Rancangan kartun paling banyak ditonton di seluruh dunia dengan mengutip sebanyak 115.6 billion tontonan di bawah kategori pendidikan pada tahun lalu ialah ‘Cocomelon’.
Tidak dapat dinafikan, anak kecil akan kelam kabut berlari setelah ibu bapa memainkan muzik pembukaan animasi tersebut sama ada menerusi saluran YouTube atau program TV pintar lain.

Membuktikan yang siri Cocomelon itu merupakan animasi hiburan kanak-kanak yang sangat popular.
Namun, di sebalik keseronokan rancangan animasi ini, rupanya ada sisi ‘realiti gelap’ yang memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan para ibu bapa dinasihatkan untuk berhati-hati.

Seorang pakar kanak-kanak, Jerrica Sannes mendedahkan ‘realiti gelap’ siri animasi berbentuk pendidikan ini. Buat ibu bapa, mereka mungkin berpendapat anak-anak dapat mempelajari pelbagai perkara positif melalui siri Cocomelon.
Realitinya, berbanding ketagihan gajet telefon, ia mengundang lebih banyak impak buruk kerana elemen penyerapan pelbagai bunyi, cahaya skrin dan pancaran cahaya cerah memberikan pengalaman deria yang agak keterlaluan kepada otak kanak-kanak.

Terdapat perkongsian video yang memaparkan perbandingan kartun Cocomelon vs My Little Pony, yang membuat orang dewasa sendiri ketika menonton Cocomelon boleh menjadi keliru fikir dalam masa 2 saat.
Dengan paparan warna yang beralun terang dan cerah serta pertukaran babak terlalu kerap iaitu setiap 2 saat, Cocomelon seumpama menjadi ‘kokain’ yang akan membuatkan anak-anak anda mengalami ketagihan skrin.

Tulisan dan abjad juga tidak menerapkan unsur pendidikan untuk membolehkan kanak-kanak belajar mengenali abjad dan seterusnya dapat membaca.

Sekadar hanya mahu menarik minat si kecil untuk menonton kartun untuk hiburan dan bukannya untuk belajar.

Berikut merupakan kesan negatif yang disenaraikan oleh pakar berkenaan:
- Kanak-kanak bakal membesar dengan kemahiran kawalan kendiri yang lemah.
- Tahap perhatian dan tingkah laku berisiko menyerupai penghidap ADHD atau autisme.
- Kanak-kanak menjadi mustahil dapat bermain secara kreatif untuk menggunakan potensi otak mereka kerana terlalu bergantung kepada kandungan hiburan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: