30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaNasionalBung Moktar : Sabah laksana program khas kumpul data pekerja asing

Bung Moktar : Sabah laksana program khas kumpul data pekerja asing

Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah bakal dilaksanakan kerajaan negeri itu bermula 3 Februari hingga 2 Ogos.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, program pendataan itu bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan jumlah sebenar pekerja asing di Sabah, termasuklah mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen atau tinggal melebihi tempoh.

Katanya, maklumat itu penting bagi menyelesaikan data tidak seragam yang dikeluarkan pelbagai agensi ketika ini, selain membantu kerajaan negeri dan pusat untuk merencana dasar yang membabitkan pekerja asing dan bukan pemastautin.

“Pelaksanaan program ini juga bagi membantu agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab dalam aspek pemantauan; mengenal pasti keperluan industri dan penyesuaian dengan Dasar Buruh Negara”.

“Selain itu, ia juga penting dalam melaksanakan rekod pengenalan biometrik keselamatan (cap jari dan muka) untuk setiap pekerja asing dan bukan pemastautin Sabah”.

Difahamkan bahawa program itu dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Smart Sabah Corporation Sdn Bhd (SmartSabah) yang turut membangunkan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah, disamping menguruskan semua hal berkaitan pekerja asing di Sabah.

Menerusi program pendataan itu, SmartSabah akan mendapatkan maklumat mengenai pekerja asing daripada lebih kurang 21,000 majikan dalam pelbagai sektor di Sabah, bermula 3 Februari hingga 2 Mei.

“Program ini terbuka kepada majikan yang mempunyai pekerja asing yang sah, tidak sah, pemastautin dan bukan pemastautin yang berada di Sabah sehingga kini”.

Ujarnya lagi, pengurusan data yang tidak menyeluruh dan bersepadu boleh merencatkan usaha bagi menyelesaikan isu pengurusan pekerja asing di Sabah, selain menyukarkan aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan agensi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) Sabah, Jabatan Imigresen Sabah (JIMS) dan Jabatan Tenaga Kerja.

Program khas pendataan itu juga katanya bagi memudahkan semua pekerja asing tidak sah daripada semua sektor dan subsektor pekerjaan di Sabah memohon Pas Lawatan Kerja Sementara daripada Jabatan Imigresen.

Dalam pada itu, ia turut memberi kelonggaran pada pekerja asing tidak sah untuk pulang ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan tindakan undang-undang, dengan syarat tidak melakukan jenayah.

Selepas program khas ini tamat, majikan yang masih lagi menggajikan pekerja asing tidak sah akan dikesan dan ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan Bersepadu oleh agensi penguatkuasaan. Tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang bersalah.

“Program ini memastikan kerajaan Sabah memiliki data tepat secara ‘real time’ berkaitan pekerja asing bagi pemantauan, kawalan dan aspek keselamatan negeri”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI