30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupTerkejut tengok murid RMT hanya dapat nasi kosong dan kuah, menteri maklum...

Terkejut tengok murid RMT hanya dapat nasi kosong dan kuah, menteri maklum akan siasat

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan peruntukan pemberian makanan tambahan berzat kepada para pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan bagi memperbaiki tahap kesihatan dan amalan pemakanan mereka.

Peruntukan buat seorang pelajar atau penerima RMT di Semenanjung Malaysia ialah RM2.50, sementara di Sabah dan Sarawak serta Labuan adalah RM3.00 seorang bagi tempoh 190 hari, menurut portal KPM.

Entah di mana silapnya apabila gambar yang tular di media sosial ini memaparkan makanan dari program RMT oleh seorang wanita yang mendakwa cucu saudaranya hanya mendapat nasi kosong bersama lauk kuah semata.

Facebook

Dalam perkongsian di Facebook itu, wanita ini mempersoalkan mengenai peruntukan untuk RMT sehingga sanggup dan sampai hati memberikan murid-murid yang terlibat dengan sekadar nasi putih dan kuah.

“Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai nama penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan’ kita,” tulis wanita ini.

Tambahnya, sebelum ini memang ada pelajar yang mengadu makanan tidak sedap. Tetapi mereka hanya diminta menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang ada.

Tetapi kali ini, isu itu agak berlainan sama sekali kerana makanan RMT yang dibekalkan langsung tidak mempunyai lauk.

Wanita ini kemudian memohon kementerian pendidikan untuk melakukan siasatan dan menyemak semula peruntukan untuk RMT, sambil menambah beliau tidak menyalahkan pihak pengusaha kantin dengan sepenuhnya.

Prihatin dengan isu yang menjadi tular itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengarahkan siasatan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti sekolah terbabit.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat. KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam hantaran di Facebook dan Twitter.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI