30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
Utama Blog Laman 222

Bung Moktar : Sabah laksana program khas kumpul data pekerja asing

0

Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah bakal dilaksanakan kerajaan negeri itu bermula 3 Februari hingga 2 Ogos.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, program pendataan itu bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan jumlah sebenar pekerja asing di Sabah, termasuklah mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen atau tinggal melebihi tempoh.

Katanya, maklumat itu penting bagi menyelesaikan data tidak seragam yang dikeluarkan pelbagai agensi ketika ini, selain membantu kerajaan negeri dan pusat untuk merencana dasar yang membabitkan pekerja asing dan bukan pemastautin.

“Pelaksanaan program ini juga bagi membantu agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab dalam aspek pemantauan; mengenal pasti keperluan industri dan penyesuaian dengan Dasar Buruh Negara”.

“Selain itu, ia juga penting dalam melaksanakan rekod pengenalan biometrik keselamatan (cap jari dan muka) untuk setiap pekerja asing dan bukan pemastautin Sabah”.

Difahamkan bahawa program itu dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Smart Sabah Corporation Sdn Bhd (SmartSabah) yang turut membangunkan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah, disamping menguruskan semua hal berkaitan pekerja asing di Sabah.

Menerusi program pendataan itu, SmartSabah akan mendapatkan maklumat mengenai pekerja asing daripada lebih kurang 21,000 majikan dalam pelbagai sektor di Sabah, bermula 3 Februari hingga 2 Mei.

“Program ini terbuka kepada majikan yang mempunyai pekerja asing yang sah, tidak sah, pemastautin dan bukan pemastautin yang berada di Sabah sehingga kini”.

Ujarnya lagi, pengurusan data yang tidak menyeluruh dan bersepadu boleh merencatkan usaha bagi menyelesaikan isu pengurusan pekerja asing di Sabah, selain menyukarkan aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan agensi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) Sabah, Jabatan Imigresen Sabah (JIMS) dan Jabatan Tenaga Kerja.

Program khas pendataan itu juga katanya bagi memudahkan semua pekerja asing tidak sah daripada semua sektor dan subsektor pekerjaan di Sabah memohon Pas Lawatan Kerja Sementara daripada Jabatan Imigresen.

Dalam pada itu, ia turut memberi kelonggaran pada pekerja asing tidak sah untuk pulang ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan tindakan undang-undang, dengan syarat tidak melakukan jenayah.

Selepas program khas ini tamat, majikan yang masih lagi menggajikan pekerja asing tidak sah akan dikesan dan ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh agensi penguatkuasaan. Tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

“Program ini memastikan kerajaan Sabah memiliki data tepat secara ‘real time’ berkaitan pekerja asing bagi pemantauan, kawalan dan aspek keselamatan negeri”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Lima buah kereta rosak akibat kejadian tanah mendap di Seri Kembangan

0

SERI KEMBANGAN – Sebanyak lima buah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan yang berpunca daripada kejadian tanah mendap di Lestrai Perdana, Seri Kembangan pada 25 Januari 2022.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya telah menerusi laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.38 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan penyelamatan.

Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana sehingga mengakibatkan kerosakan pada lima buah kereta. Sumber: Astro Awani

“Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima buah kenderaan rosak. Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit”.

Menurut salah seorang saksi kejadian iaitu Alter Jasan, 48 tahun, terdapat rekahan kecil pada permukaan jalan sebelum ianya menjadi runtuhan. Terdapat 13 buah kenderaan secara keseluruhan dan dia bersama beberapa orang rakan hanya sempat menyelamatkan lapan daripadanya.

Antara kenderaan yang tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tanah mendap semalam. Sumber : Utusan TV

“Sebelum itu hujan memang lebat, jadi secara tak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekaligus berlakunya runtuhan. Kejadian berlaku agak pantas. Saya dan beberapa rakan cuma sempat mengalihkan beberapa buah kereta sahaja”.

Sebahagian jalan yang runtuh di Lestrai Perdana, Seri Kembangan. Sumber : Harian Metro

Tambahnya lagi, “Memang tak dapat nak buat apa-apa baki lima buah kereta itu sebab keadaan cuaca pun masih hujan. Kami bimbang keselamatan, tambahan dengan arus yang agak deras di parit berhampiran lokasi runtuhan ini”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kepetahan ‘wartawan cilik’ lapor penemuan ular sawa di Bukit Selambau jadi bualan netizen

0

Lazimnya apabila kita terjumpa haiwan liar yang berbahaya seperti ular, pastinya kita akan menjauhkan diri.

Namun tidak sangka pula kehadiran seekor ular sawa di Pasar Awam Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah menjadi medium seorang budak lelaki ‘mencungkil’ bakatnya.

Muhammad Haziq Mohd Asyraf pada ketika itu bertindak merakamkan sebuah video bagi melaporkan kejadian penemuan ular sawa terbabit.

Menerusi ‘laporannya’, ular itu dikatakan berada di dalam longkang. Manakala Haziq pula begitu bersemangat hingga kelihatan mengah berlari bagi melaporkan penemuan itu.

Haziq menjelaskan di dalam video itu bahawa pada awalnya, orang ramai menyangka bahawa punca air longkang itu bertakung adalah disebabkan oleh longgokan sampah.

Namun demikian, ‘wartawan cilik’ tersebut berjaya merungkai masalah air bertakung itu dengan menemui ular sawa bersaiz besar di dalam longkang yang tertutup.

Berhubung dengan penemuan itu, Haziq juga telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.

Penerangan dan gaya penceritaan Haziq ternyata sarat dengan elemen dramatik, serta laras bahasa yang mudah difahami, lantas menarik perhatian netizen.

“Ini kali pertama saya buat ‘live’ video. Tak sangka viral, sebelum ini tak buat. Itu pertama kali”, ujar Haziq apabila ditanya.

Sementara itu, bapa kepada Haziq, Mohd Asyraf mengakui secara peribadi bahawa dirinya terkejut susulan video tular itu melibatkan anaknya.

“(Sebagai bapa) rasa bangga pasal dia uar-uarkan kejadian yang berlaku di kampung sendiri, lebih kurang boleh perkenalkan Bukit Selambau kepada rakyat Malaysia”.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Dulu benci ada ibu bapa tegas tetapi sekarang bersyukur,” hantaran pengguna Twitter ini undang debat

0

Bagi mereka yang belum berkeluarga atau masih bujang, mungkin tidak menyedari tugas menjadi ibu bapa memerlukan ilmu keibubapaan wajib dipelajari, yang merupakan antara perkara paling sukar untuk dilakukan.

Salah satu perkara yang sukar itu ialah mewujudkan keseimbangan antara menjadi tegas dan berlembut mengikut waktu dan keadaan.

Ibu bapa boleh membenarkan anak-anak mempunyai kebebasan untuk mengekspresi diri mereka di samping perlu memastikan disiplin turut diterapkan dalam diri anak-anak supaya mereka tidak melakukan perkara keterlaluan serta memalukan.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Baru-baru ini menerusi ciapan seorang pengguna Twitter dikenali Syed, yang tiba-tiba menjadi tular apabila beliau berkongsi pendapat mengenai peranan ibu bapa yang tegas dalam kehidupan anak-anak.

“Dulu saya pernah benci mempunyai ibu bapa yang tegas ketika di sekolah menengah. Tetapi ketika melihat keruntuhan moral di sekeliling saya sekarang, saya bersyukur mempunyai ibu bapa yang tegas.”

Maka ramailah pengguna Twitter lain yang meninggalkan komen untuk berterima kasih!

Ciapan itu mendapat perhatian dengan lebih 34,000 warganet yang suka dan lebih 18,800 perkongsian. 

Ia juga telah mencetuskan perdebatan mengenai sama ada mempunyai ibu bapa tegas adalah satu perkara baik atau bakal mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Kebanyakan warganet memberi komen betapa mereka bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang tegas :

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

“Kita semua pernah berada di peringkat membenci ibu bapa yang bertegas dengan kita. Hendak keluar lepak dengan kawan tak boleh. Tetapi bila sudah besar, rasa bersyukur sebab ada ibu bapa yang tegas. Ibu bapa tegas saya telah menghalang cinta monyet itu semua dan ‘dating’ ketika masih bersekolah.”

“Betul! Ibu bapa saya bersikap tegas sampai saya tingkatan 5. Ada perintah berkurung dan soal banyak nak keluar dengan siapa dan pakai baju apa. Hari ini bila dah dewasa, saya rindu masa itu. Saya masih ikut peraturan mereka dan selalu balik sebelum pukul 9 malam dan beritahu mereka saya pergi mana.”

“Sebenarnya mereka tunggu masa yang sesuai untuk kita, bila sudah boleh berfikir dengan baik untuk buat keputusan, itu sahaja..” tulis seorang pengguna memberi alasan mengapa ibu bapa perlu tegas.

Tetapi yang lain ada berdebat ia akan mengundang masalah:

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Ada yang berkata ibu bapa tegas mesti ada had dan batasannya, kerana ibu bapa tegas tidak munasabah boleh menyebabkan anak-anak menghadapi masalah pada masa hadapan.

“Ibu bapa tegas tidak munasabah akan mempunyai hubungan kurang baik dengan anak-anak. Mereka tidak berkongsi perasaan secara terbuka dan tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Anak yang liar itu kebanyakannya membesar dalam rumah tangga yang pincang.”

“Terlalu tegas juga tidak baik. Saya mempunyai kawan yang ibu bapanya sangat tegas dan sentiasa marah-marah sehinggakan kawan itu menjadi sangat liar, terlebih penakut dan berasa tidak selamat. Sampai hari ini pun ada masalah rendah diri.”

“Terlalu berlembut pun tidak baik juga. Ibu bapa tegas yang boleh mendisiplin dan menunjukkan kasih sayang pada masa sama serta menyatakan sokongan mereka kepada anak-anak itulah yang terbaik,” tambah pengguna Twitter itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

McDonald’s umum tangguh jualan set saiz besar mulai 24 Januari ekoran terputus bekalan kentang goreng

0

McDonald’s baru sahaja membuat pengumuman yang mungkin warganet tidak suka!

McDonald’s Malaysia mengumumkan melalui akaun Instagram dan Facebook rasmi mereka dengan menyatakan set hidangan bersaiz besar tidak akan dijual kepada orang ramai mulai 24 Januari 2022.

Facebook

Ini adalah disebabkan kekurangan bekalan kentang goreng, dan McDonald’s memberitahu kepada umum bahawa mereka telah memutuskan untuk menangguhkan jualan hidangan besar yang terkenal itu daripada menu mereka.

Facebook

Namun tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh menikmati hidangan McDonald’s kegemaran, dalam saiz sederhana dan lebih kecil.

Pihak McDonald’s mengatakan set sederhana bersama air bersaiz besar akan diperkenalkan bagi memudahkan para pembeli.

Facebook

Difahamkan McDonald’s Malaysia belum dapat memaklumkan bila masanya isu terputus bekalan kentang goreng ini akan dapat diselesaikan. Malah, pihak McDonald’s berharap para pelanggan akan tetap bersabar dengan terus menyokong mereka.

Rupa-rupanya bukan sahaja di Malaysia, masalah terputus bekalan kentang goreng itu adalah isu global berkaitan McDonald’s!

Facebook

Nampaknya, McDonald’s di Jepun juga mengalami kekurangan yang sama. Menurut Nikkei Asia, rantaian makanan segera itu mengalami kelewatan penghantaran besar-besaran akibat banjir besar bersama peralihan pandemik yang berlaku di Kanada baru-baru ini, di mana kentang goreng sedang diproses sebelum dapat dihantar ke Jepun.

Dikatakan bahawa McDonald’s hanya akan dapat memasarkan kentang goreng bersaiz kecil mereka di 2,900 cawangannya sehingga akhir bulan Disember.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pandai buat muka tak puas hati, kucing ini dijadikan ‘meme’ lucu oleh wargamaya

0

Kucing memang terkenal dengan reaksi muka yang pelbagai, yang mana kebanyakan daripadanya ternyata begitu melucukan.

Jadi tidak hairanlah reaksi mereka itu seringkali dikongsi di laman media sosial, samalah seperti kucing putih bernama Smudge ini.

Populariti Smudge mula memuncak apabila salah satu fotonya dijadikan ‘meme’ yang digabungkan dengan foto pelakon siri The Real Housewives of Beverly Hills, Taylor Armstrong yang sedang menangis dan menjerit.

Inilah ‘meme’ yang dimaksudkan itu. Pasti anda pernah melihatnya sebelum ini bukan?

Kelihatan seperti Taylor sedang menjerit dan memarahi Smudge yang pada ketika itu berada di meja makan, dengan reaksi muka yang menjengkelkan.

Tidak hanya terhenti di situ, Smudge juga menjadi bualan pengguna media sosial berhubung satu foto lucu yang sama seperti ‘meme’ yang terhasil sebelum ini.

Foto itu memaparkan reaksi muka Smudge yang seperti agak bosan dengan hidangan makanan di atas meja.

“Tahun baru, sayuran masih sama”..

Reaksinya cukup lucu, dengan jelingan matanya jelas menggambarkan ketidakpuasan hati dengan timbunan salad yang berada di hadapannya.

“Semestinya dia (Smudge) mempunyai perangainya yang tersendiri”, kata pemiliknya, Miranda Stillabower.

Ujar Miranda, Smudge mahukan kerusi khas untuknya di meja makan. Dia tidak suka jika tidak diberikan ruang untuknya duduk dengan kami ketika waktu makan”.

Kucing yang tinggal bersama keluarganya di Ottawa, Ontario, Kanada terbabit sebelum ini merupakan seekor kucing terbiar yang diselamatkan oleh Miranda.

Miranda kini sedang bekerjasama dengan badan penyelamat kucing, Furry Tails untuk mendermakan hasil jualan baju Smugde ke badan tersebut.

Manakala Smudge pula begitu selesa meniti populariti dengan hanya berterusan menunjukkan reaksi mukanya yang lucu itu!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tegal biasa pakai kanta sentuh sudah 6 tahun, gadis ini tiba-tiba panik bila satu hari ia hilang dan beralih belakang mata

0

Bagi mereka yang menghadapi masalah penglihatan kabur, pemakaian cermin mata menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian. Untuk rasa lebih selesa dan wajah nampak semula jadi menarik, ramai yang beralih memakai kanta sentuh atau ‘contact lens’.

Walaupun pada hari ini pemakaian kanta sentuh merupakan satu kebiasaan, akan ada juga insiden mengenainya untuk dikongsikan bersama warganet seperti gadis dikenali Alani ini. 

TikTok

Menerusi muat naik video di TikTok, Alani berkongsi kisah detik mencemaskan yang membuatnya menjadi panik ketika memakai kanta sentuh.

Pada satu hari, ketika Alani melihat matanya di cermin kereta, dia berasa amat terkejut apabila mendapati kanta sentuh yang dipakai telah hilang dan tidak tahu ia berada di mana.

Tidak lama selepas itu, Alani terasa terdapat benda bergerak-gerak di bahagian belakang matanya.

TikTok

Mula menjadi panik, Alani mengambil keputusan untuk bergegas ke hospital untuk merawat matanya dan mengeluarkan kanta sentuh itu.

Menurutnya gadis ini, prosedur untuk mengeluarkan kanta sentuh itu bertukar sukar dan masanya agak lama sehingga dia terpaksa pergi ke klinik swasta untuk segera mengeluarkan kanta sentuh itu.

“Doktor dan jururawat pun terkejut tengok kes ini tidak pernah terjadi sebab ‘first case’ dapat ‘patient’ macam ni. Tak tahu nak gelak ke malu,” kata Alani.

TikTok

Setelah beberapa kali mereka berusaha ‘mengorek’ kanta sentuh itu, akhirnya ia telah berjaya dikeluarkan.

Nasib baik dan syukur kanta sentuhnya dapat dikeluarkan hasil tindakan pantas Alani bergegas mendapatkan rawatan dan kepakaran doktor yang merawat.

TikTok

Video perkongsian Alani melalui detik cemas itu telah menjadi tular dengan lebih 800,000 tontonan dengan rata-rata warganet bertanyakan keadaan terkini Alani.

Sambil ramai yang menurunkan komen dengan menyatakan mereka jadi takut dan seram pula untuk mencuba memakai kanta sentuh selepas Alani berkongsikan pengalamannya. Kekal memakai cermin mata sahajalah lebih baik kot..

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Wanita ini kena kuarantin selama 14 hari, hanya untuk menyaksikan anjingnya ‘merobohkan rumah’ setiap hari melalui CCTV

0

Seorang wanita dari Xi’an, Shaanxi dikenali Liu yang dikuarantin selama 14 hari akibat COVID-19 terpaksa melihat melalui kamera pengawasan (CCTV) di rumah apabila anjing peliharaannya yang tinggal bersendirian dengan panik ‘merobohkan rumahnya’ setiap hari.

Rakaman CCTV menunjukkan anjing peliharaan baka Labrador itu melakukan cubaan ‘meruntuhkan rumah’ yang menjadi tular di Weibo.

Tangkap Skrin / YouTube

Dia membuat kacau di dalam rumah itu dengan menyepahkan barang-barang dan perabot yang telah digigit rakus olehnya.

Selain anjing itu turut menyelongkar sarung sofa dan membuat lubang besar dengan mengeluarkan isi kusyen dan tempat duduk sofa. Pakaian, kasut dan beg tuannya juga tidak terkecuali, semuanya ditarik keluar oleh anjing nakal itu.

Tangkap Skrin / YouTube

Liu memberitahu dia tidak boleh membawa haiwan peliharaan ke pusat kuarantin, jadi terpaksa meninggalkan anjing itu di rumah. Makanan yang mencukupi telah disediakan untuk anjing itu lebih awal, dan kamera ringkas telah dipasang pada komputer lama untuk memerhatikan keadaan sehariannya.

Sepanjang 14 hari menjalani kuarantin, Liu menonton “aksi meroboh rumah” secara siaran langsung oleh anjing itu melalui kamera pengawasannya setiap hari.

Tangkap Skrin / YouTube

Katanya pada hari dia pergi memulakan kuarantin, anjing itu membuat muka sedih dan telah duduk di depan pintu menunggunya sambil menyalak penuh kasihan.

Tetapi keesokan harinya, Labrador itu memulakan “operasi merobohkan rumahnya” dalam keadaan panik. “Setiap hari dia melakukannya, dan setiap hari ada rancangan baru untuk membongkar dan meruntuhkan kesemuanya.”

“Boleh diterima pada mulanya, kerana bantal dan beberapa perkakas kecil telah dibongkar. Tetapi beberapa hari kemudian, ia agak keterlaluan. Sofa berlubang, dan pakaian serta kasut turut dirosakkan olehnya,” kata Liu yang pilu.

Tangkap Skrin / YouTube

Liu melihat anjing itu merobohkan rumahnya dalam keadaan ‘terdesak’ melalui kamera pengawasan. Selesai 14 hari, dan rumah itu hampir musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, Liu tidak menyalahkan anjing itu kerana terlalu sayangkannya. Katanya, tidak mengapa asalkan anjing itu kekal sihat, semua barang yang bersepah dan rosak boleh dibersihkan atau dibeli semula. Liu sudah menempah perabot baharu, dan rumah itu hampir siap dihias semula.

Tangkap Skrin / YouTube

Susah juga kalau anjing terlampau aktif begini ditinggalkan sendirian dan terkurung di dalam rumah terlalu lama, memang tidak mustahil boleh roboh rumah dibuatnya.

Bayangkan kalau si Labrador ini tinggal sendirian buat sebulan dua.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

‘Sosej terbang’ jadi umpan untuk dorong anjing jauhi kawasan air pasang di England

0

Kadang kala sedikit kreativiti perlu digunakan di kala kecemasan, seperti apa yang dilakukan oleh pasukan penyelamat dari Britain ini.

Difahamkan bahawa kumpulan terbabit mahu menyelamatkan seekor anjing yang terdampar di kawasan yang bakal dinaiki air pasang.

Anjing bernama Millie berkenaan diumpan dengan menggunakan sosej yang diikat pada dron, bagi mengumpat Millie bergerak menuju ke kawasan yang lebih tinggi dan tidak dinaiki air pasang.

Menurut laporan, anjing baka Jack Russel-whippet ini difahamkan telah hilang pada 13 Januari lalu daripada rumah pemiliknya di bahagian Selatan England.

Berikutan beberapa aduan individu yang melihat Millie berkeliaran di jalan raya, pasukan sukarelawan Denmead Drone Search and Rescue kemudian berjaya mengesannya berada di atas tanah lumpur.

Para sukarelawan pada mulanya cuba menyelamatkan Millie melalui cara konvensional dengan berjalan kaki dan berkayak di dataran lumpur.

Bantuan daripada pihak Pengawal Pantai turut diminta dalam usaha menyelamat berkenaan namun gagal, sebaliknya mendorong anjing itu ke kawasan yang jauh lebih bahaya memandangkan Millie cuba mengelak dirinya daripada ditangkap.

Denmead Drone Search and Rescue dalam catatan Facebook kemudian mendedahkan bahawa keadaan itu mungkin boleh membawa maut kepada Millie jika tiada tindakan segera diambil.

Pada ketika itulah, salah seorang sukarelawan kemudiannya mendapat idea bernas untuk menyangkutkan sosej pada dron lalu untuk digunakan sebagai umpan yang mendorong Millie bergerak ke kawasan selamat.

Syukurlah idea itu membuahkan hasil! Millie berjaya diumpan dengan ‘sosej terbang’ agar dapat bergerak ke kawasan yang tidak dinaiki air pasang.

Berikut video penuh :

Akan tetapi, Millie difahamkan sempat mengigit separuh daripada sosej lalu melarikan diri semula ke tempat yang selamat. Nasib baik!

Anjing tersebut dikatakan berlari ke kawasan perindustrian berhampiran, di mana ia menjadi lokasi Millie ditangkap pada keesokan harinya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Perhilitan minta jangan kongsi video penemuan haiwan liar, elak ancaman pemburu haram

0

Orang awam dinasihati untuk tidak berkongsi atau memuat naik sebarang video penemuan haiwan liar menerusi akaun media sosial masing-masing.

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, bertujuan untuk mengelakkan ancaman pemburu haram.

Menurut Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong sebaliknya berkata bahawa video berkenaan perlu dihantar ke pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Perkongsian video haiwan liar menerusi media sosial berserta butiran terperinci seperti lokasi dan masa ia ditemukan hanya memberi ‘peluang’ kepada pihak tidak bertanggungjawab”.

Tambahnya, individu yang berkongsi itu kemungkinan berniat mahu memastikan orang di sekeliling berwaspada dengan kehadiran haiwan liar itu.

“Namun ada kesan negatif daripada perkongsian itu dan perkara ini mesti dihentikan”, ujarnya lagi.

Baru-baru, satu video yang berdurasi 33 saat tular menunjukkan kemunculan seekor harimau dipercaya di Santong, Paka berhampiran Dungun oleh seorang pemandu kereta.

Lelaki itu sempat merakamkan pergerakan harimau berkenaan keluar daripada kawasan semak lalu melintasi laluan yang digunakan oleh penduduk kampung.

Loo Kean Seong dalam pada itu berkata pihaknya setakat ini masih belum menerima aduan daripada mana-mana pihak berhubung penemuan harimau berkenaan.

 “Individu yang terserempak dengan harimau sepatutnya tidak berada dekat kerana bimbang ia bertindak agresif”.

“Jika mahu mengambil video, hanya dari jarak jauh dan laporkan kepada Perhilitan untuk memudahkan pemantauan dibuat”, akhirinya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: