32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobal'Saya menangis setiap hari': Atlet Olimpik mengadu situasi teruk di hotel kuarantin...

‘Saya menangis setiap hari’: Atlet Olimpik mengadu situasi teruk di hotel kuarantin Beijing

Atlet Olimpik Musim Sejuk yang disahkan positif COVID-19 berkata beliau sudah cukup menahan sabar dengan keadaan hotel kuarantin di Beijing.

“Perut saya sakit, saya sangat pucat, dan mempunyai bulatan hitam besar di sekeliling mata. Saya mahu semua ini berakhir. Saya menangis setiap hari. Saya sangat letih,” kata atlet yang bersaing dalam biathlon dari Rusia, Valeria Vasnetsova di Instagram dari salah sebuah hotel.

Gambar yang dimuat naik pada 3 Februari menunjukkan dulang pasta kosong, sos oren, daging hangus di atas tulang, beberapa kentang dan tiada sayur-sayuran. Itu adalah “sarapan, makan tengah hari dan makan malam selama lima hari,” katanya.

Pasukan Olimpik Musim Sejuk Norway menjalani pemeriksaan keselamatan di Perkampungan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada 1 Februari 2022 di Beijing, China. (Gambar oleh Anthony Wallace /Pool/Getty Images)

Vasnetsova berkata dirinya kelaparan kerana ‘mustahil’ untuk makan banyak makanan, dan masih boleh bertahan dengan beberapa gigitan pasta.

“Hari ini saya makan semua lemak yang mereka sajikan dan bukannya daging kerana saya sangat lapar,” katanya sambil menyatakan beliau kehilangan begitu banyak berat badan sehingga “tulangnya sudah menonjol.”

Vasnetsova berkata beliau percaya ramai atlet semakin teruk berasa tidak adil berbanding yang lain. Beliau berkongsi gambar makanan yang dihidangkan kepada doktor pasukannya yang tinggal dua tingkat di bawahnya yang juga telah diuji positif. Hidangannya terdiri daripada buah-buahan segar, salad, dan udang dengan brokoli.

“Sejujurnya saya tidak faham, mengapa ada sikap sebegini kepada kami, para atlet?!” katanya.

Vasnetsova bukan satu-satunya yang mengadu. Makanan yang tidak sedap atau terdapat kekurangan, bersama-sama dengan isu kebersihan dan lain-lain telah menjadikan hotel kuarantin Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai sasaran kritikan.

Lebih 350 peserta Olimpik telah diuji positif COVID-19 sebaik tiba di ibu negara China sejak 23 Januari. Untuk bebas kuarantin, atlet perlu bebas simptom dan mengemukakan dua ujian negatif dalam tempoh berjarak 24 jam.

Petugas lengkap berpakaian PPE di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Beijing, China pada 31 Januari 2022. (Gambar oleh Phil Noble/REUTERS)

Apabila Eric Frenzel, pemain ski gabungan Norway yang telah memenangi tiga pingat emas Olimpik, menuju ke bilik pengasingan selepas diuji positif pada 4 Februari, pasukannya dengan segera mendapati keadaan di sana adalah “tidak boleh diterima.”

Kebersihan, kualiti makanan dan keadaan WiFi semuanya memerlukan penambahbaikan segera, ketua pasukan Jerman Dirk Schimmelpfennig memberitahu wartawan pada hari berikutnya. Beliau menyatakan pasukan itu telah melakukan “perbincangan intensif” dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing.

“Bilik hotel tidak boleh diterima, jadi kami perlu mencari jalan untuk mengubahnya,” kata Schimmelpfennig dari Perkampungan Olimpik di Zhangjiakou, Wilayah Hebei. “Hotel-hotel ini tidak ditunjukkan kepada kami terlebih dahulu, dan kami mempunyai situasi yang sepatutnya terdapat permintaan terus daripada para atlet untuk diperbaiki.”

Perhatian awam telah memihak kepada para atlet. Selepas video media sosial bintang ‘skeleton’ Belgium Kim Meylemans yang menangis kerana diangkut ke lokasi kuarantin kedua apabila berfikir beliau akan dibebaskan, IOC mula campur tangan, dan beliau diberi ruang untuk pengasingan diri di dalam Perkampungan Olimpik Beijing.

Meylemans berkata pada 3 Februari dirinya kini berasa “selamat” selepas pulang ke perkampungan atlet.

“Nampaknya video itu termasuk usaha bersungguh jawatankuasa Olimpik negara saya benar-benar membuahkan hasil,” katanya dalam video Instagram.

Atlet Olimpik Musim Sejuk Belgium Kim Meylemans pada 29 Januari 2022, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels di Zaventem. (Gambar oleh LAURIE DIEFFEMBACQ/BELGA MAG/AFP/Getty Images)

Keadaan makanan untuk Vasnetsova nampaknya juga bertambah baik, menurut Sergei Averyanov, jurucakap pasukannya.

Dua hari selepas aduannya, Averyanov memuat naik gambar yang menunjukkan salmon, timun, sosej dan yogurt untuk hidangan Vasnetsova.

Vasnetsova “sudah tersenyum, dan itu sahaja perkara yang penting,” tulis Averyanov dalam hantaran di media sosial.

Beberapa netizen memberi komen mereka berkenaan aduan atlet Olimpik berkenaan keadaan di Beijing:

“Jawapan mudahnya ialah PKC mahu melemahkan persaingan. Jika saya seorang atlet di Olimpik, saya akan pulang ke rumah dan memboikot permainan PKC.”

“Ujian positif palsu, makanan buruk dan keadaan buruk menyamai lebih banyak pingat untuk PKC. Jika anda seorang ancaman dalam sukan dan dari negara bukan kuasa besar, anda berisiko. China membeli IOC dan kini dunia melihat siapa sebenarnya mereka.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI