25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupJoran terlepas ketika umpan mengena, lelaki ini terus terjun ke dalam laut...

Joran terlepas ketika umpan mengena, lelaki ini terus terjun ke dalam laut untuk selamatkan joran kesayangan

Bagi orang yang mempunyai hobi pasti sanggup membelanjakan berapa sahaja supaya dapat melakukan apa yang mereka suka. Misalnya, mereka yang suka melakukan aktiviti pendakian akan sanggup untuk membeli kasut, beg atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk mendaki tidak kira berapa pun harganya.

Memamdangkan dia telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli joran pancing, seorang lelaki, Jack McRoberts sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan jorannya yang berharga $1,800 (RM7,534).

Apa yang berlaku ialah isteri Jack tanpa sengaja telah melepaskan joran ke dalam laut. Ketika itu dia hilang kawalan kerana ada sesuatu yang besar telah mengena umpan pada jorannya. Akibatnya dia terlepas genggaman joran di tangan sebelum joran tersebut termasuk ke dalam laut.

Melihat apa yang berlaku, Jack tanpa berfikir panjang terus membuka topinya dan terjun ke dalam air untuk mendapatkan semula jorannya. Detik lucu itu berlaku di Mackay, Queensland, Australia.

Jack walau bagaimanapun tidak berputus asa untuk terus memancing dan menangkap ikan yang telah memakan umpannya. Jadi, dia terus memancing walaupun dia sudah berada di dalam air. Kelihatan apa yang dilakukan tidak mudah, ditambah pula dia juga nampaknya agak keletihan untuk terus memancing tetapi semangatnya masih kuat dan tidak mahu berputus asa.

Kejadian tersebut sememangnya agak mencemaskan tetapi ada sebuah lagi kejadian memancing yang turut mendebarkan terjadi kepada seorang lelaki.

Apa yang berlaku ialah seorang nelayan magnet terkejut apabila menemui senapang mesin ringan Perang Dunia II di dalam sebuah terusan. Nigel Lamford, 50, menemui senapang Sten dengan menggunakan magnet buatannya sendiri, yang mampu mengangkat satu tan logam keluar dari air.

Dia melemparkan magnet itu secara rambang ke dalam terusan dan hasil ‘tangkapannya’ agak mengejutkan kerana dia memperolehi senjata seperti pistol.

Pistol yang ditutupi kotoran itu adalah yang pertama daripada enam senjata yang ditemui oleh Nigel dan rakan-rakan di Weedon Bec, Northamptonshire.

Nigel berkata ini adalah penemuan terbaiknya setakat ini. Senjata itu ditemui di dalam badan air berhampiran tapak bekas Royal Ordnance Depot. Dia percaya bahawa senjata itu bernilai sekitar £1,300 (RM7,361) setiap satu dan masih boleh digunakan.

“Anda boleh menemui perkara yang menakjubkan, tetapi saya tidak pernah menjumpai begitu banyak senjata bersama dalam keadaan yang begitu baik.

Mereka kemudian memutuskan untuk menyerahkan senjata itu kepada muzium tentera tempatan. Menurutnya lagi, dia telah menemui pelbagai jenis peninggalan sejarah di seluruh negara sebelum ini termasuk 61 senjata api.

Tiada yang tahu apa yang ada di dalam air. Setenang mana pun air yang kita lihat tanpa diketahui ada rahsia dan ‘harta karun’ yang tersimpan di dalamnya. Ada yang diketahui identitinya dan ada juga penemuan yang kekal misteri.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI