31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalFirma ada kaitan tentera China kumpul DNA rakyat Amerika Syarikat, sediakan ujian...

Firma ada kaitan tentera China kumpul DNA rakyat Amerika Syarikat, sediakan ujian COVID-19

China sedang “membangunkan pangkalan data bio terbesar di dunia,” kata Edward You, yang merupakan pegawai perisikan kebangsaan Amerika Syarikat untuk Emerging and Disruptive Technologies. “Apabila mereka mempunyai akses kepada data genetik anda, ia bukan sesuatu yang boleh anda ubah seperti kod pin.”

Berlumba dan bersaing untuk menguasai bioekonomi, Parti Komunis China (PKC) sedang menyusun pangkalan data besar-besaran maklumat perubatan, kesihatan dan genetik dari seluruh dunia, termasuk rakyat Amerika Syarikat.

PKC mengarah dan menerima bantuan syarikat swasta dalam pengumpulan data genetik, yang boleh digabungkan dengan keupayaan super komputer tentera peringkat tertinggi, untuk menemui kelemahan genetik dalam populasi. Senjata bio ini kemudiannya boleh dibangunkan, yang menjadikan kelemahan ini sebagai pemangsa. Sebagai sebahagian daripada polisi gabungan tentera-awam Beijing, saintis China bersama pihak tentera, telah menjalankan penyelidikan dalam bidang sains otak, penyuntingan gen, dan penciptaan genom buatan.

Petugas makmal sedang melakukan ujian genetik di makmal BGI dahulu dikenali Beijing Genomics Institute, di Kunming, Wilayah Yunnan di China pada 26 Disember 26, 2018. (Gambar oleh Stringer/REUTERS)

Penyelidikan yang sama boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi tentera China. BGI Group, dahulu dikenali Beijing Genomics Institute, adalah firma peneraju projek genom PKC, serta salah satu pengeluar terkemuka ujian COVID-19. BGI juga mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), menurut laporan Reuters pada 30 Januari.

BGI mengendalikan projek pengklonan khinzir terbesar di dunia. Selepas memanipulasi generasi DNA khinzir, dengan sengaja menghasilkan khinzir yang lebih kecil atau lebih besar, lebih mudah terdedah kepada penyakit tertentu, atau kurang terdedah kepada orang lain, PKC memusatkan perhatian pada keupayaan untuk menghasilkan “tentera super”. Antara projek yang sedang dijalankan adalah percubaan BGI untuk menjadikan tentera etnik Han China kurang terdedah kepada penyakit altitud.

Ketua saintis penyakit berjangkit BGI, Chen Weijun, adalah antara saintis pertama yang menjalankan urutan COVID-19, mengambil sampel dari hospital tentera di Wuhan. Beliau juga mendapat kredit dengan paten pada kit ujian COVID-19 BGI, yang telah diedarkan di seluruh dunia, termasuk ke Amerika Syarikat. Empat daripada penyelidik BGI telah bergabung dengan Universiti Teknologi Pertahanan Nasional (NUDT), di bawah Suruhanjaya Tentera Pusat China, yang diketuai oleh pemimpin China Xi Jinping. NUDT telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Di bawah Xi Jinping, syarikat teknologi swasta telah semakin diintegrasi dalam penyelidikan berkaitan ketenteraan. Pada tahun 2021, BGI menawarkan penubuhan pusat ujian COVID-19 di Amerika Syarikat. Tetapi pegawai keselamatan Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pusat ujian itu akan membolehkan China mendapat akses kepada DNA rakyat Amerika, kerana ujian swab itu mempunyai bahan genetik pada mereka. 

Menurut Mike Orlando, ketua Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan, tiada negeri di  Amerika Syarikat yang memberikan persetujuan, tetapi sekurang-kurangnya 18 negara lain telah membenarkan BGI menubuhkan pusat ujian. Selain itu, kit ujian BGI telah dihantar ke 180 negara.

Syarikat ujian perubatan China kerap menggunakan DNA yang dikumpul daripada subjek ujian untuk penyelidikan lain. Kumpulan hak asasi manusia berkata PKC menggunakan data tersebut untuk tujuan keselamatan seperti mengenal pasti dan menjejaki Muslim Uyghur. Sebagai tambahan, polis China cuba mengumpul sampel DNA daripada 700 juta lelaki negara itu, untuk menjejaki penjenayah masa depan.

Ujian keturunan adalah salah satu lagi cara rejim China mendapatkan DNA daripada rakyat Amerika. Tentera Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada para tentera darat marin, laut dan udara untuk mengelak daripada menggunakan syarikat seperti Ancestry dan 23andMe, yang mempunyai hubungan dengan China. Dianggarkan 50 juta rakyat Amerika telah membayar untuk ujian air liur mereka bagi DNA keturunan, menurut Bill Evanina, bekas pengarah Pusat Perisikan dan Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Firma China Wu Xi Biologics membeli kilang pengeluaran Pfizer di China, dan membuka fasiliti pengeluaran di Massachusetts. Pada tahun 2015, firma itu juga membeli kepentingan dalam 23andMe. Wu Xi Biologics kini mempunyai lokasi di Pennsylvania, Massachusetts, dan New Jersey, serta kilang ubat-ubatan di Delaware, yang dibina dengan geran negeri.

Kumpulan BGI memperolehi sebahagian pendapatan dengan menjual perkhidmatan penjujukan genetik kepada universiti dan sistem kesihatan di seluruh dunia. Syarikat itu juga telah membeli firma genomik Amerika Syarikat sejak tahun 2013, dan kini mempunyai pelbagai perkongsian dengan syarikat Amerika yang terlibat dalam penjujukan gen. Dalam setiap pengaturan ini, BGI mendapat akses kepada data genetik. Di bawah undang-undang Perisikan Kebangsaan China, semua data yang diperoleh oleh syarikat China, walaupun di luar negara, mesti diserahkan kepada PKC, atas permintaan.

BGI Group di Beijing, China pada 25 Mac 2021. (Gambar oleh Carlos Garcia Rawlins / REUTERS)

Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) memberi amaran bahawa firma China melabur dalam syarikat Amerika dengan harapan mendapat akses kepada data negara itu. Tahun lalu, CFIUS menyekat firma China daripada membeli klinik kesuburan California, yang terletak berdekatan dengan enam pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kebimbangan yang timbul ialah bukan sahaja PKC mendapat akses kepada data genetik tentera Amerika Syarikat, tetapi juga anak-anak mereka yang belum lahir.

Walaupun terdapat amaran bahaya yang jelas, pada tahun ini, pentadbiran Biden menandatangani perjanjian AS$1.3 bilion dengan iHealth Labs, sebuah unit firma China Andon Health Co., untuk kit ujian COVID-19 di rumah. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif pentadbiran untuk menyediakan 1 bilion kit ujian pantas COVID-19 secara percuma kepada rakyat Amerika Syarikat.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan menyediakan peluang yang sempurna untuk pengumpulan data DNA. Atlet dan jurulatih Olimpik akan menjalani ujian COVID-19 setiap hari, manakala kakitangan media dan peserta lain juga akan diuji secara tetap. 

Ini bermakna PKC akan mempunyai bahan genetik setiap individu yang menghadiri sukan tersebut. Para hadirin juga dikehendaki memuat turun aplikasi kesihatan yang diluluskan kerajaan, yang telah terbukti mempunyai kelemahan keselamatan. 

Pakar keselamatan internet memberi amaran aplikasi itu akan dapat mengumpulkan data pengguna, yang digabungkan dengan maklumat genetik, dan boleh dimasukkan ke dalam projek kecerdasan buatan dan genom China yang meluas.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI