28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 7, 2025
Utama Blog Laman 215

Dua penjenayah letupkan mesin ATM, bawa lari wang

0

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan oleh dua orang penjenayah, yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka terletak di Pekan Meru, Klang pada awal pagi 8 Februari.

Kejadian tersebut hanya disedari oleh pekerja kedai serbaneka tersebut sewaktu mahu membuka kedai pada jam 8 pagi.

Kaca pada pintu kedai pada ketika itu pecah, selain mesin ATM telah terbuka dan rosak.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.

Tambahnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang bertindak memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.

“Kedua-dua suspek kemudiannya meletupkan mesin ATM di dalam kedai serbaneka berkenaan sebelum melarikan sejumlah wang”.

Walau bagaimanapun, tambahnya, jumlah wang yang dilarikan kedua-dua suspek masih lagi dalam siasatan pihaknya.

Ujarnya lagi, pihak polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, saksi kejadian yang enggan mendedahkan namanya berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerja yang mahu membuka kedai.

“Ketika kejadian, kedai masih belum beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan”, dedahnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Panjat tumbuhan lalu buat ‘terjunan’, aktiviti siput ini ternyata ‘memeranjatkan’..

0

Siapa kata manusia sahaja tahu cara untuk berseronok? Ianya tidak benar sama sekali kerana haiwan juga adalah makhluk Tuhan yang mahukan keseronokan dalam hidup.

Sebenarnya, haiwan juga tidak terlepas daripada tingkah laku tertentu hanya untuk keseronokan, samalah seperti apa yang tular di laman Twitter ini.

Satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna, @yusai00 menunjukkan seekor siput belaannya di dalam akuariumnya dilihat sedang berseronok.

Menurut individu terbabit, siputnya yang dipercayai merupakan spesies ‘Pomacea bridgesii’ dilihat memanjat tumbuhan yang tinggi sebelum terjun ke bawah.

Anda lihatlah sendiri video yang dimaksudkan :

Lebih kurang sama macam manusia melakukan terjunan di kolam renang, sungai dan laut bukan?

Perkara itu amat tidak dijangka memandangkan siput sangat dikenali sebagai haiwan yang bergerak perlahan, namun video ini adalah bukti bahawa siput juga aktiviti yang ‘mendebarkan’.

Siput yang turut dikenali sebagai ‘mystery snail’ ini juga terdiri daripada pelbagai warna menarik, yang dibiakkan oleh pencinta haiwan akuatik untuk menghiasi akuarium.

Menurut sumber, siput unik ini juga boleh menerapungkan diri dan tenggelam sesuka hati. Mereka boleh terapung di atas permukaan air mahupun melekat pada sisi kaca akuarium.

Malah, mereka turut menggunakan bahagian bawah tubuhnya yang rata itu sebagai ‘payung terjun’ untuk melindungi pendaratan mereka daripada atas.

Selain warnanya yang cantik dan terang, siput dengan purata bersaiz 2 inci ini juga gigih memakan alga pada kaca akuarium, hiasan, tumbuhan serta batuan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pemeriksaan suhu badan memasuki premis dimansuhkan bermula 11 Februari

0

Prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan individu untuk membuat pemeriksaan suhu badan serta merekodkan daftar masuk ke premis pada buku akan dimansuhkan mulai 11 Februari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein setelah ianya dipersetujui semasa Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19, selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing”.

Walau bagaimanapun, pendaftaran masuk ke mana-mana premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih lagi diwajibkan seperti biasa.

“Tetapi jika sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya”.

Beliau juga berkata kerajaan akan mempunyai satu set baharu SOP perjalanan umrah, termasuk mewajibkan dos penggalak serta membenarkan kuarantin di rumah, mulai 14 Februari ini.

Katanya lagi, kes Covid-19 harian semasa adalah masih terkawal dan dalam kapasiti unit rawatan rapi di hospital seluruh negara.

Beliau juga berkata, saranan untuk membuka sepenuhnya sempadan negara menjelang 1 Mac ini perlu dikaji oleh kementerian dan jabatan berkaitan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Perahu peninggalan pedagang dahulu ditemui di Baling, diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah

0

Awal bulan lalu, penduduk di sekitar Kampung Lela, Kuala Pegang, Baling dikejutkan dengan penemuan sebuah perahu lama di tebing Sungai Ketil.

Perahu berkenaan dipercayai merupakan peninggalan pedagang zaman dahulu yang mungkin digunakan sebagai pengangkutan air.

Menurut seorang penduduk, Mohd Azhar Ismail, perahu sepanjang sembilan meter dan satu meter lebar tersebut ditemui dalam keadaan baik – kayu masih kukuh dan tidak mereput.

“Perahu ini mungkin timbul di tebing sungai kerana air sungai yang cetek akibat kemarau. Keadaan perahu masih baik dan strukturnya masih kukuh.

“Ia dipercayai dibuat oleh pedagang dahulu dengan menggunakan sejenis kayu yang tahan lama”, ujarnya lagi.

Perahu yang dikenali sebagai perahu sagor itu difahamkan kini telah diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah untuk tujuan pemuliharaan.

Pegawai Daerah Baling, Mohamad Shahadan Abdullah berkata perahu itu merupakan satu warisan sejarah dan kenderaan air yang digunakan oleh orang terdahulu untuk berdagang.

Menurutnya lagi, perahu sebegitu yang dijumpai di Sungai Ketil itu adalah perahu ketiga yang dijumpai setakat ini.

“Perahu Sagor adalah tradisi masyarakat Melayu Kedah menggunakan perahu pada abad ke 19 untuk berdagang”.

“Ia diperbuat daripada kayu balak yang tahan lama seperti chengal, bongor, pulai dan merbau dengan dibelah dua kemudian ditebuk dijadikan sebuah perahu untuk kegunaan orang dahulu sebagai salah satu cara pengangkutan jalan air”.

Penduduk yang menjumpai sebarang artifak purba juga dinasihati untuk memaklumkannya kepada pihak berwajib agar ia dapat dijaga dan dipelihara sebagai bahan sejarah untuk tatapan awam.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Muhamad Muda Bahadin berkata pihaknya akan membawa perahu itu ke Muzium Negeri Kedah untuk proses konservasi selanjutnya.

Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Kedah serta penduduk kampung mengambil inisiatif untuk menyelamatkan perahu sagor untuk proses konservasi dan penyelidikan bagi menentukan tarikh serta usia sebenar perahu berkenaan.

Proses itu difahamkan amat penting bagi menghasilkan penceritaan sebenar mengenai kewujudan perahu sagor selepas ia dipulihkan dan akan dipamerkan untuk tontonan umum.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kritikan terhadap Zhu Yi, atlet luncur ais kelahiran Amerika menunjukkan penelitian ‘keras’ atlet naturalisasi di China

0

Pengguna media sosial di China difahamkan telah mencemuh Beverly Zhu, seorang atlet luncur selama 2 hari berturut-turut, memandangkan atlet berusia 19 tahun dilahir dan dibesarkan di Ameriak Syarikat namun bertanding mewakili China dengan nama Zhu Yi.

Kritikan itu bermula pada 6 Februari lalu, apabila atlet naturalisasi itu terjatuh semasa sedang bertanding untuk perseorangan wanita dalam acara berpasukan.

Menjelang petang, tanda pagar #ZhuYiFellDown telah dilihat lebih 200 juta kali di Weibo – platform media sosial China yang popular. Pengulas sukan juga memanggilnya ‘tidak tahu malu’, ‘rosak’ dan ‘memalukan’.

Walau bagaimanapun, Weibo kemudiannya bertindak mengharamkan penggunaan tanda pagar berkenaan menjelang petang Ahad tersebut, tanpa sebarang sebab dan hanya memberikan alasan tindakan itu dilaksanakan berikutan garis panduan dan dasar yang berkaitan.

“Saya kecewa dan malu. Saya rasa banyak tekanan pada saya kerana semua penduduk China agak terkejut dengan pemilihan saya mewakili perseorangan wanita”, ujar Zhu Yi sebak.

“Saya hanya mahu menunjukkan kepada mereka apa yang saya mampu lakukan, tetapi malangnya saya tidak berhasil melakukannya”.

Carian untuk nama Zhu tetap kelihatan dan namanya sekali lagi mendapat perhatian apabila dia tersandung kakinya sebanyak dua kali semasa acara luncur bebas. Zhu yang menduduki tempat terakhir kemudiannya menangis.

Kehebohan kembali meletus pada hari Isnin, selepas dia tersandung dua kali semasa acara skate percumanya. Zhu, yang menangis semasa program itu, menduduki tempat terakhir.

“Jangan menangis, saya yang mahu menangis,” tulis seorang pengguna di laman media sosial.

Atlet China menghadapi tekanan yang besar untuk memenangi pingat dan mengharumkan nama negara. Kritikan terhadap Zhu menunjukkan bagaimana atlet naturalisasi kadangkala tertakluk kepada penelitian yang lebih keras.

Sebelum Sukan 2022, Zhu telah diserang kerana ketidakupayaannya untuk bercakap bahasa Cina dengan fasih.

Kegemparan itu berbeza dengan perhatian antarabangsa mengenai Eileen Gu, pemain ski bintang yang dilahirkan dan dibesarkan di California tetapi juga bersaing untuk China, dan secara meluas digemari untuk menjadi pesaing pingat emas.

Beberapa pengguna media sosial pula berspekulasi bahawa Zhu telah mendapat tempat untuk mewakili negara dalam sukan Olimpik China berikutan ketokohan bapanya, Song-Chun Zhu iaitu seorang saintis komputer yang berpindah ke Universiti Peking dari Amerika Syarikat.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Uncle Kentang positif COVID-19 kategori 4, kini di Hospital Serdang

0

Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, mengesahkan dirinya positif COVID-19 Kategori 4 dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 7 Februari, Uncle Kentang mengemas kini status kesihatannya dan memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi panggilan.

“Maaf, telefon saya akan dimatikan selama tujuh hari. Sekarang saya di Hospital Serdang,” tulisnya.

Facebook

“Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4 COVID positif. Bubuh oksigen,” jelasnya.

“Pejabat akan ditutup selama empat hari mulai 7 Februari. Talian hotline kami akan ditutup kecuali perkhidmatan ambulans.”

“Kami akan menambah Ambulans COVID kepada dua unit lagi kerana ramai yang mendapat COVID,” katanya dalam hantaran itu.

Uncle Kentang mengingatkan orang ramai supaya sentiasa selamat dan menjaga diri, memakai pelitup muka serta mengelakkan perjumpaan ramai dengan terlalu berseronok.

Di sebalik keadaan kesihatannya, kerja amal Uncle Kentang nampaknya diteruskan dengan dua siaran Facebook yang telah dikemas kini mengenai kes melibatkan seorang gelandangan tidur di hadapan kedai dobi dan kemas kini mengenai “Uncle Martin”, yang berada di hospital.

Facebook

Dalam hantaran pada 7 Februari, Uncle Kentang berkata mereka yang ingin mendapatkan bantuan mengenai COVID-19 boleh menghubungi 012-2423360. Untuk perkhidmatan ambulans, mereka perlu menghubungi 011-55052148.

Ramai pengikut Uncle Kentang yang terkejut mendengar berita ini dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

“Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh. Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Sayang anda semua,” balas Uncle Kentang dalam hantaran itu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Chef Wan pecat pemandu pemalas, tak siram pokok. Gaji penuh, siap tambahan RM500..

0

Luluh hati mereka yang gemar bercucuk tanam apabila melihat pokok yang ditanam dan dijaga rapi, kering dan gugur begitu sahaja tanpa disiram bukan?

Baru-baru ini, chef selebriti popular tanah air, Chef Wan telah berkongsi insiden membabitkan tanaman di rumahnya dalam keadaan yang menyedihkan – kering dan kekuningan.

Menurut hantaran di Instagram, Chef Wan berkongsi bahawa pemandunya telah diamanahkan untuk menyiram pokok di rumahnya sepanjang ketiadaannya di rumah.

Jika dilihat daripada foto yang dikongsi, jelas sekali daun pokok kelihatan kering kerana tidak disiram, lantas gugur dan mati.

Apa yang membuatkan beliau geram adalah pemandu berkenaan telah diberikan upah tambahan sebanyak RM500 hanya untuk tugasan menyiram pokok.

Malah, gaji pemandu berkenaan dibayar penuh tanpa sebarang potongan sedangkan dia tidak perlu bekerja sepanjang Chef Wan bercuti di Hawaii selama 42 hari.

“Sebelum saya berangkat (ke luar negara), saya beritahu pemandu supaya jangan lupa siram pokok-pokok, paling tidak sekali sehari. Musim panas, pagi dan petang”.

“Sesekali ada masa sebab dia tidak memandu. Jadi dia ada 9 pagi hingga 5 petang enam hari seminggu di rumah saya. Pandai-pandailah dia jaga pokok-pokok ini”.

Bukan sahaja pemandu itu tidak menjalankan amanah, bahkan sesukati telah mengambil cuti sakit (MC) tanpa memberitahu Chef Wan.

Kecewa dengan sikap pekerjanya itu, Chef Wan bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memeriksa situasi sebenar tentang apa yang berlaku sepanjang ketiadaanya.

Pada ketika itulah, Chef Wan mendapati bahawa pemandunya itu tidak hadir bekerja selama beberapa hari tanpa pengetahuannya.

Pada mulanya, pemandu itu tidak mengaku bahawa dia mengabaikan tanaman majikannya dan tidak hadir bekerja, namun setelah dikonfrontasi, barulah dia mengaku.

Pemandu tersebut kemudiannya telah dipecat. “Saya kecewa tetapi saya maafkan dia.

Tidak mengapa, mungkin dia tidak ditakdirkan untuk membuat kerja ini. Lebih baik saya mintanya pergi”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tidak sangka ramai yang ‘backup’ suami ini bila kantoi isterinya melihat dia membeli mainan lagi

0

Semua orang ada hobi masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan, baik yang murah-murah sehingga berkemampuan yang mahal-mahal.

Tidak kiralah seseorang dewasa itu sukakan hobi dengan riadah aktiviti lasak, mengumpul barangan berharga dan antik, komik lama, permainan dan lain-lain.

Twitter

Kadangkala ada orang yang boleh obses untuk berhabis wang demi mengumpulkan barangan yang ingin dimiliki sebagai koleksi, yang akan membuat sesetengah ahli keluarga berasa kurang senang dengan hobi itu.

Seorang suami baru-baru ini mendedahkan di Twitter apabila dia kantoi dengan isterinya ketika membeli mainan untuk hobinya. 

Apa yang mencuri tumpuan ialah apabila ramai warganet yang cuba ‘backup’ dan menyokong erat hobinya dari belakang.

Twitter

Dalam hantaran itu, suami ini berkongsi bagaimana dirinya kantoi membeli mainan selepas disedari isterinya yang bertanya, “You beli mainan lagi??”

Bersama muat naik gambar suami selepas membeli permainan itu dari sebuah kedai.

Twitter

Tetapi tidak sangka pula ramai orang tidak dikenali memberikan jawapan ‘backup’ yang menjadikan situasi rumah tangga mereka berada dalam keadaan tenang-tenang dan baik belaka.

Twitter

Menyebabkan suami ini sendiri tersentuh dan terhibur membaca semua komen beri sokongan menyebelahinya itu.

Twitter

Bersama komen-komen di Twitter pun turut melucukan.

Twitter

Biarkan sahajalah, janji bahagia sudah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Status lengkap vaksinasi batal bermula 1 Mac, rakyat Malaysia diminta hadir segera dapatkan dos penggalak

0

Warganegara Malaysia berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, susulan itu, golongan terbabit diminta untuk hadir segera bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan COVID-19 terutama sekali komplikasi teruk.

“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak,” katanya.

Terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak.

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatat sebanyak 11,034 kes pada 7 Februari 2022, berbanding 10,089 kes sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan hadapan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

PM Papua New Guinea positif COVID-19 semasa lawatan rasmi Perasmian Olimpik Musim Sejuk

0

Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape telah diuji positif COVID-19 apabila tiba di Beijing pada 3 Februari untuk pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Pejabatnya mendedahkan pada 6 Februari bahawa Marape tidak akan ke Perancis pada minggu berikutnya untuk sidang kemuncak Indo-Pasifik, di mana beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

“Perdana Menteri Marape membatalkan perjalanan Perancis kerana sekatan COVID-19, setelah keputusan ujian positif sebaik tiba di Beijing petang 3 Februari lalu”, kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan yang diperoleh Reuters.

Lawatan singkat Marape ke China bertepatan dengan pemeteraian beberapa perjanjian dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang yang ditemuinya secara maya pada 5 Februari.

Kedua-dua pemimpin menandatangani beberapa siri perjanjian dan Memorandum Persefahaman merentas eksport, perdagangan bebas, perubatan dan pinjaman infrastruktur (Inisiatif ‘Belt dan Road’).

“Hasil penyerahan ini membentangkan peluang pasaran, pertumbuhan dalam kerjasama ekonomi, peluang masa depan dalam perdagangan dan beberapa projek yang sangat khusus”, tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri di Facebook.

“Kemungkinan masa depan perjanjian perdagangan bebas antara China dan Papua New Guinea (PNG) akan menjadi signifikan. Ia akan menjadi yang pertama kami dari perspektif negara ke negara”.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada media milik kerajaan China, Xinhua, pemimpin PNG selanjutnya menegaskan komitmen tetapnya terhadap dasar One China dan berikrar untuk “mengambil kira perkara yang berkaitan dengan Taiwan, Xinjiang, Hong Kong dan Tibet sebagai hal ehwal dalaman China” dan berikrar agar tiada unsur gangguan.

PNG sedang giat mencari firma besar China untuk melabur dalam industri tempatan seperti perhutanan, kopi, perikanan, pertanian padi, ternakan dan dalam sektor minyak dan gas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: