Tambahan, pengalaman menjadi gelandangan benar-benar telah mengubah personalitinya.

Gambar oleh TVBS

Melihat perubahan anaknya, ibu itu sambil ketawa sangat gembira telah berkata, “Saya mahu lihat sama ada dia akan berani memberi saya ‘sesuatu yang salah’ lain kali, sama ada dia tahu bagaimana untuk menghargai atau tidak, atau ada lagi perkara yang dia tidak berpuas hati.” 

“Musim sejuk telah bermula, jadi saya mempertimbangkan untuk bersiap-siap untuk melakukan perjalanan percutian selama tiga hari, dua malam, ‘untuk mengalami versi yang dinaik taraf bagi kehidupan mengembara’ untuknya.” tulis ibu ini dalam hantaran di Facebook.

Para netizen memuji pendekatan ibu ini yang memang hebat. Hanya melalui langkah keras, anak-anak dapat menghargai didikan ibu bapa yang ikhlas berniat baik demi masa depan, malahan ada yang menantikan perkembangan ibu dan anak ini, dengan menunggu percutian tiga hari dua malam seterusnya untuk dikongsikan bersama mereka.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

9 tahun ambil gambar kucing jalanan, jurugambar pamer sisi kehidupan kucing yang mengagumkan

0

Jurugambar memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam memastikan gambar yang diambil kelihatan cantik tetapi juga mampu menyuarakan kisah di sebaliknya. Gambar yang terbaik mampu membawa kita pergi ke saat tersebut seolah-olah kita berada di situ.

Anak mak dah bangun?

Di Jepun, Masayuki Oki merupakan seorang jurugambar bebas dari Kobe yang terkenal kerana sering mengambil gambar jalanan. Namun, gambar jalanan yang dimaksudkan bukanlah gambar yang memaparkan bangunan, lanskap atau kawasan kebudayaan, tetapi beliau lebih gemar untuk menonjolkan sisi kehidupan kucing terbiar di sekitar Tokyo.

Beginilah kehidupan, kawan. Bunga bukan sekuntum. Mari ikut saya, kita tenangkan fikiran

Menyebut tentang kucing jalanan, kita pasti menggambarkan keadaan kucing yang tidak terurus, kurus, berkurap dan sebagainya. Namun, tugas Masayuki dalam bidang fotografi ini adalah beliau ingin memaparkan tarikan yang ada pada setiap kucing terbiar ini supaya ianya dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap makhluk itu.

Kalau tengok gambar ini, automatik kita pun akan ikut menguap

Menurut Masayuki, beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013 dan kisahnya bermula sewaktu dia melihat beberapa kucing terbiar di sebuah taman berdekatan dengan pejabatnya. Dia mula mengambil gambar kucing-kucing tersebut dan memuat naik di laman sosial Instagram.

Macam adegan filem Titanic

Hampir setiap hari selama 9 tahun, Masahiko menghabiskan masanya bersama kamera jenis Canon EOS-1DX III untuk mengambil gambar kucing-kucing ini.

Aku kira sampai 10. 1, 2, 3, 4, …

Berkongsi gambar kehidupan kucing jalanan merupakan minat Masahiko dan menjadi pencetus kegembiraan buatnya.

Okay Oyen. 1, 2 3 senyum!

Menerusi gambar tersebut, kita mempelajari bahawa kucing juga mempunyai perasaan.

Rahsia saya kekal sihat adalah dengan bersenam setiap pagi

Mereka gemar bermain bersama dan adakala menunjukkan sifat kasih sayang serta menjaga kebajikan antara satu sama lain.

Covid-19 masih wujud. Jadi, pakailah topeng pelitup mulut dan hidung

Dalam setiap gambar yang dikongsikan oleh Masahiko, ianya membawa pelbagai erti yang tersirat.

This image has an empty alt attribute; its file name is 180122_catlife_13.jpg
Ingat pesan mak, dunia luar penuh dengan bahaya

Bagaimana seekor ibu kucing mempersiapkan anak-anaknya untuk menghadapi bahaya dunia, mengadaptasi kehidupan bersama manusia dan melakukan apa yang terbaik sebagai seekor kucing iaitu tidur.

Vitamin D baik untuk kesihatan kulit

Kucing juga sama seperti manusia biasa, memiliki identiti tersendiri di samping emosi dan hubungan yang kompleks.

Ingat! Kalau kena serang, lawan balik macam ini untuk pertahanan diri

Sehingga kini, hasil kerja Masahiko telah diterbitkan dalam pelbagai majalan dan dipaparkan di kaca televisyen.

Satu keluarga

Malah, beliau juga pernah menerbitkan sebanyak 10 buah almbum gambar komersial yang kesemuanya memaparkan sisi kehidupan kucing. Meskipun memiliki bakat yang besar, Masahiko tetap merendah diri.

Makan apa hari ini ya?

“Saya sebenarnya tidak pandai mengambil gambar lain selain kucing. Cuma kucing-kucing ini yang bijak bergambar. Mereka fotogenik”.

Macam manusia juga, pagi-pagi beratur beli roti canai

Perkongsian Masahiko tentang kehidupan kucing terbiar ini membuatkan kita sedar bahawa kita perlu sentiasa berkongsi rezeki dengan setiap makhluk yang ada di muka bumi ini. Malah, kewujudan mereka juga sebenarnya mampu merubah pandangan kita terhadap hidupan lain.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Ayah terbaik bina sendiri ‘Rolls-Royce Boat Tail paling mahal RM117 juta’ untuk anak lelakinya, dengan kayu

0

Beberapa tahun lalu, Rolls-Royce memperkenalkan program Rolls-Royce Coachbuild yang mana pelanggan perlu menempah kereta mewah Rolls-Royce mereka terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri. 

Dan dua tahun lalu, Rolls-Royce Boat Tail serta-merta meraih gelaran pengeluaran kereta ‘custom’ paling mahal di dunia pada tanda harga AS$28 juta (RM117 juta), yang dilaporkan dimiliki oleh pasangan ikon hiburan Beyonce dan Jay-Z.

Pembuat kereta mewah dari Britain itu mengumumkan Boat Tail kedua dalam siri tiga model unik hampir siap dan akan didedahkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este pada bulan Mei tahun ini. 

Semua yang teruja perlu menunggu selama beberapa bulan sehingga beberapa tahun untuk melihat bagaimana Rolls-Royce Boat Tail itu muncul dan siap sepenuhnya, tetapi sementara itu lihatlah ciptaan indah buatan tangan ini yang juga sangat istimewa. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Anda mungkin mengenali YouTuber dan tukang kayu terkenal dari Vietnam, ND – Woodworking Art yang mereka cipta salinan mini Rolls-Royce Boat Tail terkenal itu dan ia menakjubkan kerana dihasilkan daripada kayu. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Lelaki sama yang membina Bugatti Centodieci mini yang dibuat daripada kayu untuk anaknya. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Untuk projek terbarunya, artis dan ayah terbaik ini membina versi mini ‘Rolls-Royce Boat Tail bernilai AS$28 juta’, yang turut merangkumi ‘ruang hospitaliti’ yang boleh dibuka seperti sayap rama-rama di bahagian belakang.

ND-Woodworking Art / YouTube

Rakaman video di YouTube memaparkan keseluruhan proses pembinaan Rolls-Royce Boat Tail mini itu yang nampaknya mengambil masa 68 hari untuk disiapkan. 

Bermula dengan membuat lantai dengan kayu dan menambah dua gandar bersama-sama dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang dengan pemacu rantai. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Bahkan, keempat roda dibuat daripada ketulan kayu pejal dengan alur tapak diukir dengan pahat. 

Perlahan-lahan dan selamba dengan kerja tukang kayu berani, panel lain dipasang di atas lantai yang dibentuk rapi dengan bantuan gergaji rantai dan pengisar tangan. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Tukang kayu ini juga menggunakan alatan asas untuk meniru dek belakang pembuka kuasa yang dapat menyembunyikannya untuk ruang hospitaliti. 

Replika ini juga mempunyai pintu yang terbuka terbalik seperti asal bersama lampu depan dan belakang yang berfungsi. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Untuk menyelesaikannya menjadi lengkap sudah, kereta mini itu dipasang dengan hiasan hood ikonik ‘Spirit of Ecstasy’ di hadapannya.

ND-Woodworking Art / YouTube

Maka bolehlah ayah dan anak lelaki yang dua-dua menawan keluar mengembara dengan megah untuk menayang ‘Rolls-Royce Boat Tail’ buatan tangan sendiri. 

ND-Woodworking Art / YouTube

Walaupun hanya buatan kayu, namun ia nampak mewah dan cukup istimewa.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

16 tahun berkhidmat, kepulangan pekerja ini ke negara asal buat majikan sebak

0

Sejak dahulu lagi, segelintir daripada masyarakat Malaysia mempunyai tanggapan tertentu terhadap pekerja warga asing tidak kira dari mana asal mereka. Tanggapan negatif ini kadangkala ada benarnya tetapi bukan semua manusia itu memiliki perangai yang sama. Sedangkan ada juga rakyat kita sendiri yang jauh lebih teruk berbanding pekerja warga asing yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mencari sesuap nasi.

Baru-baru ini, seorang majikan yang lebih mesra dikenali sebagai Sufi Amin telah berkongsi perasaan sedihnya apabila salah seorang pekerja mahu pulang ke negara asal setelah 16 tahun berkhidmat. Sufi Amin telah memuat naik status di Facebook dan meluahkan kesedihannya terhadap perpisahan dengan pekerja warga Bangladesh itu.

“Esok 14 Januari 2022, saya akan kehilangan seorang pekerja yang paling setia dalam bidang ubahsuai rumah dan pembinaan. Permit beliau tamat bulan ini dan tidak boleh disambung lagi atas faktor umur”.

“Aku minta kau halalkan titik peluh kau bersama aku. Halalkan ilmu yang telah kau berikan pada aku”.

Meskipun bergelar seorang jurutera, Sufi menegaskan bahawa sepanjang perjalanan kariernya, dia banyak mempelajari ilmu kejuruteraan daripada pekerja tersebut yang dianggap sebagai guru. Hal ini kerana sepanjang 16 tahun bersama, kedua-dua mereka sama-sama mempelajari dan mengajar tentang bidang tersebut.

Lebih sebak lagi, salah seorang anak pekerja tersebut kini menjadi seorang guru di Bangladesh dan akan berkahwin tidak lama lagi hasil titik peluh bapanya di perantauan.

Perkongsian itu berjaya menarik sehingga 1.9K perkongsian dan majoriti pengguna Facebook tidak melepaskan peluang untuk menghantar ucapan terima kasih kepada Sufi kerana menunjukkan contoh yang baik.

“Alhamdulillah terbaik. Semoga persahabatan antara majikan dan pekerja berkekalan sampai bila-bila. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan”.

“Untung majikan dapat pekerja macam ini dan untung pekerja dapat majikan yang prihatin”.

“Bagusnya dapat majikan amcam abang ini. Menghargai pekerja walaupun bukan warga tempatan”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Dapat kurang dan hilang keinginan material tidak mencukupi, 6 petua kehidupan ‘minimalist’ Jepun biarkan anda membersihkan tubuh badan minda

0

Penulis Jackie French Koller dari Amerika Syarikat pernah berkata bahawa terdapat dua cara untuk menjadikan diri anda kaya, iaitu satu adalah untuk mendapatkan dengan banyak, dan satu lagi adalah untuk berkeinginan dengan sedikit.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, kehidupan ‘minimalist’ telah menjadi popular di Jepun, mengikut prinsip memotong, mengalah, dan meninggalkan – memotong perkara yang tidak perlu, membuang sampah berlebihan, dan menyingkirkan lampiran tidak penting pada objek.

Mereka mengamal tabiat untuk membuang bahan yang berlebihan dalam kehidupan dan meninggalkan hanya keperluan yang paling primitif, supaya badan dan minda dapat kembali kepada penampilan yang paling primitif, sekali gus boleh mendapatkan lebih banyak kebahagiaan. 

Gambar Hiasan / Pixabay

Masih keliru bagaimana untuk bermula? Berikut adalah enam cara untuk bergerak ke arah kehidupan ‘minimalist’ bersama:

1. Kurangkan kekerapan membeli pakaian

Buat golongan wanita, tidak sah jika tidak dapat melihat banyak pakaian di dalam almari. Tetapi mengikut statistik, hampir 80% tidak dipakai dan kita hanya memakai 20% daripada pakaian yang berada di dalam almari, bermakna kita hanya memerlukan sedikit pakaian sahaja, dan selebihnya kekal disimpan di dalam almari pakaian! 

Kehidupan ‘minimalist’ menyarankan anda untuk membeli sedikit sahaja pakaian, dengan kerap mengatur dan mengemas almari, dan buang atau dermakan pakaian yang tidak perlu. Anda akan melakukan banyak amalan baik dengan cara itu.

Gambar Hiasan / Unsplash

2. Jangan ulang tabiat suka menimbun barang

Kita jarang perasan beberapa barangan rumah yang kecil seperti gunting, pita pelekat, fon telinga dan lain-lain sering dibuang ke tepi sudut selepas digunakan. Apabila barang itu tidak ditemui apabila mahu digunakan pada masa akan datang, kita akan membeli yang baru.

Tabiat buruk sedemikian sebenarnya membawa kepada penimbunan berulang. Seorang ‘minimalist’ akan meletakkan benda-benda kecil yang mudah dilupakan ini di tempat tertentu, dan mengingatkan diri mereka untuk meletakkannya semula selepas digunakan, bagi mengelakkan pembelian berulang.

Gambar Hiasan / Unsplash

3. Hiasan dalam rumah sebenarnya agak berlebihan

Selagi hiasan di dalam rumah dipadankan dengan baik, ia boleh menambah penampilan untuk suasana menyenangkan kepada keseluruhan rumah, dan ia juga boleh menjadikan hidup seseorang lebih santai dan selesa. Tetapi terlalu banyak hiasan boleh mengganggu dan menyemakkan mata memandang, terutama kepada tetamu yang datang bertandang.

Bermula dari sini, adalah penting untuk anda melihat dengan baik kepada hiasan di rumah, mengeluarkan lebihan tidak perlu, dan meninggalkan yang paling bermakna dan mewakili citarasa anda sendiri.

Sebagai tambahan kepada amalan material di atas, terdapat juga penyelarasan dari segi psikologi.

Gambar Hiasan / Unsplash

4. Kurangkan menonton televisyen

Kehidupan minimum juga melibatkan meminimumkan jadual anda. Menurut statistik, setiap orang menghabiskan purata empat jam sehari dengan menonton televisyen, iaitu duduk di sofa dan merenung televisyen, membiarkan masa mereka berlalu tanpa disedari.

Menurut cadangan kehidupan ‘minimalist’, anda tidak perlu memasang TV di rumah, kerana ia akan membuat orang menjadi malas dan membuang masa yang sepatutnya boleh dirancang dengan baik. Walau bagaimanapun, ini agak sukar bagi orang yang sudah terbiasa. Lagipun, selepas hari yang sukar, ia benar-benar seronok menceriakan untuk pulang ke rumah dan menonton televisyen sambil duduk santai di sofa.

Gambar Hiasan / Pixabay

5. Bersedia untuk mengembara secara ringkas

Melancong juga merupakan salah satu cara untuk membebaskan diri, tetapi kali ini, cuba bermula dengan sedikit sahaja persediaan. Sebagai contoh, jika anda akan memulakan perjalanan empat hari, anda hanya akan menyediakan bagasi hanya untuk dua hari.

Jika anda tidak mempunyai pakaian yang mencukupi, anda boleh mencucinya sendiri atau memakai pakaian yang sama selama dua hari! Nikmati bagasi ringan anda dan fokuskan diri untuk menikmati percutian.

Gambar Hiasan / Unsplash

6. Belajar untuk berehat

Ini adalah langkah yang paling penting dan paling sukar. Sentiasa ingatkan diri anda untuk fokus kepada masa kini supaya anda tidak menyesali kesilapan yang telah dilakukan atau bimbang tentang perkara yang belum berlaku. Pastikan hati anda berjalan lancar sepanjang masa, membenarkan emosi buruk berjalan keluar dan emosi yang baik mengalir masuk. Hanya dengan menyusun fikiran seperti itu, maka anda boleh benar-benar menjalani kehidupan ‘minimalist’.

Minimalisme telah sekian lama popular di Jepun, tetapi tanggapan ramai terhadap perkataan “minimalisme” adalah “membuang barang” atau “mengurangkan keinginan untuk membeli”. Malah, semangat minimalisme bukan sahaja tentang mempunyai barangan yang diperkemas, tetapi juga membersihkan urusan harian yang rumit dalam tubuh badan dan minda. 

Jika anda sudah mengamalkan kehidupan untuk mengurangkan pelbagai perkara, cuba tambah dengan mengurangkan tabiat biasa menonton televisyen dan lakukan perjalanan ringan dengan bagasi ringkas.

Gambar Hiasan / Pexels

Pada pandangan pertama, kehidupan ‘minimalist’ nampaknya mengejar pengabaian dan kesederhanaan material, tetapi sebenarnya, perkara yang paling penting ialah ia dapat membersihkan dan meringkaskan diri anda secara dalaman dan luaran, menjadi satu pembelajaran diri yang lebih baik dan bermakna.

Apabila anda mengatur sesuatu, anda juga mengatur diri sendiri. Lihat kembali bilik anda yang bersepah dan cuba amalkan gaya hidup ‘minimalist’. Boleh lihat hasilnya kemudian sama ada memberi kesan ataupun tidak.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Rohana dan Chee, kisah dua beranak angkat berbeza agama undang rasa sebak

0

Sekitar 22 tahun yang lalu, gadis manis yang mesra dengan panggilan Rohana ini telah ditinggalkan oleh ibunya yang pulang ke kampung halaman di Indonesia. Pada ketika itu, Rohana baru berusia dua bulan dan telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh seorang wanita berbangsa Cina yang dikenali sebagai Chee Hoi Lan.

Chee merupakan seorang guru tadika manakala ibu kandung Rohana pula bekerja sebagai tukang cuci di tadika yang sama. Ibu Rohana telah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan namun selepas kelahirannya, si bapa mula menghilangkan diri. Simpati dengan nasib Rohana, Chee mengambil keputusan untuk menjaga bayi itu seperti anaknya sendiri.

Meskipun berbeza agama, Chee memastikan anak angkatnya itu mendapat pendidikan Islam sebaik mungkin. Sumber : Harian Metro

Menurut Chee, 83 tahun, meskipun berbeza agama dan budaya, Chee tetap prihatin dengan segala keperluan Rohana termasuk menghantar Rohana untuk ke Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) dengan menggunakan wangnya sendiri. Rohana juga diberikan pendedahan mengenai agama Islam menerusi pendidikan di sekolah dan rakan seagama dengannya.

Bukan sahaja itu, Chee turut peka dengan isu makanan halal dan sentiasa memastikan Rohana meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim.

“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini”.

“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim. Dia akan kekal begitu sampai bila-bila”.

Rohana (tengah) bersama Chee (kiri) dan ibu kandungnya, Salimah Usman. Sumber : Harian Metro

Chee yang tidak pernah berkahwin turut berharap agar Rohana akan diberikan status kewarganegaraan. Rohana pernah memohon kewarganegaraan pada tahun 2016 namun masih belum menerima sebagai jawapan. Malah, dia juga mengakui pernah mengalami tekanan yang teruk sehingga cuba untuk membunuh dirinya.

“Bila saya fikirkan, dunia ini tidak adil. Bukan salah saya. Bila emak ayah buat salah, kenapa saya kena tanggung. Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tiada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tiada dokumen,” luah hati Rohana.

Rohana yang kini bekerja sebagai guru tuisyen memasang harapan untuk sekurang-kurangnya diberikan kad pengenalan sementara bagi memudahkan urusan hariannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut sempat menghubungi Rohana bagi mendapatkan kisah yang dialami oleh gadis itu dan memaklumkan akan membantunya mendapatkan kad pengenalan serta taraf kewarganegaraan. Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin serta-merta telah meminta beberapa pegawai untuk membuat siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

Kasih anak kepada ibunya. Sumber : Harian Metro

Jelas Hamzah, “In shaa Allah, saya difahamkan bapa Rohana adalah warga Malaysia. Atas sebab itu, jika ada dokumen membuktikannya, ia mudah untuk kita berikan (taraf kewarganegaraan)“.

Kisah ini turut memberi kesan yang mendalam kepada warganet yang rata-ratanya mendoakan agar kedua-dua beranak ini diberikan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Ramai yang memuji sikap dan nilai kemanusiaan yang tinggi pada Chee. Tidak lupa juga ada yang sehingga berjurai air mata mereka apabila menghayati perjalanan hidup mereka.

Di samping itu, Rohana berjanji akan terus menyayangi ibu angkatnya yang mesra dipanggil ‘laoshi’ (cikgu) meskipun dia akan membawa dirinya selepas ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: