26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 10, 2025
Utama Blog Laman 216

‘Saya menangis setiap hari’: Atlet Olimpik mengadu situasi teruk di hotel kuarantin Beijing

0

Atlet Olimpik Musim Sejuk yang disahkan positif COVID-19 berkata beliau sudah cukup menahan sabar dengan keadaan hotel kuarantin di Beijing.

“Perut saya sakit, saya sangat pucat, dan mempunyai bulatan hitam besar di sekeliling mata. Saya mahu semua ini berakhir. Saya menangis setiap hari. Saya sangat letih,” kata atlet yang bersaing dalam biathlon dari Rusia, Valeria Vasnetsova di Instagram dari salah sebuah hotel.

Gambar yang dimuat naik pada 3 Februari menunjukkan dulang pasta kosong, sos oren, daging hangus di atas tulang, beberapa kentang dan tiada sayur-sayuran. Itu adalah “sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama lima hari,” katanya.

Pasukan Olimpik Musim Sejuk Norway menjalani pemeriksaan keselamatan di Perkampungan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada 1 Februari 2022 di Beijing, China. (Gambar oleh Anthony Wallace /Pool/Getty Images)

Vasnetsova berkata dirinya kelaparan kerana ‘mustahil’ untuk makan banyak makanan, dan masih boleh bertahan dengan beberapa gigitan pasta.

“Hari ini saya makan semua lemak yang mereka sajikan dan bukannya daging kerana saya sangat lapar,” katanya sambil menyatakan beliau kehilangan begitu banyak berat badan sehingga “tulangnya sudah menonjol.”

Vasnetsova berkata beliau percaya ramai atlet semakin teruk berasa tidak adil berbanding yang lain. Beliau berkongsi gambar makanan yang dihidangkan kepada doktor pasukannya yang tinggal dua tingkat di bawahnya yang juga telah diuji positif. Hidangannya terdiri daripada buah-buahan segar, salad, dan udang dengan brokoli.

“Sejujurnya saya tidak faham, mengapa ada sikap sebegini kepada kami, para atlet?!” katanya.

Vasnetsova bukan satu-satunya yang mengadu. Makanan yang tidak sedap atau terdapat kekurangan, bersama-sama dengan isu kebersihan dan lain-lain telah menjadikan hotel kuarantin Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai sasaran kritikan.

Lebih 350 peserta Olimpik telah diuji positif COVID-19 sebaik tiba di ibu negara China sejak 23 Januari. Untuk bebas kuarantin, atlet perlu bebas simptom dan mengemukakan dua ujian negatif dalam tempoh berjarak 24 jam.

Petugas lengkap berpakaian PPE di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Beijing, China pada 31 Januari 2022. (Gambar oleh Phil Noble/REUTERS)

Apabila Eric Frenzel, pemain ski gabungan Norway yang telah memenangi tiga pingat emas Olimpik, menuju ke bilik pengasingan selepas diuji positif pada 4 Februari, pasukannya dengan segera mendapati keadaan di sana adalah “tidak boleh diterima.”

Kebersihan, kualiti makanan dan keadaan WiFi semuanya memerlukan penambahbaikan segera, ketua pasukan Jerman Dirk Schimmelpfennig memberitahu wartawan pada hari berikutnya. Beliau menyatakan pasukan itu telah melakukan “perbincangan intensif” dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing.

“Bilik hotel tidak boleh diterima, jadi kami perlu mencari jalan untuk mengubahnya,” kata Schimmelpfennig dari Perkampungan Olimpik di Zhangjiakou, Wilayah Hebei. “Hotel-hotel ini tidak ditunjukkan kepada kami terlebih dahulu, dan kami mempunyai situasi yang sepatutnya terdapat permintaan terus daripada para atlet untuk diperbaiki.”

Perhatian awam telah memihak kepada para atlet. Selepas video media sosial bintang ‘skeleton’ Belgium Kim Meylemans yang menangis kerana diangkut ke lokasi kuarantin kedua apabila berfikir beliau akan dibebaskan, IOC mula campur tangan, dan beliau diberi ruang untuk pengasingan diri di dalam Perkampungan Olimpik Beijing.

Meylemans berkata pada 3 Februari dirinya kini berasa “selamat” selepas pulang ke perkampungan atlet.

“Nampaknya video itu termasuk usaha bersungguh jawatankuasa Olimpik negara saya benar-benar membuahkan hasil,” katanya dalam video Instagram.

Atlet Olimpik Musim Sejuk Belgium Kim Meylemans pada 29 Januari 2022, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels di Zaventem. (Gambar oleh LAURIE DIEFFEMBACQ/BELGA MAG/AFP/Getty Images)

Keadaan makanan untuk Vasnetsova nampaknya juga bertambah baik, menurut Sergei Averyanov, jurucakap pasukannya.

Dua hari selepas aduannya, Averyanov memuat naik gambar yang menunjukkan salmon, timun, sosej dan yogurt untuk hidangan Vasnetsova.

Vasnetsova “sudah tersenyum, dan itu sahaja perkara yang penting,” tulis Averyanov dalam hantaran di media sosial.

Beberapa netizen memberi komen mereka berkenaan aduan atlet Olimpik berkenaan keadaan di Beijing:

“Jawapan mudahnya ialah PKC mahu melemahkan persaingan. Jika saya seorang atlet di Olimpik, saya akan pulang ke rumah dan memboikot permainan PKC.”

“Ujian positif palsu, makanan buruk dan keadaan buruk menyamai lebih banyak pingat untuk PKC. Jika anda seorang ancaman dalam sukan dan dari negara bukan kuasa besar, anda berisiko. China membeli IOC dan kini dunia melihat siapa sebenarnya mereka.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tular video rakam pengiring VVIP cuba kawal trafik, secara mendadak akibatkan kemalangan 2 kereta

0

Klip video pendek ini tular di platform media sosial beberapa hari lalu.

Dalam klip video berdurasi 45 saat itu, motosikal superbike polis dilihat diletakkan di tengah jalan untuk memberhentikan pemandu bagi memberi laluan kepada konvoi orang teramat penting (VVIP).

Kelihatan dirakam menerusi telefon pintar oleh salah seorang pemandu kereta yang sedang berhenti, juga menunjukkan seorang polis yang sedang menunggang motosikal superbike secara perlahan-lahan dan memasuki jalan untuk di seberang bagi mengetuai konvoi VVIP itu.

Twitter

Walau bagaimanapun, keadaan trafik di seberang jalan sebelah kanan sedang cuba dihalang dan meminta pemandu memperlahankan kenderaan, namun ia masih bergerak.

Lalu pegawai polis motosikal superbike yang merentang jalan itu berjalan ke arah jalan seberang dan mula memberi isyarat menggunakan tangannya kepada para pemandu yang melalui jalan raya itu supaya berhenti.

Twitter

Melihat isyarat tangan pegawai polis itu, sebuah Proton Wira berwarna merah maroon tiba-tiba membrek.

Ini telah mengakibatkan Perodua Kelisa berwarna putih turut membrek secara mengejut dan melanggar Proton Wira itu dari arah belakang.

Impak yang menyebabkan Wira itu mengelongsor lebih jauh ke hadapan.

Twitter

Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua bumper Wira dan bonet serta enjin Kelisa telah mengalami kerosakan.

Twitter

Klip itu kemudiannya dilanjutkan dengan merakam perjalanan lancar konvoi VVIP dengan lebih kurang setengah dozen kenderaan mewah meluncur laju berdekatan tempat kemalangan diikuti orang awam.

Twitter

Konvoi VVIP itu kelihatan seperti tidak menyedari kemalangan baru sahaja berlaku dan terdapat kereta rakyat marhaen yang rosak.

Twitter

Klip itu berakhir dengan lalu lintas yang disekat tadi bergerak seperti biasa setelah ia dilancarkan oleh pengiring VVIP dengan lalu lintas di seberang jalan raya sana terhenti akibat kemalangan itu.

Twitter

Menurut sumber, insiden dikatakan berlaku di Kuching, Sarawak. Tiada butiran lanjut mengenai tarikh kemalangan dan kecederaan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Macam-macam ada! Rakan mempelai beri hadiah keperluan rumah pada pengantin, buat netizen terhibur

0

Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan teman rapat mahupun sedara-mara, pasti pening juga fikir mahu hadiahkan apa buat pengantin baru bukan?

Ini kerana kita mahu meraikan pasangan mempelai, selain membantu mereka memulakan hidup baru dengan pemberian barangan yang berguna.

Baru-baru ini, tular satu video lucu memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan kepada pasangan mempelai membawa hadiah semasa menghadiri majlis perkahwinan.

Rakan-rakan kepada pasangan mempelai berkenaan dilihat membawa hadiah berupa pelbagai kelengkapan rumah.

Anda boleh lihat sendiri apa yang dibawa rakan pengantin terbabit menerusi video.

Mereka nampaknya membawa barangan seperti mop, dapur memasak, tong gas, papan seterika, kipas elektrik dan pelbagai lagi. Banyak benar!

Siap beri hadiah rotan! Lucu betul..

Tudung saji pun ada. Pendek kata, memang lengkap.

Keletah rakan-rakannya itu ternyata membuatkan pasangan mempelai tidak dapat menahan ketawa, malah turut menghiburkan hadirin yang hadir.

Sempat juga mereka semua bergambar di atas pelamin, bersama hadiah yang mereka bawa..

Beruntung pasangan pengantin. Tidak perlulah mereka membeli barangan ini dan mungkin mereka boleh menumpukan kepada barangan yang masih belum mereka miliki.

Jimat sedikit di situ. Itulah untungnya jika mempunyai rakan baik yang ramai seperti pengantin ini bukan?

Apa-apa pun, selamat pengantin baru diucapkan. Anda semua memang ‘sempoi’.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

KJ : Malaysia kini berada dalam gelombang Omicron, bakal rekod kes 15,000

0

Malaysia kini secara rasmi sudah memasuki gelombang COVID-19 varian baharu – Omicron, dengan kes harian setakat 6 Februari mencatatkan lebih 10,000 kes.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menjangkakan bahawa jumlah kes harian akan terus melonjak hingga 15,000 kes tidak lama lagi.

Kali terakhir kes COVID-19 melebihi paras 15,000 kes di Malaysia adalah pada 18 September tahun lepas, dengan 15,549 jangkitan dilaporkan.

Susulan gelombang Omicron ketika ini, beliau melahirkan kegusaran terhadap kira-kira sejuta warga emas yang belum mendapatkan dos penggalak, sekaligus berisiko mendapat komplikasi serius jika dijangkiti.

Oleh yang demikian, beliau menyarankan orang ramai untuk segera memaklumkan kepada golongan emas, khususnya ibu bapa masing-masing untuk segera mendapatkan dos penggalak.

“Masih ada satu juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera”, tulisnya di Twitter.

Beliau mengulas unjuran model Pemerhatian dan Unjuran Kes Harian SEIR COVID-19 yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter miliknya.

Model SEIR itu mengunjurkan kes harian COVID-19 berisiko melonjak sehingga mencecah lebih 20,000 kes menjelang hujung bulan hadpaan, sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) virus kekal pada 1.2.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham yakin bahawa tahap keparahan wabak itu dapat dikurangkan walaupun kes bakal melonjak tinggi, berikutan kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa nilai Rt di Malaysia sudah mencecah 1.2 semalam berbanding 1.13 kelmarin, dengan empat negeri merekodkan nilai Rt melebihi purata kebanggsaan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Anak ketagih tonton ‘Cocomelon’, pakar dedah ‘realiti gelap’ siri animasi pendidikan ini

0

Rancangan kartun paling banyak ditonton di seluruh dunia dengan mengutip sebanyak 115.6 billion tontonan di bawah kategori pendidikan pada tahun lalu ialah ‘Cocomelon’. 

Tidak dapat dinafikan, anak kecil akan kelam kabut berlari setelah ibu bapa memainkan muzik pembukaan animasi tersebut sama ada menerusi saluran YouTube atau program TV pintar lain.

YouTube

Membuktikan yang siri Cocomelon itu merupakan animasi hiburan kanak-kanak yang sangat popular.

Namun, di sebalik keseronokan rancangan animasi ini, rupanya ada sisi ‘realiti gelap’ yang memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan para ibu bapa dinasihatkan untuk berhati-hati.

YouTube

Seorang pakar kanak-kanak, Jerrica Sannes mendedahkan ‘realiti gelap’ siri animasi berbentuk pendidikan ini. Buat ibu bapa, mereka mungkin berpendapat anak-anak dapat mempelajari pelbagai perkara positif melalui siri Cocomelon.

Realitinya, berbanding ketagihan gajet telefon, ia mengundang lebih banyak impak buruk kerana elemen penyerapan pelbagai bunyi, cahaya skrin dan pancaran cahaya cerah memberikan pengalaman deria yang agak keterlaluan kepada otak kanak-kanak. 

Facebook

Terdapat perkongsian video yang memaparkan perbandingan kartun Cocomelon vs My Little Pony, yang membuat orang dewasa sendiri ketika menonton Cocomelon boleh menjadi keliru fikir dalam masa 2 saat.

Dengan paparan warna yang beralun terang dan cerah serta pertukaran babak terlalu kerap iaitu setiap 2 saat, Cocomelon seumpama menjadi ‘kokain’ yang akan membuatkan anak-anak anda mengalami ketagihan skrin. 

Facebook

Tulisan dan abjad juga tidak menerapkan unsur pendidikan untuk membolehkan kanak-kanak belajar mengenali abjad dan seterusnya dapat membaca.

YouTube

Sekadar hanya mahu menarik minat si kecil untuk menonton kartun untuk hiburan dan bukannya untuk belajar.

Facebook

Berikut merupakan kesan negatif yang disenaraikan oleh pakar berkenaan:

  1. Kanak-kanak bakal membesar dengan kemahiran kawalan kendiri yang lemah.
  2. Tahap perhatian dan tingkah laku berisiko menyerupai penghidap ADHD atau autisme.
  3. Kanak-kanak menjadi mustahil dapat bermain secara kreatif untuk menggunakan potensi otak mereka kerana terlalu bergantung kepada kandungan hiburan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Joran terlepas ketika umpan mengena, lelaki ini terus terjun ke dalam laut untuk selamatkan joran kesayangan

0

Bagi orang yang mempunyai hobi pasti sanggup membelanjakan berapa sahaja supaya dapat melakukan apa yang mereka suka. Misalnya, mereka yang suka melakukan aktiviti pendakian akan sanggup untuk membeli kasut, beg atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk mendaki tidak kira berapa pun harganya.

Memamdangkan dia telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli joran pancing, seorang lelaki, Jack McRoberts sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan jorannya yang berharga $1,800 (RM7,534).

Apa yang berlaku ialah isteri Jack tanpa sengaja telah melepaskan joran ke dalam laut. Ketika itu dia hilang kawalan kerana ada sesuatu yang besar telah mengena umpan pada jorannya. Akibatnya dia terlepas genggaman joran di tangan sebelum joran tersebut termasuk ke dalam laut.

Melihat apa yang berlaku, Jack tanpa berfikir panjang terus membuka topinya dan terjun ke dalam air untuk mendapatkan semula jorannya. Detik lucu itu berlaku di Mackay, Queensland, Australia.

Jack walau bagaimanapun tidak berputus asa untuk terus memancing dan menangkap ikan yang telah memakan umpannya. Jadi, dia terus memancing walaupun dia sudah berada di dalam air. Kelihatan apa yang dilakukan tidak mudah, ditambah pula dia juga nampaknya agak keletihan untuk terus memancing tetapi semangatnya masih kuat dan tidak mahu berputus asa.

Kejadian tersebut sememangnya agak mencemaskan tetapi ada sebuah lagi kejadian memancing yang turut mendebarkan terjadi kepada seorang lelaki.

Apa yang berlaku ialah seorang nelayan magnet terkejut apabila menemui senapang mesin ringan Perang Dunia II di dalam sebuah terusan. Nigel Lamford, 50, menemui senapang Sten dengan menggunakan magnet buatannya sendiri, yang mampu mengangkat satu tan logam keluar dari air.

Dia melemparkan magnet itu secara rambang ke dalam terusan dan hasil ‘tangkapannya’ agak mengejutkan kerana dia memperolehi senjata seperti pistol.

Pistol yang ditutupi kotoran itu adalah yang pertama daripada enam senjata yang ditemui oleh Nigel dan rakan-rakan di Weedon Bec, Northamptonshire.

Nigel berkata ini adalah penemuan terbaiknya setakat ini. Senjata itu ditemui di dalam badan air berhampiran tapak bekas Royal Ordnance Depot. Dia percaya bahawa senjata itu bernilai sekitar £1,300 (RM7,361) setiap satu dan masih boleh digunakan.

“Anda boleh menemui perkara yang menakjubkan, tetapi saya tidak pernah menjumpai begitu banyak senjata bersama dalam keadaan yang begitu baik.

Mereka kemudian memutuskan untuk menyerahkan senjata itu kepada muzium tentera tempatan. Menurutnya lagi, dia telah menemui pelbagai jenis peninggalan sejarah di seluruh negara sebelum ini termasuk 61 senjata api.

Tiada yang tahu apa yang ada di dalam air. Setenang mana pun air yang kita lihat tanpa diketahui ada rahsia dan ‘harta karun’ yang tersimpan di dalamnya. Ada yang diketahui identitinya dan ada juga penemuan yang kekal misteri.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Berapa lama jarak kehamilan yang ideal? Berikut adalah dapatan kajian dan pendapat pakar perubatan

0

Anak adalah anugerah buat mereka yang berkahwin. Kebanyakan pasangan suami isteri pasti memiliki impian untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang merancang untuk memiliki beberapa orang anak sepanjang perkahwinan mereka. Ada yang mahukan keluarga yang besar, dan ada juga yang cukup dengan seorang zuriat.

Merancang keluarga adalah sesuatu yang perlu terutama buat pasangan yang mahukan anak yang ramai. Bukan sahaja aspek kewangan yang perlu dilihat tetapi apa yang lebih penting ialah kesihatan ibu yang mengandung dan melahirkan. Jadi, suami isteri perlu cakna tentang jarak kehamilan supaya ibu dan anak yang dikandung sentiasa sihat.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) dan Harvard TH Chan School of Public Health dalam jurnal terbitan dalam JAMA Internal Medicine mendapati bahawa ibu harus menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk hamil semula selepas bersalin. Hal ini bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada ibu dan bayi.

Tetapi penyelidik mengatakan para ibu tidak perlu menunggu selama 18 bulan seperti yang disyorkan dalam garis panduan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jurang kecil antara kehamilan walau bagaimanapun memberi berisiko kelahiran pramatang, bayi yang lebih kecil dan kematian bayi dan ibu.

Pengarang kajian, Dr Wendy Norman berkata hasil kajian ini diharapkan dapat menggalakkan wanita yang berusia lebih 35 tahun untuk merancang keluarga mereka untuk mengurangkan risiko komplikasi.

Kajian yang dilakukan ke atas hampir 150,000 kelahiran di Kanada itu mendapati 12 hingga 18 bulan adalah tempoh masa yang ideal antara melahirkan dan hamil semula.

Para penyelidik juga mendapati bahawa:

  • Kehamilan kurang daripada 12 bulan selepas bersalin berisiko kepada wanita pada semua peringkat umur.
  • Wanita lebih 35 tahun yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 1.2% kematian ibu (12 kes bagi setiap 1,000 kehamilan)
  • Menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya mengurangkan risiko kepada 0.5% (lima kes setiap 1,000)
  • Wanita muda yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 8.5% (85 kes setiap 1,000) kelahiran pramatang.
  • Mereka menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya hanya berisiko sebanyak 3.7% (37 setiap 1,000)
  • Penulis utama kajian itu, Laura Schummers, berkata: “Kajian kami mendapati peningkatan risiko kepada ibu dan bayi apabila jarak kehamilan rapat, termasuk untuk wanita yang berumur lebih dari 35 tahun.

Walau bagaimanapun kajian itu melihat hanya satu populasi wanita – di Kanada – jadi tidak jelas sejauh mana ia akan berlaku di seluruh dunia.

Penyelidik Dr Sonia Hernandez-Diaz berkata penemuan itu memperlihatkan bahawa risiko yang berbeza untuk setiap kumpulan umur.

“Jarak kehamilan yang pendek mungkin mencerminkan kehamilan yang tidak dirancang, terutamanya dalam kalangan wanita muda.

Mandy Forrester, dari Royal College of Midwives, berkata kajian itu adalah penyelidikan yang berguna dan dipersetujui oleh penyelidikan terdahulu terhadap kajian terhadap jarak kelahiran.

Namun begitu, apa sahaja keputusan tetap menjadi hak wanita. Tanpa mengira umur, semua wanita berhak menentukan jarak kehamilan mereka. Apa yang penting ialah mereka tahu dan sedar tentang risiko yang bakal mereka hadapi jika tidak merancang untuk hamil semula.

Para profesional kesihatan juga akan sentiasa menyokong wanita dalam apa sahaja pilihan mereka. Mereka juga akan mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk diri dan kehamilan mereka.

Berbicara mengenai topik yang sama, seorang pakar tempatan turut berkongsi maklumat mengenai jarak kehamilan. Berikut adalah perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya.

Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik ialah umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, komplikasi semasa mengandung dan kelahiran anak yang sebelumnya, cara kelahiran, kebolehan menghilangkan berat badan dan lain-lain faktor.

Menurut Dr Aizat dia biasanya akan menasihatkan pesakitnya untuk menunggu sekitar dua tahun. Dua tahun dicadangkan untuk mengurangkan risiko parut pecah (scar rupture) buat ibu yang pernah bersalin melalui pembedahan.

Namun, jika si ibu tidak pernah berhadapan dengan masalah kehamilan terdahulu mereka boleh mencuba untuk mengandung semula seawal setahun selepas bersalin. Walau bagaimanapun risiko akan menjadi lebih rendah jika mereka menunggu sehingga 18 bulan untuk hamil selepas kelahiran sebelumnya.

Mengapa ibu tidak disarankan mengandung dekat-dekat?
– Anemia disebabkan kurang zat besi
– Tingkatkan risiko untuk kelahiran pramatang
– Tidak sempat nak kuruskan badan
– Susu berkurang kalau menyusukan bayi ketika mengandung
– Saiz bayi boleh mengecil

Buat ibu yang pernah melahirkan anak pramatang adalah dinasihkatkan untuk menjaga jarak kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan. Untuk wanita yang sudah berusia pula, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan.

Tambahnya lagi, kalau boleh jangan mengandung jika anak masih kecil sekitar umur 6 bulan. Dinasihatkan agar jarak untuk kehamilan seterusnya ialah sekitar 12-18 bulan bergantung kepada individu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

4 Hari terperangkap dalam perigi, Rayan meninggal dunia ketika diselamatkan

0

RABAT- Kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu, dilaporkan meninggal dunia oleh laman berita Al-Arabiya

Berita kematian Rayan Awram itu juga disahkan Istana Diraja Maghribi pada 5 Februari.

Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada 1 Februari malam.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial.

Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Api dapur perlahan lambatkan kerja-kerja memasak, lelaki ini kongsi cara mudah untuk servis dapur gas

0

Antara perkara yang paling tidak digemari oleh suri rumah ialah apabila ada hal-hal yang melambatkan kerja-kerja memasak di dapur. Mana tidaknya, masa yang ada untuk menyediakan hidangan buat keluarga kadangkala menjadi lambat dan terhad.

Sudah lah sibuk dengan kerja-kerja rumah lain, ditambah pula dengan kerja memasak pula memakan masa yang lambat boleh menjejaskan tugas-tugas lain. Apa yang paling tidak menyeronokkan apabila ahli keluarga lain terpaksa menunggu lama untuk makan bersama.

Antara sebab kerja memsak menjadi lambat adalah kerana api dapur yang perlahan. Bayangkan hendak tunggu satu hidangan siap pun memakan masa lama. Jadi, apa yang boleh dilakukan ialah dengan servis dapur gas. Bunyi seperti sukar sahaja tetapi dengan kaedah dan cara yang betul sebenarnya ianya sangat mudah.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Ghopar Zakaria Ansari telah berkongsi cara-cara servis dapur gas rumah dengan betul, selamat dan mudah. Jom lihat perkongsiannya!

Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.

Alatan yang diperlukan:

Playar
Pemutar skru bunga dan philips
Klip kertas
Spray anti karat WD40
Kertas surat khabar lama

Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.

Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.

Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.

Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.

Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya

Gunakan penyembur anti karat

Ambil ‘spray’ anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

Bersihkan lapisan minyak

Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat. Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

Cuba hidupkan api dapur

Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau ‘external fire starter’ untuk hidupkan dapur gas.

Usaha khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.

Servis selesai dilakukan!

Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan. Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama. Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Firma ada kaitan tentera China kumpul DNA rakyat Amerika Syarikat, sediakan ujian COVID-19

0

China sedang “membangunkan pangkalan data bio terbesar di dunia,” kata Edward You, yang merupakan pegawai perisikan kebangsaan Amerika Syarikat untuk Emerging and Disruptive Technologies. “Apabila mereka mempunyai akses kepada data genetik anda, ia bukan sesuatu yang boleh anda ubah seperti kod pin.”

Berlumba dan bersaing untuk menguasai bioekonomi, Parti Komunis China (PKC) sedang menyusun pangkalan data besar-besaran maklumat perubatan, kesihatan dan genetik dari seluruh dunia, termasuk rakyat Amerika Syarikat.

PKC mengarah dan menerima bantuan syarikat swasta dalam pengumpulan data genetik, yang boleh digabungkan dengan keupayaan super komputer tentera peringkat tertinggi, untuk menemui kelemahan genetik dalam populasi. Senjata bio ini kemudiannya boleh dibangunkan, yang menjadikan kelemahan ini sebagai pemangsa. Sebagai sebahagian daripada polisi gabungan tentera-awam Beijing, saintis China bersama pihak tentera, telah menjalankan penyelidikan dalam bidang sains otak, penyuntingan gen, dan penciptaan genom buatan.

Petugas makmal sedang melakukan ujian genetik di makmal BGI dahulu dikenali Beijing Genomics Institute, di Kunming, Wilayah Yunnan di China pada 26 Disember 26, 2018. (Gambar oleh Stringer/REUTERS)

Penyelidikan yang sama boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi tentera China. BGI Group, dahulu dikenali Beijing Genomics Institute, adalah firma peneraju projek genom PKC, serta salah satu pengeluar terkemuka ujian COVID-19. BGI juga mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), menurut laporan Reuters pada 30 Januari.

BGI mengendalikan projek pengklonan khinzir terbesar di dunia. Selepas memanipulasi generasi DNA khinzir, dengan sengaja menghasilkan khinzir yang lebih kecil atau lebih besar, lebih mudah terdedah kepada penyakit tertentu, atau kurang terdedah kepada orang lain, PKC memusatkan perhatian pada keupayaan untuk menghasilkan “tentera super”. Antara projek yang sedang dijalankan adalah percubaan BGI untuk menjadikan tentera etnik Han China kurang terdedah kepada penyakit altitud.

Ketua saintis penyakit berjangkit BGI, Chen Weijun, adalah antara saintis pertama yang menjalankan urutan COVID-19, mengambil sampel dari hospital tentera di Wuhan. Beliau juga mendapat kredit dengan paten pada kit ujian COVID-19 BGI, yang telah diedarkan di seluruh dunia, termasuk ke Amerika Syarikat. Empat daripada penyelidik BGI telah bergabung dengan Universiti Teknologi Pertahanan Nasional (NUDT), di bawah Suruhanjaya Tentera Pusat China, yang diketuai oleh pemimpin China Xi Jinping. NUDT telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Di bawah Xi Jinping, syarikat teknologi swasta telah semakin diintegrasi dalam penyelidikan berkaitan ketenteraan. Pada tahun 2021, BGI menawarkan penubuhan pusat ujian COVID-19 di Amerika Syarikat. Tetapi pegawai keselamatan Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pusat ujian itu akan membolehkan China mendapat akses kepada DNA rakyat Amerika, kerana ujian swab itu mempunyai bahan genetik pada mereka. 

Menurut Mike Orlando, ketua Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan, tiada negeri di  Amerika Syarikat yang memberikan persetujuan, tetapi sekurang-kurangnya 18 negara lain telah membenarkan BGI menubuhkan pusat ujian. Selain itu, kit ujian BGI telah dihantar ke 180 negara.

Syarikat ujian perubatan China kerap menggunakan DNA yang dikumpul daripada subjek ujian untuk penyelidikan lain. Kumpulan hak asasi manusia berkata PKC menggunakan data tersebut untuk tujuan keselamatan seperti mengenal pasti dan menjejaki Muslim Uyghur. Sebagai tambahan, polis China cuba mengumpul sampel DNA daripada 700 juta lelaki negara itu, untuk menjejaki penjenayah masa depan.

Ujian keturunan adalah salah satu lagi cara rejim China mendapatkan DNA daripada rakyat Amerika. Tentera Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada para tentera darat marin, laut dan udara untuk mengelak daripada menggunakan syarikat seperti Ancestry dan 23andMe, yang mempunyai hubungan dengan China. Dianggarkan 50 juta rakyat Amerika telah membayar untuk ujian air liur mereka bagi DNA keturunan, menurut Bill Evanina, bekas pengarah Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Firma China Wu Xi Biologics membeli kilang pengeluaran Pfizer di China, dan membuka fasiliti pengeluaran di Massachusetts. Pada tahun 2015, firma itu juga membeli kepentingan dalam 23andMe. Wu Xi Biologics kini mempunyai lokasi di Pennsylvania, Massachusetts, dan New Jersey, serta kilang ubat-ubatan di Delaware, yang dibina dengan geran negeri.

Kumpulan BGI memperolehi sebahagian pendapatan dengan menjual perkhidmatan penjujukan genetik kepada universiti dan sistem kesihatan di seluruh dunia. Syarikat itu juga telah membeli firma genomik Amerika Syarikat sejak tahun 2013, dan kini mempunyai pelbagai perkongsian dengan syarikat Amerika yang terlibat dalam penjujukan gen. Dalam setiap pengaturan ini, BGI mendapat akses kepada data genetik. Di bawah undang-undang Perisikan Kebangsaan China, semua data yang diperoleh oleh syarikat China, walaupun di luar negara, mesti diserahkan kepada PKC, atas permintaan.

BGI Group di Beijing, China pada 25 Mac 2021. (Gambar oleh Carlos Garcia Rawlins / REUTERS)

Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) memberi amaran bahawa firma China melabur dalam syarikat Amerika dengan harapan mendapat akses kepada data negara itu. Tahun lalu, CFIUS menyekat firma China daripada membeli klinik kesuburan California, yang terletak berdekatan dengan enam pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kebimbangan yang timbul ialah bukan sahaja PKC mendapat akses kepada data genetik tentera Amerika Syarikat, tetapi juga anak-anak mereka yang belum lahir.

Walaupun terdapat amaran bahaya yang jelas, pada tahun ini, pentadbiran Biden menandatangani perjanjian AS$1.3 bilion dengan iHealth Labs, sebuah unit firma China Andon Health Co., untuk kit ujian COVID-19 di rumah. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif pentadbiran untuk menyediakan 1 bilion kit ujian pantas COVID-19 secara percuma kepada rakyat Amerika Syarikat.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan menyediakan peluang yang sempurna untuk pengumpulan data DNA. Atlet dan jurulatih Olimpik akan menjalani ujian COVID-19 setiap hari, manakala kakitangan media dan peserta lain juga akan diuji secara tetap. 

Ini bermakna PKC akan mempunyai bahan genetik setiap individu yang menghadiri sukan tersebut. Para hadirin juga dikehendaki memuat turun aplikasi kesihatan yang diluluskan kerajaan, yang telah terbukti mempunyai kelemahan keselamatan. 

Pakar keselamatan internet memberi amaran aplikasi itu akan dapat mengumpulkan data pengguna, yang digabungkan dengan maklumat genetik, dan boleh dimasukkan ke dalam projek kecerdasan buatan dan genom China yang meluas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: