McDonald’s baru sahaja membuat pengumuman yang mungkin warganet tidak suka!
McDonald’s Malaysia mengumumkan melalui akaun Instagram dan Facebook rasmi mereka dengan menyatakan set hidangan bersaiz besar tidak akan dijual kepada orang ramai mulai 24 Januari 2022.

Ini adalah disebabkan kekurangan bekalan kentang goreng, dan McDonald’s memberitahu kepada umum bahawa mereka telah memutuskan untuk menangguhkan jualan hidangan besar yang terkenal itu daripada menu mereka.

Namun tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh menikmati hidangan McDonald’s kegemaran, dalam saiz sederhana dan lebih kecil.
Pihak McDonald’s mengatakan set sederhana bersama air bersaiz besar akan diperkenalkan bagi memudahkan para pembeli.

Difahamkan McDonald’s Malaysia belum dapat memaklumkan bila masanya isu terputus bekalan kentang goreng ini akan dapat diselesaikan. Malah, pihak McDonald’s berharap para pelanggan akan tetap bersabar dengan terus menyokong mereka.
Rupa-rupanya bukan sahaja di Malaysia, masalah terputus bekalan kentang goreng itu adalah isu global berkaitan McDonald’s!

Nampaknya, McDonald’s di Jepun juga mengalami kekurangan yang sama. Menurut Nikkei Asia, rantaian makanan segera itu mengalami kelewatan penghantaran besar-besaran akibat banjir besar bersama peralihan pandemik yang berlaku di Kanada baru-baru ini, di mana kentang goreng sedang diproses sebelum dapat dihantar ke Jepun.
Dikatakan bahawa McDonald’s hanya akan dapat memasarkan kentang goreng bersaiz kecil mereka di 2,900 cawangannya sehingga akhir bulan Disember.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: