25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupBerapa lama jarak kehamilan yang ideal? Berikut adalah dapatan kajian dan pendapat...

Berapa lama jarak kehamilan yang ideal? Berikut adalah dapatan kajian dan pendapat pakar perubatan

Anak adalah anugerah buat mereka yang berkahwin. Kebanyakan pasangan suami isteri pasti memiliki impian untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang merancang untuk memiliki beberapa orang anak sepanjang perkahwinan mereka. Ada yang mahukan keluarga yang besar, dan ada juga yang cukup dengan seorang zuriat.

Merancang keluarga adalah sesuatu yang perlu terutama buat pasangan yang mahukan anak yang ramai. Bukan sahaja aspek kewangan yang perlu dilihat tetapi apa yang lebih penting ialah kesihatan ibu yang mengandung dan melahirkan. Jadi, suami isteri perlu cakna tentang jarak kehamilan supaya ibu dan anak yang dikandung sentiasa sihat.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh University of British Columbia (UBC) dan Harvard TH Chan School of Public Health dalam jurnal terbitan dalam JAMA Internal Medicine mendapati bahawa ibu harus menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk hamil semula selepas bersalin. Hal ini bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada ibu dan bayi.

Tetapi penyelidik mengatakan para ibu tidak perlu menunggu selama 18 bulan seperti yang disyorkan dalam garis panduan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jurang kecil antara kehamilan walau bagaimanapun memberi berisiko kelahiran pramatang, bayi yang lebih kecil dan kematian bayi dan ibu.

Pengarang kajian, Dr Wendy Norman berkata hasil kajian ini diharapkan dapat menggalakkan wanita yang berusia lebih 35 tahun untuk merancang keluarga mereka untuk mengurangkan risiko komplikasi.

Kajian yang dilakukan ke atas hampir 150,000 kelahiran di Kanada itu mendapati 12 hingga 18 bulan adalah tempoh masa yang ideal antara melahirkan dan hamil semula.

Para penyelidik juga mendapati bahawa:

  • Kehamilan kurang daripada 12 bulan selepas bersalin berisiko kepada wanita pada semua peringkat umur.
  • Wanita lebih 35 tahun yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 1.2% kematian ibu (12 kes bagi setiap 1,000 kehamilan)
  • Menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya mengurangkan risiko kepada 0.5% (lima kes setiap 1,000)
  • Wanita muda yang hamil enam bulan selepas kelahiran sebelumnya mempunyai risiko 8.5% (85 kes setiap 1,000) kelahiran pramatang.
  • Mereka menunggu 18 bulan untuk kehamilan seterusnya hanya berisiko sebanyak 3.7% (37 setiap 1,000)
  • Penulis utama kajian itu, Laura Schummers, berkata: “Kajian kami mendapati peningkatan risiko kepada ibu dan bayi apabila jarak kehamilan rapat, termasuk untuk wanita yang berumur lebih dari 35 tahun.

Walau bagaimanapun kajian itu melihat hanya satu populasi wanita – di Kanada – jadi tidak jelas sejauh mana ia akan berlaku di seluruh dunia.

Penyelidik Dr Sonia Hernandez-Diaz berkata penemuan itu memperlihatkan bahawa risiko yang berbeza untuk setiap kumpulan umur.

“Jarak kehamilan yang pendek mungkin mencerminkan kehamilan yang tidak dirancang, terutamanya dalam kalangan wanita muda.

Mandy Forrester, dari Royal College of Midwives, berkata kajian itu adalah penyelidikan yang berguna dan dipersetujui oleh penyelidikan terdahulu terhadap kajian terhadap jarak kelahiran.

Namun begitu, apa sahaja keputusan tetap menjadi hak wanita. Tanpa mengira umur, semua wanita berhak menentukan jarak kehamilan mereka. Apa yang penting ialah mereka tahu dan sedar tentang risiko yang bakal mereka hadapi jika tidak merancang untuk hamil semula.

Para profesional kesihatan juga akan sentiasa menyokong wanita dalam apa sahaja pilihan mereka. Mereka juga akan mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk diri dan kehamilan mereka.

Berbicara mengenai topik yang sama, seorang pakar tempatan turut berkongsi maklumat mengenai jarak kehamilan. Berikut adalah perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya.

Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik ialah umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, komplikasi semasa mengandung dan kelahiran anak yang sebelumnya, cara kelahiran, kebolehan menghilangkan berat badan dan lain-lain faktor.

Menurut Dr Aizat dia biasanya akan menasihatkan pesakitnya untuk menunggu sekitar dua tahun. Dua tahun dicadangkan untuk mengurangkan risiko parut pecah (scar rupture) buat ibu yang pernah bersalin melalui pembedahan.

Namun, jika si ibu tidak pernah berhadapan dengan masalah kehamilan terdahulu mereka boleh mencuba untuk mengandung semula seawal setahun selepas bersalin. Walau bagaimanapun risiko akan menjadi lebih rendah jika mereka menunggu sehingga 18 bulan untuk hamil selepas kelahiran sebelumnya.

Mengapa ibu tidak disarankan mengandung dekat-dekat?
– Anemia disebabkan kurang zat besi
– Tingkatkan risiko untuk kelahiran pramatang
– Tidak sempat nak kuruskan badan
– Susu berkurang kalau menyusukan bayi ketika mengandung
– Saiz bayi boleh mengecil

Buat ibu yang pernah melahirkan anak pramatang adalah dinasihkatkan untuk menjaga jarak kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan. Untuk wanita yang sudah berusia pula, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan.

Tambahnya lagi, kalau boleh jangan mengandung jika anak masih kecil sekitar umur 6 bulan. Dinasihatkan agar jarak untuk kehamilan seterusnya ialah sekitar 12-18 bulan bergantung kepada individu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI